Insya'Allah... Mat yo ake balik ko pangkue negeri dio- TERENGGANU, bilo tibo maso dio. Dok apo, 10k set trw tok sir pun, 20k set PENYU nok anok jati dio! Untuk Mat yo smugo sukses sokmo walaupun dimano anda berado. Bereh.
kecik tapok tange, 80k stadium shah ale fan TRW mengaluke..
dipersilake, keno oyak ko abe majuki/mat said cepat2 igap..
takut de kokre lain..
alhamdulillah rezeki trw...walau ada penaja yg tak lagi menaja 2013,dgn takdir allah kita bakal dapat penaja2 baru yg lebih besar..pasukan pemasaran kita sedang bekerja kuat menyempurnakan kontrek tajaan..berkemungkinan jersi kita berubah wajah musim depan...syukur alhamdulillah!!
Metro hari ini melapurkan kenyataan CEO T TEAM..beliau meniti zon bahaya DGN MENGUGUT DAN MENUDUH ZAIRO DAN FAIZ SERTA KAFA..saya harap beliau lebih berhati hati jika tak mau berdepan lebih byk masaalah..T TEAM bebas utk bertindak samaada melapur pd FAM atau SPRM..Tapi jgn cuba membuat DEFAMATION DLM MEDIA KERANA AKIBATNYA BURUK SEKALI..Jgn cemarkan nama pemain sewenang2 spt mana pernah dibuat seorang jurulatih satu ketika dulu dan kemudian didapati tidak benar..Zairo dan faiz telah lakukan APA YG HAK BAGI MEREKA..PERKARA YG SAMA DILAKUKAN OLEH SEMUA PEMAIN TEMPATAN DAN IMPOT..sedangkan player yg ada kontrek sampai 2013 spt AZIDAN DAN MAT YO pun boleh keluar APA LAGI ZAIRO DAN FAIZ..MEREKA BEBAS MEMILIH PASUKAN KERANA MEREKA ADALAH FREE AGENT..APA PUN MEREKA AKAN HANYA MENYERTAI KELANTAN MULAI 2Zhb DISEMBER 2012..
MASIH belum ada sebarang keputusan muktamad berhubung isu perpindahan penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo ke Johor musim depan.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Suhairi Hashim ketika dihubungi berkata, perkara itu masih belum dibincangkan memandangkan kini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sibuk dengan sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor yang sedang berlangsung.
...
"Setakat ini masih belum ada apa-apa perkembangan mengenai Mat Yo.
"Mesyuarat khas pada Isnin lalu pun tidak ada kata putus, kami hanya membincangkan mengenai pengurusan pasukan.
"Lagipun, kami sendiri tidak menerima sebarang arahan daripada Presiden PBNJ sendiri, Tunku Ismail... jadi, macam mana kami boleh membuat keputusan," kata Suhairi kepada Sinar Harian Online.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada nama Mat Yo tidak senarai dalam barisan pemain Kelantan musim depan kemungkinan memberi petanda bahawa pemain paling bernilai 2012 itu akan menjadi milik Johor, Suhairi enggan mengulas lanjut.
Sebaliknya beliau berkata, kemungkinan perkara ini akan diselesaikan selepas berakhirnya saingan Piala AFF Suzuki.
"Saya tidak tahu dan enggan mengulas lanjut. Kita lihat kita lihat bagaimana nanti.
"Lagipun, biarlah Mat Yo habiskan dulu saingan Piala AFF, baru boleh berbincang.
"Apa-apa pun, semua keputusan terletak pada Tunku Ismail. Sekiranya tidak mendapat sebarang arahan daripada beliau, kami tidak boleh berbuat apa-apa," ujar Suhairi.
SINAR HARIAN, 22 November 2012
Kita harap janganlah pulak terjadi seperti pepatah "Kalau nak seribu daya, kalau TAK NAK SERIBU DALIH".
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE