Yep aku setuju UMNO tak mustahil akan tumbang PRU13 nanti.Ini disebabkan senario politik di Sarawak semakin goyah. Kalau dulu Taib mahmud boleh berlagak kerana kerusi Parlimen Sarawak masih dikuasai BN, namun janji palsunya untuk turun takta akan membawa kemusnahan kepada BN Sarawak
DAP pula yang begitu bersemangat selepas menang besar sewaktu Pilihanraya DUN menyasarkan kawasan luar bandar iaitu penduduk Dayak untuk mendapat sokongan. Ini menimbulkan keresahan kepada Keadilan sarawak dan PAS yang melihat "balance of power" semakin dikuasai oleh DAP.
Nak harap PAS menang kerusi Parlimen Sarawak? Mungkin sukar sebab isu Mat sabu mendewakan komunis menimbulkan kemarahan bekas-bekas askar yang majoritinya dari kaum Iban. Kanang anak Langkau sudah memberi amaran jika Mat Sabu menjejak kaki di bumi sarawak, mungkin terjadi peristiwa yang tidak diingini. Lagipun waktu Pilihanraya DUn pun prestasi PAS tidak berapa baik.
Kesimpulannya DAP akan menang besar dan waktu itu jangan terkejut bangunan Parlimen akan dihiasi dengan ribuan bendera DAP
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE