citenyer mcm ni...sy ader baby girl yg baru berusia 2 bulan....masalahnye, die suke menangis terutamanyer waktu2 mlm....kadang2 nangis sampai 2-3 jam.x bleh nk pujuk...die akan berenti sendiri ble dh penat.....
orang kate mungkin sawan tangis atau gangguan....minta tlg sape2 yg kenal ustaz atau tempat yg bleh ubatkan penyakit ni...
normal kot...anak kakak aku..sampai umur 6 bulan..nangis je.....tapi yg pertama tu laki...rupanya ada angin pasang..yg no 2 tu saje je nangis..so cek la dulu kat hospital tgk ade sakit dalaman ape2 ke..kalo tubuh badan semua ok...maksudnya normal la tu....
citenyer mcm ni...sy ader baby girl yg baru berusia 2 bulan....masalahnye, die suke menangis terutamanyer waktu2 mlm....kadang2 nangis sampai 2-3 jam.x bleh nk pujuk...die akan berenti sendiri ble dh penat.....
orang kate mungkin sawan tangis atau gangguan....minta tlg sape2 yg kenal ustaz atau tempat yg bleh ubatkan penyakit ni...
sawan tangis kalau setakat 2,3 jamkire oraitlah tuh..
anak sedara aku dulu.. start maghrib sampai pagi esok menanggis..
senyap bile tido jer
aku punyer tension x yah citer laa.. mak die cam org giler
last ade ustaz tanye abg ipar aku.. rupe2nya mase otw nak bawak kakak aku bersalin.. abg ipar aku pi tengok org mati accident..
tapi ustaz tuh dah meninggal rasenya..
u lokasi kat mane? bawak pegi Darul Syifa pon ok.. x pon jumpe hantu killer
cuba raba belakang telinga anak ... ada biji tak ... kalau ada itu dinamakan biji sawan. kena ikhtiar untuk buang biji tu. maaf ckp, kalau terlalu kerap menangis tak elok untuk kesihatan. dan mohon juga pergi periksa di hospital swasta untuk melihat kesihatan dia .. takut penyakit lain lak.
__________________
ApA AdA DaLaM CeRmIn DePaN kItA, IaNyA TeMpAt NyAtA kItA
Kanak-kanak atau bayi yang sakit sawan tangis biasanya akan menangis pada masa-masa tertentu tanpa sebab atau punca. Selalunya tangisan itu memanjang untuk beberapa jam.
Sawan tangis ini di sebabkan oleh rasukan atau gangguan jin atau makhluk halus. Dalam masa yang tertentu, bayi itu kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa, dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.
Adakala nya makhluk halus ini memasuki badan bayi tersebut dan menggangu sistem urat saraf dan ini membuat bayi itu kesakitan atau tidak selesa. Selalunya bila merawat bayi yang kena sawan tangis, penulis mendapati adanya jin atau makhluk halus di bahagian urat saraf bayi atau di bahagian abdomen atau perut bayi. Makhluk halus ini yang menyebabkan bayi itu mengalami stomach cramps yang kita katakan colic pains.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
1. Bayi yang di bawah umur 3 bulan selalunya menangis di waktu senja yang di kenali dengan "evening colic". Setelah berhenti, ia akan menagis semula. Demikianlah halnya yang berlaku, yang kadang-kadang memakan masa berjam-jam.
2. Bayi atau kanak-kanak akan menangis pada waktu yang tertentu sahaja seperti tengah malam atau waktu maghrib.
Simptom
1. Tangisan akibat gangguan pada kebiasaannya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan kejam. Kalau diperhatikan dengan teliti, akan didapati bahawa tangisan itu terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).
2. Kanak-kanak yang dalam keadaan terganggu, adakala berhenti menangis semula. Mata yang kejam ketika berhenti menangis itu kadang-kadang melahirkan ombak di kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan atau pun kiri.
3. Ada anak-anak kecil yang terganggu, menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan mengigil seolah-olah adanya susuatu yang mengerikan di hadapannya.
Merawat kes sampuk/histeria /Sawan Tangis
Kes sampuk sering berlaku kepada kanak-kanak kecil atau bayi.Ini berpunca apabila ada segolongan jin yang menyakat bayi itu dan bayi itu akan menangis ketakutan.Untuk makluman,bayi-bayi ini boleh melihat jin secara terus kerana roh mereka sangat bersih berbanding orang dewasa.
Terlebih dahulu dipastikan tiada masalah seperti sakit perut (kembung), lapar, lampin basah dan sebagainya. Sekiranya tiada masalah tersebut maka mungkin ia akibat dari gangguan jin sebab jin ini ada yang suka kacau bayi, dicucuk-cucuknya perut dan diwayangkannya wajah yang buruk-buruk. Biasanya dipanggil sawan tangis.
Ketika baca ambil air segelas dan ruqyahkan pada air dan basuh muka anak dan beri minum.
Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak.
Jika anak masih juga menangis, maka azan di telinga kanannya sehingga 7x tapi kalau dia berhenti menangis dengan sekali azan maka cukuplah sekali sahaja
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE