BTC USD 86,621.7 Gold USD 4,369.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Murah & Selesa] L'Armada Guest House Melaka - 100% Bumiputera

RembauWebSolution

Active Member
Messages
1,929
Joined
Sep 30, 2011
Messages
1,929
Reaction score
231
Points
33
Mod - Kalau Tok salah parking nanti tolong nasihatkan :">

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera CGrian, Tok baru balik dari melencong secara tak sengaja di Melaka dan Tok teringin sangat-sangat berkongsi akan satu tempat penginapan yang bagi Tok kira selesa dan berpatutan. Sewaktu di Melaka Tok mencari merata tempat menginap dan sejam juga Tok Google di internet, dan kerana Google di internet itu jugalah Tok bertemu jodoh dengan CG kerana ada terkeluar carian di Google.

Sebelum itu Tok faham di CG ini mempunyai pelbagai karenah dan mentaliti
Tetapi jangan risau kerana Tok sudah sediakan FAQ awal-awal lagi
:">

Anda: Adakah Guest House ni milik Tok?
Tok: 200% TIDAK ada kena mengena langsung dan nama Tok pun tiada dalam Lembaga Pengarah

Anda: Adakah Tok nak scam kami semua?
Tok: Datang, Bayar dan Tidor... Simple je kan

Anda: Berapa harga semalam?
Tok: Guest House charge pada katil.
Untuk dorm (12 katil) adalah RM12
Bilik Katil Singgle RM25
Bilik Katil Queen atau Dua Single adalah RM40

Anda: Apa la kelebihan tempat ni?
Tok: Kalau anda pernah buka TripAdvisor.com cuba lihat L'Armada berada di tempat ke-2

Anda: Itu je ke kelebihan dan keistimewaan dia?
Tok: L'Armada terletak di tengah kota dan anda hanya perlu berjalan ke Jonker's, Famosa, Cendol dan sebagainya

Anda: Apa kelebihannya kepada kaum Islam?
Tok: L'Armada terletak berhadapan dengan Masjid Kampung Hulu

Anda: Kenapa Tok sibuk nak promote L'Armada kalau bukan Tok punya?
Tok: Kerana ia dimiliki oleh ANAK MUDA yg berumur 30 tahun dan amat berdedikasi


Sejarah L"Armada Guest House?
*ni Tok dapat sewaktu berborak dengan dia, Maaf kalau salah.

Ianya dimiliki oleh seorang anak muda bernama Ahmad yang berumur 30 tahun dan berasal dari Shah Alam Selangor. Tahukah anda bahawa Ahmad hanyalah seorang Peon atau Despatch tetapi beliau amat gigih dalam mencari sesuap nasi untuk Isteri dan Anak. Pada setiap Isnin hingga ke Jumaat Ahmad akan bekerja di Selangor dan AHmad akan menaiki bas pada hari Jumaat untuk ke Guest House sehingga ke hari Ahad dan kembali semula ke Selangor menaiki bas. L'Armada dibuka pada tahun ini (2011) dalam bulan April dan jumlah penginap/customer pula adalah mengikut musim dimana adakalanya tempat Ahmad tidaklah semeriah Guest House milik bukan bumiputera yang berada disekitarnya. Tetapi itu tidak mematahkan semangat anak muda ini kerana kebanyakan pelancong asing mengiktiraf tempat Ahmad sehinggakan L'Armada kini berada di tempat ke-2 di dalam TripAdvisor.com dan mempunyai 100% review yang terbaik.


NYgPg.jpg

zmnZy.jpg

qjrMW.jpg

VuWOS.jpg



-------------
EDIT: 6th October

Maaflah sebab Tok jarang masuk ke thread ini.
Sebab Tok sangkakan dahulu thread ni tak ada respond.
Mungkin sebab ramai prefer tidur hotel Holiday Inn :D

Jika ada yang berminat boleh terus hubungi owner Encik Ahmad.
Mana tahu kalau ada nak pergi Melaka Sprint Race (klik sini) pada 22 Oktober ini.

-------------

Review Mat Salleh ada di:
TripAdvisor.com (16 Review)
maps.google.com (3 Review)

-------------

L'Armada Guest House
36-A FIRST FLOOR,JALAN KAMPUNG HULU,
75200 Malacca Town, Malaysia
+60 62860860 (Hostel)
+60 182229029 (HandPhone)
+Facebook (Klik Sini)

--------------

GmvNY.jpg


--------------

L'ARMADA KINI DI FACEBOOK - klik sini

mnT1N.jpg
 
Last edited:
Ape dia? Thread ini patut dinaikkan?
Baiklah Tok akan naikkan thread ini.

Terima Kasih :)
 
Memang murah ni.
Nanti aku p Melaka melawat adik aku mussti mau lepak sini :)
 
Tq tok for sharing and caring...hehe
Tok S ni kelakar la..
mmg ada bakat melawak ni... :)
 
ade no contact ahmad x ni tok? minggu depan nak dtg melaka.
 
Up kan TT

Hari tu da call,last2 duduk kat hotel mansor plak rm50 dan xbest
 
Back
Top
Log in Register