pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan
pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..
inilah nasihat raja dan rakyat…
raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat ‘daulat’
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat
raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat
raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,
apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..
tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah
Dr MAZA
__________________
[SIZE="3"][url="http://goo.gl/iFJCo"][b][color="Red"]Anda Mempunyai Masalah Untuk Menaja Bagi Program Buat Duit Yang Anda Sertai? Klik Sini Sebab Saya Ada Cara Mudah Untuk Menaja.[/color][/b][/SIZE][SIZE="3"][/url][b][color="Blue"]
[url="http://goo.gl/iFJCo"]Anda Dah Join Program AutoIncomePlus dan ingin meningkatkan lagi pendapatan? [/url][/color][/b][/SIZE]
[COLOR="Lime"][SIZE="3"][URL="http://kaspersky.netne.net/index.htm"][B]AntiVirus Harga Patut[/B][/url][/SIZE][/COLOR]
alangkah bertuahnya rakyat2 KELANTAN mempunyai SULTAN yg SOLEH.........walaupun ako org JOHOR...ako tetap mendoakan beliau sihat sejahtera...DAULAT TUANKU
Sekadar nak berkongsi satu video yang menarik.
Lihat bagaimana santainya Tuanku dengan hanya memakai
jubah putih dan kopiah sambil bergaul mesra dengan
hamba rakyat tanpa perlu protokol-protokol.
Daulat Tuanku!
Allahuakhbar!
__________________
Jersi Vintage,Rare dan Original Manchester United Untuk Dijual. >>> KLIK DI SINI! <<<
السلام عليكم Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia,
tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE