BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendedahan bagaimana pengundi boleh 'diklon' oleh BERSIH

yinbyungheon

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,821
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
SPR Talibarut UMNO Dan Tidak Boleh Dipercayai!

a7f3560a75045803493b3db6384dec6a.jpg


Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH dan saintis politik Wong Chin Huat mendedahkan lebih banyak contoh pengundi "klon", yang didakwanya sebagai pengundi hantu.

Menggunakan daftar pemilih suku keempat 2011, Wong (kiri) menjelaskan empat kaedah pengundi boleh didaftarkan banyak kali, supaya mereka dapat mengundi beberapa kali.

"Anda boleh mendapati bahawa kita telah begitu maju dalam teknologi pengklonan sehingga kita boleh mengalahkan Korea dan semua orang lain di dunia," kata pensyarah Universiti Monash itu sinis.

Empat kaedah tersebut adalah:

•Pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama dan alamat yang sama, tetapi berbeza nombor kad pengenalan baru;

•Pengundi yang mempunyai nama yang sama, tetapi nombor kad pengenalan baru yang sedikit berbeza;

•Nama yang sama dengan tarikh lahir yang sedikit berbeza, dan nombor kad pengenalan baru; dan

•Pengundi pos dengan nama yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza .

Wong memberi 10 contoh pengundi yang mungkin "diklon" dan berkata, terdapat sekurang-kurangnya 560 contoh "klon" bagi jenis pertama.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu berapa banyak terdapat "klon" dalam tiga kategori yang lain, sambil menegaskan bahawa penyelidikan yang dijalankannya itu adalah membabitkan jumlah yang kecil sahaja.

Dalam satu contoh pengundi yang mempunyai nombor IC lama dan alamat yang sama, beliau menunjukkan cetakan 'screenshot' dari lamanweb semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

a7f3560a75045803493b3db6384dec6a.jpg


Malaysiakini
 
yg 88 org satu rumah ade lg x
 
jom bersih!!
 
Wahai SPR. tak rasa bersalah ke menipu rakyat. Kenapa la daftar pemilih byk data yg meragukan? Dah tak ingat tuhan ke? Astaghfirullahal'azim.
 
Back
Top
Log in Register