Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > CG MARKETPLACE > Classifieds & Advertisements > Lands, Properties Sale/Rent

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 28-09-2011, 03:14 PM
mathusin mathusin is offline
Regular

mathusin's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Nov 2009
Posts: 809
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default Beli rumah percuma kereta

Tadi time lunch aku ada terbaca iklan perumahan kat paper Met**.Projek perumahan kat area Jawi Pulau Pinang.(Jawi Golf Garden) Kat situ dia ada tulis degan setiap pembelian rumah dapat percuma kereta.Ada gambar myvi dgn BLM.

Tak pernah dengar lagi beli rumah dapat kereta..cabutan bertuah pernah dengar la ada dapat kereta.Aku search dan search yg ni ja aku dapat

AMAL Bersih Sdn Bhd (ABSB), syarikat pemaju hartanah Bumiputera di Pulau Pinang menawarkan pelbagai jenis kediaman termasuk jenis teres dengan harga serendah RM42,000 menerusi projek perumahan terbaru The Golf Garden di Bukit Jawi, membabitkan pembangunan 1,138 unit rumah dalam enam jenis bentuk kediaman.

Antara jenis kediaman ditawarkan ialah rumah teres, rumah teres sederhana, rumah teres dua tingkat, rumah berkembar dan kedai dua tingkat bermula RM42,000 hingga RM900,000 seunit dengan menerapkan gaya hidup serba moden, dikelilingi kawasan hijau dan eksklusif serta berstatus pegangan bebas.


Pegawai Pemasaran ABSB, Danial Zainalddin berkata, projek sudah bermula sejak Mac tahun lalu itu yang dimajukan di kawasan strategik hanya mengambil masa kira-kira 15 minit perjalanan ke jambatan kedua Pulau Pinang dan fasa satu projek itu dijangka siap pada awal 2012 manakala fasa kedua pada awal 2013.

“Kami menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk satu kereta Mercedes-Benz E-Class kepada pembeli bertuah yang membeli hartanah ini manakala pembeli yang membayar deposit turut berpeluang memenangi hadiah motosikal, komputer desktop, komputer riba, kamera dan telefon bimbit,” katanya. Jenis rumah yang ditawarkan ABSB ialah 211 unit rumah teres (jenis Jade) pada harga bermula dari RM42,000, 249 unit rumah teres jenis Ruby (RM80,000), 222 unit rumah teres jenis Silver dengan keluasan 1,300 kaki persegi hingga 2,626 kaki persegi bermula dari RM125,000 kepada RM312,000 seunit.


Selain itu, terdapat 146 unit rumah teres jenis Gold dari harga RM140,000 hingga RM350,000 membabitkan keluasan 1,430 kaki persegi hingga 3,153 kaki persegi.


The Golf Garden turut membabitkan pembangunan 168 unit rumah teres jenis Platinum dari RM150,000 hingga RM375,000 seunit, 66 unit rumah berkembar (semi-D) dari RM230,000 hingga RM575,000 seunit dan 76 unit rumah kedai dua tingkat pada harga RM330,000 hingga RM900,000.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi pejabat jualan di talian 04-5821385 atau 04-5821390 atau perunding jualan Ibrahim di talian 017-5167149 atau Ainirah 017-5206690.


Sapa ada terbaca iklan tu kat paper Met8 apakah pendapat anda sekalian..btw show house mmg dah ada.Pernah lalu area tu xpernah pulak tengok showhouse tu...
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 28-09-2011, 03:17 PM
syahays syahays is offline
CG Top Poster Club

syahays's Avatar

 
Trader Rating: (28)
Join Date: Sep 2010
Location: forex is the world of confusions...
Posts: 23,348
Thanks (Received): 26
Likes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

umah paling mahal je kot dpt kereta...
Reply With Quote
  #3  
Old 28-09-2011, 03:19 PM
mathusin mathusin is offline
Regular

mathusin's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Nov 2009
Posts: 809
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

mmbr aku ada try col dia kata yg dapat kereta tu kena bayar cash..
nak dapat luck draw plak kena depo 20k min...
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold