Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > CONSUMERS, FRAUD, ILLEGAL ACTIVITES > Scams & Alerts > Suspicious Business/Scheme Activities

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 31-05-2012, 08:51 AM
rosfaizi18 rosfaizi18 is offline
Newbie

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 14
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
Default MC Ocean Salah satu network marketing

Salam semua...pernah tak dengan mc ocean.
dapat tau ia adalah satu network marketing dimana ia mencari business partner utk mendapat leverage dan untung sama.
tapi y saya tau leverage adalah salah disisi syariah.
ada pendapat tak..sy nak tau
Reply With Quote
Thanks Menuju Ilahi thanked for this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 31-05-2012, 09:19 AM
bluehyppo23 bluehyppo23 is offline
Active Member

bluehyppo23's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2006
Posts: 2,469
Thanks (Received): 6
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

fikir tapi produk baru mcDonald
Reply With Quote
  #3  
Old 31-05-2012, 09:22 AM
pentium5 pentium5 is offline
Active Plus

pentium5's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Sep 2008
Posts: 4,876
Thanks (Received): 87
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

produk McD.....?
Reply With Quote
  #4  
Old 31-05-2012, 09:24 AM
rosfaizi18 rosfaizi18 is offline
Newbie

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 14
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
Default

jadi...leverage dia tu x boleh kan...
produk ape2 sekali pun sy nak tau patuh syariah ke tak

klu kira leh buat untung. ragut pun untung..tapi x patuh syariah..
haram...
Reply With Quote
  #5  
Old 10-09-2012, 11:35 PM
oilfilter99 oilfilter99 is offline
Active Plus

oilfilter99's Avatar
 
Trader Rating: (51)
Join Date: Dec 2006
Location: FB/1kedai Dot Com--018 2929160
Posts: 3,671
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 2
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

saya pun baru tau..cuma lum dapat marketing plan...
ada sape2 tau psl marketing plan dia cam ner???
__________________
Diskaun 2% Bayar Umobile Pospaid
018 2929160
Reply With Quote
  #6  
Old 13-09-2012, 07:23 PM
fzulikram fzulikram is offline
Regular

fzulikram's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Jan 2011
Posts: 145
Thanks (Received): 25
Likes (Received): 0
Active Level
Default

tak payah ler...
rupanya hidup lagi.
ni aku amik dari satu blog
http://www.****************/pengalam...ak-dengan-mlm/

macam biasa,akan ada yang menari nari sambil menjerit dan kemudian pelekehkan orang yang tak mahu join

Jika tak silap saya,bisnes MLM (Multi Level Marketing) ini agak lama dah di Malaysia.Saya kenal MLM ini semasa saya masih belajar dalam bidang perguruan,kira-kira sedekad yang lalu.Waktu itu,ramai kawan-kawan yang ajak join mereka,macam-macam kebaikan tentang produk MLM ditonjolkan.Akibat tidak tahan+kasihan pada kawan yang dah keluarkan air liur untk yakinkan saya,maka jadilah saya ahli biasa dengan yuran sebanyak RM70.Dapatlah satu kit pengedar termasuk set buku-buku katalog dan cd tentang produk.Tapi saya tak pernah promote dan menjual walaupun 1 produk MLM.

Di Malaysia ini,ada 2 jenis MLM

1.produk dengan harga berpatutan/logik

2.produk dengan harga tak berpatutan /tak logik

Saya tak minat dengan MLM ini antara sebab utama,perlu cari orang barulah ada income.Ada juga syarikat MLM yang saya faham patuh syariah seperti HPA,harga barangannya pun logik.Tak perlu nak cari-cari orang.Anda jual,anda dapat hasil.Oppss..saya bukan ahli HPA,tapi saya antara pengguna barangannya.Memang ada produknya yang memuaskan hati dan berkualiti tinggi.Sebab itu saya kata bukan semua MLM tak bagus.Tapi ini bukan tiket untuk saya menyokong mana-mana MLM sebarangan.

Pendekatan yang digunakan pun agak ekstrem walaupun secara halus.Contoh yang saya dan suami pernah terkena.Saya dihubungi oleh seorang yang tinggal berhampiran rumah kami,sedangkan kami tak pernah berbual pun.Beliau tahu tentang saya dari orang lain.Dia kata dia nak jadikan saya bisnes partner.Beliau ajak saya dan suami ikut ke satu majlis makan-makan katanya.

Pada hari yang dijanjikan kami pun pergi mengikut beliau dan suaminya.Rupanya ada 2 kereta lagi.Malam itu kami sampai di sebuah rumah banglo 3 tingkat yang agak besar dan lapang.Ada makanan dan minuman dihidangkan.Sebelum masuk,perlu bayar tiket RM10/person.Tiket kami dibayar oleh kenalan baru saya itu.

Dalam majlis tersebut,kami jumpa ramai orang.Mereka kelihatan ceria(ada juga yang seperti buat-buat je).Kami diperkenalkan dengan seorang demi seorang yang menceritakan bahawa bisnes inilah yang terbaik yang pernah mereka buat,dan mengutuk orang yang makan gaji.Apa yang saya perasan -ayat mereka hampir sama.Dan di hujungnya bila saya tanya bisnes apa,jawapan yang diterima “kena datang ofis,baru tahu”.

Selepas itu kami pulang dengan seribu pertanyaan,apakah bisnes itu sebenarnya.Saya fikir,mungkin kerja export-import barang agaknya.Beberapa hari kemudian,saya dihubungi semula oleh kenalan saya itu dan kali ini dia hendak bawa kami ke ofis pula.Saya teruja sebab nak tahu apa bisnes yang dimaksudkan.

Tiba malam yang dijanjikan,kami pun dibawa ke ofis.Kami dipertemukan lagi dengan beberapa orang yang didakwa bekas guru,bekas jurutera,bekas doktor dan macam-macam bekas la..semuanya mendakwa dah berhenti kerja sebab tak berbaloi makan gaji sebaliknya bisnes sekarang lebih berbaloi.

Malam itu saya ditunjukkan produk mereka dan diceritakan tentang kebaikannya.Pada awalnya saya melihat produk mereka agak menarik,iaitu produk kecantikan berasaskan lautan dalam.Malam itu suami saya terpengaruh dengan ajakan mereka untuk menjadi ahli dengan bayaran sebanyak RM2k.Saya mula tak sedap hati,tetapi suami saya agak teruja dan mula terpengaruh.

Episod ini tak berakhir lagi kerana kami wajib hadir seminar/training di MITC Melaka pula.Bayaran dikenakan rm150/person.Pergi training itu,maka pecahlah rahsia sebenar apabila saya sedar yang mereka memang syarikat yang menjalankan MLM apabila secara terang -terangan.Modal sebenar ialah RM33k.Suami saya mula terpengaruh dan mengikut geng2 ini setiap minggu.

Saya pula di rumah tak dapat lelapkan mata kerana risaukan duit yang bakal hangus kerana suami saya nak melabur RM33k untuk bisnes yang entah apa2 itu.Maka saya pun google mengenai syarikat ini-SGN (Steady Global Network),dan terjumpa satu sumber yang mendedahkan segala-galanya.Di forum itu rahsia syarikat ini terbongkar.

Saya pun menceritakannya pada suami,tapi beliau tak mahu percaya.Saya menggunakan pelbagai cara,akhirnya berjaya menariknya dari terjebak.Dalam usaha saya cuba mengelakkan suami dari terjebak,upline2 si kenalan saya dengan kereta2 mewah asyik datang ke rumah.Tapi saya agak tegas dengan mereka dan saya kata,so sorry,kami tidak berminat langsung.Alasan paling kukuh sekali saya katakan kepada mereka,MLM anda tidak patuh syariah.Mereka-mereka yang berjaya adalah hasil pelaburan downline mereka.Pendedahan yang saya baca di forum tersebut sangat menyedihkan,ada yang mengaku jual tanah,buat loan,pinjam duit kawan/saudara mara sebab sebelum itu mereka yakin bisnes ini boleh mengubah nasib mereka.Hakikatnya ia adalah bisnes mencari mangsa yang sanggup laburkan RM33k supaya upline boleh makan hasil downline.

Ianya tak akan habis..patutla saya nampak yang datang malam makan2 itu mukanya kelat tapi cuba dimaniskan.Rupanya mereka dah labur banyak,dan mereka memilih untuk meneruskan dan mencari mangsa untuk menampung kerugian mereka.Saya kagum dengan mereka yang tertipu tapi memilih untuk tidak menipu orang lain.

Rupanya Steday Global Network ni ramai jugak mangsa yang tertipu.Dah lama saya tak masuk forum itu,di sana yang pro dan kon dgn syarikat bertelagah dan mempertahankan pendirian masing-masing.Biasanya yang baru join dan yang dah kaya dengan skim inilah yang beriya-iya mempertahankan syarikat dan apa yang mereka buat.Kelebihan mereka yang paling ketara ialah bijak ‘psiko’ dan menutur kata-kata manis kepada prospek.Siapa mudah terpedaya akan jadi mangsa.

Akhir kata,elakkan diri terjebak dengan MLM ala-ala skim cepat kaya ini.Susah-susah dahulu,senang-senang kemudian.Buat masa ini,saya pilih bisnes yang selamat-meniaga emas,meniaga buah-buahan dan meniaga makanan secara kecil-kecilan.Biarlah tak kaya raya asalkan tak menipu orang lain dan buat perniagaan yang sudah tentu halal.Kalau kaya,alhamdulillah,boleh tolong lebih ramai orang

Tambahan:

Antara cara buat duit yang digunakan oleh SGN:

1.menganjurkan makan-makan=satu kepala dicaj RM10.Bayangkan jika yang datang beratus orang,berapa si penganjur dapat?

2.menganjurkan M&U,di mana setiap ahli wajib hadir dengan bayaran RM150,setiap bulan akan dibuat di negeri yang berlainan,saya dah kira,memang untung besar si penganjur sebab yang datang hampir 1 ribu lebih
Reply With Quote
  #7  
Old 13-09-2012, 08:44 PM
syukranjz syukranjz is offline
Active Plus

syukranjz's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Dec 2010
Posts: 4,769
Thanks (Received): 9
Likes (Received): 0
Active Level
Default

ini MLM.. dieorng dh ubah strategi..tdk mempromosikan secara terbuka, tdk juga d internet..klu kite tny dieorng modal brape produk ape pun die kate kene g ofis..br leh cite.. coz klu org tau MLM sume x mau join..
Reply With Quote
  #8  
Old 13-09-2012, 10:04 PM
ikanlemas19 ikanlemas19 is offline
Active Member

ikanlemas19's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Jun 2008
Posts: 1,620
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Aku adalah salah sorang yg pernah join mlm ni,semuanya tipu,habis duit aku 30k..habis duit patrner2 aku..semua ni penipu besar..kata kad ahli ada magnet lah,bila kad ahli tu terbelah,hanya kertas surat khabar je..mcm **** je..mmg aku serik..dah lah berhutang dgn bank..hati2 kalo diorg ajak pegi opis,mmg diaorg akan lock otak korang supaya join,bila kawan ko bawak korang pegi opis,cerita plan diorg,pastu minta bayar separuh,korang xnak bayar,tapi kawan yg bawak tu akan bayar utk korang,so kawan ko tu kata xkesah,ko ada duit nanti bayar lah balik nanti,yg penting ko nak bisnes sama2..berjaya sama2..

tapi disebalik bayaran tu,duit tu akan dipulangkan balik pada kawan ko yg bayar kan dulu tu..di situ dia dah jerat korang dgn perasaan sayu pada kawan yg sanggup bayar kan dulu..sebenarnya korang dah kena tipu!!! bermula situ diorg akan cuci otak korang hingga korang boleh bayar jumlah yg diorg nak,xde duit,suruh apply krdit kad,bayar semua jumlah guna krdt kad..diorg akan buat tea party,dekat situ dirog akan teeup,bawak keta mewah2..mcm2 lah..nanti lah aku cerita lagi..
__________________
RAHSIA BERMAIN PS2 YANG ROSAK LENS DAN BAIK LENS TANPA MENUKAR LENS DENGAN CARA MENGGUNAKAN EXT HDD,TIDAK LAGI MENGGUNAKAN CD/DVD GAME DISINI
Reply With Quote
  #9  
Old 29-11-2012, 03:48 AM
hunTer hunTer is offline
Active Member

hunTer's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2008
Posts: 1,851
Thanks (Received): 134
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Salam semua...

Saya Forex trader sebelum ini memangkah tahap gaban MLM
sampai bergaduh bila dgr org mlm mengutuk melayu lar,miskin la,malaslaa..itu terpulanglar...bagi aku dunia nie sementara..setitik pon aku tak pernah fikir nak kaya

sebelum ni org aku tak suka bila kwn2 bawa ke syarikat mlm cerita mcm tahap dewa kaya raya

tetapi bila aku sampai jejak kaki ke MCOcean aku nampak berlainan...aku tanya kawan aku mana pergi org melayu..rupanya kaum2 lain dah bawa sedara mara masuk join MCOcean..budaya didalam tu tak sombong angkuh dan riak...tetapi dalam senyap ada seorg budak melayu berumur 25tahun dah berjaya dlm MCocean walaupon bilangan org melayu aku boleh kira

lagi satu pakcik aku berumur 57tahun pon masuk..adeh pening aku dibuatnya ..dan sekarang selama 4 bln dia join mmg taknak kaya...cuma senang kehidupan..dan sekarang dah beli cash saga BLM

bila masa speaker nak memberi ucapan apa perception aku pada speaker india tu dia mmg seorg yg ikhlas...dia tidak angkuh dgn kekayaan yg dia ada...sampaikan menangis di pentas bila menceritakan hal kehidupan yg miskin dahulu...

aku datang bukan seorang...berenam..dah kaji segala hal selama sebulan dari segi halal dan haram...dgn itu kami jadi join dgn bermodalkan rm2100..dan kami kini sedang bergiat aktif mencari partner yg BERKUALITI...bermaksud bersungguh ingin mengubah hidup...sebab bila ada seorg ahli berminat nak tahu..semua kena turun dari upline yg atas sekali sampaikan lah bawah..WAJIB turun!kalau ada yg buat tak kesah mmg terus kitaorg issue kt management

sebab teamwork sgt kukuh sebab itu aku join..bermakna disekeliling aku ramai yg membantu...sehingga kini boleh katakan MCocean tidak menipu...TEAMWORK sgt penting...bukan hanya merebut kekayaan..tetapi kita sama2 org melayu naik..dan aku skarang bergiat aktif pulakkkk dgn MCocean...kalau berminat jumpala kami dan korang tahu sendiri attitude kami bukan nak kaya tapi berkawan dan senang kehidupan..
__________________
Learning is Never Ending Process

Last edited by hunTer; 29-11-2012 at 03:51 AM..
Reply With Quote
  #10  
Old 29-11-2012, 04:08 AM
hunTer hunTer is offline
Active Member

hunTer's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2008
Posts: 1,851
Thanks (Received): 134
Likes (Received): 0
Active Level
Default

  1. Sesiapa yg ingin mencari jalan keluar dari kesusahan hidup boleh bertemu dgn team saya...kami akan brainstorming kaw2
  2. tetapi bukan menipu...kami bukan nak mencari kekayaan..bukan nak mengutuk tak tentu hala..cuma nak hidup senang menyelesiakan segala hutang yg ada dan keluarga masing2...terpulang pada diri sendiri..kalau mahu senang kenalah berusaha sedikit..kalau ada yg mengampu kata lebur duit byk...
  3. perniagaan perlukan sedikit usaha mencari org..tetapi bukan mencari tak tentu hala..cari org betul2 nak merubah kehidupan..perniaagaan nie tiada paksaan..
  4. sebab bila ada yg dtg join group lami...kami akan membantu jika ada masalah...bukan ckp kosong dan anda juga kene set kan diri anda kene aktif turun padang membantu bila ada ahli baru join
__________________
Learning is Never Ending Process
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump