Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Entertainments, Interests, Lifestyle > Others Interest

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 13-05-2012, 11:51 PM
fathom11 fathom11 is offline
Legendary Member

fathom11's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Nov 2007
Location: Private-Island
Posts: 10,567
Thanks (Received): 15
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Post ASaL UsuL " Seni GayuNg FaTAni " Seni Beladiri Melayu.

semoga dapat menambahkan pengetahuan kita dalam asal kewujudan silat (seni gayung fatani) di tanah melayu...

Seni Beladiri Melayu telah wujud sebelum kehadiran pengaruh luar di alam Melayu yang dikenali sebagai Ilmu Hulubalang atau Ilmu Parajurit yang menjadi penting untuk mengkuhkan pertahanan kerajaan Melayu tradisi seperti kerajaan Melayu Champa, Kemboja, Langkasuka, Kedah Tua dan Pattani yang meliputi Semenanjung Tanah Melayu.

Sejak kejatuhan kerajaan Melayu Tradisi di Semenanjung, silat telah terpinggir daripada istana dan pertahanan negara telah diperkenalkan dengan sistem pertahanan barat. Orang perang dan pahlawan telah kembali ke desa dan terus mengembangkan Ilmu Seni Perang Melayu atau institusi pendidikan kepahlawaan Melayu. Bagi mengelakkan ilmu kepahlawanan itu daripada pengetahuan penjajah lalu dijadikan satu permainan tradisi yang didalamnya terdapat serang dan beladiri, dinamakan Silat.

Oleh sebab silat ini diamalkan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang bersempadan dengannya, maka dinamakan Silat Melayu. Oleh sebab ramai ulama yang mengajarkan silat terdiri daripada orang Pattani yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu maka Silat Melayu tersebut dikenali sebagai Silat Patani.

Kurikulum Silat Gayung Fatani adalah berdasarkan kandungan pelajaran Silat Melayu yang diasaskan Syeikh Abdul Rahman Tahir. Kemudian kurikulum ini disusun oleh Tn. Haji Anuar Bin Abd Wahab.

Sheikh Abdul Rahman menurunkan ilmu Silat Melayu kepada anaknya juga seorang guru agama iaitu Haji Ramli bin Abdul Rahman yang dikenali sebagai Tok Yah Ramli. Syeikh Abdul Rahman juga mengajar kepada beberapa murid yang lain termasuk Tuan Haji Pak Teh Mohd Ali.


Tuan Haji AnuarPak Teh Ali kemudian menurunkan ilmu ini kepada Haji Imam Mansor Bin Ismail. Kemudian Haji Imam Mansur menurunkan ilmu kepada Pak Andak Embong kemudian menurunkan ilmu ini kepada Tuan Haji Anuar Bin Abd Wahab pada tahun 1965. Tuan Haji Anuar Bin Abd Wahab kemudiannya melengkapkan pelajaran silat dengan Tuan Haji Ramli Bin Abdul Rahman. Dan sekarang ini merupakan Pengasas dan Guru Utama, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia

Anak murid Haji Ramli Bin Abdul Rahman bernama Haji Abdullah Darus dan Haji Mat Isa(Awang Pendekar) telah membuka dan mengembangkan ilmu persilatan ini ke Batu Kurau, Perak dalam tahun 1948. Diantara anak murid Haji Mat Isa ialah Mohamad bin Mahat(Pak Long Aji).Tuan Haji Pak Teh Mohd Ali telah melahirkan Guru Tua Seni Gayung Fatani Perak iaitu Tuan Haji Imam Mansur Bin Ismail. Pak Andak embong, Guru Tua negeri Selangor telah melahirkan Tuan Haji Anuar Abd Wahab selaku Guru Utama dan Pengasas pertubuhan ini.

Tuan Haji Anuar Abd Wahab telah melahirkan guru-guru kanan seperti Tuan Haji Ismail Saad(Pulau Pinang), Abdul Rahman Ismail, Roslan Salam(Selangor), Zaihan Mohd Isa, Haji Khairuddin(Kelantan), Aminnuddin Anuar, Azi Wahija Yop(Antarabangsa), Wan Jaafar Wan Zainal(Terengganu), Masliza(Guru Wanita), Haji Khalid dan Rosman(Melaka), Roslan Aziz(Perak), Bambang(Negeri Sembilan), Zakaria(Thailand) dan lain-lain yang menjadi guru peringkat negeri seperti, Halim(Perlis), Mazlan(Kedah), Mohd Arif(Melaka) dan Mazlan(Johor). Belia juga telah melahirkan jurulatih peringkat antarabangsa.


__________________

Usd Vs JpY ClAss
AKADEMI FULL TIME TRADER ( A.F.T.T ) 2011

Last edited by fathom11; 14-05-2012 at 12:08 AM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 13-05-2012, 11:51 PM
fathom11 fathom11 is offline
Legendary Member

fathom11's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Nov 2007
Location: Private-Island
Posts: 10,567
Thanks (Received): 15
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Silat Seni Gayung Fatani merupakan aliran Silat Melayu yakni silat tempatan atau Seni Silat Melayu Tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan sebenih dengannya, seperti yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang sempadan dengannya, dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut.

PSGFM telah berjaya meningkatkan mutu pendidikan silat tradisi gelanggang bangsal kepada kurikulum silat yang telus dan setara serta mengekalkan keaslian Silat Melayu versi Malaysia. Silat ini telah didaftarkan dengan nama Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia.

Perkhidmatan pendidikan silat PSGFM telah melalui evolusi iaitu bermula dengan kurikulum silat tradisi gelanggang bangsal, pada 1986 Kurikulum Baru PSGFM dan pada 2002 diperkenalkan Kurikulum Seni Silat Malaysia (KeKKWa/KPM/Pesaka Malaysia) yang diasaskan dan disusunkaqn oleh Tn.Hj. Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab AMN) Kurikulum silat ini telah disusn semula dan diperturunkan kepada PSGFM, dinamalan kurikulum silat PSGFM moden piawai 2002.

Kurikulum silat ialah ilmu silat atau kandungan pelajaran silat yang disusun bagi mewujudkan sukatan pelajaran silat 7 tajuk pada 7 peringkat. 7 tajuk pada ialah Bunga, Jurus, Belebat, Tapak, Buah, Tempur Seni dan Tempur Bela diri. Tujuh peringkat ialah Anak Gelanggang, Pesilat Remaja, Pesilat Perkasa, Pesilat Muda, Pesilat, Pendekar Muda dan Pendekar. Kurikulum silat meneruskan amalan pergendangan silat Melayu (muzik silat baku Malaysia) dan mengekalkan gerak, kaedah, rupa dan bentuk keaslian silat Melayu tradisi Semenanjung.

Dengan itu kurikulum silat dapat mengisi seluruh aktiviti, pengetahuan dan kemahiran bersilat seperti silat pulut, silat buah, silat tempur, silat sukan dan Silat Kerohanian. Kurikulum seni silat Malaysia pernah diperturunkan kepada lebih daripada dua 200 guru silat dari perlbagai perguruan silat di Malaysia dan 33 orang daripadanya telah mencapai peringkat Pendekar Muda. Mulai tahun 2008 seluruh gelanggang tradisi, gelanggang umum atau kelas silat PSGFM hanya menggunakan satu sistem perkhidmatan pendidikan silat iaitu kurikulum silat PSGFM moden piawai 2002.





FATANI NUSA BAKTI
__________________

Usd Vs JpY ClAss
AKADEMI FULL TIME TRADER ( A.F.T.T ) 2011

Last edited by fathom11; 14-05-2012 at 12:53 AM..
Reply With Quote
  #3  
Old 13-05-2012, 11:52 PM
fathom11 fathom11 is offline
Legendary Member

fathom11's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Nov 2007
Location: Private-Island
Posts: 10,567
Thanks (Received): 15
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default seni gayung fatani..

TahAP PSGFM.

Berikut adalah merupakan tahap dan peringkat sukatan pelajaran Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia seperti yang telah ditetapkan oleh Guru Utama (Arwah Tn Hj Anuar Abd Wahab AMN) mengikut Kurikulum Silat PSGFM Piawai 2002:





KURIKULUM PSGFM





CARTA PERGURUAN DAN KEJURULATIHAN





JURAI PERGURUAN


__________________

Usd Vs JpY ClAss
AKADEMI FULL TIME TRADER ( A.F.T.T ) 2011

Last edited by fathom11; 14-05-2012 at 12:34 AM..
Reply With Quote
  #4  
Old 13-05-2012, 11:53 PM
fathom11 fathom11 is offline
Legendary Member

fathom11's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Nov 2007
Location: Private-Island
Posts: 10,567
Thanks (Received): 15
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

reserve... untuk pic...
__________________

Usd Vs JpY ClAss
AKADEMI FULL TIME TRADER ( A.F.T.T ) 2011
Reply With Quote
  #5  
Old 13-05-2012, 11:54 PM
fathom11 fathom11 is offline
Legendary Member

fathom11's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Nov 2007
Location: Private-Island
Posts: 10,567
Thanks (Received): 15
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default TAHUKAH ANDA? - Bunga Silat

Beberapa fakta tentang Bunga Silat yang patut anda tahu:

1) Bunga Silat merupakan dasar dalam pelajaran silat itu sendiri kerana dalam pelajaran Bunga Silat terkandung pergerakan asas seperti Langkah, Kuda-kuda dan Limbai Tangan.

2) Bunga silat juga melatih ketahanan badan, regangan otot dan kawalan keseimbangan badan pesilat.

3) Secara tidak langsung, Bunga Silat memupuk sikap sabar dan teliti melalui kesempurnaan Bunga Silat yang dipamerkan oleh setiap pesilat.

4) Juga dikenali sebagai Bunga Sembah, Lela Sembah dan Sembah Lela.

5) Bunga Silat dilakukan pada sebelum dan selepas latihan sebagai tanda hormat kepada guru/jurulatih dan pertubuhan.

6) Boleh dilakukan dalam 3 aras iaitu aras tinggi, sederhana/biasa atau aras rendah.

7) Gayung Fatani mempunyai 6 jenis bunga yang berlainan mengikut tahap pelajaran/bengkung tetapi menerapkan asas yang sama dan dikembangkan mengikut peningkatan tahap/bengkung.

8) Pesilat yang sudah memakai bengkung hitam perlu mahir melakukan Bunga Silat dengan senjata seperti keris, parang, sabit, kerambit dan menggunakan 2 senjata yang sama atau berbeza.

10) Langkah bermaksud bergerak menggunakan satu atau kedua-dua kaki. Kuda-kuda bermakna kedudukan untuk menyerang atau beladiri manakala Limbai bermaksud pergerakkan tangan semasa bergerak.

11) Setiap pergerakan dalam Bunga mempunyai nama (7 asas pergerakan Bunga Silat-Peringkat 1 Bengkung Putih):

a) Pergerakan 1 - Langkah Serong, Kuda-kuda Serong, tangan kanan Limbai Rencong.

b) Pergerakan 2 - Langkah Tunjang, Kuda-kuda Serong, tangan kanan Limbai Kapit.

c) Pergerakan 3 - Langkah Terus, Kuda-kuda Terus, tangan kanan Limbai Empang dan tangan kiri Limbai Adang.

d) Pergerakan 4 - Langkah Undur, Kuda-kuda Kilas, tangan kanan Limbai Sangga tangan kiri Limbai Adang.

e) Pergerakan 5 - Langkah Ereng, Kuda-kuda Ereng, Limbai Lunjur.

f) Pergerakan 6 - Langkah Silang, Kuda-kuda Silang, Limbai Kacip.

g) Pergerakan 7 - Langkah Samping, Kuda-kuda Samping, Limbai Juak.

12) Kenapa Bunga Silat ada 7 Langkah?
Bunga Silat ada 7 Langkah kerana:
-Surah Al-Fatihah ada 7 ayat.
-Ada 7 petala bumi.
-Ada 7 petala langit.
- Dan sifat Allah ada 7. (Arwah Guru Utama PSGFM Tn. Hj. Anuar Abd Wahab A.M.N)

Rujuk:
1) Anuar Abdul Wahab, 2008. Silat: Sejarah Perkembangan Kurikulum Silat Melayu Tradisi dan Pembentukan Kurikulum Silat Malaysia Moden. Kajang: Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia.
__________________

Usd Vs JpY ClAss
AKADEMI FULL TIME TRADER ( A.F.T.T ) 2011

Last edited by fathom11; 14-05-2012 at 01:00 AM..
Reply With Quote
  #6  
Old 14-05-2012, 12:01 AM
kipaskertas_108 kipaskertas_108 is offline
Active Plus

kipaskertas_108's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Aug 2011
Location: KjG-SrMbN-USj
Posts: 3,071
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

ade section khas x utk silat/bela diri?
bagus info ni..
tggu TT update..
__________________

.: Politik itu Hiburan .:. Hiburan itu Politik :.
Reply With Quote
  #7  
Old 14-05-2012, 12:07 AM
fathom11 fathom11 is offline
Legendary Member

fathom11's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Nov 2007
Location: Private-Island
Posts: 10,567
Thanks (Received): 15
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

saya wujudkan thread nie sbb terlalu byk spekulasi yang timbul...

mengenai kefahaman asal usul silat nie... harap dapat berikan info berguna

tuk semua cg members trutama nye...
__________________

Usd Vs JpY ClAss
AKADEMI FULL TIME TRADER ( A.F.T.T ) 2011
Reply With Quote
  #8  
Old 14-05-2012, 12:19 AM
albxx83 albxx83 is offline
Active Plus

albxx83's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Oct 2008
Location: planet bumi
Posts: 2,826
Thanks (Received): 70
Likes (Received): 0
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by fathom11 View Post
saya wujudkan thread nie sbb terlalu byk spekulasi yang timbul...

mengenai kefahaman asal usul silat nie... harap dapat berikan info berguna

tuk semua cg members trutama nye...
sy sokong usaha ini utk memertabatkan silat melayu.. silat 1st yg sy belaja adalah silat ini.. pastu ada lagi beberapa silat lain. tapi sy xtau sgt pasal sejarah silat gayung fattani.. setiap persatuan silat ada sejarah nyer yg tersendiri..

Reply With Quote
  #9  
Old 14-05-2012, 12:33 AM
faisal05 faisal05 is offline
Regular

faisal05's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2007
Posts: 692
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Al-fatihah kpd Haji Anuar Abd Wahab dan Hj Basiron Hj Hamit
Reply With Quote
  #10  
Old 14-05-2012, 12:45 AM
isrz isrz is offline
Regular

isrz's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: May 2011
Location: sg besi
Posts: 296
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

salah satu pertubuhan silat asli tradisi yang masih mngekalkan ciri2 kepahlawanan melayu...gayung fatani menggabungkan silat2 tradisi dibawah satu persatuan..silat melayu lama yang disusun balik oleh Arwah Tn Hj Anuar Abd Wahab AMN...bagus belajar silat ni..lengkap dari bunga,buah,jurus,tapak dan macam2 lagi..

kipidap tt...
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump