BTC USD 84,849.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sebulan duduk rumah sewa, dah dapat notis suruh keluar.

mohdshukortalib

Active Member
Messages
1,852
Joined
Nov 15, 2011
Messages
1,852
Reaction score
222
Points
33
Nak tulis cerita ni pun letih dah, bayangkan pertengahan Disember 2011 yang lepas aku pindah masuk ke rumah sewa, sebulan lepas tu, tuan tanah hantar notis suruh aku keluar. Penat pindah rumah ni pun tak habis lagi, dia minta aku pindah pulak. Problem dia ialah aku mintak dia settle masalah tekanan air kat dalam rumah aku ni, perlahan sangat sampai susah nak mandi. Aku tanya dia, dia nak buat ke aku nak buat, dia cakap dia nak buat. Aku sabar je.

Kemudian datang pulak bil TNB, ada tunggakan beratus RM dari penyewa lama, aku emailkan bil tu dan bagitau dia suruh dia jelaskan, dia cakap 'akan jelaskan', Sudahnya sampai sekarang dia tak jelaskan. Kemudian, aku dah tak tahan sabar, aku emailkan segala masalah berkaitan ketidakpuasan hati aku dekat dia, aku kena email sebab dia tak angkat call dan tak jawab sms.

Last-last sekali dia email balik notis suruh aku keluar. Alasan dia ialah, disebabkan aku banyak complain tentang masalah di dalam rumah dia. Dah tu rumah dia, mestilah aku complain kat dia. Bengang betul, dahlah agreement tak stamping, aku pulak dah siap pasang unifi, dah siap pasang Astro, aircond semua, kalau nak pindah semua tu kos lagi. Jadi, lepas aku dapat notis untuk menamatkan perjanjian sewa rumah yang dia hantar, aku pun balas dengan Letter of Demand. Dalam Letter of Demand tu aku nyatakan claim aku dan aku mintak dia selesaikan dalam masa 7 hari atau aku akan ambil tindakan mahkamah. Di bawah ni ialah Letter of Demand yang aku hantar untuk rujukan mereka yang mungkin akan mengalami masalah yang sama macam aku.

lodw.png



UPDATE 26 JANUARI 2012

Email yang aku hantar ke tuan rumah pada 23 Januari 2012 berkenaan dengan claim aku yang aku minta dia bayar atau aku akan ambil tindakan saman di Mahkamah. Dalam email tu aku ada bagi dia Letter of Demand, aku mintak dia bayar kos relocation astro/aircond/unifi/kos cat dan kos pindah. Kalau dia tak bayar dalam masa 7 hari, aku akan failkan saman. So, hari ni 26 Januari dia reply email aku dan dia cakap, dia dah rujuk peguam berkaitan Letter of Demand yang aku hantar dan peguam dia cakap, Letter of Demand yang aku hantar tu serius, so dia dengan selamba badak pergi tukar tempoh notis tu dari 1 bulan 10 hari ke dua bulan, dia cakap aku supaya dapat selesaikan dengan kadar segera, dari email dia tu nampak macam dia takut aku ambil tindakan.

Aku reply balik cakap kat dia yang aku bertegas dengan tindakan aku, aku akan ambil tindakan kalau dia tak langsaikan claim aku dalam tempoh 7 hari. Alasan aku ialah, aku dah start cari rumah lepas dia hantar notis suruh aku keluar dan satu lagi alasan aku ialah, dia tak ambik apa-apa tindakan berkaitan masalah air dalam rumah tu, so aku cakap kat dia, aku akan tetap berpegang dengan notis pertama yang dia hantar.


UPDATE 31 JANUARI 2012

Hari ni dah cukup 7 hari. Plan aku ialah, aku akan isi dan submit form-form di bawah ni untuk proses stamping agreement. Lepas tu aku akan ke LHDN dan stamp agreement ni. Siap stamp ni aku akan hantar Letter of Demand (Second Reminder) dan akan minta dia bayar dalam tempoh 7 hari lagi. Dalam Letter of Demand tu aku akan masukkan kos tambahan untuk stamping. Kalau dia tak bayar jugak, aku akan ke Mahkamah Majisteret dan isi borang 164 untuk failkan tuntutan kecil (Bawah RM5000). Di bawah ni contoh borang untuk stamp agreement.

tenancyagreementstampin.jpg


tenancyagreementstampin.jpg



UPDATE 9 FEBUARI 2012

Disebabkan kesibukan yang terlampau, aku baru je matikan stamp agreement pagi tadi di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, walaupun aku terpaksa bayar penalti RM25 sebab lambat matikan stamp. Pegawai di LHDN tu tanya aku, kenapa aku yang stamping agreement tu? sepatutnya tuan rumah yang kena matikan stamp tu, so aku cakap dekat dia, tuan rumah aku ni taknak stamp agreement tu, dan dalam agreement tu dia tak letak tempoh sah perjanjian, so pegawai tu cakap, tak ada masalah, disebabkan tuan rumah aku tak letakkan tempoh perjanjian, so secara automatiknya agreement aku tu dikira untuk tempoh yang maksimum iaitu 4 tahun.

Secara sah dan mengikut undang-undang, melalui perjanjian yang tuan rumah dan aku tandatangan tu, aku boleh duduk di rumah tu untuk tempoh 4 tahun. Dan dalam tempoh empat tahun tu, tuan rumah tak boleh sesuka hati nak suruh aku keluar. Pegawai tu cakap lagi, lepas dah matikan stamp ni, agreement aku dah sah untuk dibawa di mahkamah dan kos untuk aku matikan stamp tadi ialah RM48.00 untuk tempoh 4 tahun dan penalti RM25.00.

Jadi, sebagai panduan kita bersama, aku syorkan kepada penyewa atau tuan rumah tu, sila pastikan tempoh perjanjian di dalam agreement, kalau tuan rumah tak letakkan tempoh dalam perjanjian tu, secara automatiknya mengikut undang-undang, tempoh perjanjian akan dikira untuk tempoh yang maksimum iaitu 4 tahun. Dan kalau penyewa dapat tuan rumah jenis yang tak reti nak pergi stamping agreement, boleh pergi stamping sendiri di pejabat LHDN. Bukan apa, untuk kebaikan kita jugak, kalau-kalau tuan rumah kuncikan pagar rumah ke, atau tuan rumah pergi potong elektrik/air ke, kita boleh dakwa dia kalau dah ada agreement yang sah dan boleh digunakan di mahkamah.

So, tindakan aku lepas ni ialah aku akan submit saman aku di Mahkamah. Insyaallah dalam Isnin depan, almaklumlah aku sibuk sikit nak uruskan rumah baru ni. Disebabkan masalah ni lah, banyak kerja aku tergendala. Dan aku harap tindakan saman aku ni berbaloi.

UPDATE 5 Mac 2012
Baru selesai submit saman di Mahkamah Sivil Sungai Petani. Hantar 4 salinan borang 164 kemudian ke pendaftar di Mahkamah Majisteret, buat bayaran RM20 dan tunggu salinan saman akan dihantar ke rumah.

UPDATE 8 April 2012
Aku ke Mahkamah untuk sebutan kes di mahkamah terbuka. Defendan tak datang, kalau nak diikutkan kalau defendan tak datang, hakim akan berikan penghakiman ingkar dan seterusnya meluluskan tuntutan aku. Malangnya hakim pulak tak datang hari tu. Jadinya, kes ditunda ke 7 May 2012.

UPDATE 7 May 2012
Hari ni mahkamah ditunda atas sebab majisteret tak datang. Defendan pun tak datang. Semuanya ditunda ke 3 Jun 2012.

UPDATE 7 Julai 2012
3 June lepas, Mahkamah dah jatuhkan penghakiman ingkar disebabkan defendan tak datang. Mahkamah arahkan defendan perlu membayar jumlah tuntutan aku. Dan disebabkan defendan tak datang, Mahkamah dah keluarkan perintah untuk defendan bayar jumlah tuntutan dan masa yang aku tetapkan iaitu 2 minggu. Dan aku dah poskan surat perintah tu ke alamat terakhir defendan.

Defendan masih tak layan perintah mahkamah dan pada 25 Jun aritu, aku dah refer dengan Mahkamah untuk keluarkan perintah sita disebabkan defendan masih ingkar dengan arahan mahkamah.

So, sekarang ni dalam proses dengan Mahkamah Majisteret Selayang (Paling hampir dengan rumah defendan) untuk keluarkan perintah sita dan hanya tunggu masa untuk bailiff datang ke rumah defendan untuk proses taksiran.

Harap-harap semua berjalan lancar walaupun nampak leceh.

 
Last edited:
kesian kat engko...nasib ler dapat tuan rumah cam tu....kalau aku yang tuan rumah nyer..aku akan pastikan semua ok dulu sebelum bagi orang menyewa...
engko ada buat kontrak atau apa2 tak?kalau ada boleh jer saman tuan rumah tu..janji ada kontrak.laku nyer engko saman.sebab aku ada buat utk setiap penyewa....
 
kesian kat engko...nasib ler dapat tuan rumah cam tu....kalau aku yang tuan rumah nyer..aku akan pastikan semua ok dulu sebelum bagi orang menyewa...
engko ada buat kontrak atau apa2 tak?kalau ada boleh jer saman tuan rumah tu..janji ada kontrak.laku nyer engko saman.sebab aku ada buat utk setiap penyewa....

Kontrak ada, dia yang buat. Katanya nak stamping sampai sekarang tak stamping, tapi yang tu aku boleh gi stamp.
 
Cuba buat aduan kat TTP, mana tau boleh membantu. Tuan umah camni mmg kene ajor sikit, duit sewa bulanx nok, mentenen xmau bayar. Ko boleh dok 3 bulan free xyah bayar sbb xde hitam putih. Dia nak halau pun kene tgu perintah mahkamah.​
 
Kontrak ada, dia yang buat. Katanya nak stamping sampai sekarang tak stamping, tapi yang tu aku boleh gi stamp.

kalau ada stamping..laku nyer engko g lawyer firm tanya...sebab masih dalam kontrak.dia dah halau engko keluar.mungkin dia org bleh buat tuan rumah tu bayar ganti rugi semula.dan engko bleh dpt lebih skit dari apa yang dikeluarkan....
tension oooo kalau tuan rumah buat perangai.sebab aku pon menyewa gak sekarang ni.sebab tu aku tak kacau org yang sewa umah aku....:D:D:D
 
ko dajalkn jerk umah dier.... klu dia report, ko ckp jerk, awal2 umah dier atap dah runtuh.. sink dh pecah, cermin pecah, dinding lekuk, pintu kopak, etcs lh... igt dia sorang ker boleh mainkotor... aku pn tahun lps bln 7 pn br pindah umah,klu nk pindah blk nie letih babe, br dpt abby, bini dlm pantang lg jd aku fhm perasaan ko bro.... owner umah ok, sempoi giler... aku byr sewa 20hb pn xbising, janji byr... condition umah oklh, cuma pintu ada yg kopak, lampu rosak n penutup lubang dpn umah hilang....
 
Kalau tuan rumah camnie....memang kena diberi peringatan....
 
Cuba buat aduan kat TTP, mana tau boleh membantu. Tuan umah camni mmg kene ajor sikit, duit sewa bulanx nok, mentenen xmau bayar. Ko boleh dok 3 bulan free xyah bayar sbb xde hitam putih. Dia nak halau pun kene tgu perintah mahkamah.​

Tu lah pasal, dia bagi notis sebulan 10 hari je. Kalau ikut akta kawalan sewa 1997, dia kena bagi notis at least 3 bulan.
 
Back
Top
Log in Register