gombakman
Active+ Member
- Messages
- 3,544
- Joined
- May 9, 2009
- Messages
- 3,544
- Reaction score
- 506
- Points
- 71
SENARAI TOKOH-TOKOH YG TELAH SAYA UPDATE :-
1)TOK KENALI - M/S 1
2) TOK SELEHONG - M/S 1
3) SHEIKH ABDULLAH FAHIM - M/S 2
4) TOK KU PALOH - M/S 2
5) RAJA HAJI - M/S 3
6) MAT KILAU - M/S 4
7) TOK PULAU UBI - M/S 4
8) TOK PULAU MANIS - M/S 5
9) WALI SONGO - M/S 6
10)PROF HAMKA - M/S 6
11 HAJI SULONG (PATTANI)- M/S 7
12 SHEIKH DAUD ABDULLAH FATHANI - M/S 8
MUHAMMAD YUSUF AHMAD (TOK KENALI)
Sedari kepentingan media sebagai ALAT DAKWAH
Oleh: Wan Mohd. Hafiz Wan Hamzah
Kemudahan teknologi media sebagai salah satu medium dakwah yang berkesan, sebenarnya sudah disedari oleh ulama terdahulu. Di antara golongan penulis Islam yang bergiat dalam dunia penulisan sebagai penerbit dan pengarah ialah Syed Sheikh bin Ahmad al Hady, yang menjadi pengasas majalah dakwah pertama di Tanah Melayu, Al Imam, yang diterbitkan pada sekitar tahun 1906
PROFIL
Nama Sebenar: MUHAMMAD YUSUF AHMAD
Nama gelaran : Tok Kenali
Tarikh lahir : 1870
Tempat lahir: Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kelantan
Pendidikan: Sekolah Rendah Kubang Kerian, Mekah
Guru guru di Kelantan: Tuan Guru Haji Ibrahim, Tuan Haji Abdul Samad Mohd Shalih, Tuan Haji Wan Ismail Wan Senik, En. Ismail Mahmud, Haji Ibrahim Yusuf, Haji Yaakob Abdul Halim, Haji Abbas, Datuk Haji Abdul Malik Musa, Haji Awang, Haji Nik Daud.
Guru guru di Mekah: As Syeikh Hasbullah, As Syeikh Ubaid, As Syeikh Muhammad Amin, As Syeikh As Sayyid Bakri, As Syeikh Muhammad Yusof al- Khayaat, As Sayyid Abdullah As Sayyid Muhammad, Ahmad Muhammad Zain Mushtafa al Fatani
Pekerjaan: Kerani (Kelantan), tukang masak (Mekah), pengarang majalah PENGASUH
Karya: Menghasilkan lebih kurang 20 cerpen yang dimuatkan dalam majalah PENGASUH antaranya berjudul Awang Hidung, Melintang, Kemuliaan Merendah Diri, Semangat Pengorbanan Ulung dan lain lain.
Meninggal dunia: 19 November 1933 bersamaan 2 Syaaban 1352 ketika berumur 65 tahun
Kira kira 12 tahun kemudian, Muhammad Yusuf Ahmad menjadi individu kedua yang melihat kepentingan media dalam pelaksanaan dakwah. Berbekalkan kesedaran itu, maka belia tidak teragak agak apabila ditawarkan untuk memimpin majalah dakwah Pengasuh, yang diterbitkan oleh majlis agama Islam Kelantan.
Beliau yang sememangnya berminat dalam bidang penulisan, menyedari akan kepentingan media massa dalam usaha untuk menyebarkan dakwah dengan cara yang mudah, pantas dan berkesan.
Keyakinan beliau tentang kemapuan media massa sebagai alat dakwah dan perpaduan ini dinyatakan melalui penulisan beliau dalam keluaran sulung majalah Pengasuh.
Antara ayat yang ditulis beliau dalam majalah tersebut ialah:
“Tatkala saya mengetahui bahawa tiada orang yang boleh menjadi utusan (penyampai) usaha ini untuk menghimpunkan (menyatupadukan) sekalian anak Melayu kita ini, maka besarlah harapan saya supaya diadakan pada setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini sekurang kurangnya mempunyai utusan (surat khabar) agar ia menjadi alat yang bijaksana untuk menyeru umat Melayu bersekutu dan bersatu dalam apa jua pelkerjaan yang mendatangkan kebaikan bagi anak watan, bangsa dan agama.”
Sekiranya tidak dihambat oleh tugas tugasnya sebagai seorang guru dan pendakwah, dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang penulisan, tidak syak lagi nama Tok Kenali akan dikenali sebaris degan nama nama penulis terkenal tanah air lain.
Beliau juga beranggapan surat khabar atau majalah, adalah ejen dakwah yang paling berkesan ketika berhadapan dengan zaman yang penuh kelalaian dan kemaksiatan.
Latar Belakang
Muhammad Yusuf dilahirkan di belakang masjid Shaalihiy, Kampung Kenali, Kelantan. Ibunya bernama Fatimah manakala ayahnya bernama Ahmad. Beliau lebih dikenali dengan nama gelaran ‘Tok Kenali’ yang diambil sempena nama kampung tempat kelahirannya.
Keluarga beliau pula memanggilnya dengan nama timangan ‘ Awang’’, gelaran yang cukup digemari olehnya. Bahkan beliau menggunakan ‘byline al Fadhil Tuan Haji Awang Kenali’ di dalam majalah Pengasuh yang diterajuinya sebagai ketua pengarang,. Malah Sultan kelantan, Sultan Muhammad keempat juga menyebut nama beliau dengan nama ‘Haji Awang Muhammad Yusuf Kenali’ ketika melantik beliau sebagai anggota majlis agama Islam.
Tok Kenali semenjak dari kecil lagi, telah memperlihatkan bakat luar biasa dalam pengajian ilmu. Kecerdasan minda serta kecenderungannya terhadap ilmu pengetahuan begitu ketara sekali. Hampir 10 tahun lamanya Tok Kenali menuntut di Kota Bahru dengan berguru kepada beberapa orang ulama yang terkenal pada zaman itu.
Anataranya ialah Tuan Guru Ismail, Tuan Guru Asy – Syeikh Muhammad Alin bin Abdul Rahman (Wan Ali Kutan), Tuan Guru Haji Taib Tuan Padang, Tuan Guru Haji Ibrahim Sungai Budur dan beberapa orang lagi.
Sebaik saja tamat berguru perkara perkara dasar dalam Islam, beliau seterusnya membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke kota suci Mekah. Beliau berangkat ke Mekah pada tahun 1886 iaitu pada tahun kemangkatan Sultan Muhammad ke 2 yang digelar ‘Sultan Mulut Merah’.
Keputusan beliau untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah kerana sejak berabad lamanya, kota suci tersebut menjadi tumpuan para ulama untuk mendalami ilmu Islam termasuk ulama dari rumpun Melayu.
Kota Mekah menjadi saksi akan kemunculan ulama ulama ternama dari rumpun Melayu yang pernah menuntut dan mengajar di situ selama berpuluh puluh tahun lamanya. Di antara nama nama ulama Melayu tersohor yang mendapat pendidikan Islam di kota Mekah ialah seperti Syeikh Daud al Fatani, Syeikh Abdul Samad al Falimbani, Syeikh Mohd. Arshad al Banjari, Syeikh al Nawawi al Batani dan ramai lagi.
Tok kenali pada zamannya sangat beruntung kerana berkesempatan menuntut ilmu dengan beberapa ulama besar ketika itu. Salah seorangnya ialah ulama Pattani yang terkenal Syeikh Ahmad Muhammad Zain bin al Fatani.
KEISTIMEWAAN
1. Pernah memberitahu anak muridnya bahawa satu masa nanti Jepun akan menjajah Kelantan dan seluruh tahan air. Pada 1941 tentera Jepun benar benar menyerang Tanah Melayu dan masuk melalui Kelantan.
2. Pernah memberi amaran Kelantan akan dilanda banjir besar dan meminta orang kampung bersiap sedia. Sebulan selepas itu terjadinya banjir besar di Kelantan yang dikernali sebagai Bah Air Merah pada 24 Disember 1926.
3. Seorang yang cepat menghafal dan tajam pemikiran semenjak kanak kanak lagi.
4. Ada riwayat mengatakan bahawa Tok Kenali akan ke Mekah pada setiap tahun. Bahkan ada yang terserempak Tok Kenali di Mekah sedangkan ketika itu beliau berada di Kelantan.
5. Pernah diceritakan bahawa Tok Kenali dijemput untuk berbuka puasa di enam tempat dan pada hari jemputan tersebut, Tok Kenali berada di keenam enam tempat tersebut.
6. Berkawan dengan pelajar Jin Islam ketika menuntut di Mekah.
Syeikh Ahmad adalah seorang guru yang sangat alim serta bijak dan mahir dalam penulisan. Diriwayatkan datuknya adalah seorang pendakwah Islam dari Hadratulmaut dan salasilah keturunannya itu sampai kepada nasab sahabat terkenal, Saidina Uthman bin Affan.
Tok Kenali menjadi salah seorang anak murid kesayangan ulama besar itu hampir 20 tahun lamanya, Tok Kenali berdamping dengan Syeikh Ahmad dan bermacam macam ilmu yang telah diperolehi daripada ulama tersebut. Tok Kenali juga telah mempamerkan komitmen yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan dan gurunya turut mengagumi kesungguhan beliau dalam bidang ilmu.
Kira kira sekitar tahun 1906, guru kesayangan beliau telah menyahut panggilan Ilahi. Kematin gurunya itu ternyata memberi kesan kepada Tok Kenali dan menjadi salah satu sebab beliau membuat keputusan untuk kembali ke Tanah melayu. Pada sekitar tahun 1908, akhirnya Tok Kenali pulang ke kelantan dan waktu itu, usia beliau mencecah 40 tahun.
Jadi Ulama Kesayangan Masyarakat
Sekembalinya ke Kelantan, beliau tidak menunggu lama untuk menabur bakti kepada masyarakat umat Islam disana. Tok Kenali pula ketika itu, tidak seperti kebanyakan ulama lain di zamannya, yg hanya aktif di surau atau pondok sahaja, tetapi beliau aktif dalam aktiviti masyarakat termasuk dalam pentadbiran negeri.
Beliau juga bersahabat baik dengan pembesar pembesar negeri Kelantan termasuk Datuk Perdana Menteri Kelantan ketika itu, Haji Nik Mahmud Ismail. Beliau dan pembesar pembesar negeri kelantan sering bermuzakarah dalam melaksanakan pentadbiran negeri berdasarkan syariah.
Tok Kenali juga dilantik untuk memegang beberapa jawatan penting seperti anggota majlis agama Islam, anggota jemaah ulama kelantan, ketua pengarang pertama majalah Pengasuh dan ketua pelajaran agama.
Tok kenali menjadi popular di kalangan semua lapisan rakyat disebabkan akhlak dan keterampilannya. Sifatnya yang zuhud, rendah diri, peramah, pemurah menyebabkan beliau senang didekati.
Kemesraan dalam pergaulan, cara hidup yang zahid serta tidak pernah menghampakan permintaan orang ramai, membuatkan beliau menjadi seorang ulama yang dekat dan hampir kepada masyarakat awam.
Akhlak Tok Kenali membuatkan beliau adalah di antara ulama yang diabadikan dengan gelaran ‘Tok’ dan digandingkan dengan nama tempat kelahiran beliau. Gelaran seperti ini adalah satu penghormatan daripada rakyat kepada ulama yang tersohor antaranya Tok Khurasan, Tok Bachok, Tok Kemuning, Tok Selehong, Tuan Tabal dan termasuk Tok Kenali.
Biarpun Tok Kenali tidak meninggalkan hasil hasil karya yang terkenal dalam mana mana pengajian Islam, namun jasa jasa beliau paling besar dalam dunia Islam ialah melahirkan satu angkatan ulama yang tersohor bukan sahaja di negara ini, tetapi turut terkenal di negara luar.
Belia juga telah berjaya membawa perubahan dalm sudut pengajian tatabahasa Arab, nahu sarf, urudh dan balaghah dalam sistem pengajian pondok ketika itu. Beliau yang sering kali mengajar tanpa kitab, begitu dihikmati ketinggian ilmu dan keahlian beliau dalam beberapa bidang ilmu sehingga menjadi nama beliau satu lagenda bagi ilmu ketika zaman itu.
AL ISLAM Oktober 2005
Penulis: Wan Mohd. Hafiz Wan Hamzah
Terbitan asal: AL ISLAM Oktober 2005
url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/21278

Last edited: