BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khidmat rawatan alternatif secara jarak jauh (pjj)

akubukandukun

Active Member
Messages
1,766
Joined
Aug 20, 2012
Messages
1,766
Reaction score
1
Points
25
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada zaman sekarang ini apapun boleh terjadi, kerana syirik dan dengki,sakit hati atau persaingan perniagaan, membuat seseorang sanggup menyakiti sesama manusia dengan menggunakan ilmu hitam. Kadang2 dengan alasan yang tidak munasabah sanggup mengupah bomoh/dukun aliran hitam untuk merealisasikan hajatnya.

Dengan rasa rendah hati dan hasil cadangan beberapa org teman agar saya meng"offer"kan service Jasa supranatural sebagai ikhtiar kepada pelbagai insan yg diluar sana yg mungkin telah buntu berubat dan berikhtiar merata tempat namun tidak sembuh atau pun berkurangan derita yg ditanggungnya kerana perbuatan sihir,saka,guna-guna atau gangguan apapun yg melibatkan ilmu hitam.
Dengan ilmu hikmah tingkat tinggi berteraskan zikirullah dan amalan Warisan Para aulia dan Waliyullah yang saya pelajari dan amalkan sehari-hari,Insyaallah masalah anda akan saya ikhtiarkan dan sembuh dengan izin Allah SWT.
Pesakit akan dibimbing semasa dan selepas rawatan (Akan diberitahu dengan jelas caranya kepada pesakit).
•Tiada unsur khurafat, penggunaan khadam & jin.
•Cara rawatan dan perubatan tidak lari dari akidah islam.
•Tidak perlu mandi bunga,limau dan segala benda atau ritual yg pelik apatah lagi menggunakan asap kemenyan.
Bagi anda yg telah habis duit dan penat kesana sini namum hasilnya tidak memuaskan. Silalah hubungi saya
di alamat email: [email protected] ceritakan masalah anda dan kirimkan nama lengkap pesakit beserta fotonya.
Boleh juga PM saya utk dapatkan HP number (maaf saya hanya berikan phone number kepada yg serius)
Juga Menawarkan Jasa:
#Pembersihan dan pagaran utk rumah/warung/premis perniagaan.
#Buang susuk
#Pembersihan tubuh dari energy atau makhluk negatif serta membuat pagaran ghaib ditubuh agar terhindar dari gangguan@ serangan ghaib.
#pembersihan benda berisi khodam.
#dan masalah lainnya dengan izin Allah.

rwtn adalah secara pjj..sebab

1.menjimatkan masa sy dan pesakit terutama yg jauh2 termasuk jimat kos minyak,tol dll.
2.tak mau rumah jadi tumpuan org..(takda privacy)


Atas permintaan org ramai suruh letak beberapa testimoni kat sini..(yg dari email sy malas nak letak) :
Alhamdulillah baru 2 hari dptkan rawatan dari Mr akubukandukun. Dlm 2 hari tu ada perkara2 yg dirasa. maklumlah sakit buatan org dah lama. Kes nya sama mcm Mr R yang Mr akubukandukun atau Mr K ceritakan. Moga lepas ni dah tak perlu cari perawat lain lg insyallah. dah penat dan hampir putus asa.
Dapat jumpa juga Mr K sekejap di JB sembang2. orgnya humble dan mmg x nmpk mcm ustaz2 tp alhamdulillah org nya berisi. Siapa yg ingin berikhtiar utk berubat mmg sy recommend kan sebab simple dan amalan yg disuruh mmg utk mendekatkan diri kpdNya. Confirm bukan org Kedah..hehe.
Nti akan sy update lg nex time..wassalam

Saya bercakap mengenai pengalaman saya sendiri selepas mendapat rawatan daripada tt.

Lebih kurang 5 bulan yang lalu, saya mengalami sakit lutut.
Secara tiba-tiba kena sakit lutut kanan (bahagian pelipat belakang). Nak duduk antara 2sujud mmg seksa.. Naik tangga mmg sakit..
Kemudian, 2 bulan lepas tu, lengan kanan pula sakit tiba2. Bayangkan, nak angkat air botol minerial 1.5L tu pun sakit yang amat sangat.
Sebelum ni saya dah makan ubat, glocoma la, pain killer la, tapi tetap tak hilang sakit.

Lantas, saya terfikir, mungkin ada benda 'ghaib' yang menganggu bahagian tu.
terus saya hubungi tt minta tolong 'scan'.
TT mengesahkannya, dan terus saya meminta rawatan 'jarak jauh' dari TT.
Sekarang allhamdulillah, sakit lutut recover 100%, sakit lengan recover 80%.

Ini cuma sebahagian rawatan yang saya dapat dari TT. Yang lain, saya tak nak cerita, sebab peribadi sikit..

Seperti tuan tt beritahu saya sebelum ni, kes saya asal dari ' benda' yang hinggap tu.. Bila dah pulih, lutut dan lengan akan menjadi sakit medic. I.e. Perlu rawatan klinikal.. Lutut saya alhamdulillah, selepas buat senaman kaki( termasuk naik-turun) tangga, dah pulih seperti biasa. Lengan masih ada sikit2 bisanya lagi.. Mungkin ke klinik saya selepas ini..

saya telah menggunakan perkhidmatan TT iaitu membersihkan diri dari saka sebelah keluarga saya dan isteri serta memasukkan pendinding diri kepada diri saya terima kasih TT :)cgrock

alhamdullilah aku baru lepas buat rawatan ngan TT, setakat ni masalah ghaib yang melanda tu dah hilang , harap tak berulang lagi .
Thanks TT

Aku pernah buat rawatan jarak jauh ngn TT.
Sebelum ni, bila aku drive or nk baring, akn ada bender bergerak kt belakang badan.
Mcm kena mesin urut pn ada.Pelik jugk kenapa jadi mcmtu.pastu mintak TT scan, rpanya ada 2 ekor makhluk jahat.

Alhamdulillah, lepas wt rawatan tu, xder dh bender bergerak.
Tq tt.
:)cgrock

Terima kasih tt, nampk kesan rawatan tt.

Salam TT.

setelah hampir 2 minggu mendapatkan rawatan dari TT dan pemerhatian dari TT.
dengan izin Allah isteri saya sudah boleh drive ke pejabat hari ini.
terima kasih saudara A.B.D.

Syukur..

try le kengkawan berubat ngan tt..salah satu ikhtiar mana tau yg sakit tu de rezeki sembuh..aku alhamdulillah la ni byk perubahan..tdo pun dah bole lena kadang tu mcm tdo mati le pulak..hehe..paling penting jgn lupe amalkan apa yg tt bg tu..

Sebab-sebab bayaran rawatan dikenakan dgr kadar tertentu :
Assalamualaikum warga cg dan pembaca forum ini.
Maaf lama tidak update kerana kesibukan dgn urusan peribadi. Hampir sebulan juga saya tidak merawat pesakit walaupun masih byk kes yg terus masuk ke email dan inbox saya.
Baiklah setelah memikirkan dari pelbagai sudut termasuk rujukan dari al-quran dan hadith. Mulai 21/10/2012 saya akan mengenakan kadar upah bagi setiap rawatan yg dijalankan bergantung pada kes tersebut sama ada berat,sederhana atau ringan yang pastinya dengan persetujuan pesakit atau pihak yg ingin mendapatkan rawatan.
Saya terpaksa berbuat begini atas sebab2 tertentu yg akan saya jelaskan.:
1. utk memastikan mereka yg benar2 serius sahaja dan tiada unsur2 ambil kesempatan terhadap saya berdasarkan kes2 yg lepas dan kegagalan konsep sumbangan seikhlasnya..dah dibantu kesnya yg berat,paksa2 suruh urgent dan sy berurusan dengan dukun2 santet level tinggi..last2 dah ok senyap seribu bahasa..kesimpulannya tenaga,masa sy habis begitu saja,keselamatan keluarga dipertaruhkan dan ada kes lain yg lebih memerlukan tapi ditunda kerana layan kes2 yg nak kan khidmat free..
2. upah yg akan dikenakan adalah sekadar ganti penat tenaga yg digunakan,masa, risiko yg dihadapi perawat@keluarga dan utk merealisasikan niat sy agar sy dpt memberi beberapa peratus dari upah tersebut ke masjid,madrasah dan anak2 yatim tertentu agar si pesakit@pemberi upah dpt menikmati juga keberkatan@pahala dari sumbangannya. Jangan risau, upah yg dikenakan adalah berpatutan dengan kes yg dihadapi..tidak memberatkan kerana saya bukannya berniaga...

saya tidak akan mengenakan upah2 utk scan atau konsultasi..jgn risau..dan bagi yg mmg dah sy scan takda unsur ghaib..sy takkan memandai-mandai mengatakan ada unsur ghaib..dan bagi pesakit yg mempunyai masalah medik selepas masalah ghaibnya bersih..saya nasihatkan dptkan rawatan pada doktor2..mmg tidak dinafikan sewaktu dlm pengaruh ghaib..ke doktor pakar dan scan MRI sekalipun takkan dpt trace penyakit tersebut..ini base on pengalaman saya dan pesakit2 saya sendiri.

sy boleh juga menjalankan rawatan medik secara alternatif dengan izin Allah pastinya..cuma masa tidak mengizinkan serta zikir2nya byk dan perlu lebih tumpuan..(tak da yg sanggup kalau saya letak upahnya nanti..)

Rawatan terkini yg saya tawarkan:

#saka
#santet
#sihir
#guna-guna
#bersih+pagar diri
#bersih+pagar rumah
#bersih+pagar kedai

sesiapa yg serius sila hubungi saya di email [email protected]

Untuk penjelasan lanjut layan youtube ni:
http://www.youtube.com/watch?v=X6I9BilJBMI

Bayaran khidmat rawatan : Bergantung pada kes dan dgn kadar yg dipersetujui perawat dan pesakit..kadar upah/mahar sekali bayar termasuk dengan rawatan susulan 3-5 hari atau lebih..upah dari khidmat akan saya panjangkan bahagian dari sumbangan itu ke masjid,surau,madrasah,anak2yatim@fakir miskin dan tujuan kebajikan lain agar anda mendapat ganjarannya juga serta semoga disegerakan proses penyembuhan masalahnya.

Hukum menerima bayaran rawatan
Kata Ibnu Qudamah dalam kitab Al-Mughni"Ada pun mengambil upah rukyah,maka Imam Ahmad memilih qaul yang mengatakan harus dan beliau sendiri mengatakan 'tidak mengapa".Kata Ibnu Hazam pula dalam Kitab Al-Mahalli,"Upah rukyah adalah harus"
Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti dalam kitabnya Feqh As-Sirah berkata "Malik.Syafie,Ahmad Ishak dan Abu Thaur berpendapat harus mengambil upah rawatan manakala Abu Hanifiah memperincikan iaitu haram mengambil upah bagi mengajar Al-Quran dan harus pula untuk rukhah"

Berdasarkan sandaran-sandaran di atas dapat di simpulkan bahawa dibolehkan mengambil ganjaran(bukan sedekah)dari usaha rawatan rukyah sama ada di tentukan kadarnya atau tidak.

Terdapat juga di kalangan masyarakat kita yang tidak dapat menilai jumlah ganjaran yang perlu di beri kepada perawat.Perlu diingat perawat mempertaruhkan diri,nyawa dan keluarnganya dalam membantu juga merawat pesakit,adakalanya perawat atau keluarganya di ganggu juga diserang oleh kerana makhluk jin ini juga dukun-dukun sihir membalas dendam atas kerja-kerja rukyah juga rawatan yang dilakukan kepada pesakitnya

Perawat juga perlu mempunyai tanggungjawab terhadap diri dan keluarganya.Kerja-kerja merawat adakalanya mengurangkan kerja-kerja lain yang perlu dilakukan serta masa bersama keluarga.

Amalan doa,zikir,ilmu dan sebagainya.
Doa,zikir,ilmu dan juga amalan kalimah-kalimah juga ayat-ayat Allah dibaca oleh perawat setiap hari,terutamanya selepas solat merupakan Nur,yang terbina dan terkumpul padat dari masa ke semasa pada diri pengamal.Hasil dari amalan tersebut ialah kekuatan batini yang sukar di perolehi dengan jalan lain.Nur yang terkumpul pada diri tadi dapat di alirkan untuk mengubati pesakit melalui sentuhan,kerana itulah seseorang yang Nurnya kuat,keyakinan terhadap Allah semakin meningkat dan menjadikan dirinya semakin hampir pada Allah .Ini menyebabkan doanya mudah diterima.Lantaran itu terdapat perawat yang dapat menolong menyembuhkan pesakit melalui sentuhan tangannya sahaja.
Nur yang wujud pada diri yang membentuk keutuhan iman tidak akan berkurangan biarpun digunakan untuk menolong ramai pesakit.Nur itu bukan merupakan benda Maddi,ia semakin bertambah melalui amalan ibadah seumpama ini di samping menambahkan keyakinan diri melihatkan natijah baik dari hasil amalannya.Atas penjelasan ini juga kita dapati ramai pesakit yang berpunca dari gangguan-gangguan makhlus halus itu sembuh,atau terlepas dari gangguan makhluk-makhluk halus tadi hanya dengan bertentangan mata dengan perawat tadi.Nur itu bersifat metafizik,dan makhluk halus itu nature hidupnya adalah bersifat metafizik juga.Bila ia mendapati perawat itu mempunyai nur yang kuat,dan dapat mengatasi kekuatannya,maka makhluk-makhluk halus itu pun lari dengan sendirinya dan juga kepanasan.
Nur yang wujud pada perawat melalui amalan yang di jelaskan akan berkurangan atau hilang akibat perbuatan maksiat dan yang di tegah oleh Allah yang di lakukan oleh perawat berkenaan.

Saya amat bersetuju :) dan menyokong penuh keluhan TT, kekadang khidmat TT iaitu perubatan jarak jauh ni pasti tidak akan bersua muka dengan pelanggan, maka hati budi seseorang itu sudah pasti juga kita tidak dapat menilainya. Ini bukan seperti jualbeli barang online yg punyai akad jual beli. Yang TT offer adalah satu rasa tanggungjawab membantu insan yg betul2 dlm kesusahan memerlukan rawatan. Memang dh adat dunia jika kita perlukan sesuatu pelbagai pujuk rayu dan janji manis di taburi , apabila telah berjaya mendapatnya sesuatu itu mudah dilupakan jasa orang yg berbakti menolong mendapatkan hajat nya itu . Saya doakan semoga TT sukses dan diberkati Allah swt dalam keikhlasan beliau dalam memberi khidmat membantu sesama insan walaupun terpaksa mengorbankan masa untuk peribadi dan keluarga malah mengambil risiko pada perkara ghaib yang mudah mendatangkan musibah. Syabas terus kan niat murni anda, InsyAllah moga ada keberkatanNya.
:)cgrock:)cgrock

memang patut TT kena kan bayaran....aku pun tak sampai hati mintak TT buat kerja percuma.

ini bukan kerja senang. terpaksa pertaruhkan nyawa dan keselamatan diri/ keluarga.

apa pun teruskan usaha baik ini TT...:)cgrock


Akhir kata:
Amat bersyukur dalam tak diam telah lahir lebih 60 org pelapis akubukandukun diseluruh Malaysia. Antaranya bekas pesakit saya sendiri yg mengambil iktibar dari masalah yg pernah dilalui mereka. Moga ilmu diperolehi dimanfaatkan sebagai aset ikhtiar utk diri sendiri,keluarga dan yg memerlukan.
 
Last edited:
Nak story sebelum terlibat dlm dunia supranatural: (maaf tiada niat mengaibkan sekadar kongsi story jadi iktibar dan mungkin ada yang senasib dengan saya sebelum ini).
al kisahnya isteri sy sakit akibat disihir, selama 6 bulan isteri mengadu sakit2 sendi sesak2 nafas, sy pula masa tu buat endah tak endah saja.cakap nanti pergi klinik check up.Dlm 6 bulan tu pergi pelbagai klinik kerajaan dan swasta.hasil check up semua normal dan doktor bagi la macam2 istilah asalkan ada jawapan..mcm2 ubat sakit sendi makan..semua takda kesan.siap doktor bisnes lagi suruh buat ozone terapi yg harga rm1000 lebih..pun buat gak la tapi tak jadi apa pun..sampai la ibu mertua ckp pergi la jumpa2 ustaz or org pandai2 tgkkan kot2 ada sakit lain ni.dengan egonya masa tu saya cakap "buat apa nak gi jumpa ustaz2 kalau sakit pergi la hospital.siapa aje yg nak "buat" isteri saya".lepas 6 bulan sakit makin melarat..badan yg dulu berisi sudah mula susut dengan cepat.tiap malam mengadu kesakitan hingga rasa dikelar2 tubuh terutama bahagian kakinya sampai tak mampu berjalan.MC jgn citer la..dah panjang berjela..rumah tangga pulak sentiasa panas dan asyik nak bertengkar je hari2.senang citer serba serbi tak kena sampai urusan batin pun puasa manjang dan kadang nak bersama tak boleh... alternatif lain ketika itu ialah pain killer..dari yg murah sampai ke mahal beli..bila makan pain killer tahan la sekejap paling lama 1 hari.lepas tu pain killer dah takda kesan apa2 dah..akhirnya saya akur dan pergi ikhtiar jumpa sorang wak ni yg menurut saudara yg rekemen katanya rekod dia bagus..tup2..check2 mmg kena buatan org, dari beberapa org sepejabat yg berkompromi inginkan isteri saya sakit sampai mati.kami dptkan rawatan dari wak tersebut..mmg mula2 nampak mcm berkesan..mula berkurang la sakitnya..tapi tak hilang..boleh la pergi keje..naik2 keje sehari dua..kena lagi sampai kan saya terpaksa dukung isteri saya, bawak masuk dlm kereta.duduk kat seat kereta pun sakit mcm ditoreh2 pisau..seksa sangat time tu..ulang semula ke rumah wak tu di kluang untuk dptkan rawatan.perkara tersebut berulang dekat lebih 10 kali rasanya saya gi berubat ngan wak tu..setiap kali berubat walaupun ikhlas mesti saya hulur gak.masa tu duit mmg mcm air terjun..hehe..lepas tu saya ikhtiar cari alternatif lain..asal ada org yg pandai jer semua saya pergi termasuklah darusxxxx di johor bahru. org punya la ramai dan akhirnya sampai turn isteri saya..so dibacakan ayat2 quran dari pelbagai surah tapi takda kesan apa2pun..relek je isteri saya tak meraung or tumbang dan ustaz tu kata takda apa2 balik minum air ni dan buat mandi....setelah seminggu takda perubahan langsung...kemudian aku return back kat wak tadi tu dan si wak tu surrender suruh saya cari tempat lain..dia tak larat katanya..bingung kepala otak saya..masa tu mmg asyik tgk 1 rancangan kat astro oasis jer luper tajuk dia tapi bab2 rawatan sihir ni..sampaikan pak mertua saya offer ajak pi berubat ustaz Sxxxxxx kat kl..aku pun check2 katanya ustaz tu ada dtg batu pahat di tarikh sekian2 hb..so aku contact dan pergi pada hari berkenaan..masyaallah ramai betul org..padahal pagi2 saya dah sampai..dpt no 60lebih..time tu register terus kena bayar rm138 kalau tak silap dpt ler air mineral 2 ngan air zam2 kecik beberapa botol..kira2 pukul 4ptg turn isteri aku sampai..aku teman dia masuk dlm bilik rawatan..ingatkan rawat 1 by 1 terus..sekali dlm bilik tu ada sekitar 15 org gak..ada yg dtg dah lebih 8 kali tak baik2..so si ustaz masuk dan tanya2 skit pastu baca ayat2 rukyah pastu tepuk2 la belakang badan pesakit yg masa tu duduk dlm bulatan..pastu ustaz tu cakap air yg dpt masa register tu minum pastu dtg lagi.kemudian dia offer lak kayu kemuning gitu la..1pcs rm50 dan surat perjanjian jin dengan nabi sulaiman rm15 sekeping..katanya perjanjian tu tampal depan rumah..nanti jin tu bile tgk perjanjian tu tak masuk dlm rumah dan ganggu kita..aku beli 2 keping masa tu..hehe..balik2 siap tampal..seminggu minum air masih takda kesan..so sabar lagi..2 minggu pun takda malah makin sakit lak..so aku putuskan ustaz tu lebih kepada bisnes..dan tak pergi jumpa utk rawatan seterusnya sebab mengenangkan seorang makcik tua tu dah 8 kali dtg x baik2...
aku pun surf2 internet dan niat nak cuba rawatan di indonesia, dgr2 sana byk yg pandai2..terjumpa la 1 hamba Allah ni punya blog..setelah diskus2 sampai aku terpengaruh dan bersetuju siap dijamin pasti sembuh dan tak kena serangan sihir lagi cuma bayarannya agak mahal sebab byk barang2 dia nak kirim ke malaysia semuanya menelan kos rm4500..~X( waktu tu dekat2 hari raya..so korek la semua saving dlm ASB kluarkan asalkan isteri sembuh..lepas seminggu barang pun sampai..ok mula2 rasa mcm tak kena tipu..lepas dah amalkan mandi dengan air bunga dan letak barang2 dia bagi kat rumah..mmg isteri ckp terasa kurang sgt sakitnya..tapi sayang seminggu je bertahan..lepas seminggu kena lagi dan makin teruk sakitnya..aku contact2 hamba allah tu..langsung tak balas...terkono aku nampaknya..duit beribu abis..sampaikan tak beraya tahun tuh..gaji bukannya besor keje gomen jer..tapi aku masih tak putus asa..ada la beberapa tempat aku pergi lagi kat johor..pernah gaji2 jer abiskan duit utk rawatan jer..total aku abis berubat lebih RM10ribu..nak dijadikan cerita ada seorang kenalan bagi aku 1 number phone seorang ustaz di indonesia..(dlm hati aku ckp..indonesia lagi duit dah takda ni) tapi aku call jugak aku ceritakan masalah aku..dan dia janji ikhtiarkan sampai selesai masalah sihir@santau@guna2 tersebut dan terus terang aku cakap kat dia aku takda duit..dia ckp takpa yg penting biar sihat dulu..terharu gak masa tu kalau tmpt lain no money no talk..isteri dirawat olehnya dari jarak jauh je..masa tu aku tawakal je..dan disuruh isteri wirid sesuai panduannya dan siapkan air utk minum dan mandi..aku mcm tak percaya..dan taknak percaya pada mulanya..mmg dlm masa yg singkat..isteri bertambah baik dan derita yg ditanggungnnya hilang..dlm 3 hari mmg dah sihat..tapi aku tunggu sampai seminggu sebab takut sakit lagi..lepas seminggu mmg sihat..nak puas kan hati aku tunggu sebulan..mmg sah sihat dari ghaib..syukur alhamdulilah..tiba waktunya aku pun berikan sumbangan pada ustaz tersebut seikhlasnya dan dia offer agar aku menjadi muridnya..alhamdulilah..mulai dari itu aku mula terlibat dlm dunia supranatural ni yg penting sekali aku diberikan hidayah oleh Allah utk menjadi org yg lebih baik dan mengenali islam dengan sebenarnya..setelah 3 bulan isteri sihat dari masalah ghaib dan kebetulan ada rezeki sedikit utk terbang ke jakarta sekeluarga utk bertemu ustaz@guru aku itu untuk mengucapkan terima kasih atas ikthiar dan jasanya sambil aku mendalami lagi keilmuan tersebut secara langsung


p/s: menurut ustaz@guru aku tuh..isteri aku telah di sihir oleh 10 org dukun (dlm jangkamasa hampir setahun) tapi 2 dukun yg betul2 power iaitu sorang dukun indon dan 1 org asli dari mersing. rumah aku pulak telah dihantar,diletak mcm2..antaranya tanah kubur,air mandi mayat,bangkai burung dan beberapa ekor jin.Reason isteri aku disihir mmg x munasabah iaitu kerana reason yg tak munasabah iaitu ada 3 org perempuan yang cemburu..dan sakit hati melihat isteri aku hidup bahgia serta rakan sekerja lain senang berkawan dengannya..kesimpulannya jadikan story aku ini sebagai iktibar dan sekiranya ada saudara atau kenalan yg sakit2 misteri ini..segeralah dptkan rawatan dimana2 pusat rawatan atau para ustaz yg pakar sebelum effectnya lebih teruk.
jangan putus asa namum perlu berhati2 memilih pusat rawatan yg betul.
 
Last edited:
Assalamualaikum...
ok mmg belum ada testimonial dari warga cg kerana belum ada warga cg atau saudara maranya yg mendapatkan khidmat dari saya.Tapi takpe akan datang kalau ada yg dah cuba iktiar melalui saya jgn lupa tulis testimoni jika sudi ok..Baiklah saya berikan beberapa offline testimoni secara random dulu. Apa yg ingin saya ceritakan bukan untuk riak atau takbur dengan hasilnya, semua itu atas izin dan kuasanya Allah yg menyembuhkan, saya sekadar tukang ikhtiar dengan ilmu@amalan yg dipinjamkan.

offline testi #1:

Rakan sekerja di santau boss sendiri
Di opis aku mmg baik dengan Mr R.. Boss department kami seorang perempuan bukan islam dari sarawak.Orangnya jenis tak suka ada saingan dlm pekerjaan atau apapun yg boleh menggugat kedudukannya apatah lagi org yg melawannya atau ingkar arahannya. Kebetulan si Mr R ni mmg jenis suka melawan dengan si Boss..tapi apa yg di lawankan oleh Mr R tu mmg benda yg betul tapi si Boss agak tak berapa terima dan rasa tak suka kedudukan atau kebolehannya dipertikaikan..
one day tiba2 setelah pulang dari kerja sewaktu driving si MR R ni boleh rasa pitam pulak dan rasa sesak nafas yg amat sangat.nasib baik dia sempat park tepi jalan dan call kawan2 tlg hantar dia balik rumah. Mulai hari itu asal nak drive je dia nak pitam n sesak nafas..terpaksa gi keje tumpang kawan. Kat opis dia sering mengadu tak sedap badan,rasa nak pitam dan sesak nafas..mood nak kerja mmg takda. kemudian Mr R ada la pergi klinik dan hospital pakar buat check up..result semuanya normal takda apa2..aku dah syak ada yg tak kena dengan MR R..cuma malas nak siasat lebih lanjut masa tu cuma nasihatkan dia pergi check dan berubat dengan ustaz2 mana yg dia kenal (mmg aku tak offer nak ikhtiar ubat dia masa tu sebab aku bukan dukun dan tak tau nak ckp mcm mana sebab aku bukan berimej ala2 ustaz dan tentunya dia tak caya kalau aku story ikhtiar yg aku boleh usahakan). Mr R pun pergi la berubat ke beberapa pengamal perubatan..ada yg bagi mandi limau..mandi bunga..bagi cincin..bagi barang suruh tanam kat office..tapi lebih kurang berbulan2 tak baik juga..kurang tu ada tapi bila ke office sakit semula..aku sering tanya kondisi dia mcm mana sebab harap dia sembuh la dengan iktiar2 dia..last ada org rekemen kan dia berubat dengan seorang imam sebuah masjid..imam tu ckp yg buat dia ialah boss kat opis..(aku pun double check..yup mmg betul..boss office yg punya angkara).maka berubatlah Mr R berulang dekat 5x dengan imam tersebut..kurang tu ada la sedikit tapi asal ke opis mesti sakit balik dan berulang berubat.Satu hari di surau selepas solat bersama Mr R..tiba2 Mr R merintih tentang masalah dia..dan rasa kecewa yg dia alami serta putus asa kerana berubat kesana kemari tak sembuh2..aku mmg dah lama kasihan kat dia cuma nak story tu tak reti dan mesti dia tak percaya..tapi aku tekad story je dan minta dia stop berubat kat mana2 tempat..mula2 dia ketawakan aku gak..tapi takpa la yg penting aku ikhlas nak tolong walau dah lambat..aku pun set time dengan Mr R suruh dia ambil wuduk dan siap2 di sejadah rumah dia..aku monitor dari rumah aku..setelah jelaskan padanya tatacara proses pembersihan..proses dimulakan hingga selesai..aku suruh dia minum air yg disediakan dan buat mandi selebihnya.proses pembersihan aku lakukan 3 hari berturut2..dipendekkan cerita selepas 3 hari..tiba2 Mr R jumpa aku..dan cakap yg dia terasa sangat berbeza..rasa normal..aku cakap alhamdulillah..baguslah dan aku pesan amalkan wirid yg aku bagi atau apa2 wirid yg dia tau..dekatkan lagi diri dengan beribadah kepada Allah.alhamdulilah selang seminggu Mr R dah bleh drive seperti biasa dan tiada lagi gangguan.Selepas sihat Mr R kebetulan dpt kerja lain dan pergi mulakan kerja barunya ditempat baru dan aku masih terus contact dia sehingga hari ini bertanyakan khabar..dan alhamdulilah sihat walafiat.semoga beliau diberikan kesihatan dan dlm lindungan yg esa..amin...
 
Last edited:
wahhh..terbaik ni..mudah mudahan akan byk memberi manfaat kepada orang lain
 
wahhh..terbaik ni..mudah mudahan akan byk memberi manfaat kepada orang lain
Insyaallah, selama ni ikhtiar utk kawan2 dan sedara2 terdekat je..saya juga pernah mengalami masalah sihir santau ni dulu2..nanti story..



shah79: fuhh.. terbaek servis nih...
mudah2an bermanfaat walau berisiko tinggi.

jutawanzaman: macam pernah ku kenal...wallahualam..

tak kenal tuan..jadi salam kenal pada otai..mohon izin ya.
 
Assalamualaikum warga CG...
Saya amat memahami halangan mencari iktiar utk mendapat rawatan jika tempatnya jauh dari kawasan anda. Saya pernah melalui semua itu sebelum ini. Bagi anda yang jauh jangan risau dan tak perlu nak berabis duit travel ke Johor Bahru. Insyaallah dipermudahkan melalui rawatan jarak jauh dan hasilnya sama je walaupun dtg langsung.
Insyaallah method rawatan yg saya ikhtiarkan tidak memberatkan anda dan tak memerlukan anda mencari bunga2 7 jenis atau benda2 pelik yg lain.

kaedah rawatan saya :
1.Sediakan air mineral sebotol (kalau boleh boleh botol besar).
2.Ambil wuduk dan duduk di sejadah rumah sendiri.
3.Pesakit diminta tawasul kepada Allah SWT,Nabi Muhamad SAW,Kedua ibu bapa dan diri sendiri.kemudian berdoa (teksnya akan saya berikan kepada pesakit via email or sms) dan kemudian mulai zikir@wirid istifar dibaca terus hingga saya selesai.
4.Dalam waktu pesakit membaca zikir. Saya dalam waktu yg sama (dari rumah saya) membersihkan tubuh pesakit dari makhluk2 ghaib apapun yg ada beserta energy2nya dan memagar tubuh pesakit agar tidak ditembusi lagi oleh kiriman2 ghaib (santau,sihir atau seumpamanya).
5.Setelah selesai saya akan sms/call pesakit dan suruh minum air mineral yg disediakan dan selebihnya buat mandi.
6.Seterusnya saya akan ulang proses pembersihan dan pagaran selama 3 hari tanpa memerlukan penyertaan pesakit.(utk hari pertama sahaja pesakit diperlukan utk terlibat dlm proses pembersihan.)

p/s: biasanya saya akan bersihkan sekali rumah pesakit dan memagarnya.


:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register