Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 21,768
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 52,391
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 39,875
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 29-02-2012, 10:15 PM
seether seether is offline
CG Top Poster Club

seether's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2010
Location: Klang Valley
Posts: 28,427
Poster Rank: #41
Thanked 9,720 Times
Active Level
My Mood:
Default Stesen Keretapi di Teluk Intan

Tahukah anda dahulunya masih terdapat perkhidmatan keretapi di Teluk Intan. Mengikut sejarahnya, landasan ini telah dirasmikan pada 18 Mei 1883. Landasan keretapi Teluk Intan bermula dari Tapah Road dan melalui beberapa lokasi seperti Degong, Chikus, Sungai Tukang Sidin, Permatang, Sungai Kerawai, Sungai Manik, Teluk Anson Town dan Wharf Teluk Intan.

Namun demikian, seiiring dengan perkembangan masa perkhidmatan keretapi di Teluk Intan telah ditamatkan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada tahun 1989. Ini berikutan oleh beberapa sebab seperti penumpang yang sudah semakin berkurang, pelabuhan Teluk Intan yang semakin kurang penting serta perkembangan jalan raya yang sudah semakin baik.


Sebuah gambar lama yang menjadi bukti kepada sejarah lama perkhidmatan keretapi di Teluk Intan.


Peta Jaringan Keretapi 1950.


Permandangan dari udara Teluk Anson (Teluk Intan) pada tahun 1952
.


Pemandangan Stesyen Keretapi Teluk Anson 1964.


Landasan Teluk Anson

Landasan keretapi bagi cawangan Teluk Anson dan Tapah Road telah dibuka secara rasmi untuk trafik pada 18 Mei 1893. Upacara ini disaksikan oleh pembesar-pembesar negeri termasuk Gabenor Cecil Clementi, Residen Perak, Sir Frank Swettenham, Penguasa Hilir
Perak dan Pegawai Kanan Keretapi serta pelawat-pelawat jemputan.

Sempena dengan perasmian landasan keretapi Teluk Anson - Tapah Road ini, satu upacara khas memasang penghubung terakhir di jambatan Bidor sebagai tanda perasmiannya juga telah dilakukan.



Landasan keretapi ini adalah yang keempat dibuka di Negeri Perak. Landasan keretapi pertama ialah di antara Taiping dengan Port Weld, manakala landasan keretapi kedua di antara Taiping dengan Kamunting dan landasan keretapi ketiga di antara Kemunting dengan Hulu Sepetang. Kerja-kerja pembinaan landasan keretapi ini telah menghadapi banyak kesulitan kerana sebuah jambatan terpaksa dibina bagi merentasi Sungai Bidor.

Apabila landasan cawangan ini siap dan dibuka untuk trafik pada tahun 1893, ia menjadi sambungan kepada pembinaan sistem perhubungan keretapi. Kegiatan meluaskan lagi perkhidmatan keretapi ke tempat - tempat lain terus diperhebatkan kerana ia adalah pelaburan yang amat menguntungkan. Pendapatan yang diperolehi dari perkhidmatan keretapi dapat menampung kekurangan perbelanjaan untuk menambah landasan landasan keretapi yang baru.

Kebanyakan tren yang dilarikan di cawangan ini adalah tren campur (sebuah locomotif + dua koc penumpang + gerabak barang). Perjalanan dari Tapah Road ke Waf Teluk Anson mengambil masa lebih kurang satu jam kecuali apabila berselisih. Tempat untuk tren berselisih (crossing) hanyalah di Stesen Sungei Tukang Sedin.

Berikut adalah serba sedikit catatan tentang stesen dan perhentian di cawangan ini.

Changkat Petai
Hanyalah sebuah perhentian kecil.

Degong
Sebuah Stesen Tanpa Kuncikait. Asalnya mempunyai sebuah platform sepanjang 424 kaki di sebelah kiri landasan dan mempunyai gegelung sepanjang 1371 kaki.




Stesen Chikus
Merupakan sebuah stesen biasa (Non block Station).





Sungei Tukang Sidin
Adalah sebuah Stesen Blok (Stesen Tanpa Kuncikait). Mempunyai platform untuk tren naik sepanjang 300 kaki dan platform untuk tren turun juga sepanjang 300 kaki. Mempunyai gegelung sepanjang 1033 kaki yang dapat menampung 41 unit gerabak. Ada juga yang melaporkan panjang gegelung di stesen ini adalah 1320 kaki.





Permatang
Sebuah perhentian yang dilengkapi dengan tempat menjual tiket.




Sungei Kerawai
Sebuah stesen biasa (Non Block Station).





Sungei Manik
Mempunyai platform sepanjang 112 kaki di sebelah kiri landasan. Walau bagaimanapun, lokasi sebenar stesen ini masih lagi dalam pencarian.

Bandar Teluk Anson
Sebuah perhentian yang dilengkapi dengan tempat menjual tiket. Mempunyai platform sepanjang 386 kaki di sebelah kanan landasan.










Waf Teluk Anson
Adalah sebuah Stesen Blok (Stesen Tanpa Kuncikait). Mempunyai platform untuk tren naik sepanjang 245 kaki dan platform untuk tren turun juga sepanjang 245 kaki. Mempunyai gegelung sepanjang 771 kaki yang dapat menampung 30 unit gerabak.

Di waf ini pernah terdapat kemudahan untuk menyimpan lokomotif, sebuah turntable, tempat memeriksa gerabak dan koc serta tempat memunggah barang barang pukal. Terdapat jambatan penimbang dengan kapasiti maksimum 20 ton.




Walaupun demikian, beberapa tinggalan perkhidmatan keretapi di Teluk Intan masih boleh dilihat dan dikekalkan. Kita dapat melihat beberapa tinggalan penting sejarah perkhidmatan keretapi di Teluk Intan. Antaranya ialah bangunan stesen keretapi Teluk Intan yang kini dijadikan sekolah memandu.

Pintu pagar lintasan keretapi dengan jalan raya menuju ke Bidor juga masih boleh dilihat dan sempat menjejaki tinggalan landasan di Chikus. Namun demikian, kita tidak dapat meramal berapa lamakah tinggalan-tinggalan bersejarah ini mampu bertahan mendepani cabaran kemodenan yang makin mencengkam.



Bangunan Stesen Keretapi Teluk Intan yang kini dijadikan sekolah memandu.


Papan tanda stesen keretapi Teluk Intan. Perhatikan tulisan pada papan tanda berkenaan jelas tertulis "TELUK ANSON TOWN"


Cebisan kayu landasan yang masih boleh dilihat.


Platform stesen keretapi Teluk Intan yang masih kekal.


Stesen Keretapi Teluk Intan dalam kenangan.


Pagar lama landasan keretapi yang merintangi jalan raya dari Teluk Intan ke Bidor masih dikekalkan untuk tatapan generasi kini.


Suatu ketika dahulu keretapi pernah lalu disini.


Tinggalan landasan keretapi di Chikus tidak jauh dari Teluk Intan.


Semak samun menutupi bekas landasan.


Ada keretapi pernah lalu disini dahulu.


Cebisan kayu landasan yang usang dimamah masa.


Salah satu tinggalan terunggul sejarah perkhidmatan keretapi di Teluk Intan ialah sebuah jambatan besi yang merintangi kuala Sungai Bidor. Masyarakat tempatan di sekitar Teluk Intan ( terutama di Kampung Bahagia ) memanggilnya sebagai "geghrotak". Ia merupakan sebuah jambatan keretapi klasik yang dibina oleh pihak British bagi menghubungkan landasan dari Tapah Road ke Teluk Intan.

Catatan sejarah menunjukkan bahawa pembinaan jambatan ini mengambil masa selama hampir 2 tahun iaitu dari tahun 1891 hingga 1893. Bagi saya ia merupakan sebuah hasil kejuruteraan yang terhebat pada ketika itu. Setelah perkhidmatan keretapi Teluk Intan ditamatkan, landasan ini telah terbiar dan tidak digunakan lagi. Namun atas inisiatif pihak berkuasa tempatan, jambatan ini telah dibaikpulih dan dipulihara seterusnya telah diturap untuk dijadikan laluan motosikal dan pejalan kaki. Jambatan ini masih lagi digunakan oleh penduduk setempat kerana ia dapat memendekkan laluan untuk ke Teluk Intan.



Jambatan keretapi yang merintangi kuala Sungai Bidor di Teluk Intan suatu ketika dahulu.


Jambatan Keretapi Teluk Intan kini.




Panorama kuala Sungai Bidor yang mengalir lesu dari atas jambatan.


Sedikit mengenai rentetan sejarah.

DENDAM SI GAJAH ( SG.KERAWAI, TELUK INTAN)






Sejarah system rel di Tanah Melayu telah membuka lembarannya pada 1 Jun 1885 apabila jalan kereta api yang pertama, menhubungkan Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang), telah dibuka dengan rasminya oleh Sir Hugh Low Residen Perak ketika itu. Tujuan utama ianya dibina adalah untuk mengubungkan kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld. Pembinaan tersebut diteruskan di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Sehingga tahun 1905, landasan kereta api dari utara ke selatan siap dibina sepenuhnya yang menghubunkan stesen Butterworth ke Melaka.


PORT WELD (KUALA SEPETANG)

Pada peringkat awal sistem pengangkutan ini beroperasi, iaitu ketika zaman sebelum merdeka, ia sering menerima ancaman dan serangan luar jangkaan. Bukan sekadar serbuan daripada komunis, tetapi juga ancaman daripada haiwan liar. Paling tragis, seranan sekumpulan gajah yang naik minyak dan mengamuk dengan menyerang kereta api yang sedang meluncur laju dia atas landasan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail, kejadian tersebut berlaku pada tahun 1894, membabitkan perjalanan kereta api penumpang dari Ipoh, Perak ke Kuala Lumpur. Kereta api wap itu membawa 3 gerabak penumpang yang kebanyakkannya terdiri daripada saudagar serta tauke lombong yang baru pulang dari meninjau beberapa lokasi perlombongan di Perak.

Sebaik tiba di Teluk Anson ( Teluk Intan ), kereta api tersebut diserang oleh seekor gajah jantan bersama sekawan gajah lain yang menunggu di laluan kereta api. Gajah jantan tersebut telah merempuh kereta api yang sedang bergerak itu secara berhadapan dengan cara menyondol.

Rempuhan tersebut telah menghasilkan momentum yang amat kuat sehingga kereta api berkenaan tergelincir dan gerabaknya terkeluar dari landasan. Beberapa batang besi rel juga turut tercabut serta patah. Ketika kejadian, kereta api berkuasa wap itu dipandu antara 40 50 batu sejam dan dianggap laju bagi keupayaan enjin kelas wap.



Kereta api dengan muatan 3 gerabak penumpang yang mempunyai kelajuan seperti itu, sukar untuk dibayangkan kekuatan seekor gajah yang mampu menumpaskan sebuah kereta api.

Berdasarkan kepada cerita lisan, gajah jantan berkenaan dikatakan mempunyai susuk yang besar, lebih besar dari gerabak kereta api. Penduduk setempat percaya, gajah jantan tersebut mengamuk untuk menuntut bela di atas kematian anaknya yang dirempuh kereta api di kawasan yang sama, beberapa tahun sebelum itu.

Kemudian pada tahun 1888, seekor gajah betina pula maut dilanggar kereta api ketika menyelamatkan sekumpulan gajah lain yang sedang melintas laluan rel. Dikatakan, gajah betina itu merupakan anak kepada gajah jantan tersebut.




Gajah sememangnya dikenali antara haiwan yang sangat pantang @ terlalu sensetif melihat cahaya pada waktu malam. Secara kebetulan, kejadian itu juga berlaku antara lewat petang dan senja, iaitu sekitar pukul 5.00 hingga 7.00 petang. Hutan tebal yang menyelubungi kawasan tersebut menjadikan suasana sekeliling agak gelap.

Bagaimanapun, akibat rempuhan yang sangat kuat secara berdepan, gajah jantan itu mati di tempat kejadian. Dua orang pekerja kereta api warga India turut terbunuh. Manakala penumpang lain yang menaiki gerabak belakang hanya mengalami cedera ringan.

Sehingga kini kejadian tersebut masih diingati oleh penduduk di sekitar Teluk Intan, Perak. Bagi memperingati sejarah tersebut, tengkorak gajah terbabit telah diawet dan disimpan di Muzium Perak yang terletak di bandar Taiping untuk tatapan umum. Tulang paha gajah itu ditempatkan di Muzium KTMB, manakala gadingnya difahamkan telah dibawa ke England oleh pihak British ketika itu.


Catatan Orang Lama..

The Train Boys: Dulu disekitar tahun 60an hingga akhir tahun 70an,kebanyakan murid2 sekolah di daerah Sungai Manik dan Labu Kubong waktu itu bersekolah menengah di Telok Anson(Telok Intan) tidak saperti sekarang ada sekolah menengah di Langkap,Cenderong Balai dan Sungai Lampam.Di Telok Anson sekolah menengah banyak ,yang elite waktu itu ialah,Sek.Menengah Sultan Abdul Aziz,Anglo Chinese School,Horley Methodist dan Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Sri Perak.

Waktu itu perhubungan susah,jalanraya tiada,bus tiada,motosikal pun tiada jadi kebanyakannya murid ini pergi ke sekolah di Telok Anson naik keretapi.Keretapi ini bermula dari Tapah Road,singgah di stesen Degong ambil murid2 dari sekitar kampong Degong dan Langkap,kemudian singgah di stesen Cikus untuk murid2 dari kampong di Cikus dan Sungai Lampam.Stesen seterusnya Sungai Tukang Sidin bagi mengambil murid2 dikampong tersebut termasuk dari Sungi Manik yang agak jauh di pendalaman,selepas itu keretapi ini berhenti di stesen Permatang Halt untuk mengambil murid dari kampong berdekatan.

Stesen terakhir ialah Sungai Kerawai,bilangan muridnya tidak ramai kerana sudah dekat dengan Telok Anson,jadi kebanyakan mereka naik basikal ke Telok Anson.Jam 7.00 sampai di Telok Anson,yang bersekolah di Sekolah Sultan Abdul Aziz akan meneruskan perjalanannya ke perhentian terakhir keretapi ini iaitu stesen Telok Anson Wharp. Selain dari murid2 sekolah menengah terdapat juga beberapa orang murid yang bersekolah rendah di Telok Anson,iaitu bersekolah Inggeris maklumlah dikampong mana ada sekolah Inggeris.Seingat saya dalam tiga orang saja lebih kurang.

Keretapi pagi ini bolih dikatakan dipenuhi dengan murid2 sekolah sahaja,hampir 60 orang,keratapi ini tiga gerabak sahaja dengan enjin wap dengan kuasa arang batu,bunyinya bising dan asapnya berkepul keluar dari corongnya.Faham saja lah kami ini semuanya remaja,jadi macam2 perangai ada,bila dah ramai tu, guard(pegawai yg.bertugas dlm keretapi)pun tak terbuat apa.Ada yang pas tiket bulanannya sudah mati,apabila guard datang buat pemereksaan,masing2 lari menyorok dalam bilik air,ada yang berdiri di pintu keratapi yang duduk atas tangga pun ada,tak tahu takut padahal keratapi berjalan laju,waktu tak itu siapa pun fikirkan perbuatan itu merbahaya.

Oleh kerana sudah kenal biasa,apabila kena tangkap maka pandai juga kami "kautim" bayar lah sikit pada guard tu.Hubung antara kami ini sungguh erat,dalam pergaulan juga dalam pelajaran.Dalam waktu menuggu keratapi tiba hatta didalam keratapi pun kami berbincang tentang pelajaran,kerja rumah guru beri dsbnya tiada yang kedekut.Tapi yang tak kesah langsong pun ada,dia kami panggil "hero keretapi".Guru2 sekolah pun tahu kumpulan yang naik keratapi ini,mereka panggil kami"the train boys",kerana kerap geng keratapi ini lah yang lewat sampai kesekolah,guru displin telah beri keistemewaan ,pehak pengawas sekolah tidak perlu ambil tindakan keatas kami dia tahu kelewatan tersebut adalah masalah keretapi.

Yang hebatnya "the train boys" ini dibenarkan balik 15 minit awal dari waktu tamat sekolah,ini kerana untuk membolihkan kami balik menaiki keratapi jam 1.30,kalau terlepas bermakna kenalah naik keretapi berikutnya jam 4.30 ptg.Bayangkan berapa jam tersadai distesen keretapi,dengan perut laparnya dan tak dapat rehat.Jam 6.00 baru sampai rumah.

Geng yang gelar "the train boys" ini terdiri dari murid lelaki dan perempuan jadi biasalah budak2 remaja maka dalam diam2 ini mereka ini rupanya ada yang main cinta .Adalah seorang dua budak perempuan ini yang cantik dan galak serta ramah inilah yang jadi rebutan yang lain ada juga tapi muka serious saja takut lah pulak mendekatinya. Yang seorang dua ini lah yang jadi tumpuan ,yang banyak budak2 jadi angau dibuatnya macam cerita Labu Labi.

Kalau diimbau semula macam2 gelagat ada untuk menarik perhatian mereka.Sehingga bermasam muka,sampai tamat sekolah dua orang budak ini tidak bertegur sapa.Tak tahu lah kerana selepas tingkatan 5 dan tamat sekolah menengah masing membawa diri.

Sekarang ini geng ini umor pun ada yang dekat 60 tahun,perkhidmatan keratapi laluan Tapah Road ke Telok Anson pun dah lama di hentikan,stesen keretapi pun dah tiada,kadang bila pergi ke Telok Anson naik kereta nampak lah gertak Sg.Bidor dan gate keretapi berhampiran dengan stesen keretapi Telok Anson yang tidak diusik,kononnya sebagai kenangan.Semua ini tinggal nostalgia saja,sejarah yang tidak boleh dimainkan semula...


Kepala keretapi yang awal sekitar tahun 1960


Yang ini bermula sekitar tahun 1965, dipanggil 'keretapi mail'


Petikan dari Blog http://jalilsalleh.blogspot.com


2.0 Kisah Gerotak Lama: kepada yang tak tau gerotak tu apa, maksud gerotak adalah kata ganti nama bagi jambatan besi yang didirikan sebagai laluan keretapi yang digunakan pada masa lalu dan kini, tetapi utk pengetahuan korang semua jambatan keretapi kat Teluk Intan ni dah lama terkorban dimamah usia yang tinggal sekarang hanyalah peninggalan kesan-kesannya.. ini cerita zaman aku sekolah gak, masa tu keretapi Tapah - teluk Intan masih berfungsi lagi, tujuannya adalah nak bawa barang pertanian dan orang ke kawasan pelabuhan, zaman dulu2 teluk intan adalah mempunyai sistem pelabuhan terkemuka yang setanding dengan pelabuhan klang kini huhu..so masa tu setiap kali keretapi lalu kawasan kampung aku dia akan bunyikan wisel dia tu, bising betul kalau bernasib tak baik sikit masa tu aku yang bawak adik aku naik basikal ke sekolah akan berselisih ngan keretapi tu masa kat atas gerotak tu. so ada sedikit debaran masa tu pasal merujuk kepada gambar kat atas keretapi akan lalu kat kawasan bertar dlm gambar tu manakala kami pengguna basikal akan menumpang kasih melintas sungai bidor untuk ke Teluk Intan guna jalan seluas 3kaki je agaknya sebelah betul2 laluan keretapi tu, masa tu terasa bergegornya..semua halt dam beku kat tgh2 jambatan huhuhu...kalau berselisih basikal basikal kat atas jambatan kayu tu mcm handle bersapa handle je, dah la masa tu jambatannya berlubang2 ingat2 balik memang rasa macam dulu aku sgt terer bawak basikal ikut situ, skang ni jambatan laluan aku tu dah semak samun dah, agaknya kalau suruh buat lagi dah tak berani dah gamaknya..tapi skang laluan keretapi tu pun dah convert jadi laluan utk motosikal. tapi bila aku lepak2 makan kat kedai cik kiah yang distorykan di atas aku rasa macam ramai je rupanya anak teluk intan yang derhaka lite2 lama tak balik kg, sebab rasanya dah berbelas tahun dah kereta tak dibenarkan lalu jambatan tu lagi. sekarang laluan basikal/pejalan kaki tu dah jadi tempat menjoran udang galah.

p/s: ingat dlm satu program raya biografi Jamal Abdillah ada feature jambatan ni.




3.0 Iktibar dari Gajah Putih nan Suci: kesinambungan kisah gerotak lama ini ada satu insiden berkaitan perkhidmatan keretapi Tapah- Teluk Intan yang semakin dilupakan dimamah zaman, the event happen before the time begin kata omputihnya, kisah tahun 1894, kisah pengorbanan suci gajah untuk anaknya. lagenda gajah putih ni dulu rasanya amat terkenal kat teluk intan ni, lagenda yang menunjukkan sedangkan binatang kasihkan anak yang sepatutnya digahkan untuk dijadikan iktibar ibu ibu dan bapa bapa zaman sekarang. ermmm diceritakan bahawa ada seekor gajah putih yang besar dan gagah telah terkorban dalam mempertahankan anaknya daripada dilanggar oleh keretapi enjin wap masa tu menyebabkan keretapi tu tergelincir/ terbalik. utk mengenangkan perkara tersebut telah didirikan satu papan tanda yang dulunya senang nak ditemui tetapi kini dah tersemunyi kat celah2 pokok pisang n kebun orang. so kena pandai cari iskit la kalau nak cari landmark ni.







Sumber & Kredit :
http://cikracorner.blogspot.com
http://halim-muaro.blogspot.com
http://indahrasajmalim.blogspot.com

http://jalilsalleh.blogspot.com
__________________
inspiration comes to us slowly and quietly..prime it with a little solitude..

Last edited by seether; 30-03-2012 at 12:06 PM..
Reply With Quote
The Following 49 Users Say Thank You to seether For This Useful Post:
aaril (29-02-2012), AbuGharib (25-07-2012), ahmadershad (01-03-2012), ajin_06 (24-03-2012), akusam (01-03-2012), anafin (20-07-2012), Apekms76 (10-03-2012), avatarkratos (01-03-2012), azman1609 (04-03-2012), buta it (01-03-2012), d_conan (02-03-2012), eddie80 (27-03-2012), eirsham (17-07-2013), elnino25 (25-07-2012), erro_sennin (01-03-2012), fadhli_7997 (25-04-2012), freedeafening (01-03-2012), gemagemuruh (11-03-2012), goal_hunter (01-03-2012), Green_appLe (27-03-2012), hasrulrizal (13-03-2012), jibonn (29-02-2012), johnady (30-03-2012), KamaKaZe (29-02-2012), kevler (02-03-2012), KZ5 (29-02-2012), Lancelot (04-04-2012), leose7en (20-04-2012), matalim (27-03-2012), ohsem (02-03-2012), oscar (04-04-2012), PaRaNoRMaL (01-03-2012), s3ller (24-07-2012), sandaldm (11-03-2012), shahril_hyundai (04-04-2012), stardocs (03-03-2012), Syedz (29-02-2012), takumie (20-04-2012), terompah (31-07-2012), tokmudin (29-02-2012), VertiLo (28-03-2012), wakil (12-03-2012), xerocracker (31-07-2012), xflixz (01-03-2012), yussys (12-03-2012), zaralove (04-04-2012), zeal_tech (17-07-2012), zerovirus (11-03-2012)
Paid Advertisement
  #2  
Old 29-02-2012, 10:19 PM
tokmudin tokmudin is online now
Well-Known
Member

tokmudin's Avatar
 
Trader Rating: (63)
Join Date: Aug 2010
Posts: 9,255
Poster Rank: #310
Thanked 296 Times
Active Level
My Mood:
Default

sampai sekarang melekat dlm pala,pelajaran sejarah dulu..landasan keretapi pertama adalah dari Taiping dengan Port Weld.

ps: besi rel yg terbiar tu tak kena curik ke..berat tuh..
Reply With Quote
  #3  
Old 29-02-2012, 10:23 PM
astrowan astrowan is offline
Legendary Member
OctaFX Official
Support Team

astrowan's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Aug 2009
Location: saya anak malaysia
Posts: 22,079
Poster Rank: #73
Blog Entries: 1
Thanked 244 Times
Active Level
My Mood:
Default

banyak pic ........habis g mana
__________________
Reply With Quote
  #4  
Old 29-02-2012, 10:26 PM
dexyuri dexyuri is offline
Normal Member

dexyuri's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Feb 2012
Posts: 377
Poster Rank: #6772
Thanked 0 Times
Active Level
Default

mmg stok tggl sejarah je...
Reply With Quote
  #5  
Old 29-02-2012, 10:33 PM
JAYPB JAYPB is offline
Super Active Member

JAYPB's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Jul 2009
Posts: 3,512
Poster Rank: #1067
Thanked 5 Times
Active Level
Default

fuhhhh TERBAIK DARI TT.gua solude lu bro tt...tengok gambar2 ni teringat masa aku sekolah di teluk intan dulu..masa tu dipanggil teluk anson..bas hup soon..bila aku nak balik kg masa cuti sekolah aku akan naik keretapi di teluk intan petang...turun kat tapah..tunggu keretapi dari KL menuju utara..letih menanti tapi itulah pengalaman yg manis..dulu dalam keretapi ada penjual makanan yg celoteh...cayalah tt...
__________________
JUALBELI HARTANAH
0194149162
BELI HARTANAH TAKKAN RUGI
sawit 10 ekar harga rm420k
Reply With Quote
  #6  
Old 29-02-2012, 10:35 PM
matalim matalim is offline
Legendary Member

matalim's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jan 2007
Location: SuRaDa - Tapah Rd
Posts: 14,595
Poster Rank: #146
Thanked 57 Times
Active Level
My Mood:
Default

TQ TT

Tapah Road kampung teman. See my location kat bucu...

Berjuta kenangan dalam ingatan.

teman le salah sorang penumpang ketapi tu dulu2...
sebab maleh nak tunggu bas Mara Tapah-Teluk Ensen yg lembab macam siput, slalu rosak dan x punctual. Naik ketapi lagi best, duduk tepi tangga je.. sweet..
__________________
F.O.C.U.S
Reply With Quote
  #7  
Old 29-02-2012, 10:39 PM
seether seether is offline
CG Top Poster Club

seether's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2010
Location: Klang Valley
Posts: 28,427
Poster Rank: #41
Thanked 9,720 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by matalim View Post
TQ TT

Tapah Road kampung teman. See my location kat bucu...

Berjuta kenangan dalam ingatan.

teman le salah sorang penumpang ketapi tu dulu2...
sebab maleh nak tunggu bas Mara Tapah-Teluk Ensen yg lembab macam siput, slalu rosak dan x punctual. Naik ketapi lagi best, duduk tepi tangga je.. sweet..
sama2 bro..kire lu pon dalam lipatan sejarah jugak ni..
kalau ade gbr ketika benda ni masih ada lagi..
dah kire 'antik' jugak tu. x sume org dpt moment cmni
__________________
inspiration comes to us slowly and quietly..prime it with a little solitude..
Reply With Quote
  #8  
Old 29-02-2012, 10:40 PM
matalim matalim is offline
Legendary Member

matalim's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jan 2007
Location: SuRaDa - Tapah Rd
Posts: 14,595
Poster Rank: #146
Thanked 57 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by JAYPB View Post
fuhhhh TERBAIK DARI TT.gua solude lu bro tt...tengok gambar2 ni teringat masa aku sekolah di teluk intan dulu..masa tu dipanggil teluk anson..bas hup soon..bila aku nak balik kg masa cuti sekolah aku akan naik keretapi di teluk intan petang...turun kat tapah..tunggu keretapi dari KL menuju utara..letih menanti tapi itulah pengalaman yg manis..dulu dalam keretapi ada penjual makanan yg celoteh...cayalah tt...
nick name dia Mundu (ada yg panggil Gundu)... memang femes sebab nyanyi n pantun dalam ketapi sambil pegang bakul jualan ulang alik kepala - ekor... ketapi Utara-Singapore pun dia ada gak.

adik pompuan dia satu kelas dgn teman... nama lupa dah sebab x cun sangat haha
__________________
F.O.C.U.S
Reply With Quote
  #9  
Old 29-02-2012, 10:46 PM
ohusa ohusa is offline
Active Member

ohusa's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2010
Posts: 1,503
Poster Rank: #2504
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

kerajaan malaysia tak hargai sejarah dan tak suka rakyatnya mendapat kemudahan pengangkutan awam yang berpatutan ...sepatutnya diadakan semula perkhidmatan keretapi dari tapah road ke teluk anson. Boleh beri kemudahan kepada penduduk-penduduk sekitar dan dapat menghidupkan ekonomi kawasan berkaitan. Anak-anak pun senang nak ke sekolah di bandar.
Reply With Quote
  #10  
Old 29-02-2012, 10:46 PM
matalim matalim is offline
Legendary Member

matalim's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jan 2007
Location: SuRaDa - Tapah Rd
Posts: 14,595
Poster Rank: #146
Thanked 57 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by seether View Post
sama2 bro..kire lu pon dalam lipatan sejarah jugak ni..
kalau ade gbr ketika benda ni masih ada lagi..
dah kire 'antik' jugak tu. x sume org dpt moment cmni
gambor antik susah skit la bro
dulu.. kamera pon x mandang
bukan cam skarang

nanti teman godek2 fb geng Tapah... ada kot gambor
__________________
F.O.C.U.S
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 07:39 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE