Forex Gratis! Modal - hadiah dari broker. Dapatkan bonus $50!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > Investor, Business, Entrepreneur > Investor Discussion

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 New forum feature to help you manage updates of your own thread
Last Post: CariGold
Posted On: 22-02-2016
Replies: 0
Views: 17,191
0 Technical Issues
Last Post: CariGold
Posted On: 18-02-2016
Replies: 1
Views: 17,142
0 Removal of User Title Status & Subforum
Last Post: Dann
Posted On: 02-02-2015
Replies: 0
Views: 50,442
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 08-03-2012, 01:24 PM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,416
Poster Rank: #62
Blog Entries: 6
Thanked 3,443 Times
Active Level
My Mood:
Wink ::Dinarosourus!... Tak RV lagi ke dinar Iraq?...Camne nak jadi JUTAWAN dinar nie?::

Salam semua...

skang nie kecoh ngan Dinar iraq nie...

Mod... kalau dah ada pandai2lah delete ke apa ke... just share ngan kawan2...



Entahlaaa... Dinar Iraq Terkini 2012 : Bakal Muncul Ramai Jutawan Dinar Iraq di Malaysia Selepas Ini?...





Kenapa sekarang ramai pemerhati, peminat, pengumpul mahupun penjualdinar Iraq hari demi hari terus menantikan dengan setia status terkini dinar Iraq. Sebab mereka menjangkakan yang mana dinar Iraq akan melalui proses revaluation (RV) & apungan dalam masa terdekat sekarang ini…..

Rasanya kami dah dengar berita dinar Iraq akan RV sejak tahun 2006 lagi. Paling akhir khabar angin tersebut bertiup kencang sekitar November 2011.

Berita Terkini Dinar Iraq 2012 : Bagaimana Konsep Menjadi Jutawan Dinar Iraq?
Dikehendaki membeli matawang dinar Iraq yang didatangkan dalam set. Contohnya set bernilai IQD 50,000 dinaq iraq boleh dibeli dengan harga RM650.
Beli harga dinar Iraq pada harga murah (ketika dinar Iraq jatuh) sekarang ini dan jual kembali apabila pengumpul dinar Iraq ini menjangkakan nilai dinar Iraq (1QD1) = dollar Amerika (US$ 1). Ada yang sasarkan lebih daripada itu.
Nah…ini salah satu contoh sms dan ayat-ayat yang biasa digunakan oleh penjual dinar Iraq ini :

RM680 utk 41800 dinar, nilai matawang sebelum perang teluk 1 dinar = USD 3.30 dan nilai skrg 1 dinar = USD 0.001. Andaikan naik 10 sen USD atau USD 1, USD 1 = 41800 dinar x 01.00 = USD 41800, USD 41800 x 3.7 = RM154700. Adakah anda hanya ingin duduk diam diri shj sdg org israel dan amerika berlumba membeli dinar iraq. Ambil peluang ini utk masa depan anda. Mata wang akan diberi terus 41800 dinar apabila anda bayar RM680.
Begitulah ayatnya. Suka atau tidak, orang kita apabila mendengar dua istilah perkataan “ajaib” ini iaitu Amerika & Israel terus “menggelupur”, akhirnya bertindak juga atas nama “tidak mahu tertinggal keretapi” seterusnya menyertai kelompok baka-bakal jutawan dinar Iraq satu hari ini tanpa selidik terlebih dahulu. Sekarang ini ada pula konsep penjualan dinar Iraq ini diperluaskan dengan sistem downline. Dan ada juga yang dapat beli satu pakej set dinar Iraq + percuma IQD100 contohnya. Kreatif orang kita.

Dalam situasi ini kami ada 2 pilihan sahaja :
Buruk sangka – Jawapan yang sukar diterima pengumpul dinar Iraq ini walaupun niat kami untuk sampaikan kesedaran.
Baik sangka – Kami menceritakan keindahan semata dengan mengatakan ia adalah peluang keemasan kepada “bakal jutawan dinar Iraq). Tetapi akhirnya…
Sebenarnya kami tiada benda mudah di dunia untuk senang :


“bukan senang nak senang, bukan susah nak susah”

Persoalan-persoalan Sebelum Membeli Dinar Iraq :
Kalau penjual dinar Iraq yakin dinar Iraq akan naik melambung-lambung, mengapa mereka terus menjual dan tidak menyimpan sendiri? Mengapa? Kalau mereka simpan bukankah mereka boleh dapat lebih daripada sepatutnya? Iaitu daripada dapat jadi setakat multimillionaire, terus menjadi billionaire. Sialp-silap hari bulan, kedudukan Tan Sri Robert Kuok boleh dicantas dengan mudahnya.

Mereka-mereka ini membuat perbandingan perang Iraq vs US dengan situasi Perang Teluk Iraq VS Kuwait. Tetapi persoalan sekarang ini, Kuwait dahulu lepas perang teluk, adakah di bawah tentera US seperti yang dihadapi negara Iraq sekarang ini? Mengapa mereka tidak menceritakan kepada pembeli dinar Iraq yang duit kertas duit kertas lama telah dihapuskan dan duit kertas baru telah diperkenalkan sebab masa itu banyak duit kertas telah dicuri oleh tentera Iraq dan muncul kat pasaran dunia? Mengapa?

Apa akan jadi jikalau matawang mereka ditukarkan ke matawang baru selepas ini? Akhirnya duit dinar Iraq sekarang ini apa akan jadi? Akhirnya nanti, jadi macam duit daun pisang
Katakanlah betul seperti yang diramal, dinar Iraq nanti ID 1=USD 1. Bermaksud nanti bakal muncul jutawan dinar Iraq tidak lama lagi? Alhamdulillah. Moga-moga. Tetapi persoalannya adakah US senang-senang sahaja mahu melingkup ekonomi mereka sendiri yang dah tak tertanggung itu? Kena ingat minyak kat Iraq itu bukan kerajaan Iraq yang kawal tetapi US sendiri

Semua matawang dunia selepas 1971 adalah disandarkan satu sama lain dengan di hujung rantaiannya adalah dollar. Sedangkan US dollar yang merupakan matawang utama dunia pun tengah tenat akibat kegagalan US untuk bayar hutang Treasury Bill (T-bills) pada bulan Ogos 2011, apatah lagi dinar Iraq ini. Barack Obama lebih pening kepala nak fikirkan matawang USD sendiri yang tidak stabil akibat lambatan dolar Amerika sekarang ini.

Apa kepentingan kerajaan Amerika nakkan nilai matawang dinar Iraq kukuh dan negara Iraq aman maju? Sedangkan negara Arab yang lain pun dia kacau apalagi Iraq. Amerika hanya menjaga kepentingan Israel bukan negara arab. Selagi negara arab bersatu dan maju ia adalah ancaman kepada kepada suvival israel itu sendiri. Begitu juga bab ekonomi dan kemajuan dirantau sana.

Dinar Iraq ini pun sama macam matawang lain, iaitu duit fiat. Kelak, 1 dinar Iraq bersandarkan kepada berapa gram emas?

Akhirnya paling mudah persoalan yang perlu difikirkan, berapa ramai yang sanggup berkongsi kekayaan/kesenangan dengan orang lain melainkan mahu menggunakan kesusahan/kesempitan orang lain demi kesenangan peribadiKita mesti tahu nilai dan bezakan mana satu skim cepat kaya yang mana satu bukan. Melakukan sesuatu tanpa ilmu amatlah bahaya. Benar ada individu dalam sejarah yang menjadi kaya dengan teknik yang hampir serupa dengan kes dinar Iraq ini, yang mana merujuk kepada spekulasi matawang. (Baca sebahagian kandungan buku The Asian Godfather), ada sebut pasal Sir Sik Nin Chau, yang buat duit dengan cara sebegini rupa. Pada masa itu, duit kertas terhad, hanya Sik Nin Chau ada kertas sebanyak tu. Senario dah berubah sekarang ini….

Sekarang ni duit dinar Iraq bersepah

Akhirnya. Yang untung siapa?

Jutawan Dinar Iraq : Penjual Vs Pembeli?

Kami tidak menghalang dan siapa kami untuk menghalang sesiapa menjadi kaya. Jika ada yang merasa boleh jutawan dengan cara dinar Iraq, terpulang. Cuma nasihat kami, yang mahu beli dinar Iraq ini selidik betul-betul terlebih dahulu. Periksa fakta-fakta yang sedia ada, bukannya berpandukan ramalan para penjual IQD dan RV semata. Ini duit anda!!

Bagaimana pembelian IQD dikatakan pelaburan walhal tiada apa yang boleh kita lakukan, selain membeli wang kertas yang belum tentu nilainya dimasa depan.

Antara nasihat yang berguna dalam pelaburan, JANGAN melabur pada sesuatu yang ANDA tiada kawalan (modal, withdraw, exit) terhadapnya. Buat pelaburan dengan jangan hanya BERGANTUNG SEPENUHNYA kepada harapan semata-mata, TANPA ADA sebarang elemen yang boleh dikawal seperti risk management, jangkaan trend menggunakan candlestick chart and sebagainya. Dalam mana-mana portfolio pelaburan pun wajib ada 2 benda yang boleh dikawal iaitu analyzing and minimizing risk. Kalau sesuatu pelaburan itu tiada 2 elemen ini, itu bukan pelaburan namanya. Itu namanya………(tak sampai hati kami nak sebut). Erm….

Zaman sekarang, apa-apa benda yang nak buat pun mesti ada ilmu dan bukan berserah kepada nasib semata-mata dengan ayat untuk sedapkan hati sendiri “Insya-Allah, mudah-mudahan Allah permudahkan”.






P/S : Adakah anda juga ada tergerak hati mahu membeli dinar Iraq? Apa pandangan anda dengan dinar Iraq ini?Ada pro dan kontranya…!!! Meh laa bincangkan...


-------------------------------------------------------------------------------------

penambahan KHAS...

Habis di kutuk yg tak sependapat sbagai langau la apa laa... hilang plak akhlak seorang Islam bila dikutuk berlebih lebihan dan disahut beramai2... sedih btol perangai mcm nie...

lepas tu dihina org tak sependapat sbgai khianat la apa bagai...

Walaupun tak sependapat tak perlu lah hilang adab sbgai sorang Islam ngan mengutuk menghina mencaci mcm tu skali...


Rv tak rv... belum tentu simpan berguni kertas dinar nie dah dijamin jadi jutawan... tapi taksub dorang sampai org yg tak menyimpan dinar nie hina dan boleh dimaki carut sesuka hati... mulut keluar rezeki Allah la apa bagai tapi mengharap mcm org main judi saja... Seolah dorang nie yg menyimpan dinar nie dah terjamin menjadi jutawan dan org yg takde dinar nie loser dan bo doh boleh dimaki sesuka hati,... pi check thread part 1 and 2...

kalau tak maki tak sah...

Ngaku Islam tapi akhlak hancussssssssssss... apa barang...

Nama ko pun naik... dikutuk mcm2...

series aku kesian mentaliti dorang... kot ye pun mengharap jgn laa sampai terkeluar ayat2 mencaci org lain... aku takde rasanya tulis caci apa pun... just keluarkan pendapat... mcm bro jejantas... habis dikutuk dihina...

aku harap mod dapat nasihat golongan kasihan camni la... nak baca thread tu saja2 pun dah mual... dorang saja betul,... org lain semuaa salah saja... tak bley terima pendapat better diam aje tak payah laa nak maki hamun hina mcm2,...

kepada golongan yg berharap jadi jutawan dinar iraq nie silakan menunggu rv... rv tetap rv... tapi nilainya tak semesti spt yg menjadi diharapkan... Allah SWT yg menentukan...

Perlukah menghina maki hamun mcm jika kita tak spendapat?...

bagi aku golongan mengharap rv hari2 semenjak beberapa tahun yg bersikap berlebihan dan kebudak budakan nie yg LOSER!...

belum rv apa pun korang nak mengkufuri nikmat... Akhlak out... jd lah golongan yg syirik...

Wallahualam...

Kalau mod pun rasa thread nie tak guna sila closed dan banyakkan thread mual mcm part 1 and 2 tu...













Quote:
Originally Posted by kewangan View Post
Aku dah jutawan pun, aku nak tegur sebab dia org buat kerja yg sia2, aku yakin dia org hidup susah, utang keliling betul tak kalau tak takkan dok menunggu bulan jatuh ke riba, nak kaya cepat, org kencing pun dia percaya, ustaz kata haram dia kata halal, ( https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar...25278097490245 ) ni lah kalau mata di kelabu oleh wang, kata ustaz pun dia lawan, dia tu sapa? dah tu mcm mana tuhan nak tolong? boleh ke RV? ermmmm


Soalan : Apakah hukumnya beli Dinar Iraq apabila harga jatuh dan jual kembali apabila harga naik?


Ustaz Azhar Idrus ( Original )

dinar iraq sengaja dijatuhkan olih zionis utk dibeli olih jutawan2 yahudi..kemudian ekonomi iraq dimajukan semula olih kontrektor2 besar amerika berketurunan yahudi..bila naik..mereka jual balik utk dpt untuk berlipat ganda..haram sertai rancangan jahat yahudi ini..





__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]

Last edited by jamtulenmurah; 01-06-2012 at 08:26 AM.. Reason: Tak RV lagi ke?... nak tunggu sampai bila nak jadi jutawan nie wooo...
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 08-03-2012, 01:27 PM
addy addy is offline
Active Plus

addy's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Jul 2008
Posts: 2,998
Poster Rank: #1440
Thanked 29 Times
Active Level
Default

untung sabut timbul untung batu tenggelam.. yg berani hanya kedepan yg tak berapa berani tu dok diam je
Reply With Quote
  #3  
Old 08-03-2012, 01:29 PM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,416
Poster Rank: #62
Blog Entries: 6
Thanked 3,443 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by addy View Post
untung sabut timbul untung batu tenggelam.. yg berani hanya kedepan yg tak berapa berani tu dok diam je
macm bunyi berjudi aje bunyinya?... hmmm...

berjudi nasib kot...

__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]
Reply With Quote
  #4  
Old 08-03-2012, 01:30 PM
Hidier Hidier is offline
Legendary Member

Hidier's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2010
Location: Johor
Posts: 11,584
Poster Rank: #257
Thanked 905 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by addy View Post
untung sabut timbul untung batu tenggelam.. yg berani hanya kedepan yg tak berapa berani tu dok diam je
aku dok diam jek...
__________________
PUSAT TUISYEN

MATEMATIK

012-7796200
Reply With Quote
  #5  
Old 08-03-2012, 01:31 PM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,416
Poster Rank: #62
Blog Entries: 6
Thanked 3,443 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Hidier View Post
aku dok diam jek...
sama cam aku... tak berani nak terjebak ngan dinar iraq nie... takut yg kejar x dapat yg ada keciciran... wallahualam...



__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]
Reply With Quote
  #6  
Old 08-03-2012, 01:31 PM
ezeynet ezeynet is offline
Super Active

ezeynet's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Mar 2009
Posts: 8,830
Poster Rank: #397
Thanked 3 Times
Active Level
My Mood:
Default

aku ada sikit je..tak sampai jadi jutawan pun
__________________
Reply With Quote
  #7  
Old 08-03-2012, 01:31 PM
luhur_lestari luhur_lestari is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (15)
Join Date: Apr 2010
Posts: 3,297
Poster Rank: #1280
Thanked 3 Times
Active Level
Default

den rasa masing2 yg melabur tu dah faham stiap risiko dan peluang yg bakal dihadapi..
Reply With Quote
  #8  
Old 08-03-2012, 01:33 PM
ADIGENG ADIGENG is offline
Super Active

ADIGENG's Avatar
 
Trader Rating: (40)
Join Date: Dec 2010
Posts: 9,851
Poster Rank: #343
Thanked 16 Times
Active Level
My Mood:
Default

Alhamdulillah je den mampu sebut.. semua ketentuanye..
ada hikmah disebalik yang terjadi..
Reply With Quote
  #9  
Old 08-03-2012, 01:37 PM
Panglima Sunan IV Panglima Sunan IV is offline
Super Active

Panglima Sunan IV's Avatar
 
Trader Rating: (48)
Join Date: Nov 2007
Location: BuahTunjukLangit.com
Posts: 8,423
Poster Rank: #418
Thanked 291 Times
Active Level
My Mood:
Default

aku dok diam..tapi ada la simpan sejuta dua..ahaha..untung sabut timbul..ahaha..keje tetap cam biasa..x payah nak tunggu RV ke ape ke..kalau x Rv, wat je koleksi..xder la sampai nak bergadai tanah..eheh
Reply With Quote
  #10  
Old 08-03-2012, 01:40 PM
xe-a203 xe-a203 is offline
Active Member

xe-a203's Avatar
 
Trader Rating: (8)
Join Date: Jun 2011
Posts: 1,000
Poster Rank: #3811
Thanked 4 Times
Active Level
My Mood:
Default

--deleted--
__________________
*JANJI ALLAH JANJI YANG PASTI*
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 01:26 AM.


Copyright ©2000 - 2016, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE