Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > TRADING ZONE, CLASSIFIEDS & MARKETPLACE > Classifieds & Advertisements > Insurance Offers, Agents > Q&A, Discussion, Info

Q&A, Discussion, Info Q&A section for agents & clients related to any types of available insurance

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 25,405
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 56,132
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 43,297
More...
  #1  
Old 15-01-2012, 11:24 AM
poknik poknik is offline
Legendary Member

poknik's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Dec 2007
Posts: 13,610
Poster Rank: #170
Thanked 268 Times
Active Level
Default Untuk dikongsi bersama

Agen Prudential dalam dilema



SAYA seorang agen insurans daripada Prudential Assurance (M) Bhd- Prudential. Saya telah menjadi agen selama lebih dua tahun. Saya juga mempunyai lesen untuk menjual produk Takaful melalui Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN).

Masalah yang saya hadapi, yang juga masalah kebanyakan agen Prudential ialah, kami telah pun menyertai Prudential untuk menjadi agen, sedangkan pada mulanya kami menyangka kami menyertai PruBSN.

Gelombang kesedaran Islam yang melanda dunia umumnya dan negara khususnya telah menyebabkan ramai di kalangan masyarakat khususnya umat Islam ingin bertukar kepada Takaful dan sistem perancangan kewangan Islam.

Jadi, ramai yang merasa terpanggil dengan kesedaran ini pun ingin memulakan langkah untuk memenuhi keperluan itu, sekali gus mengorak langkah untuk kebebasan kewangan sendiri.

Masalahnya, bila kami menyertai Business Oportunity Presentation - BOP, penceramah yang akhirnya menjadi bos kami cukup pandai mengolah dan menunjukkan peningkatan PruBSN di dalam industri Takaful negara.

Bila kami mendaftar, barulah kami tahu bahawa kami sebenarnya agen Prudential, bukannya PruBSN! Malah lebih teruk lagi, kami terpaksa menunggu lesen itu, kami disaran menjual produk konvensional terlebih dahulu! Bagi saya ini memang tidak munasabah, seolah-olah menyuruh orang yang menunggu nasi yang sedang dimasak, supaya makan najis terlebih dahulu untuk melapik perut!

Alhamdulillah sekarang saya sudah mempunyai lesen Takaful, dan menjual produk-produk Takaful. Tetapi saya ada beberapa persoalan di sini:

Walaupun kami menjual produk Takaful sahaja dan komisen kami dibayar oleh PruBSN, tetapi segala ‘recognition’ yang kami terima contohnya percutian ke luar negara dan Star Club kami masih dibayar oleh Prudential. Ini menyebabkan kami masih mendapat wang hasil yang syubhah (untuk menggunakan istilah yang paling lembut) atau lebih tepat lagi, haram.
Disebabkan saya mempunyai dua lesen, agen-agen di bawah saya juga mempunyai dua lesen. Jadi, mereka bebas menjual produk sama ada Takaful atau konvensional. Apa yang saya risaukan ialah apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sekarang, saya mampu mendidik mereka dan mengawal mereka daripada menjual produk konvensional, tetapi apakah nasib sekiranya nanti agen saya terlalu ramai; atau saya sudah tiada.

Jika saya sudah berjaya menjadi pengurus nanti, selagi kod agen saya masih hidup saya akan mendapat ‘overriding’ daripada mereka juga. Maknanya, ada kemungkinan saya masih mendapat ‘overriding’ daripada agen bawahan saya yang menjual produk konvensional walaupun saya sudah masuk kubur! Saya bukan arif, tetapi saya teringat ayat hadis yang menyatakan setiap daging yang tumbuh daripada rezeki yang haram, maka nerakalah tempat paling sesuai baginya!

Alhamdulillah, dalam Prudential sekarang ada agensi yang menerapkan nilai-nilai keislaman seperti solat Subuh dan Dhuha berjemaah. Dan mereka menjual Takaful sebagai produk utama mereka. Tetapi bagi saya masih tertakluk kepada permasalahan yang saya sebutkan di atas.

Lagi satu, saya rasa kurang enak bila rakan-rakan seagensi saya (yang beragama Islam) dengan selambanya menjual produk-produk konvensional, sama ada disebabkan tidak kisah, atau ingin mencapai target. Malah ada yang mengutuk dengan mengatakan Takaful adalah mahal, lembap dan sebagainya.

Harap para pembaca yang arif dapat membantu memecahkan kebuntuan yang bersarang dalam kepala saya sejak mula menyertai industri ini. Kalau hendak ikutkan hati, saya boleh keluar dan menjadi agen secara langsung di bawah PruBSN sahaja, dan hanya menjual produk Takaful. Dan ‘recognition’ pun dibayar mereka. Tetapi, saya sayang untuk meninggalkan pelanggan-pelanggan setia (juga komisen) saya!

Apakah tindakan terbaik yang patut dilakukan kami bukan sahaja di dalam Prudential, tetapi juga syarikat insurans lain yang juga memiliki dua lesen, seperti Great Eastern, Hong Leong, MAA dan sebagainya. Saya tidak mahu lagi syarikat kewangan konvensional mengambil kesempatan di atas gelombang kebangkitan Islam dan mencucuk jarum-jarum halus mereka.


BUDAK KAJANG
Kuala Lumpur





Just nak kongsi surat pembaca yg dlm harakah ni..

Ejen2 Prudential harap jangan melenting serang aku, bukan aku yg tulis nih... ia dari ejen prudential sendiri nih

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter?start=80

Last edited by poknik; 15-01-2012 at 11:29 AM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 04:39 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE