Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Sports > Misc Sports

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 25,405
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 56,132
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 43,297
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 03-05-2012, 02:16 PM
nubiz4all nubiz4all is offline
Well-Known
Member

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Nov 2010
Posts: 9,641
Poster Rank: #295
Thanked 218 Times
Active Level
My Mood:
Default AKADEMI TENIS SHAH ALAM - Program Latihan Tenis Utk Anak2 6-14 Tahun Di Shah Alam!!!!


SHAH ALAM

Untuk anak-anak berumur di antara 6 tahun hingga 14 tahun.

Satu program latihan tenis ke arah membentuk Akademi Tenis Shah Alam akan bermula minggu depan.



Yang berminat boleh hubungi 016-9130113

Tempat: Gelanggang Tenis, UiTM Shah Alam

Last edited by nubiz4all; 09-05-2012 at 01:18 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 03-05-2012, 02:46 PM
nubiz4all nubiz4all is offline
Well-Known
Member

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Nov 2010
Posts: 9,641
Poster Rank: #295
Thanked 218 Times
Active Level
My Mood:
Default

Sessi pertama bermula pada isnin depan dari 8-9.30pm
Reply With Quote
  #3  
Old 03-05-2012, 02:47 PM
azrulazman azrulazman is offline
CG Top Poster Club

azrulazman's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Feb 2010
Location: puncak gunung kinabalu
Posts: 28,192
Poster Rank: #43
Blog Entries: 1
Thanked 111 Times
Active Level
My Mood:
Default

macam bst jer...
Reply With Quote
  #4  
Old 03-05-2012, 02:52 PM
azrim azrim is offline
Active Member

azrim's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: May 2008
Posts: 923
Poster Rank: #3762
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

brapa cost nya...
Reply With Quote
  #5  
Old 03-05-2012, 02:56 PM
nubiz4all nubiz4all is offline
Well-Known
Member

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Nov 2010
Posts: 9,641
Poster Rank: #295
Thanked 218 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by azrim View Post
brapa cost nya...
RM80/seorang utk sebulan.
seminggu sekali.
Latihan dalam group.
Reply With Quote
  #6  
Old 03-05-2012, 02:57 PM
slvrchair slvrchair is offline
Super Active Member

slvrchair's Avatar
 
Trader Rating: (11)
Join Date: Aug 2008
Posts: 4,225
Poster Rank: #897
Thanked 284 Times
Active Level
My Mood:
Default

haha aku baru nk main kat sini skali umor tlebih la hahaha goodluck tt
Reply With Quote
  #7  
Old 03-05-2012, 03:04 PM
nubiz4all nubiz4all is offline
Well-Known
Member

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Nov 2010
Posts: 9,641
Poster Rank: #295
Thanked 218 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by slvrchair View Post
haha aku baru nk main kat sini skali umor tlebih la hahaha goodluck tt
Yang terlebih umur tu boleh buat group sendiri dan set hari dan time kalau nak buat group coaching.
Yang ni kira per session. Maximum per group 6 orang. RM80/jam.
Reply With Quote
  #8  
Old 03-05-2012, 03:36 PM
nubiz4all nubiz4all is offline
Well-Known
Member

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Nov 2010
Posts: 9,641
Poster Rank: #295
Thanked 218 Times
Active Level
My Mood:
Default



Antara Akademi Tenis yg dijalankan oleh rakan2 di Kelantan.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Cu...icle/artikelMA
MELAHIRKAN atlet berkaliber dan komitmen penuh terhadap pembangunan sukan negara bukan tanggungjawab mudah, malah jurulatih atau pengendalinya perlu memiliki kesabaran serta tahap profesionalisme tinggi dalam mengendalikan program kelolaannya.

Sebagai contoh, tenis adalah sukan tertua pernah dimainkan iaitu sejak 1,500 tahun Sebelum Masihi di Mesir dan Greece, namun ia mampu bertahan dan popular di seluruh pelosok benua hingga ke hari ini.
sebelum selepas



TEKUN...pelatih ATD menjalani latihan servis.
Foto

Malah, ramai atlet bertaraf profesional berjaya dilahirkan melalui sukan itu hinggakan nama mereka sentiasa meniti di bibir peminat walaupun sudah bersara.

Namun, bukan mudah menjadi pemain bertaraf antarabangsa kerana mereka perlu tekun berlatih sepanjang masa di bawah kelolaan jurulatih profesional.


Bagaimanapun, sebelum menjadi terkenal, ramai di kalangan mereka tidak pernah mengenali atau memegang raket tenis, namun minat bercambah selepas dipupuk dan diberi pendedahan oleh keluarga.


Di Akademi Tenis Darul Naim (ATD), 40 murid dan pelajar berusia enam hingga 17 tahun menyertai latihan kelolaan jurulatih, Wan Abdul Hakim Wan Abd Aziz, 54, yang memegang Sijil Jurulatih Profesional daripada United States Tennis Association (USTA) dan Lawn Tennis Association Malaysia (LTAM).

Walaupun ATD dikendalikan badan bukan kerajaan (NGO), ramai atlet berbakat berjaya dicungkil hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan hasil komitmen dan kesungguhan pemain, keluarga dan jurulatih.

Wan Abdul Hakim berkata, hakikatnya akademi itu ditubuhkan bagi meningkatkan mutu tenis di negara ini, selain mencungkil ramai bakat baru.

Katanya, bukan mudah me*ngendalikan ATD kerana majoriti mereka tiada asas dalam permainan tenis, terutama pelatih berusia bawah 10 tahun.

“Di ATD, setiap pelatih perlu melalui tiga peringkat iaitu ‘Basic’, ‘Intermediate’ dan ‘Advanced’. Peringkat pertama mereka diajar cara betul memegang raket, seterusnya mempelajari pukulan ‘stroke’, ‘forehand’, ‘backhand’, ‘volley’ dan servis.

“Selepas mahir menguasai semua peringkat berkenaan, pemain terpilih diberi peluang bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan,” katanya yang berpengalaman 23 tahun sebagai jurulatih.

Semua pelatih ATD perlu menjalani latihan setiap Jumaat dan Sabtu, bermula jam 9 hingga 11 pagi di gelanggang tenis berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

Difahamkan, tenis dipercayai berasal dari Perancis apabila pemain sering menyebut ‘tenez’ bermaksud ‘main’ sebelum permainan itu merebak ke beberapa negara Eropah lain seperti Sepanyol, Itali, Belanda dan Jerman.

Raket bertali diperkenalkan pada abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, paderi berbangsa Itali, manakala kelab tenis pertama ialah Kelab Leamington di Perancis oleh JB Perera, Mejar Harry Gem, Dr Frederick Haynes dan Dr Arthur Tompkins pada 1872.

Pada masa itu, tenis dikenali sebagai ‘pelota’ atau ‘lawn rackets’ dan pada 1874, permainan tenis dimainkan buat pertama kali di Amerika Syarikat oleh Dr James Dwight dan FR Sears yang membawa kepada penubuhan All England Croquet Club pada 1868.

Sehingga kini, antara kejohanan utama dunia ialah Wimbledon, Terbuka Perancis, Terbuka Amerika Syarikat, Piala Davis dan Terbuka Australia, manakala pada peringkat empat pertandingan ‘Grand Slam’ pula, hanya 128 peserta bertanding.

Antara pemain tersohor ialah Rafael Nadal, Novak Djokovic, Roger Federer, Andy Murray, Robin Soderling dan Nikolay Davydenko.

Di Malaysia, permainan tenis diperkenalkan pada awal abad ke-20 dan membawa kepada penubuhan LTAM pada 1921.

Pada 1953, pertandingan pertama diadakan untuk merebut Piala Chua dan beberapa tahun kemudian, perlawanan Wilayah Utara Malaya dengan Selatan Malaya untuk merebut Piala Guillemard bagi lelaki manakala McCabe Peay pula untuk wanita.

Pelatih ATD, Wan Ahmad Nasran Wan Abdul Hakim, 14, berkata, dia mula mengenali tenis ketika berusia enam tahun apabila ayahnya yang juga jurulatih ATD, Wan Abdul Hakim membawanya bermain.

Katanya, ketika itu dia tidak berminat dengan tenis kerana lebih cenderung kepada sukan bola sepak hinggakan sering menangis sebaik disuruh menjalani latihan.

“Lebih melucukan, tangan dan lengan saya pernah diurut dengan minyak angin oleh ayah kerana lenguh sebaik selesai menjalani latihan dua jam, selain raket digunakan berat.

“Namun hasil kesabaran dan ketekunan ketika menjalani latihan, saya memenangi banyak perlawanan di pering*kat negeri dan kebangsaan, menyebabkan saya berazam menjadi pemain profesional satu hari nanti,” katanya yang meminati pemain Sepanyol, Rafael Nadal.

Bagi Ahmad Asif Azam Khan, 10, pada peringkat awal, disebabkan terlalu minat dengan sukan tenis, dia sanggup menggunakan raket badminton milik abangnya sebagai ganti raket tenis.

Katanya, bola digunakan ditemui di semak ketika pulang dari Sekolah Kebangsaan Islah dan bermula hari itu, dia berlatih memukul bola di dinding rumah sebelum ayahnya, Azam Khan Ayub Muhamad, 49, menyedari minatnya.

“Ayah mula sedar minat saya sebelum menghadiahkan raket tenis berjenama Wilson berharga RM200, menyebabkan saya semakin berkobar-kobar untuk bermain sukan itu.

“Ayah kemudian mendaftarkan saya dengan ATD dan bermula hari itu, saya terus tekun berlatih,” katanya.

Muhammad Aiman Muhamad Yusuf, 11, pula berkata, dia dan adiknya, Muhammad Zaim, 9, mewarisi bakat ayah mereka, Muhamad Yusuf Ab Rahman, 49, yang pernah mewakili Kelantan dalam sukan tenis.

“Tenis permainan unik serta banyak menguji minda kerana setiap pemain perlu bijak berfikir jika ingin menumpaskan lawan.

“Sebab itu, ketika berlawan, saya sentiasa mengosongkan minda daripada masalah kerana keserabutan fikiran boleh menjejaskan rentak permainan,” katanya yang mula bermain tenis ketika berusia sembilan tahun dan lawan pertama ialah ayahnya.

Seorang lagi pelatih ATD, Nur Qistina Razan Mohd Faizal, 14, berkata, pada peringkat awal, dia dan adiknya, Nur Raidah Razan, 12, meminati sukan squash lantaran kehebatan Datuk Nicole David memena*ngi banyak kejohanan berprestij.

Namun, katanya, minat mula beralih kepada tenis sebaik menyaksikan persembahan mantap pasangan adik beradik dari Amerika Syarikat, Serena dan Venus Williams di gelang*gang.

“Serena dan Venus menjadi idola kami berdua kerana mereka masih berentap dengan penuh semangat walaupun terpaksa berdepan sesama sendiri.

“Ini menunjukkan tenis sukan bertaraf profesional dan jika kita ingin lebih maju, perlu tanamkan rasa komited dan berkeyakinan tinggi dalam sukan berkenaan,” katanya yang turut meminati corak permainan Maria Sharapova dan Ana Ivanovic.
Reply With Quote
  #9  
Old 03-05-2012, 04:11 PM
azrim azrim is offline
Active Member

azrim's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: May 2008
Posts: 923
Poster Rank: #3762
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

kalu hantar anak menarik gak nih.....
Reply With Quote
  #10  
Old 03-05-2012, 06:01 PM
nubiz4all nubiz4all is offline
Well-Known
Member

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Nov 2010
Posts: 9,641
Poster Rank: #295
Thanked 218 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by azrim View Post
kalu hantar anak menarik gak nih.....


Antara pemain negara bawah 14 tahun yg dilahirkan di Shah Alam.

Last edited by nubiz4all; 06-01-2013 at 01:14 PM..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 04:35 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE