Bagaimana Berjimat Dalam Situasi Petrol Kian Mahal
Pengalaman untuk dikongsi bersama-sama agar dapat membantu ketika kenaikan harga petrol meningkatkan kos sara hidup.
Ceritanya dimana adik ipar saya dapat menjimatkan petrol dengan
Begitu menakjubkan.
Caranya begitu mudah di mana apabila kita mengisi minyak selalunya
kita akan menekan "Alat Pengepam Minyak" pada nozzle pam tersebut
secara maksima (genggaman maksima) untuk pengisian yang cepat.
Tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang adalah dengan menekan
Nozzle minyak tersebut secara minima yang boleh dan anda akan menunggu
Agak lama untuk pam tersebut berhenti mengikut jumlah wang yang dibayar.
Dengan meluangkan sedikit masa sahaja adakah anda PERCAYA bahawa penjimatan tersebut adalah luar biasa. Sebagai contoh sebelum ini pada
setiap RM10.00 petrol saya akan mendapat perjalanan sejauh 100km sahaja(untuk perjalanan di dalam bandar).
Selepas mencuba kaedah di atas,saya tidak menyangka bahawa perjalanan
saya kini kepada 150 km dengan kadar RM10.00 juga.
Setelah mencuba pada beberapa jenis petrol (Shell/Petronas/Caltex/Projet dll) memang ada kebenarannya.
Saya telah bertanya kepada yang arif tentang petrol, dan memang benar
jika anda mengisi minyak pada tahap mengepam yang maksima, petrol tersebut akan bercampur dengan gas. (lebih banyak gas daripada
petrol). Pada kadar yang minima pula hanya petrol sahaja yang
akan dipamkan ke dalam tangki kereta kita. Pada kadar sederhana
setengah minyak setengah gas lah agaknya.
Mengapa tidak kita mencuba dalam keadaan sekarang di mana harga
Petrol kian meningkat..
(Terdapat andaian yang mengatakan : WALAUPUN KERAJAAN PERNAH MEWAJIBKAN SELF-SERVICE "LAYAN DIRI" DI PAM MINYAK SUATU MASA DAHULU
-
Sehinggakan ramai bangla pam minyak diberhentikan kerja - TAPI,
KINI TAUKEH2 KEDAI MINYAK KEMBALI MENYEDIAKAN PEKERJA UNTUK TOLONG ISI
MINYAK PADA KENDERAAN ANDA + SELAIN MENCUCI CERMIN DEPAN, BELAKANG
KERETA ANDA, KAN? ...SEBABNYA : TAUKEH KEDAI MINYAK TERSEBUT
MAHU "Minyak di pam secara
cepat agar mereka lebih untung!" .........)
Tip Tambahan :
Pensyarah saya di UiTM Shah Alam pernah memberitahu tip tentang
"masa sesuai" untuk mengisi minyak kenderaan :
1. Lebih baik isi minyak pada waktu malam atau awal pagi, untuk
mengelakkan minyak bercampur dengan wap air (wap air yang terjadi
apabila suhu panas C?di dalam tangki besar - yg. terletak di
bawah kedai minyak). Petrol yang bercampur air PASTINYA cepat
merosakkan enjin kenderaan anda.
2. Cuba kurangkan mengisi minyak pada waktu PANAS TERIK /SIANG
HARI kerana wap air paling banyak pada waktu ini, tetapi jika tidak
Boleh dielakkan, cuba isi minyak seminimum yang boleh, sekadar sesuai
Untuk kegunaan anda, agar anda boleh isi semula pada waktu malam hari.
macam pernah ku baca thread ini tapi kat mana ya... maybe kat bhg automotive..
mcm mana nak jimat minyak kalau kaki gatal asyik nak pijak jer minyak.. apa lagi kalau dah kena potong
Aku dah buat dah kaedah di atas dan mmg terbukti kebenarannya..
Lg tip tambahan:
3. Kalau boleh kelajuan jgn lebih 100km/j, average 70-80km/j (kecuali emergency)
4. Untuk keta auto, letakkan gear pada kedudukan N kalo berhenti kat trafic light, atau berhenti sekejap.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE