Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



View Poll Results: Hang Tuah; Mitos atau Sejarah?
Wujud 454 59.11%
Tak Wujud 42 5.47%
Dongeng (Tak Wujud) 151 19.66%
Apa-Apa je laa.... 121 15.76%
Voters: 768. You may not vote on this poll

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 21-11-2006, 09:39 PM
TamingSari TamingSari is offline
CG Top Poster Club

TamingSari's Avatar

 
Trader Rating: (28)
Join Date: Jun 2006
Location: FBS.MY
Posts: 25,114
Thanks (Received): 126
Likes (Received): 3
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default Hang Tuah & Hang Jebat; Mitos atau Sejarah serta Misterinya

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Hang Tuah dibuktikan wujud, bukan mitos


Pensyarah Dr. Hashim Musa menunjukkan salinan catatan surat yang membuktikan wujudnya hubungan antara Melaka dengan kerajaan Ryukyu.

16 Januari - Pada asasnya ‘menggali’ sesuatu peristiwa sejarah atau seseorang tokoh dilakukan menerusi kajian yang bersandarkan kepada sumber primer (sumber pertama) dan sumber sekunder (sumber kedua).

Sumber primer biasanya terdiri daripada dokumen, surat, catatan, watikah, warkah, manuskrip, peninggalan dan sebagainya yang dihasilkan oleh seseorang yang sezaman dengan peristiwa yang dikisahkan.

Sementara sumber sekunder pula merupakan tafsiran, kesimpulan serta andaian yang dibuat pengkaji mengenai sesuatu peristiwa berdasarkan sumber pertama. Sumber itu digunakan penyelidik lain sebagai rujukan, perbandingan atau ungkapan bagi mengukuhkan pandangan serta tafsiran terhadap kajian.

Sesuatu karya dianggap bernilai tinggi apabila kajian yang dijalankan berasaskan sumber primer.

Sumber sekunder juga amat penting dan digunakan di dalam mengukuhkan sesuatu kajian, namun pemilihan maklumat harus mengambil kira dari segi kualiti dan kesesuaian data yang digunakan sebagai pendukung data primer bagi memastikan maklumat yang diperolehi itu adalah tepat.

Justeru itu, di dalam kajian mengenai Laksamana Hang Tuah, penyelidik dari Universiti Putra Malaysia iaitu pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Moden dan Komunikasi, Prof. Emeritus Dr. Hashim Musa berpegang terhadap keyakinan yang menyatakan kewujudan Hang Tuah bersandarkan bukti yang diperolehi melalui sumber primer, selain turut disokong oleh maklumat dari sumber sekunder.

Sebagaimana kewujudan Julius Caesar, Alexander the Great dan Laksamana Cheng Ho atau Zheng He dibuktikan dengan catatan daripada sumber primer dan artifak yang ditemukan sezaman dengan mereka. Kewujudan Laksamana Hang Tuah juga didukung dan diperkukuhkan dengan sumber primer.

“Berdasarkan dokumen rasmi Rekidai Hoan yang diterima dari kerajaan Ryukyu, terdapat surat-surat yang membuktikan wujudnya hubungan di antara kerajaan Melaka dan Ryukyu pada abad ke-15.

“Dokumen itu dalam bahasa Cina yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Atushu Kobata dan Mitsugi Matsada.

“Ada 19 surat kesemuanya dan lapan daripada surat berkenaan diterima dari pihak kerajaan Melaka, sementara selebihnya dari pihak kerajaan Ryukyu. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak tiga yang ditulis oleh laksamana Melaka. Paling penting turut dinyatakan mengenai tarikh surat berkenaan dicatat” katanya.

Catatan surat pertama dalam dokumen 9 bertarikh Februari 1480 menyebut surat berkenaan adalah bagi pihak sultan. Meskipun, tidak menyebut laksamana, namun pengkaji tempatan malah dari Jepun percaya ‘bagi pihak sultan’ itu merujuk kepada laksamana.

“Dari segi terjemahan ayat itu turut menyatakan ‘Raja bagi Negeri Melaka dengan penuh takzimnya menghantar perutusan ini kepada duli yang maha mulia tuanku raja negeri Ryukyu...’. Akhir sekali dinyatakan bingkisan hadiah yang disertakan dan tertera di situ ‘bagi pihak raja’ yang merujuk laksamana.

“Surat kedua dalam dokumen 10 bertarikh April 1480 pula dengan jelas ada tercatat ‘laksamana’, namun tidak menyenaraikan senarai bingkisan hadiah yang disertakan.

“Saya berpendapat surat kedua ditulis oleh laksamana semasa di Ryukyu memandangkan dia tidak membawa bingkisan hadiah sebagaimana kebiasaannya akan membawa bingkisan hadiah sekiranya datang dari Melaka.

“Surat ketiga di dalam dokumen 15 yang bertarikh 17 Mac 1941 juga dicatat oleh laksamana,” katanya.

Meskipun, tidak dinyatakan nama Hang Tuah, namun berdasarkan catatan tersebut, laksamana yang dimaksudkan itu merujuk kepada Hang Tuah jika dipadankan dengan maklumat dari sumber sekunder.

“Jika merujuk kepada surat pertama, ada menyatakan ‘Beta kini berumur enam tahun, dan beta bersyukur di atas anugerah keamanan dan kebajikan ke atas negeri beta...’ Jadi, persoalannya sultan mana yang ditabalkan ketika masih kanak-kanak?

“Bagi menjawab persoalan itu, kita melihat Sejarah Melayu halaman 164 terdapat pesanan Sultan Mansur Shah sebelum mangkat ‘adapun pertaruhkulah anak kita Husin (kemudian ditabalkan sebagai Sultan Alauddin)...ialah gantiku...jikalau barang suatu salahnya, hendaklah dimaafkan oleh tuan-tuan sekalian kerana ia budak, belum sampai akalnya, belum tahu adatnya’.

“Justeru, berdasarkan catatan itu, putera Sultan Mansur Shah iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan satu-satunya sultan menaiki takhta ketika masih kanak-kanak lagi pada zaman kesultanan Melayu Melaka.

“Sewaktu zaman pemerintahan Sultan Alauddin (1477-1488), Hang Tuah berpangkat laksamana pada ketika itu yang berusia antara 46 hingga 57 tahun. Bahkan, jika melihat kepada tarikh surat itu, ia dicatat pada 1480. Ini jelas menunjukkan tarikh catatan itu adalah pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin,” katanya.

Selain surat itu, kewujudan Hang Tuah juga dibuktikan dengan artifak berupa keris berluk sembilan tanpa hulu dan sarung yang merupakan sebahagian daripada bingkisan hadiah dari kerajaan Melaka kepada kerajaan Ryukyu.

“Di dalam terjemahan surat pertama, dinyatakan salah satu bingkisan hadiah ialah sejenis ‘dagger’ (pisau atau keris) yang diletakkan di tali pinggang. Ciri ini jelas merujuk kepada keris yang dibawa oleh laksamana pada 1480 untuk dihadiahkan kepada pemerintah Ryukyu.

“Keris yang ditemukan di perkarangan Kuil Diraja Enkakuji Ryukyu itu membuktikan dengan jelas wujudnya hubungan di antara kerajaan Melaka dengan Ryukyu,” katanya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/han....KSedf1X0.dpuf
Quote:
Originally Posted by TXT View Post
Kewujudan Hang Tuah Berdasarkan Bukti Bahan Sejarah

KUALA LUMPUR, 19 April - Apakah pahlawan Melayu Hang Tuah itu benar-benar wujud dalam sejarah tamadun Melayu atau hanya mitos?

Persoalan itu terjawab hari ini bila ahli-ahli akademik dalam bidang sejarah dan kesusasteraan Melayu memperakui kewujudan tokoh legenda negara itu berdasarkan penemuan data primer seperti bukti dalam bentuk artifak dan catatan bertulis

Data dan catatan bertulis itu menerusi kajian dilakukan di dalam dan luar negara, dibentangkan di dalam perbincangan meja bulat "Kedudukan Hang Tuah dalam Sejarah Tamadun Melayu", di sini

Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Karyawan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata wacana ilmiah itu diadakan bertujuan bagi meleraikan persoalan tentang kesahihan dan kewujudan Laksamana Hang Tuah apabila timbul keraguan terhadap nama 'Tuah' yang telah menjadi lambang kewiraan Melayu sejak abad ke-15

Yayasan Karyawan ditubuhkan bagi mengkaji dan menerbitkan karya agung Melayu, karya agung dunia Melayu dan karya agung dunia di dalam bahasa Melayu

Ahmad Sarji berkata, "Ahli akademik dari bidang sejarah dan kesusasteraan Melayu telah sekian lama menyatakan pendapat mereka berhubung kedudukan dan kewujudan Hang Tuah dalam tamadun Melayu

"Hang Tuah wujud dan merupakan lambang keperwiraan bangsa Melayu yang telah terpahat dalam sanubari orang Melayu dari generasi ke generasi," katanya selepas mempengerusikan majlis itu

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad seterusnya berkata kajian menyeluruh akan terus giat dilakukan oleh pengkaji sejarah negara bagi mengukuhkan lagi fakta berhubung kewujudan Hang Tuah

Perbincangan itu turut disertai para cendekiawan sejarah dan kesusasteraan Melayu, pengkaji sejarah, ahli akademik dari institusi pengajian tinggi dan wakil badan-badan bukan kerajaan
Quote:
Originally Posted by TT View Post
Wanita dakwa miliki keris Taming Sari, Hang Tuah sebenarnya seorang perempuan


Fadzillah memegang keris Taming Sari yang dijaga rapi dengan izin 'pemiliknya' di kediamannya di Kelantan semalam.


Fadzillah menunjukkan beberapa khazanah peninggalan Hang Tuah seperti 60 biji batu, tasbih daripada kayu koka dan keris di kediamannya di Kelantan semalam.

MACHANG, KELANTAN - Keris warisan Melayu yang menjadi rebutan pelbagai pihak sejak sekian lama kini didakwa dalam simpanan rapi seorang wanita yang mengetuai Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia (PKPRCSWKM).

Keris Taming Sari milik pahlawan Hang Tuah yang berusia lebih 750 tahun itu diwarisi Yang Dipertua PKPRCSWKM, Dr. Fadzillah Hussin kira-kira empat tahun lalu.

Pada mulanya, keris yang menjadi simbol kebesaran pahlawan Melayu itu diambil oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Datuk Wan Omar Wan Majid di rumah datuknya yang dikenali dengan panggilan Tok Wan Ismail di Kampung Semerak.

“Wan Omar mendapat mimpi supaya mengambil keris itu di rumah datuknya (Tok Wan Ismail). Selepas itu, beliau mendapat ilham menyerahkan keris tanpa hulu dan sarung itu kepada saya.

“Keris ini asalnya disimpan Tok Wan Ismail dan setelah diserahkan kepada saya, saya jadikannya sebagai lambang kebesaran pertubuhan ini dengan dilengkapkan hulu dan sarung baharu,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette di pejabatnya di Labok, Machang, semalam.

Kata Fadzillah, penyerahan keris itu diadakan dalam satu majlis di rumahnya dan di kediaman bekas wakil rakyat berkenaan di Kampung Raja Dagang, Cherang Ruku, Pasir Puteh pada Mac 2012.

Sebelum itu, menurut Fadzillah, adiknya, Ahmad Tarmezi Hussin pernah bermimpi didatangi pahlawan Melayu, Hang Tuah dan keris Taming Sari.

Ahmad Tarmezi pada mulanya berdiam diri tidak memberitahu mimpi itu kepada kakaknya kerana menganggap ia hanya mainan tidur.

“Sehinggalah dia bermimpi lagi wanita tua yang selalu datang dalam mimpinya dan mengatakan dirinya adalah Hang Tuah telah meninggal dunia. Daripada situ, dia mengajak saya mencari khazanah peninggalan wanita berkenaan. Berdasarkan mimpi itu juga, saya dan adik mencari sebuah rumah yang tidak didiami di Kampung Aril, Gunung, Bachok.

“Saya meminta izin jiran berhampiran untuk memasuki rumah itu dan mula mencari keris Taming Sari,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Dr. Fadzillah, keris Taming Sari tidak ada di dalam rumah berkenaan, sebaliknya beliau menjumpai tasbih, sebuah tin kecil yang penuh dengan batu pelbagai saiz, gading dan tulang gajah serta buku sejarah.

Fadzillah kemudiannya menjelaskan, pada September tahun lalu, beliau bertemu dengan seorang pakar keris, Mohd. Noordin Ab. Hamid untuk mendapatkan pandangan pakar mengenai keris itu.

Beliau hanya diberitahu oleh Noordin, keris yang turut dikenali sebagai Lonjakan Puncak Alam itu mengandungi pelbagai jenis besi dengan luk tujuh dan berpamor tanda gunung jolokan.

“Gunungnya tinggi menaik manakala usia keris ini melebihi 100 tahun dengan pakaiannya (sarung) berunsur Kelantan-Pattani.

“Sampirnya pula berbentuk tebar layar yang diperbuat dari kayu kemuning bercoreng dan bergewen. Hulunya berbentuk anak ayam yang juga diperbuat dari kayu kemuning berceloreng,” katanya.

Menurut Fadzillah lagi, beliau bersedia untuk memberi penjelasan sekiranya ada pihak tertentu musykil dengan keris Taming Sari yang ada dalam simpanannya itu dan Hang Tuah yang dipanggil Mak Bonda sebenarnya adalah seorang wanita, bukan lelaki.


http://malaysiagazette.com/ms/nasion...is-taming-sari




Jika kisah ini benar, maka.....

Quote:
Everyone knows who Hang Tuah is. Everyone knows that he was a great warrior, that he was loyal to his king, that he fought and defeated Hang Jebat in a gruelling duel. But I knew more about Hang Tuah than anyone else. No... I didn't read more than anyone else (how much more could a twelve-year-old have read anyway?). I knew more about Hang Tuah because he came to live with us a few months ago.

Yes, you heard me right. Hang Tuah did come to live with me and my family. Abah took him home one day. He had found the old man walking around the local playground one evening, while he was out jogging. It was getting dark and the old man had no place to go, so we took him in. Mak was not too happy about that, she thought the old man looked crooked. He was dirty and he didn't wear shoes. Mak said that people might think our family has gone weird. Abah just laughed. "Kasihan ...dia orang tua," he said.

My friends didn't believe me at first. They thought I was dreaming, or making things up, or just plain lying.

Azraai said that the old man was an alien from Mars and not Hang Tuah. Eqhwan laughed at me and said that either I or the old man must be mad. Anuar said that if Hang Tuah was still alive I wouldn't be able to understand what he said because he spoke classic Malay like in the hikayats. Hilmi (our local school's smart alec) tried to explain to me that the Melaka Empire was no more and that Hang Tuah was just a legend. He said that if Hang Tuah was still alive he would be at least five and a half centuries old and the latest edition of the Guinness Book of World Records stated that the oldest man in the world lived only to 120 years. Only Farid sympathised with me... and that was because he had an imaginary friend whom he always took along to play marbles with us.

I really didn't care what they said. I knew that old man was Hang Tuah. I know because I asked him myself.

The morning after we took the old man in, Mak asked me to wake him up for breakfast. I went to the spare room and found that he was already awake. He was sitting on the edge of the bed with a blue batik bundle on his lap.

"Jemput makan, Tok," I said, politely.

"Terima kasih," he said.

I was curious, so I asked, "Apa dalam buntil tu Tok?"

"Barang Tok... barang orang miskin," he replied.

Then he opened it up slowly. I saw him fiddle for something, then he took out a long keris with an ivory sheath. It was at least a foot long and studded with jewels.

"Ini keris Taming Sari," said the old man.

I snickered, "He! He! He!". I thought the old man was joking. Everyone knew that Taming Sari belonged to Hang Tuah and that it must have disappeared with its master.

The old man looked up at me. His eyes stared into mine. I felt a little queasy at that. His expression changed, he began to look angry. Suddenly his eyes drooped and he looked more hurt than angry.

"Kenapa cucu gelak?" he asked.

"Tak ada kenapa," I answered, a little frightened.

"Tok tahu, cucu ingat Tok bergurau." I kept quiet.

He began again, "Inilah keris Taming Sari yang sebenar. Ini keris Tok sendiri."

"Kalau begitu Tok ni tentulah..."

"Hang Tuah," he interjected, "nama Tok ialah Hang Tuah."

"Tapi Hang Tuah sudah mati."

He laughed, "Tidak, Tok belum mati. Tapi Tok sudah tua..."

"Berapa umur Tok?" I questioned.

"540 tabun."
__________________
Quote:
100% Bonus Boleh Withdraw |Register SINI
Call/SMS/WhatsApp: 012.Tujuh99.1752

Last edited by qreemall; 27-01-2009 at 11:59 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 21-11-2006, 09:40 PM
TamingSari TamingSari is offline
CG Top Poster Club

TamingSari's Avatar

 
Trader Rating: (28)
Join Date: Jun 2006
Location: FBS.MY
Posts: 25,114
Thanks (Received): 126
Likes (Received): 3
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

sambungannye...

Quote:
Mak didn't really like Tok Tuah. But she didn't say anything when he just stayed on and on in the house. She didn't say a word when Abah and I took him to Hankyu Jaya to get some new clothes. She just kept quiet when Tok Tuah joined us to watch TV in the living room after dinner. I told her (and Abah) that the old man said that his name was Hang Tuah. She wrinkled her face (and Abah just laughed).

It was a Wednesday night and RTM had a slot then called "Teater P. Ramlee". It so happened that they were showing Phani Majumdar's "Hang Tuah". P. Ramlee, so young and thin, acted as the hero and the late Haji Mahadi was Sultan Mansor Shah.

When Jebat got killed, Tok Tuah pipped in, "Tidak langsung macam tu..."

Abah stared at Tok Tuah. Mak stared at Tok Tuah. I too, stared at Tok Tuah.

"Aku sudah tua masa tu, Jebat muda lagi. Jebat kuat. Dia sepak aku hingga aku tertiarap, kemudian aku berguling. Aku himpit dia. Aku kata sama dia 'baik sajalah kau mengalah'. Apa gunanya kita dua bersaudara bergaduh?"

Mak started to look worried again.

"Jebat tak mati."

Abah looked surprised. He said, "Habis tu, apa jadi pada dia?"

Tok Tuah said, "Aku tak mahu Sultan bunuh dia. Aku tahu Sultan zalim. Jadi, aku sorokkan dia di Ulu Melaka. Macam Tun Perak sorokkan aku masa aku difitnahkan. Lepas Melaka kalah dengan Portugis, Jebat ikut aku merantau."

I said, "Bila Jebat mati?"

Tok Tuah laughed, "Jebat belum mati. Baru tahun lepas aku jumpa dia. Dia meniaga di Kedah."

"Meniaga?" I said.

"Ya, Jebat duduk di Kulim. Dia meniaga kereta. Apa tu? Kereta 'second-hand' kata orang. Proton, Honda dan Nissan. Laku jualannya. Banyak orang beli."

One day, I took Tok Tuah on a walk around KL. He got bored just sitting in our small bungalow in Bukit Bandar Raya. So after school, we took the mini-bus to Central Market. Tok Tuah really enjoyed the walk. "Banyaknya orang..." he wondered. We ate at McDonald's. He didn't like the cheeseburger (well, he didn't like the cheese, though he loved the burger itself). After lunch, we went to Muzium Negara.

I showed him the frieze of a young Hang Tuah which was sculpted by an Englishwoman in the 1950s. It showed a handsome Hang Tuah in 'Baju Melayu' and 'samping'. He was holding Taming Sari in his hand.

"Siapa tu," Tok Tuah asked.

"Itu Tok-lah. ltulah orang putih gambarkan sebagai Hang Tuah. Hensem, kan?"

Tok Tuah chuckled, "Apa tulisan atas tu?"

"Ta' Melayu Hilang di-Dunia. Eh, takkan Tok tak ingat? Itu kan Tok yang cakap dulu?"

He kept quiet. Slowly he mumbled, "Ta' Melayu Hilang di-Dunia? Tak ingat pun."

Suddenly, he started, "Oh! Bukannya Ta' Melayu Hilang di-Dunia. Silap tu. Tok tak pernah cakap macam tu..."

"Habis tu?" I asked.

"Masa tu Tok tengah pergi masjid untuk sembahyang Maghrib. Isteri Tok ikut sekali. Dia tengah ambil air sembahyang di tepi perigi, kemudian kakinya tergelincir. Dia terjatuh masuk. Orang ramal pun menjerit-jerit sebab perigi itu dalam. Apa lagi, Tok pun terjunlah untuk selamatkan dia. Isteri Tok bukan sebarang orang, namanya Tun Sa'odah, anak Bendahara Tun Perak."

"Kemudian?" I urged.

"Bila Tok bawak dia naik, Temenggung Tun Mutahir ketawa. Katanya, Tok sayang betul pada isteri Tok. Tok pun jawab, "Mestilah... Ta' Isteriku Hilang di-Telaga. Jadi, mungkin orang silap dengar...!"

Tok Tuah stayed with our family for more than six months. He stayed at home in the first few weeks but he felt guilty not doing anything to contribute. So, one morning, he followed Abah to work. Abah was manager of a factory in Sungai Buluh which made video tapes and CDs. They needed a new 'jaga' or watchman. Tok Tuah got the job. Abah said, "Who better to guard us than the great Malay admiral Hang Tuah?"

The workers got along well with him. Amin, Abah's driver, said that Tok Tuah told them lots of funny jokes about Sultan Mansor of Melaka and his fifteen wives. Tok Tuah also got to know Rajalinggam, the sweeper, who he said reminded him of Mani Purindan, the father of Bendahara Tun Ali. Like Rajalinggam, Mani Purindan too came from Tamil Nadu and cooked delicious dhal curry.

One morning, my teacher at school said, "Tomorrow I want you all to bring a model of an old artefact. Then I want you all to explain its importance in front of the whole history class."

Hilmi (always the teacher's pet) spent days working on a matchstick model of the Kuala Lumpur Railway Station. Azraai decided to build a spaceship instead. Eqhwan bought Anuar's origami keris for fifteen dollars and brought that to school. Farid asked his imaginary friend to draw a picture of Mel Gibson as Sir William Wallace. I? Well, I just brought Tok Tuah along.

My teacher was flabbergasted. She said, "Why have you brought this 'jaga' along?"

I smiled, "He's not just a 'jaga'. He's the great warrior Hang Tuah!"

My teacher said, "I'll call your father and tell him you're playing jokes in class."

"Please, Cikgu. Just listen to what he has to say," I insisted.

Tok Tuah stood in front of the class. He coughed. My teacher sighed. I smiled. My friends sneered. "Assalamualaikum," he said. "Wa'alaikum Salam," we answered.

Tok Tuah began his speech. He started out by saying that the Melaka we read about in the history books was very different from the real Melaka. He explained how the Sultan used to let anyone come to the palace with any complaints at all, and he would settle it there and then. He told us that he and his four friends used to go on tours to Pahang and Terengganu and Ujung Tanah, even to Siam, on great galliards with five big sails. He described to us that Melaka had 120,000 citizens, each of whom had land and houses of their own and that no beggars were allowed to go even a day without food and shelter. He mimicked Sultan Mansor's snarl, and Tun Perak's twitching handlebar moustaches and Jebat's swaggering walk. Finally, he told us how Melaka got corrupted by its wealth and warned us not to do the same now.

That day, Tok Tuah got a standing ovation. Even Teacher clapped. I? I got an 'A' for History.

Tok Tuah died seven weeks after that. He was 542 years old. It was during the Puasa month and he took the LRT from Sungai Buluh. He wanted to stop and buy some sweetmeats (he absolutely loved 'pau kaya'). When he arrived at Chow Kit station, he collapsed on the platform with a massive stroke.

They rushed him in an ambulance to Kuala Lumpur General Hospital but he was already gone. He didn't feel a thing.

We buried him at Ampang Cemetery, right across from the grave of Tan Sri P. Ramlee, who played him in that film. I visit the grave sometimes just to tell him that I'm now a lecturer in Malay History at Leyden University.

I still remember the day he walked through my door. It's as if it was just yesterday. Ah, well...
__________________
Quote:
100% Bonus Boleh Withdraw |Register SINI
Call/SMS/WhatsApp: 012.Tujuh99.1752
Reply With Quote
Thanks harraz asyraaf, zack2terer, Aqu Nivea thanked for this post
  #3  
Old 21-11-2006, 09:42 PM
ayobz ayobz is offline
Active Member

ayobz's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2006
Location: Newcastle Darul Naim
Posts: 2,425
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

uih... ni citer bener atau rekaan cuma? sukar nak dipercayai... huhuhuhuhu...
__________________
Apa Yang Terbentang Di Hadapanmu Hanyalah Ujian Semata-mata..
Reply With Quote
  #4  
Old 21-11-2006, 09:47 PM
TamingSari TamingSari is offline
CG Top Poster Club

TamingSari's Avatar

 
Trader Rating: (28)
Join Date: Jun 2006
Location: FBS.MY
Posts: 25,114
Thanks (Received): 126
Likes (Received): 3
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by ayobz View Post
uih... ni citer bener atau rekaan cuma? sukar nak dipercayai... huhuhuhuhu...
perkara yg misteri memang susah nak percaya... aku pun tak percaya.. tp jalan citer dia wat aku terbawa2 lak..

Apa lagi cari lah hang jebat... hehehe
__________________
Quote:
100% Bonus Boleh Withdraw |Register SINI
Call/SMS/WhatsApp: 012.Tujuh99.1752
Reply With Quote
  #5  
Old 22-11-2006, 07:31 AM
sNarFy sNarFy is offline
Regular

sNarFy's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2005
Location: Ibiza, Spain.
Posts: 844
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Nice storyline.. is it for real? Where do you get this Tamingsari? From a blog?
__________________
MusiC
Reply With Quote
  #6  
Old 22-11-2006, 02:17 PM
TamingSari TamingSari is offline
CG Top Poster Club

TamingSari's Avatar

 
Trader Rating: (28)
Join Date: Jun 2006
Location: FBS.MY
Posts: 25,114
Thanks (Received): 126
Likes (Received): 3
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by sNarFy View Post
Nice storyline.. is it for real? Where do you get this Tamingsari? From a blog?
It's not real Fy.. For sure both of them pass away already 500 years ago... Tapi tu la.. storyline dia memang nice gile kentang.. Terbawak2 aku ngan storyline ni.. Ni artile dari satu forum mana ntah.. aku just copy paste an save je wat koleksi...
__________________
Quote:
100% Bonus Boleh Withdraw |Register SINI
Call/SMS/WhatsApp: 012.Tujuh99.1752
Reply With Quote
  #7  
Old 22-11-2006, 02:26 PM
goldtrader goldtrader is offline
Super Active

goldtrader's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Dec 2005
Location: Shah Alam
Posts: 6,929
Thanks (Received): 49
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

bukan tamingsari tu kena baling dalam sungai Muar ke ??? dah bleh idup sampai 500 tahun takkan tak bleh idup lagi 500 tahun ...

huhuhuuhuhuuhu ... sakit mental kot
Reply With Quote
  #8  
Old 22-11-2006, 02:29 PM
TamingSari TamingSari is offline
CG Top Poster Club

TamingSari's Avatar

 
Trader Rating: (28)
Join Date: Jun 2006
Location: FBS.MY
Posts: 25,114
Thanks (Received): 126
Likes (Received): 3
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by goldtrader View Post
bukan tamingsari tu kena baling dalam sungai Muar ke ??? dah bleh idup sampai 500 tahun takkan tak bleh idup lagi 500 tahun ...

huhuhuuhuhuuhu ... sakit mental kot
yg sakit mental tu, yg ada org mengaku pewaris sah sultan melaka.. kebanyakkan alat kebesaran melaka ada kat dia skang, tinggal darjah kebesaran, keris di raja ngan ape ntah satu lagi.. skang nak bawak kat majlis raja2 lak kes ni... mental tul..
__________________
Quote:
100% Bonus Boleh Withdraw |Register SINI
Call/SMS/WhatsApp: 012.Tujuh99.1752
Reply With Quote
  #9  
Old 26-11-2006, 03:21 PM
StanNero StanNero is offline
Super Active

StanNero's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Mar 2006
Location: Png-sabah-shah alm-desa pandan-batu muda (now)
Posts: 7,393
Thanks (Received): 153
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by tamingsari View Post
yg sakit mental tu, yg ada org mengaku pewaris sah sultan melaka.. kebanyakkan alat kebesaran melaka ada kat dia skang, tinggal darjah kebesaran, keris di raja ngan ape ntah satu lagi.. skang nak bawak kat majlis raja2 lak kes ni... mental tul..
ngko ada blog mamat tue? ako luipa nak salin la...
Reply With Quote
  #10  
Old 26-11-2006, 03:29 PM
fadlifine fadlifine is offline
Regular

fadlifine's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2006
Posts: 157
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Hang tuah ada berketurunan Cina bukan Melayu. Nama pun dah nama cina.. Hang Li Po , Hang Tu Ah, Hang Seng, Hang li Que. Pangkat Hang ni salah satu taraf bangsawan Cina dahulu kala..
Nama Melayu 500 tahun dulu Kuntum, Daik, Pendek, Awang.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold