Ketokohan Hang Tuah Wajib Dimasukkan Dalam Mata Pelajaran Sejarah Sekolah
MELAKA, 29 Feb (Bernama) -- Seminar Antarabangsa Hang Tuah: Sebutir Lazuardi di Persada Tamadun Bangsa mengesyorkan ketokohan dan peranan Hang Tuah wajib dimasukkan ke dalam sukatan mata pelajaran sejarah di sekolah dalam bab mengenai Kesultanan Melayu Melaka.
Perkara itu merupakan antara 10 resolusi yang dicapai dalam seminar anjuran Kerajaan Negeri Melaka bersama Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang berlangsung selama sehari di sini, pada Selasa.
Pengurus Besar IKSEP, Datuk Aziz Ujang berkata seminar itu mengambil ketetapan bahawa Hang Tuah wujud dalam sejarah serta merupakan fakta sejarah dan telah memainkan peranan besar dalam membina kerajaan dan kesultanan Melaka sepanjang abad ke-15.
"Hang Tuah adalah tokoh sejarah pertama yang memegang jawatan Laksamana dalam institusi pembesar Melayu dan nama jawatan ini kekal hingga sekarang disandang oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE