BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Genneva gold

UsopWilcha

Fun Poster
Messages
144
Joined
Aug 16, 2011
Messages
144
Reaction score
1
Points
15
Salam semua..kalu thread ni dah ada sori laa..malas nk search..ada x sesapa yg tau tentang Genneva gold nih?..boleh terangkan?...mcm best jer.. beli, dapat gold 999.9 secara fizikal(kita simpan), sign kontrak dan dapat hibah setiap bulan..tolong kalu sesapa yang tau atau dah beli genneva gold, mohon kongsikan yer..
 
Melalui pemahaman den atas apo yang dijelaskan oleh kawan den consultant dengan GENNEVA...memang betul kita beli emas jongkong ( gold bar ) pada harga pasaran semasa..minimum pembelian adalah 50g dan maksimum satu kapal..maknonyo takdo maksimum nak boli berapo..selagi terdayo...kito akan sign agreement pembelian selamo 3 bulan..emas kito simpan berserta dengan sijil sekali..hibah bulananyo pulak bergantung berapo banyak yang kito boli..minima hibah bulanan adolah 1.5% dan paling tinggi 2.5% sebulan.

Contoh : kalau 1g emas = RM200.00
50G emas = RM 200.00 X 50 = RM10,000.00
Hibah yg kito dapek = RM 10,000 X 1.5% = RM 150.00 X 3BULAN = RM450.00
Setiap 3 bulan sekali kito kono sign kontrak baru..kalau kito nak jual semulo boleh..nan simpan dan renew contrak pun buleh..

Macam tulah apo yang den tau serbo sedikit...
 
Kalau mcm tu memang sodang elok laa kalu den nak boli yo tuan..tanpo berlengah laie..den nak boli..den nak boli..o yeahhh
 
tapi emas dia mahal sikit berbanding dgn yg lain kan....
 
Pulakkkk..betul ke ni...

ya ada la bezanya tapi satu2nya biz emas yg bole income bulan2

satu lg tempat lain agak susah utk terima dgn harga tinggi (hg semasa) jika dijual :)
 
mcm best je nihh nk join gak cukup modal
 
yer yer abg pikor..moh kite join..ni pun nk tggu modal cukup jer nih sbnarnye..ekeke...
 
Boleh bagitau kat mana nak beli sebab ada juga kawan bagi tau cuma dia sendiri tak berapa faham.
 
Bank Negara Malaysia Siasat Genneva Sdn Bhd dan Etika Emas Estet Sdn Bhd

Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan terhadap Genneva Sdn Bhd dan Etika Emas Estet Sdn Bhd kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram yang melanggar subseksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Serbuan terhadap Genneva Sdn Bhd dan Etika Emas Estet Sdn Bhd telah dibuat hari ini di premis-premis syarikat di sekitar Lembah Klang berikutan maklumat yang diterima daripada orang ramai.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon, atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen atau diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Orang ramai boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan untuk mengambil deposit di laman sesawang Bank Negara Malaysia ( www.bnm.gov.my ) .

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di pusat perhubungan berikut:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel: 1 -300-88-5465
Faks: 03-21741515
E-mel: [email protected]

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Blok D, Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato’ Onn,
50480, Kuala Lumpur

(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang)

Bank Negara Malaysia
21 Julai 2009
 
Back
Top
Log in Register