Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Entertainments, Interests, Lifestyle > Travel, Vacation, Tour, Adventure

Travel, Vacation, Tour, Adventure Share holiday experiences | Attractive places Review | Hotels Review | Resorts Review | Homestays Review | Vacation Deals Review

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 25,276
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 56,008
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 43,163
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 30-11-2013, 03:08 PM
zaralove zaralove is offline
Well-Known
Member

zaralove's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2009
Posts: 7,270
Poster Rank: #457
Thanked 330 Times
Active Level
My Mood:
Talking Melbourne.. mana mau pigi??

Salam, tahun depan bulan 10, aku nak gi melbourne.. sempena tiket murah ni.. pergi berdua.. tolong la suggest tempat2 menarik.. kalau ada bajetnya sekali , lagi cantik..

Ada jumpa satu blog ni

Quote:
Credit to: Nota-Kembara

Melbourne CBD: 17 Tempat Menarik Untuk Dilawati
Kotaraya Melbourne adalah tempat tumpuan ramai. Ia adalah kotaraya yang paling ramai penduduk di Victoria dan kotaraya yang kedua teramai penduduknya di Australia. Melbourne juga mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Maka tidak hairanlah kalau melihat pelbagai warna kulit di sini. Pelancong juga suka datang ke Melbourne. Melbourne mempunyai bangunan-bangunan yang indah. Senibinanya unik. Kotaraya Melbourne dikenali oleh penduduk di sini sebagai Melbourne CBD. Apabila mereka menyebut CBD, ini merujuk kepada Centre of Business District - pusat perniagaan. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita lawati di Melbourne CBD. Antara tempat-tempat menarik di sekitar kota ini ialah:

1. Flinders Street Station (Stesen Jalan Flinders)
Stesen Flinders Street adalah pusat utama hentian keretapi dan kawasan paling sibuk di Melbourne. Bangunan stesen ini telah siap pada tahun 1910 dan ia adalah stesen keretapi yang tertua di Melbourne. Aku selalu pergi ke Flinders Street ini. Di hadapan stesen ini, di bawah jam besarnya. ada saja seniman jalanan bermain muzik. Ada juga orang menjual bunga-bunga segar. Di sini juga tempat pertemuan orang ramai. Dari sini aku ambil bas atau tram. Berjalan kaki dari stesen ini ke kawasan berdekatan juga amat sesuai. Aku selalu lihat ramai orang berpusu-pusu berjalan kaki.

Di bawah (basement) stesen Flinders Street ini ada ruang galeri untuk seniman memamerkan lukisan-lukisan dan bahan seni mereka.



2. Port Philip Arcade (Arked Pelabuhan Philip)
Apabila kita keluar dari pintu depan stesen ini, kita akan nampak Port Philip Arcade di sebelah kiri seberang jalan. Aku selalu ke tempat ini. Boleh dikatakan setiap minggu kerana aku pergi belajar buat Sugar Flower. Sungar Flower ialah bunga yang dibuat daripada gula untuk hiasan kek, terutama sekali untuk kek kahwin (wedding cake). Kelas buat Sugar Flower ini letaknya di basement Port Philip Arcade ini, betul-betul di depan Flinders Street Station. Setelah tamat belajar aku diberi sijil Wilton Cake Decorating and Baking School of Melbourne. Guru yang mengajar aku sugar flower ini seorang lelaki. Dia penghias kek yang profesional. Dia selalu menang pertandingan menghias kek.

Di Port Philip Arcade ini terdapat pelbagai kedai. Kedai untuk mendapatkan bahan-bahan membuat kek juga terdapat di sini, iaitu di tingkat satu. Berdekatan dengannya pula ada McDonald, kedai pakaian terpakai, kedai buku terpakai, backpacker's hotel, bank dan pelbagai urusan perniagaan. Kalau hendak beli barang kenang-kenangan yang murah, belilah di Arthur's Dailey, letaknya di basement bahagian kanan bangunan ini iaitu di Swanston Street.



3. Pusat Informasi
Berhadapan dengan stesen Flinders Street terdapat Pusat Informasi. Pergilah ke Pusat Informasi ini yang akan membantu merancang kembaramu. Boleh juga dapatkan brosur, buku dan pamphlet tentang tempat-tempat menarik di Melbourne dan cara-cara untuk ke tempat-tempat itu. Pusat Informasi ini sebenarnya berhadapan dengan Federation Square. Aku pernah ke sini untuk mendapatkan buku melawat Victoria yang terbaru. Buku ini diterbitkan setiap musim. Dalam buku itu ada juga baucer percuma yang boleh kita gunakan. Aku pernah gunakan baucer dari buku ini untuk dapatkan diskaun memasuki muzium, aquarium dan membeli barang dengan harga diskaun.



4. Federation Square
Tidak sah berada di Melbourne CBD tanpa memijakkan kaki di Federation Square. Federation Square ini mempunyai senibina yang unik. Bentuknya kelihatan pelik. Kawasan ini adalah pusat awam yang amat "happening". Konsert-konsert, pesta muzik, festival budaya, pameran, forum, tayangan filem, pertunjukan fesyen, pelancaran acara, dll sering diadakan di sini. Di sini juga ada restoren, cafe dan bar yang menghidangkan makanan barat, Australia, China, dll.

Aku selalu juga datang ke sini. Kadang-kadang apabila lalu di situ, kebetulan ada konsert aku dan keluargaku duduk sekejap depan pentas. Pernah dahulu kami tonton persembahan budaya dari Indonesia. Anak sulung akupun pernah buat persembahan di sini. Di sini dia masuk pertandingan Beatbox (salah satu genre hip hop). Masa itu dia baru berumur 16 tahun. Dia menang pertandingan Beatbox itu. Lepas menang dia ditawarkan oleh syarikat rakaman Kingdom Wise Record, Melbourne untuk buat single dan tandatangan kontrak selama 5 tahun. Dia berganding dengan Madison dalam single itu. Kalau anda peminat Beatbox anda mungkin perasan anakku ini. Dia pun selalu muncul di Tv Malaysia.



Tidak berjauhan dengan Federation Square ini terdapat Australian Centre for the Moving Image (ACMI) iaitu tempat meraikan filem dan video digital. Ian Potter Centre iaitu galeri seni kontemporari Australia juga terdapat di kawasan ini. Di sini juga kita boleh membeli-belah barang-barang seni, filem dan barang kenang-kenangan.

5. Yarra River (Sungai Yarra)
Di belakang Federation Square terdapat Sungai Yarra. Kadang-kadang di tebing sungai ini ada pesta makanan antarabangsa. Ada perkhidmatan bot/feri untuk menyusuri Sungai Yarra ini. Aku sendiri tak pernah naik bot ini tetapi kawan-kawan aku kata seronok juga naik bot ini. Dapat lihat pinggir bandar Melbourne, taman-taman dan kedai-kedai di pinggir Sungai Yarra. Kalau hendak membuat majlis perkahwinan juga boleh dilakukan di sini.


yang lain2, korang godek sendiri kat blog tu yer.. dia ada tunjuk tip2 untuk perjalanan juga .. naik keretapi, jalan kaki, sewa kereta dan lain2
__________________

Quote:
Originally Posted by zaralove View Post
korang ker yang LIKE? kalau dah like, thanks.. huhu :((

Last edited by zaralove; 01-12-2013 at 02:35 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 30-11-2013, 04:03 PM
azrul7238 azrul7238 is offline
CG Top Poster Club

azrul7238's Avatar

 
Trader Rating: (76)
Join Date: Jan 2011
Posts: 21,911
Poster Rank: #78
Thanked 4 Times
Active Level
My Mood:
Default

melbourne?

ce gode2 dekat TripAdvisor....banyak info dekat situ....siap ade forum untuk setiap lokasi.....
Reply With Quote
  #3  
Old 30-11-2013, 04:35 PM
mamaimran mamaimran is online now
Well-Known
Member

mamaimran's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: Jun 2009
Location: face de l'ordinateur
Posts: 5,225
Poster Rank: #704
Thanked 139 Times
Active Level
My Mood:
Default

Wow!! Dah ader rumah baru..parking dulu yek
Reply With Quote
  #4  
Old 01-12-2013, 02:32 PM
zaralove zaralove is offline
Well-Known
Member

zaralove's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2009
Posts: 7,270
Poster Rank: #457
Thanked 330 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by azrul7238 View Post
melbourne?

ce gode2 dekat TripAdvisor....banyak info dekat situ....siap ade forum untuk setiap lokasi.....
thanks for the info..
__________________

Quote:
Originally Posted by zaralove View Post
korang ker yang LIKE? kalau dah like, thanks.. huhu :((
Reply With Quote
  #5  
Old 01-12-2013, 02:36 PM
zaralove zaralove is offline
Well-Known
Member

zaralove's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2009
Posts: 7,270
Poster Rank: #457
Thanked 330 Times
Active Level
My Mood:
Default

16. Restoren Makanan Halal
Restoren makanan halal banyak terdapat di kotaraya ini. Daripada makanan halal Malaysia, Indonesia, India sehinggalah ke Lebanon. Dahulu restoren yang sering aku kunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan ialah Changi Village Nasi Lemak di La Trobe Street, tidak berjauhan dengan RMIT dan stesen Melbourne Central. Nasi lemaknya sedap. Selain daripada ikan bilis dan sambal, ada rendang daging, ayam goreng, lontong, kari, dll. Sepinggan nasi lemak dengan lauk ayam beranggaran AUD8.00 (RM24.00). Tapi sayang restoren ini dah tutup pada tahun 2009. Tuan punya restoren ini orang Melayu Singapura.

Satu lagi restoren halal ialah Norsiah's Kitchen. Dulu letaknya di Prahran, agak jauh sedikit, perlu naik Yarra Tram atau keretapi. Aku dan kawan-kawan Malaysia yang belajar di Melbourne selalu buat pertemuan di Norsiah's Kitchen. Antara masakan istimewa di restoren ini ialah tahu telur, rendang daging, lontong, ayam goreng dan gado-gado - campuran masakan Malaysia, Indonesia dan Singapura. Sedap! Tuan punya restoren ini ialah Kak Norsiah, orang Melayu Singapura yang telah menjadi residen tetap di Australia. Dia yang masak. Tetapi sekarang Norsiah's Kitchen berpindah ke pusat bandar iaitu di 604 Swanston Street dekat dengan Melbourne University. Jadi lebih mudah untuk dikunjungi. Sepinggan nasi dengan dua jenis lauk, satu jenis sayur dalam AUD6.50 (RM19.50). Harga ini dianggap murah di kotaraya Melbourne.



Selain daripada itu ada juga restoren makanan halal yang lain iaitu masakan Indonesia seperti Nelayan Indonesian Restaurant (di 265-267 Swanston Street), Es Teler 77 (di 319 Swanston Street) dan Minang Nasi Padang (di sudut Pelham Street dan Swanston Street).

Untuk citarasa India, Malaysia dan Singapura boleh cuba di Zam Zam Cafe Restaurant (di 364 Lonsdale Street). Semasa aku jadi juruhebah radio dahulu aku selalu putarkan iklan Zam Zam Cafe ini di Radio 3ZZZ sebab Zam Zam taja rancangan radio kami. Tetapi aku sendiri tak pernah makan di situ. Jadi aku tak boleh komen apa-apa. Tapi kalau hendak cuba, bolehlah.

Secret Recipe pula sudah buka cawangan franchisenya di Melbourne. Iaitu di tingkat 3, pusat membeli-belah Melbourne Central, 211 La trobe Street.

Pastikan ada sijil halal dipamerkan di semua restoren-restoren ini. Kebiasaannya sijil halal di Victoria ini ada chop Islamic Co-ordinating Council of Victoria (ICCV) dengan bulan sabit berwarna kuning. Ada juga yang guna sijil halal dari Australian Federation of Islamic Councils (AFIC).
__________________

Quote:
Originally Posted by zaralove View Post
korang ker yang LIKE? kalau dah like, thanks.. huhu :((
Reply With Quote
  #6  
Old 01-12-2013, 08:17 PM
zaralove zaralove is offline
Well-Known
Member

zaralove's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2009
Posts: 7,270
Poster Rank: #457
Thanked 330 Times
Active Level
My Mood:
Default

Bagaimana hendak ke tempat-tempat menarik ini?
a) Tram City Circle (Bulatan Trem Kota)
Untuk sampai kesemua tempat ini anda hanya perlu menaiki tram City Cirlce. Tram ini percuma. Tram ini adalah pengangkutan paling klasik yang masih dipelihara di sini. Tram klasik/sejarah ini mengelilingi jalan-jalan utama di kota Melbourne dan berhenti sebentar di setiap perhentian. Anda boleh turun dan naik semula tram ini. Di dalam tram anda boleh dapatkan pamphlet tentang kotaraya Melbourne dan mendengar penerangan/komentari tentang kota raya Melbourne yang telah dirakamkan dalam bentuk audio. Dapatkan tram ini di mana-mana perhentian yang terdapat di sekitar kota Melbourne seperti di Flinders Street, Habour Esplanade, Docklands Drive, La Trobe Street atau Spring Street. Tram ini beroperasi setiap 12 minit dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang dari Ahad sehingga Rabu dan dari Khamis ke Sabtu sehingga pukul 9 mlm.

__________________

Quote:
Originally Posted by zaralove View Post
korang ker yang LIKE? kalau dah like, thanks.. huhu :((
Reply With Quote
  #7  
Old 01-12-2013, 11:06 PM
mamaimran mamaimran is online now
Well-Known
Member

mamaimran's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: Jun 2009
Location: face de l'ordinateur
Posts: 5,225
Poster Rank: #704
Thanked 139 Times
Active Level
My Mood:
Default

TT nanti sewa kete gi jejalan kat great ocean road..jangan lupa juga gi philip island nengok pengu..
Reply With Quote
  #8  
Old 02-12-2013, 07:13 AM
zaralove zaralove is offline
Well-Known
Member

zaralove's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2009
Posts: 7,270
Poster Rank: #457
Thanked 330 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by mamaimran View Post
TT nanti sewa kete gi jejalan kat great ocean road..jangan lupa juga gi philip island nengok pengu..
oo great ocean road ngn philip island ek.. thanks...

kadar sewa kat sana camner ek? pastu by hour ker?

ps: drebar memandu sebelah mana? kiri?
__________________

Quote:
Originally Posted by zaralove View Post
korang ker yang LIKE? kalau dah like, thanks.. huhu :((
Reply With Quote
  #9  
Old 02-12-2013, 08:27 AM
mamaimran mamaimran is online now
Well-Known
Member

mamaimran's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: Jun 2009
Location: face de l'ordinateur
Posts: 5,225
Poster Rank: #704
Thanked 139 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by zaralove View Post
oo great ocean road ngn philip island ek.. thanks...

kadar sewa kat sana camner ek? pastu by hour ker?

ps: drebar memandu sebelah mana? kiri?
Kete sewa by day..drebar drive mcm kat sini jugak..kalau gi time winter boleh gi ke Mt.buller guling2 atas salji..
Reply With Quote
  #10  
Old 05-12-2013, 08:05 AM
naj2921 naj2921 is offline
Super Active Member

naj2921's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Apr 2008
Location: Ampang>>SalakTinggi>>Ampangan
Posts: 4,529
Poster Rank: #837
Thanked 12 Times
Active Level
My Mood:
Default

Great Ocean Road... meh tepek sket gambo kawe dah gi nih..
__________________
....ORANG YANG BIJAK ADALAH ORANG YANG MEMBERI MANFAAT PADA ORANG DI SEKELILINGNYA....
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 06:40 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE