Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam
mengesahkan perceraian anak perempuan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Malini dengan suaminya Dr Raja Badrul Hisham Raja Zezeman dengan lafaz talak satu.
Dr Raja Badrul Hisham, 43, telah melafazkan talak satu terhadap Malini di
hadapan Hakim Syarie Ahmad Basyir Yaakub.
Mahkamah turut mengarahkan Malini yang mengenakan baju kurung bercorak bunga dan bertudung warna hijau, yang hadir dengan ditemani anggota keluarganya, menjalani tempoh edah tiga kali suci.
Malini, 33, yang diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong, memfailkan
permohonan perceraiannya pada 27 Julai lalu selepas mendapati suaminya berkahwin lain tanpa pengetahuan dan kerelaannya.
Malini dan Dr Raja Badrul Hisham berkahwin pada 27 Jun 2000 dan dikurniakan tiga cahaya mata manakala hasil perkahwinan kedua Dr Raja Badrul Hisham selama enam tahun telah dikurniakan dengan dua cahaya mata. – BERNAMA ONLINE

Berkahwin ngan anak Rais tahun 2000, 5 tahun pas 2 kahwin lain ........yelah dah mampu yang pi minta cerai watpe.....sabarlah dan muhasabah diri mungkin ada kelemahan diri sendiri maka suami mencari lagi satu......dalam hukum pun takde salah......minta cerai ni maknanya bergegar arash.....emm wanita hari ini........
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE