Inilah antara penangan final Piala FA 2012, buat kerja atau buat apa sahaja hati tetap tidak tenang asyik terlintas pada peristiwa 19 mei nanti. Tidak hadir ke Bukit Jalil risau tidak dapat meraikan kemenangan pertama di final setelah 2 kali hampa di saat akhir. Harga tiket semahal RM40 sudah nampak murah demi pasukan The Red Warriors tersayang yang bertungkus lumus menghadiahkan final ini kepada seluruh penyokong setia mereka.
"Bola! Bola! Bola! Bukit Jalil ! The Red Warriors punya pasallah ni" ini pula antara keluhan si isteri, ibu bapa atau ahli keluarga setelah 19 mei nanti ramai peminat setia The Red Warriors akan meninggalkan kampung, rumah, negeri, keluarga, kerja dan segalanya demi memberi sokongan padu kepada skuad idola mereka ini. Ada yang bernasib baik tarikh program atau acara berjaya di ubah dari tarikh asal 19 mei dan ada yang tidak bernasib baik 19 mei kena bertugas atau berkerja.
Apa yang penting sokongan kita harus dimana sahaja dan walaubagaimanapun keadaan kita samada menyokong melalui siaran langsung mahupun hadir ke stadium, matlamatnya tetap sama. Kita harus menghargai apa sahaja cara sokongan yang termampu diberikan oleh seluruh penyokong The Red Warriors dan rakan-rakan kita. Hilang seorang bagai hilangnya seurat bulu yang dicabut di badan dengan terasa perit sakitnya.
Walau apa sahaja rintangannya dari timur, barat, utara, selatan tanahair, Sabah dan Sarawak, Bukit Jalil tempat yang akan menyatukan dan mengumpul seluruh anak Kelantan yang sentiasa bersemangat apabila bercerita pasal pasukan The Red Warriors mereka ini. Aksi Norshahrul, Piya, Indra, Daudsu, Apex, Nurul Azwan, Shakir dan semua pemain bagai memukau jiwa mereka, aksi mereka inilah boleh mengubah semua emosi daripada perasaan marah, geram, suka, duka dan gembira boleh bertukar pada setiap minit masa permainan berlalu.
Kekecewaan dua final Piala FA 2009 dan 2011 memang terlalu perit untuk dilupakan, ianya masih lagi berbekas di jiwa. Namun sedikitpun tidak mengganggu niat dan tekad ke Bukit Jalil. Harapan pada final ketiga ini cukup besar, ditambah lagi FAM memperkenalkan trofi baru Piala FA, kini kedua-dua pasukan bagai si teruna mengejar si dara untuk mengecapi nikmat terindah malam pertama.
Jika berjaya memegang trofi baru ini, seluruh jiwa penyokong dan pendokong The Red Warriors merasakan trofi ini sungguh bermakna dan mampu mengukir kenangan yang dalam sejarah bolasepak meskipun pasukan lain sudah berulang kali merangkul Piala FA ini tetapi Piala FA kali ini sangat berbeza kerana mempertaruhkan trofi baru dan tidak pernah dipegang oleh mana-mana pasukan kecuali salah satu daripada dua pasukan yang akan bertarung 19 mei nanti.
Last edited by ss McQueen; 13-05-2012 at 09:13 PM..
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE