BTC USD 84,806.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemilik Hotel 'resah Gelisah' MAS Henti Beberapa Laluan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
KUALA LUMPUR, 20 Dis -- Tindakan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menghentikan sementara operasi beberapa laluan antarabangsa tahun depan membuat industri perhotelan di negara ini "resah gelisah".

Presiden Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata tindakan MAS itu juga bertentangan dengan galakan cukai kerajaan kepada pengusaha hotel baru bertaraf empat dan lima bintang.

"Sebagai hotel antarabangsa, mereka memerlukan pelancong antarabangsa," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

MAS mengambil langkah pelan pemulihan itu setelah dilaporkan mencatat kerugian mencecah RM1.2 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Antara destinasi terlibat ialah Cape Town, Johannesburg, Buenos Aires dan Dubai yang hanya akan kembali beroperasi setelah kewangan MAS kukuh kelak.

Abdul Aziz berkata tindakan MAS itu akan mengurangkan kedatangan pelancong antarabangsa ke negara ini.

"Sedangkan kita lihat syarikat penerbangan seperti Thai Airways, Singapore Airlines dan Cathay Pacific meneruskan operasi dan berkhidmat di laluan-laluan berkenaan, laluan ke Malaysia akan tersisih," katanya.

Beliau berkata walaupun MAS mempunyai alasan tertentu, sepatutnya sebagai syarikat penerbangan negara, ia tidak menarik diri begitu sahaja tetapi meningkatkan promosi demi membawa nama negara di peringkat antarabangsa.

"Tindakan jangka pendek ini merugikan pada jangka panjang terutama dalam sektor perhotelan dan pelancongan," katanya.

Berdasarkan galakan cukai yang diumumkan dalam Belanjawan 2012, pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang diberi taraf perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus ke atas pendapatan statutori selama lima tahun.

Abdul Aziz berkata dengan galakan cukai itu, ia menarik beberapa pengusaha hotel antarabangsa untuk masuk ke Malaysia seterusnya mendorong mereka mencari lokasi-lokasi istimewa untuk pembinaan hotel baru.
 
ini dah menjadi peluang kpd air asia.
 
MAHO ni fikir periuk nasi sendiri gak ni... gi la support sikit MAS tuk laluan tersebut
 
kalau kos dah naik kena buat byk promosi utk perkenalkan Malaysia..
promosi kurang jgn nak salahkan pihak lain...
byk lagi cara nak kurangkan kos, sbg cth
kalau boleh kurangkan je staff yg bergaji tggi mcm pramugari/a...
yg dah 'veteran' tu kasi pencen..amik muka2 baru..yg kos gaji rendah sikit..
kalau tak silap gaji pramugari/a yg senior ni boleh cecah rm4-5k sebulan..
amik kapten2 muda yg berpengalaman
 
Yg kaya terus-terusan kaya,yg miskin terus-terusan miskin.
 
ini dah menjadi peluang kpd air asia.

Kurang tepat tuh bro..sememangnya strategi ni memang untuk memberi peluang lebih besar utk airasia..

Usaha nak nazakkan MAS..tunggu je lah berita2 seterusnya..
 
Kalo diikutkan dari segi hasil tahunan mmg tinggi tapi disebabkan defisit tahun2 sebelumnya. Kena amik masa nak pulih.
 
Back
Top
Log in Register