BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell WTS : Periuk Tekanan Ajaib Serbaguna Multifungsi Elektrik Noxxa RM 695.00

Zarith

Active Member
Messages
2,029
Joined
Dec 14, 2011
Messages
2,029
Reaction score
0
Points
20
Tercari - cari periuk yang serbaguna di musim perayaan ini?

Dapatkan PERIUK TEKANAN MULTIFUNGSI ELEKTRIK NOXXA



[
IMG] Uploaded with ImageShack.us[/IMG]​


Ciri - Ciri :


* Pilihan Tekanan Tinggi & Rendah.
* Pelbagai fungsi - Masak Perlahan, Mengukus, Menumis.
* Memanas semula dan memastikan makanan sentiasa hangat.
* Pelewat Masa sehingga 8 jam.
* Periuk tidak melekat 8L.

periuk1.jpg
[/URL] Uploaded with ImageShack.us[/IMG]



Saiz periuk bahagian dalam :

Diameter : 26.2cm
Height : 17.5cm



KELEBIHAN MEMASAK - JIMAT MASA & TENAGA :
* DODOL = 20 MINIT
* KACANG HIJAU EMPOK = 15 MINIT
* SUP TULANG / SUP EKOR / SUP GEAR BOX = 45 MINIT
* AYAM GOLEK = 17 MINIT
* SEBARANG JENIS NASI (NASI MINYAK / NASI BERIANI / NASI TOMATO / NASI BUKHARI / NASI PADANG / NASI SAYUR / NASI PULUT / NASI LEMAK) = 7 MINIT
* POP CORN = 1 MINIT


periuk2.png
[/URL] Uploaded with ImageShack.us[/IMG]
 
Last edited:
Panduan Pembersihan/Penyenggaraan:

1) Tanggalkan plag dan biar unit menyejuk sebelum membersihkannya.

2) Cuci periuk memasak yang boleh ditanggalkan dengan air suam bersabun. Bilas dan keringkan betul-betul.

3) Lap pendakap luar dan tudung dengan kain bersih. Jangan rendam dalam air.

4) Tanggalkan takungan pemeluwapan dengan menariknya ke bawah. Bersihkan dengan air suam bersabun. Bilas dan keringkan betul-betul. Letakkan semula dengan menolaknya ke atas.

5) Terbalikkan penutup, pegang gasket silikon di satu lagi bahagian dan tarik. Bersihkan gasket silikon dalam air suam bersabun. Bilas dan keringkan betul-betul. Letakkan semula gasket dengan menolaknya ke bawah ke dalam sisi penutup. Pastikan alur di bahagian tengah gasket diletakkan di sekeliling gegelang logam di bahagian dalam sisi penutup. Jika gasket tidak diletakkan dengan betul, unit tidak akan berfungsi.

6) Demi mengekalkan prestasi periuk anda yang baik, bahagian dasar periuk masak yang boleh ditanggalkan di bahagian pad sensor mesti dibersihkan setiap sekali selepas menggunanya. Lap dengan kain basah yang lembut dan pastikan ia dikeringkan dengan betul.

7) Jangan sesekali guna pembersih yang melelas atau pad penyental untuk membersihkan mana-mana bahagian.



PERHATIAN: Gasket silikon mestilah diletakkan dengan betul pada bahagian bawah penutup. Periksa secara berkala untuk memastikan ia bersih, fleksibel dan tidak retak atau terkoyak. Jika gasket silikon rosak, ganti ia sebelum mengguna periuk itu.
 
Membersihkan tombol pengawal tekanan:

1) Periksa bahawa tombol pengawal tekanan dan injap keselamatan tekanan adalah berfungsi dengan baik sebelum setiap kali menggunanya.
i) Selepas unit telah menyejuk, tanggalkan penutup.
ii) Tekan ke bawah dan putar tombol pengawal tekanan berlawanan arah pusingan jam melepasi seting STEAM dan tanggalkan dengan berhati-hati.

2) Terbalikkan penutup dan letakkan di atas meja. Tarik keluar penutup penghalang. Dengan mengguna berus, periksa dan keluarkan sebarang makanan atau partikel asing yang mungkin terdapat dalam injap terapung. Letakkan semula penutup penghalang.

3) Letakkan semula tombol pengawal tekanan dengan melapisi takuk sehingga ke atas dinding bahagian dalam kebuk pengawal tekanan dalam penutup dan putar ke arah pusingan jam.
 
Waranti satu (1) tahun daripada kerosakan pengilangan. Sila maklum bahawa peralatan ini hanya untuk KEGUNAAN DI RUMAH sahaja.


Warranty :


Tujuan Perniagaan / Komersial yang dinyatakan adalah diletakkan di premis perniagaan (restoren, cafe, warung)



periuk5.png
[/URL] Uploaded with ImageShack.us[/IMG]


Dapatkan juga DVD RESEPI & Cara Menggunakan periuk Ajaib ini


periuk12.png
[/URL] Uploaded with ImageShack.us[/IMG]


Dapatkannya melalui saya. Order boleh di PM @ hantar email ke [email protected]
 
Last edited:
Masal Lemak Labu Air


noxh.jpg
[/URL] Uploaded with ImageShack.us[/IMG]


Bahan - Bahan:

1 biji labu air dipotong kecil
2 cawan air
1 helai daun kunyit ( diracik )
1/2 cawan susu cair @ 1/2 cawan pati santan.
Gula dan garam secukup rasa



Cara Membuatnya:

1) Masukkan air, labu air dan daun kunyit didalam periuk

2) Setkan 1 minit low presure.

3) Selepas 1 minit, bebaskan tekanan

4) Masukkan 1/2 cawan pati santan @ susu cair serta garam dan gula secukup rasa

5) Tukar fungsi periuk kepada Stir/Fry 20 saat

6) Selepas 20 saat tekan "Stop"

7) Siap



:)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
Bubur Caca Rainbow


periuk6.jpg
[/URL] Uploaded with ImageShack.us[/IMG]



Bahan - Bahannya:

1 cawan caca
3 cawan air
1/2 cawan gula
1 helai daun pandan
secubit garam dan gula secukup rasa



Cara Memasak:

1) Masukkan semua bahan kecuali santan, gula dan garam

2) Setkan "1 minit low pressure"

3) Selepas 1 minit, Bebaskan tekanan

4) Buka tutup periuk

5) Masukkan 1/2 cawan santan, gula dan garam.

6) Tukar fungsi periuk kepada "Stir/Fry - 20 saat"

7) Bubur Caca Rainbow telah siap
 
Sayur Lemak Kacang Panjang


periuk7.jpg
[/URL] Uploaded with ImageShack.us[/IMG]



Bahan - bahan :

1/2 kg kacang panjang (di potong)
1/2 ulas bawang besar dimayang
100ml santan pekat
3 buku tauhu
sedikit ikan bilis
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
2 cawan air



Cara Memasak

1) Rebus kacang panjang + bawang besar + ikan bilis selama 1 minit ( low pressure )

2) Selepas 1 minit , "Bebaskan tekanan"

3) Buka tutup periuk

4) Masukkan 100 ml santan pekat dan tauhu

5) Tutup periuk

6) Tukar fungsi stir / fry - 1 minit

7) Dah siap
 
Back
Top
Log in Register