Forex Gratis! Modal - hadiah dari broker. Dapatkan bonus $50!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > Investor, Business, Entrepreneur > Investor Discussion

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Video embed in post
Last Post: CariGold
Posted On: 15-12-2016
Replies: 0
Views: 3,925
0 Software Upgrade
Last Post: CariGold
Posted On: 09-12-2016
Replies: 1
Views: 3,998
0 New forum feature to help you manage updates of your own thread
Last Post: CariGold
Posted On: 22-02-2016
Replies: 0
Views: 28,585
More...
Likes Likes:  2
Dislikes Dislikes:  0
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 08-12-2016, 05:51 PM
hazwanimhashim hazwanimhashim is offline
Regular

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Sep 2010
Posts: 880
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 2
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default Skim ponzi : Masa depan di malaysia

Disclaimer : Penulisan ini untuk membuka mata rakyat Malaysia tentang peleburan yang akan berlaku sekiranya tuan puan terlibat dengan skim ponzi. Sekiranya penulisan ini digunakan oleh tahi tahi pengelola skim ponzi untuk memperkukuhkan skim mereka, saya tidak bertanggungjawab dan tiada niat langsung untuk ke arah memberi bantuan seumpama itu.

Biasanya apa-apa penulisan mesti bermula dengan pendahuluan. Tapi untuk penulisan ni, saya lompat dulu dari cerita pasal asal-usul ponzi. Mungkin di bahagian yang lain. Untuk awalan ni, saya terus kepada kenapa ponzi boleh survive dan terus terusan diceburi oleh para pelebur?

Ponzi hidup dengan dua perkara. Sikap dan keperluan manusia. Sikap dan keperluan manusia yang sentiasa mencari sesuatu untuk mengubah hidup mereka. Dari miskin mahu menjadi kaya. Dari kaya mahu menjadi lebih kaya. Dari lebih kaya menjadi yang paling kaya. Dari yang paling kaya menjadi takkan ada sesiapa yang boleh kaya dah kecuali aku. Dan ini yang saya panggil sebagai sikap tamak. Sikap mahukan lebih lagi dari apa yang ada. Sikap tamak ini ada dalam setiap manusia. Malangnya, kita lebih cenderung memilih sikap tamak ke arah sesuatu yang kita tidak tahu.

Contohnya, kerana mahu lebih kaya, kita sanggup merisikokan sesuatu untuk mendapat sesuatu. Kebiasaanya, “ala, keluar duit sikit je. Tapi, nanti kalau untung, berganda-ganda. Kalau rugi pun, sikit je”
Dan sikap tamak yang takkan hilang ini yang akan mengekalkan kewujudan skim ponzi. Kerana skim ponzi akan terus hidup apabila manusia terus tamak dan mahukan sesuatu dengan cara yang paling mudah. Labur-diam-untung. Sedangkan apa yang berlaku adalah, labur-diam-lebur. Dan paling malang sekali apabila, labur-diam-lebur-labur lagi. Dan tak berkesudahan.

Seterusnya, menyebut soal keperluan. Kenapa saya katakan keperluan. Manusia memerlukan duit. Dengan zaman yang menggunakan mata wang untuk sebarang urusan pembelian, maka, wang adalah sesuatu yang sangat diperlukan. Disebabkan itu, ponzi akan wujud kerana dengan skim ponzi, manusia akan melihat ia adalah satu cara menambah wang yang ada. Lebih-lebih lagi, menambah wang dengan cepat dan cara yang paling mudah. Bayangkan, jika hari ini tuan Cuma ada sepuluh ringgit di dalam poket. Datang seorang kawan yang menjanjikan jika sepuluh ringgit ini boleh menjadi seratus ringgit dalam satu minggu. Siapakah yang tidak terliur. Tambahan pula, mengenangkan susu anak yang sudah tinggal serdak-serdak, mengenangkan bil air dan api yang sudah tertangguh lama, memikirkan kereta sudah disorok di kampung kerana sudah dikejar bank, dan memikirkan banyak lagi masalah diri masing-masing, didesak oleh keperluan untuk mendapatkan lebih wang, maka, siapa pun pasti terdetik untuk mencuba skim ponzi.

Malangnya, seratus ringgit yang dijanjikan, tidak nampak rupa tengkolong si agongnya. Dan, apabila ada lagi sepuluh ringgit di kocek, berjumpa lagi dengan kawan yang lain yang menjanjikan skim yang lain pula, air liur akan mengalir lagi. Mengenangkan keperluan untuk memilik wang dan menyelesaikan masalah-masalah sendiri.

Wah! Pagi yang indah dengan kerajinan sendiri menulis skim ponzi. Nanti saya sambung lagi. Hadam yang ni dulu.


TAMBAHAN 9 DISEMBER 2016

Suatu ketika dulu, kes skim cepat kaya yang paling terkenal adalah skim pak man telo. Tahun 80-an. Waktu tu, saya pun kecik sangat lagi. Berjalan di supermarket pun masih melangkah berhati hati jangan sampai terpijak garisan hitam lagi. Semakin meningkat dewasa, bermacam-macam skim yang diperkenalkan oleh para tahi pengelola ponzi. Lebih menarik, para tahi pengelola ponzi sudah semakin bijak dan sentiasa mencari jalan untuk menghalalkan skim mereka. Pendek kata, skim ponzi semakin berevolusi untuk meyakinkan rakyat yang tidak semakin bijak.

Jika dulu, kita disebarkan dengan wang pos. Masuk sepuluh ringgit. Tolak nama sampai naik atas. Dan akhirnya, dengan sumbangan orang ramai dan ke*****an orang ramai yang ingin menyumbang secara percuma, menjadi kayalah orang yang namanya dipusing pusing di tempat kelima. Tapi, skim wang pos sudah semakin lesu. Jarang sangat sekarang ni kita jumpa skim yang begini. Agaknya, kos setem dan cetak kertas sudah semakin tinggi. Malahan, rakyat barangkali tidak melihat style wang pos boleh menjadikan seseorang itu kaya lebih cepat.

Kemudian, kita diperkenalkan pula dengan skim-skim ponzi melalui jualan-jualan produk. Beli sebatang pensel, yang harga biasanya adalah seringgit, tetapi disebabkan skim yang kita masuk ni boleh memberikan kekayaan segera, kita sanggup menjadi ahli dengan harga rm100. Dan untungnya? Daftar hari ini dan dapat sebatang pensel! Untung kan! Soalnya, mengapa mereka para tahi pengelola ponzi memperkenalkan produk seperti ini? Alasannya mudah, bagi mengelakkan mereka dituduh mengutip wang haram, makanya, sebatang pensel tadi menjadi produk yang mereka jual. Dengan kata lain atau alasan biasa para macai ponzi, “kami jual barang la. Bukan kutip duit”

Tapi, kalau ianya sekadar sebatang pensel, pastilah kita tidak berminat. Sebab itu, para tahi pengelola ponzi memperkenalkan produk produk yang digemari para rakyat Malaysia. Minuman kesihatan. Makanan kesihatan. Peralatan rumah. Kad ajaib penjimat minyak. Susu menjadi kurus. Dan segala jenis produk yang suka dicuba cuba oleh rakyat Malaysia. Tetapi, secara psikologinya, segala produk ini hanyalah bagi menghalalkan tindakan para pelebur untuk menyertai skim. Sedangkan, matlamat mereka, masih kepada apa yang saya tuliskan sebelum ini. Sikap tamak dan keperluan kepada wang. Dan produk produk ini? Hanyalah sebagai mengaburi pandangan semata.

Panjang lagi yang saya boleh tuliskan. Tapi, saya berhenti di sini dulu. Saya akan sambung lagi nanti.

TAMBAHAN 9 DISEMBER. PETANG.

Memandangkan tajuk kita adalah skim ponzi di Malaysia, ada baiknya juga kita melihat kepada dua perkara yang paling dekat di hati rakyat negara ni. Dua perkara yang saya rasa sangat sangat tak boleh diusik oleh sesiapa. Dua perkara yang kalau dijadikan bahan sembang atau bahan lawak, pasti rakyat Malaysia secara kolektifnya akan tersentap. Dan dua perkara ini perlu kita akui sebagai hal bangsa dan agama. Ya! Bangsa dan agama adalah dua topik yang sangat mendalam dalam diri setiap rakyat negara ni.

Dan kerana kedua-dua perkara ini adalah sesuatu yang taboo, atau kita anggapkan sebagai sesuatu yang sangat menarik dan dekat di hati kita, maka, para tahi pengelola skim ponzi cukup bijak untuk mengeksploitasi dua perkara ini. Dua perkara yang kalau kita bangkitkan di mana-mana, pasti ada penyokongnya yang tersendiri. Yang akan menyokong sehingga ke titisan darah yang akhir. Sebut Melayu, pasti ramai yang sentap. Bergelodak jiwa nafsunya. Cuba sekali kita sebutkan, Melayu *******. Pasti ramai yang sudah siap mengasah keris dan parang. Dan cuba pula kita sebutkan hal agama. Hal islam. Islam dan Melayu berpisahnya tiada. Dan kerana ini, dua dua perkara ini akan menjadi satu tarikan paling mudah untuk para pelebur ponzi.

Baik, kita teruskan dengan contoh contoh mudah. Apabila sesuatu skim diperkenalkan, sama ada dia cina, Melayu dan india, pastinya golongan-golongan ini akan cuba menarik rakan-rakan di sekelilingnya. Hasilnya, wujud kumpulan kumpulan penyokong dan pelebur ponzi dari bangsa yang sama. Melayu A cebur skim ponzi tahi. Melayu A ajak kawan dia Melayu B untuk join sama. Melayu B ajak Melayu C, D, E, F, G. Hasilnya, sekumpulan manusia Melayu bergerak bersama-sama dalam satu pasukan ponzi tahi.

Malangnya, apabila ada pula sekumpulan Melayu lain, yang kita boleh sebutkan sebagai Melayu Z, Y, X cuba menegur dan membetulkan fikiran kumpulan asal tadi, alasan yang paling mudah untuk menepis teguran ini adalah,

"Melayu nak jatuhkan perniagaan Melayu" "Melayu dengki. Melayu PHD. Melayu tak suka Melayu lain maju" "Melayu memang sejak dulu sifatnya tak senang tengok orang lain senang" "Kisah ketam tarik kawan masuk dalam bakul" "Kisah Melayu hasad. Mak bapak tak ajar adab" dan banyak lagi alasan lain. Biasa dengar hal begini? Pasti selalu sangat.

Dan saya katakan, ini semua merupakan sesuatu yang sangat memberi kesan kepada psikologi para pelebur ponzi. Kerana mereka amat percaya kepada apa yang dileburkan sehingga menggunakan alasan begini kerana tidak mahu peleburan mereka hangus begitu sahaja. Hasilnya juga, para pelebur hampir pasti tidak akan mendengar nasihat kerana alasan bangsa itu menjadikan mereka dalam keadaan denial.
Tapi, kita harus akui, para tahi pengelola ponzilah yang telah mengajarkan hal yang begini. Saya amat yakin dan pasti, sewaktu usaha merekrut dilakukan, pasti apa yang mereka sebutkan adalah,

"Ni perniagaan untuk bantu orang Melayu. Kalau bukan kita nak support Melayu, takkan nak harap bangsa lain. Melayu bisnes untuk tolong bangsa kita. Ni skim Melayu, Melayu sesama Melayu. Melayu yang akan naikkan perniagaan Melayu." Dan banyak lagi point point Melayu yang digunakan sehinggakan hal bangsa menjadi penyebab kita melebur di dalam skim ponzi ini. Alasannya, nak tolong Melayu lain. Sedangkan, apa yang akan berlaku adalah, skim akan lebur dan hancur. Dan beribu Melayu yang akan hilang segala deposit dan duit peleburan. Yang kaya, hanyalah pengelola dan sekumpulan manusia awal. Alasan Melayu nak bantu Melayu, hanyalah alasan semata mata. Selepas segala-galanya hancur, kata-kata tentang Melayu tadi, terus hilang ditiup angin sepoi.

Seperti saya sebutkan tadi, selain bangsa, satu lagi hal yang amat dekat di hati kita adalah perihal agama. Dan perihal agama ini jugalah yang sering kali menjadi point bagi para pelebur untuk kekal di dalam skim ponzi. Menggunakan point agama untuk mempertahankan skim ponzi. Menggunakan agama untuk menguatkan hujah. Sedangkan, apa yang berlaku adalah mereka ini sebenarnya sedang menunggang agama. Menggunakan agama untuk menghalalkan tindakan jahat mereka.

Contoh mudah, atau surah-surah yang sering kali mereka gunakan untuk berdakwah adalah, "allah cakap, allah takkan ubah nasib sesuatu kaum selagi kaum tu tak nak ubah sendiri. Skim ni untuk bangunkan ekonomi orang islam. Nabi pun suruh berniaga. 9/10 punca rezeki dengan perniagaan. Dato' yang mulakan skim ni, dia banyak bersedekah. Dia orang alim. Dia bangunkan madrasah. Dia bagi makan fakir miskin. Sebahagian duit peleburan akan disalur kepada asnaf. Zakat yang kampeni ni keluarkan lagi banyak dari zakat yang korang (para penegur) keluarkan." Dan bermacam-macam lagi penggunaan hal agama untuk mempertahankan.

Bukankah ini hal yang sangat menghinakan. Menggunakan agama untuk sesuatu yang sangat buruk. Skim yang pasti akan ranap suatu hari, skim yang hanya akan meleburkan duit majoriti para pelebur. Tapi, menggunakan agama untuk berselindung.

Pui!

Masuk bab agama, rasa macam nak maki orang je. Lain kalilah saya sambung. Kalau tak nampak lagi, tak tau nak kata apa.

Last edited by hazwanimhashim; 09-12-2016 at 05:30 PM.. Reason: penulisan belum habis
Reply With Quote
Likes 2 Dislikes 0
 
Paid Advertisement
  #2  
Old 08-12-2016, 06:02 PM
guise guise is offline
Active Member

guise's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2014
Posts: 1,144
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

marilah kita melebur.....

sebahagian besar melayu takkan belajar dari kesilapan....
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #3  
Old 08-12-2016, 06:11 PM
ahmzam ahmzam is offline
Newbie

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2013
Posts: 44
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 1
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

Mmg ada golongan yg xserik... lagi kita nasihat lagi dia nak lebur... kikiki.. dunia dunia...
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #4  
Old 08-12-2016, 11:52 PM
Jalapeno Jalapeno is offline
Active Member

Jalapeno's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2015
Posts: 2,393
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 9
Dislikes (Received): 2
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Sekali kena cukup
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5  
Old 09-12-2016, 09:02 AM
hazwanimhashim hazwanimhashim is offline
Regular

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Sep 2010
Posts: 880
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 2
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

aiseh, admin, macam mana nak edit first post?

nak tambah penulisan ni.
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #6  
Old 09-12-2016, 09:18 AM
maniac maniac is offline
Regular

maniac's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2011
Posts: 221
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

labur-diam/ goyang kaki-masuk duit, org kita mmg suka mcm ni
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #7  
Old 09-12-2016, 09:21 AM
dausbiz dausbiz is offline
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.rahsiafirdaus.com
Posts: 20,608
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 31
Dislikes (Received): 3
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Jalapeno View Post
Sekali kena cukup
baik belajar biz sebenar

promosi jual beli produk dan servis

dari bagi duit kat orang belum tentu akan berjaya 50% 50%

sama ada berjaya atau ranap terus
__________________
Dapatkan PACAK LANGIT PEARL PLUS PIL KERASKAN Zakar Lelaki hanya RM50 SEBOTOL
dan Dapatkan Komisyen RM50 ke Akaun Bank Anda Berulang Kali
di
www.rahsiafirdaus.com

Sebarang Pertanyaan Hubungi Firdaus 016-4650338
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8  
Old 09-12-2016, 09:36 AM
m0mo~ m0mo~ is offline
CG Top Poster Club

m0mo~'s Avatar
 
Trader Rating: (39)
Join Date: Oct 2012
Location: ||ONEXOX||||Out There|_____|We Are ONE|||ONEXOX|||
Posts: 29,206
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 41
Likes (Received): 4
Dislikes (Received): 0
Blog Entries: 5
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by hazwanimhashim View Post
aiseh, admin, macam mana nak edit first post?

nak tambah penulisan ni.
salah section ni..sini takleh edit
__________________

KEMPEN 1 RUMAH 1 DEALER TOPUP |KLIK SINI|
Data ONEXOX SUPERJIMAT versi m0mo~ |500MB~4GB|
SIMKAD PANJANG UMUR MURAH REZEKI||KLIK SINI||
VPN UNLIMITED/LIMITED JIMAT[KUNING/OREN/MERAH]
RUANGAN UNTUK DISEWA
RUANGAN UNTUK DISEWA
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #9  
Old 09-12-2016, 09:43 AM
hazwanimhashim hazwanimhashim is offline
Regular

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Sep 2010
Posts: 880
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 2
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by m0mo~ View Post
salah section ni..sini takleh edit
abis tu, nak buat macam mana? tulis kat komen, sat gi macam terputus putus penulisan ni.
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #10  
Old 09-12-2016, 12:03 PM
m0mo~ m0mo~ is offline
CG Top Poster Club

m0mo~'s Avatar
 
Trader Rating: (39)
Join Date: Oct 2012
Location: ||ONEXOX||||Out There|_____|We Are ONE|||ONEXOX|||
Posts: 29,206
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 41
Likes (Received): 4
Dislikes (Received): 0
Blog Entries: 5
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by hazwanimhashim View Post
abis tu, nak buat macam mana? tulis kat komen, sat gi macam terputus putus penulisan ni.
bagitau admin pindahkan ke section yg betul

edited: ok admin dah update..thanks
__________________

KEMPEN 1 RUMAH 1 DEALER TOPUP |KLIK SINI|
Data ONEXOX SUPERJIMAT versi m0mo~ |500MB~4GB|
SIMKAD PANJANG UMUR MURAH REZEKI||KLIK SINI||
VPN UNLIMITED/LIMITED JIMAT[KUNING/OREN/MERAH]
RUANGAN UNTUK DISEWA
RUANGAN UNTUK DISEWA

Last edited by m0mo~; 09-12-2016 at 12:21 PM..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 08:56 PM.


Copyright ©2000 - 2017, Jelsoft Enterprises Ltd.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you