Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
Seorang anggota bomba memeriksa kesan kebakaran sebuah gedung menjual aksesori perkahwinan di Nilai 3, kelmarin.
SEREMBAN 15 Mac - Sebuah gedung menjual aksesori serta kelengkapan perkahwinan terbakar dalam kejadian di Nilai 3, Nilai, dekat sini malam tadi, mengakibatkan kerugian mencecah RM2 juta.
Kejadian pukul 9.15 malam itu memusnahkan empat daripada lapan lot kedai gedung tersebut.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Nilai, Zainal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.24 malam.
"Seramai 28 anggota bomba dengan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mantin dan Seremban 2 telah bergegas ke tempat kejadian.
"Kami tiba di lokasi kira-kira 13 minit selepas menerima panggilan dan mengambil masa 45 minit untuk mengawal kebakaran sebelum api dapat dipadam sepenuhnya sejam selepas itu," katanya di sini hari ini.
...