BTC USD 84,043.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AirAsia disaman kerana tambang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_01.1.jpg

SEBUAH pesawat Airbus A330 AirAsia X dalam penerbangan. Kempen tambang murah syarikat itu di Internet mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mendakwa ia bukan kadar sebenar.

SYDNEY - AirAsia semalam menerima tamparan menerusi satu tuntutan undang-undang daripada pihak berkuasa peraturan Australia yang mendakwa syarikat penerbangan bajet itu gagal mendedahkan harga penuh tambang penerbangan di laman webnya.

Syarikat penerbangan berpangkalan di Malaysia itu yang menyediakan penerbangan antarabangsa keluar dari Australia menerusi Gold Coast, Melbourne dan Perth dinamakan dalam dokumen yang dikemukakan di Mahkamah Persekutuan Australia di Melbourne.

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) yang merupakan badan pemantau pengguna di negara berkenaan mendakwa, tindakan undang-undang itu difailkan minggu lalu berikutan tambang yang tertera di laman web AirAsia membabitkan beberapa laluan tidak memaparkan harga selepas cukai, duti, yuran dan lain-lain caj.

"Perniagaan yang memilih untuk mengiklan hanya sebahagian harga untuk sesuatu produk atau perkhidmatan itu mestilah juga menetapkan kadar harga penuh," tegas agensi berkenaan dalam satu kenyataan media semalam.


sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
hbis.... ni sman mesti beratus2 juta ni..
 
airasia ne,,, nk check in pon kena bayar rm10.00 :(scam:(scam:(scam
 
ye.. saman jer.. harga murah sekali sekala jer tp offer mcm tiap2 ari murah.. kalo walk-in harganya lg ler mengalahkan mas...
 
Terbaek ler... ingatkan rakyat Malaysia jer boleh ditipu. Rakyat International sorry laa...
 
Nah kan dh kena.
Kt malaysia boleh la..
Dah la xleh nk cancel..
 
takda lah mura sgt air asia ni aku tgk kecuali kalau tempah advance dlm bbrp bulan.
 
awal2 aku mmg benci iklan yg mengelirukan. byk lagi kompeni wat camtu.
 
Back
Top
Log in Register