eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
JOHOR BAHRU 17 April - Penamatan skim Amanah Saham Johor (ASJ) oleh Pelaburan Johor Bhd. seperti yang diumumkan semalam mengecewakan para pelaburnya kerana didakwa akan menyebabkan mereka kerugian.
Mereka yang ditemui berpendapat, kerugian itu kerana ia dibubarkan pada harga 19 sen seunit dan jumlah itu jauh lebih rendah berbanding kadar yang dijanjikan RM5 seunit ketika mula diperkenalkan pada tahun 1992.
Seorang peniaga, Abd. Razak Haron, 39, berkata, kerugian yang dialaminya cukup membebankan kerana dia telah melabur dengan membeli sebanyak 2,000 unit saham tersebut pada tahun 1992.
Katanya, nilai saham ASJ pernah meningkat kepada lebih RM1, namun ia semakin merosot sejak kegawatan ekonomi pada tahun 1998.
"Ekoran itu, walaupun terpaksa menanggung rugi, saya telah menjual unit saham amanah ketika harganya 80 sen," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Seorang pengusaha restoran, Nordin Masuri, 43, pula berkata, dia tidak bersetuju ASJ ditamatkan berikutan pelabur akan menanggung kerugian yang banyak.
"Jika pihak berkenaan ingin juga membubarkan ASJ, bayarlah pelabur mengikut harga dibeli semasa pelaksanaan dahulu," tegasnya.
Bagi Rozana Abd. Rahman, 21, dia turut kecewa dengan pembubaran ASJ yang dianggap tidak adil kepada pelabur saham amanah itu.
"Saya menggesa pihak berkenaan menimbang cadangan pembubaran tersebut berikutan ramai yang akan menanggung kerugian kelak," katanya.
Pelaburan Johor Bhd. adalah anak syarikat Kumpulan Johor Corporation (JCorp).
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan J.Corp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim mengumumkan akan menamatkan ASJ berikutan saham amanah itu menghadapi pelbagai masalah.
Pengumuman pembubaran itu, katanya akan dibuat pada EGM pada 24 April ini.
TU LAH...SOMBONG SANGAT...MASA MEMULA SKIM NIE DILANCARKAN TAK BENARKAN AHLI PAS JOHOR LABUR...HANYA UNTUK UMNO