Najib akan umumkan pusingan kedua pemberian BR1M dalam belanjawan 2013
KUALA LUMPUR, — Kerajaan akan mengumumkan pusingan kedua pemberian wang tunai RM500 kepada golongan yang mempunyai berpendapatan isi rumah rendah di bawah belanjawan 2013.
Langkah ini dilihat untuk menaikkan imej Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang dijangkakan akan diadakan awal tahun depan.
“BR1M kedua akan diberikan sebahagian daripada komponen belanjawan,” kata sumber dalam kerajaan kepada The Malaysian Insider.
Sumber berkenaan enggan memberikan maklumat lebih lanjut, akan tetapi keputusan untuk memberikan bantuan pusingan kedua menunjukkan kemungkinan besar pilihanraya tidak akan diadakan tahun ini.
Ini adalah kerana pemberian RM500 akan mengambil masa untuk diagihkan.
RM500 akan diberikan kepada lebih lima juta keluarga dan dianggarkan berjumlah RM2.6 billion wang pembayar cukai awal tahun ini yang menyaksikan populariti Najib meningkat ke 69 peratus.
Akan tetapi keganasan yang berlaku di antara polis dan peserta perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil pada 28 April telah menyebabkan populariti Najib menurun ke 65 peratus pada bulan lalu.
Najib akan membentangkan belanjawan pada 28 September dan selain daripada pemberian BR1M, beliau dijangkakan akan mengumumkan langkah untuk meningkatkan lagi ekonomi sebelum beliau memanggil pilihanraya.
Ekonomi bertumbuh pada kadar 5.4 peratus dalam suku kedua, dimana ianya sesuatu yang memeranjatkan, tidak seperti yang dijangkakan oleh pakar ekonomi serta berpotensi untuk menimbulkan ‘rasa baik’ di kalangan rakyat menjelang PRU.
Akan tetapi, khabar baik itu tidak akan bertahan lama oleh kerana keadaan ekonomi global akan menjejaskan pasaran eksport Malaysia.
-The Malaysian Insider
__________________
[CENTER][SIZE="3"][url="http://bit.ly/mymlvpn"][color="Red"][B]SUNLIGHTVPN-Unlimited BANDWIDTH QUOTA for Celcom Pre&Postpaid NOW!(KLIK SINI)[/B][/color][/url]
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372979"][B][COLOR="RoyalBlue"]Homestay Murah Di Malacca Perfect Homestay @ Bandar Melaka (KLIK SINI) [/COLOR][/B][/URL]
[URL="http://www.getahsabah.com/?ref=investment"][B][COLOR="Magenta"] MENCARI PELABURAN DENGAN PULANGAN [COLOR="Purple"]5%-7% SETIAP BULAN (KLIK SINI)[/COLOR][/COLOR] [/B]
[SIGPIC][/SIGPIC][/URL]
[B]Celcom SKMM - Call, SMS Murah. Internet RM25/month.Modem. Percuma sebulan (PM ME)[/B][/SIZE][/CENTER]
Tak perlu merepek panjang macam kerepek mengenai perkara ini, terus kepada tujuan perbincangan:
1) Lihat laporan berita di bawah, berkaitan kadar purata penggunaan air per hari (dalam liter) untuk setiap isirumah di Malaysia. Data kajian dan laporan diterbitkan pada tahun 2010. Anda perlu benarkan sedikit ralat (plus & minus; +/- beberapa liter).
Menurut laporan tersebut, secara puratanya setiap isirumah di Malaysia menggunakan 226 liter air sehari.
2) Nilai 20 meter padu air percuma yang dinikmati oleh seluruh rakyat Selangor ditukar nilai (converted) untuk disamakan dengan jumlah isipadu dalam liter. Hasilnya, nilai tersebut adalah bersamaan 20,000 liter. Pengukuran ini menggunakan kalkulator tukar nilai yang mudah didapati di internet.
3) Satu kira-kira mudah dibuat menggunakan Microsoft Excel. Perisian asas ini memang paling mudah dan tepat untuk memenuhi tujuan ini.
Hasilnya, anda mendapati bilangan hari rakyat Selangor nikmati penjimatan bayaran bil air melalui pemberian 20 meter padu air percuma adalah sebanyak 88.5 hari.
NOTA: Apa yang dinyatakan di atas hanyalah anggaran. Namun pengiraan awal bagi penggunaan pelbagai jenis utiliti-pun (elektrik, gas, petrol), banyak disandarkan kepada anggaran dan purata penggunaan. Di akhirnya, perincian mengenai kadar penggunaan dan kos sebenar adalah tertakluk kepada corak penggunaan serta bilangan ahli di dalam isirumah itu sendiri secara spesifik.
Jadi KESIMPULANNYA:
Pemberian AIR PERCUMA Kerajaan SELANGOR PR Lebih MENGUNTUNGKAN RAKYAT (Boleh mandi, basuh kereta, cuci rumah, basuh pakaian, cuci tandas dan terbocor pon x apa selama 88.5 HARI) Berbanding dgn BRIM Najib Yg Hanya Bertahan X Sampai Pon SEMINGGU...
bak kata kawan kite laa kan:
Quote:
Originally Posted by MySB
klu duk selangor setahun, jimat rm300, klu 5 tahun dh jimat rm1500. rasanya pemberian air free selangor dh mengatasi BRIM.
ye x ye jugak..
__________________
[B][CENTER][SIZE="3"]Hutang Negara Sebanyak [COLOR="Red"]RM 501.617 Billion![/COLOR] Ni UMNO Yg Buat, Tapi Kita Yg Kena Bayar. Ada Ke Patut???
Fakta Dari [URL="http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic_nsdp"]BNM[/URL], Last updated: 29 Mar 2013. Rekod TERTINGGI Dalam Sejarah Hutang Negara
[/SIZE][/CENTER][/B]
Pak omaq melobi la skali.. Mintk gaji penjawat awam nek skali ganda..
__________________
Quote:
kenape nak sebarkan di internet.fitnah atau tak.tu empunya diri punya pasal.andaikata la orang ni dah bertaubat (bersangka baik)tanggungla dosa atas apa yang disebarkan.lebih2 lagi menggunakan medium yang salah.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE