BTC USD 83,385.7 Gold USD 4,196.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

update 04/08/2011 service tak selaju speed YES broadband

gengjawa

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,082
Paid Membership
Joined
Dec 22, 2006
Messages
33,082
Reaction score
200
Points
123
salam Ramdhan buat semua umat islam
hari ini dah lebih seminggu wak berurusan dgn YES yg dikatakan laju sangat
tapi service macam siput rupa-rupanya :(scam:(scam:(scam

wak juga ada menguhubungi beberapa kali menggunakan telefon & pihak yang berkenaan menjanjikan pengaktifan new akaun wak dalam kadar segera



ikuti rentetan email wak dgn pihak YES

----- email pertama -----

Sent: Sunday, July 24, 2011 9:25 AM
Subject: : Yes ID belum diaktiftan

Hi,

Saya Mohamad Rizam, pada 23-07-2011 pada jam diantara 12.30PM - 1.00PM saya telah membuat pembayaran sebanyak RM80 menggunakan debit card bernombor 4283 3200 0004 **** kepada YES untuk pengaktifan Yes ID RM50 & Reload Credit RM30. (sila rujuk attachment).

Sehingga sekarang saya masih belum boleh login ke akaun saya dan juga tidak menerima sebarang email daripada Yes. Untuk makluman, selepas transaksi selesai dilakukan dan browser kembali ke website Yes dan satu error message (berwarna merah) telah keluar menyatakan pengaktifan tidak berjaya.

Maklumat pendaftaran yang dilakukan:
Yes ID : [email protected]
Number : 018-708245*
IC: 790429-10-****
Name: Mohamad Rizam Bin *****


Diharap pihak Yes dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera.
Terima kasih.

Regards,
Mohamad Rizam
013-629081*

jawapan

From: "[email protected]" <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Sunday, July 24, 2011 9:30 AM
Subject: Re: Yes ID belum diaktiftan

Reference no. : SR 489250-214655942
Kepada Pelanggan Yang Dihormati,
Terima Kasih kerana menghubungi YesCare.
Merujuk kepada pertanyaan anda, isu anda dibawah siasatan.
Kami akan menghubungi anda semula dalam masa yang terdekat.
Sila hubungi kami sekali lagi jika terdapat sebarang pertanyaan selanjutnya.

Sentiasa sedia membantu anda,

Lina A.
Customer Advocate


----- email ke-2 -----

Sent: Sunday, July 24, 2011 9:12 PM
Subject: : Re: Yes ID belum diaktiftan

Hi,

Apa perkembangan terhadap status laporan saya?
Terima kasih.

Regards,
Mohamad Rizam

jawapan

From: "[email protected]" <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Monday, July 25, 2011 7:39 AM
Subject: Re: Re: Yes ID belum diaktiftan

Nombor Rujukan: 489250-214655942
Kepada Pelanggan Yang Dihormati,
Terima Kasih kerana menghubungi YesCare.
Merujuk kepada pertanyaan anda, isu anda masih dibawah siasatan.
Kami akan menghubungi anda semula dalam masa yang terdekat.
Sila hubungi kami sekali lagi jika terdapat sebarang pertanyaan selanjutnya.

Sentiasa sedia membantu anda,

Suresh,
Customer Advocate
[email protected]


----- email ke-3 -----

Sent: Tuesday, July 26, 2011 11:40 AM
Subject: : Re: Re: Yes ID belum diaktiftan

Hi,

Bagaimana dengan status laporan saya? Berapa lama masa yang diambil untuk selesaikan masalah ini?
Terima kasih.

Regards,
Mohamad Rizam

jawapan

From: "[email protected]" <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Tuesday, July 26, 2011 12:58 PM
Subject: Re: Re: Re: Yes ID belum diaktiftan

Reference no. : SR 489250-214655942
Kepada Pelanggan Yang Dihormati,
Terima Kasih kerana menghubungi YesCare.
Merujuk kepada pertanyaan anda, isu anda dibawah siasatan.
Kami akan menghubungi anda semula dalam masa yang terdekat.
Sila hubungi kami sekali lagi jika terdapat sebarang pertanyaan selanjutnya.

Sentiasa sedia membantu anda,

Lina A.
Customer Advocate
[email protected]


----- email ke-4 -----

Sent: Wednesday, July 27, 2011 1:22 PM
Subject: : Re: Re: Re: Yes ID belum diaktiftan

Reference no. : SR 489250-214655942
Berapa lama masa yang diambil untuk selesaikan kes saya ini?
Saya sudah pun membeli Modem Go Dongle pada hari sabtu yang lepas. Tinggal menunggu Yes ID diaktifkan oleh pihak Yes. Sila aktifkan Yes ID saya dengan segera!! Mohon disegerakan!
Sila semak dengan segera transaksi yang saya lakukan melalui debit card bernombor 4283 3200 0004 **** sebanyak RM80 pada 23-07-2011.
Kenapa lambat sangat? Pada 24-07-2011 saya ada menghubungi Customer Service, operator memberitahu dalam masa 24 jam akan diaktifkan. Sekarang dah masuk 3 hari. Berapa lama harus saya tunggu untuk pengaktifan?

jawapan

From: "[email protected]" <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Wednesday, July 27, 2011 1:32 PM
Subject: Re: Re: Re: Re: Yes ID belum diaktiftan

Reference no. : SR 489250-214655942
Kepada Pelanggan Yang Dihormati,
Terima Kasih kerana menghubungi YesCare.
Merujuk kepada pertanyaan anda, isu anda dibawah siasatan.
Kami akan mempercepatkan proses.
Pihak kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin.
Sila hubungi kami sekali lagi jika terdapat sebarang pertanyaan selanjutnya.

Sentiasa sedia membantu anda,

Lina A.
Customer Advocate
[email protected]


----- email ke-5 -----

Sent: Thursday, July 28, 2011 2:28 PM
Subject: Re: Re: Re: Re: Yes ID belum diaktiftan

Kepada pihak YES yang dikasihi lagi dipuji atas kelembapan menyelesaikan masalah,
Berapa lama lagi harus saya tunggu? Hari ini dah masuk hari ke-empat tetapi tiada apa-apa respon mengenai status masalah saya! DAMN!
Duit dah bayar tapi servis lembap! Cepat sikit lah aktifkan saya punya YES ID.
Pagi tadi 9.30 AM saya ada membuat panggilan pada Customer service, pihak YES berjanji akan menghubungi semula selepas setengah jam, tetapi sehingga sekarang tiada satu panggilan pun diterima dari pihak YES! Penipu besar!

Sila hubungi saya dan cepatkan proses pengaktifan YES ID saya! Berapa lama lagi harus saya tunggu? Janganlah bagi jawapan yang sama sahaja tiap kali saya balas email ini.

Rizam
013-629081*


jawapan

From: "[email protected]" <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Thursday, July 28, 2011 3:02 PM
Subject: Re: Re: Re: Re: Re: Yes ID belum diaktiftan

Reference no. : SR 489250-214655942
Kepada Pelanggan Yang Dihormati,
Terima Kasih kerana menghubungi YesCare.
Merujuk kepada pertanyaan anda, Pegawai advokasi kami Wan akan menghubungi anda secepat yang mungkin.
Sila hubungi Yes Care sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Sentiasa Sedia membantu,

TanushG.
Pegawai Advokasi
[email protected]


----- email ke-6 -----

Sent: Thursday, July 28, 2011 3:49 PM
Subject: Re: Re: Re: Re: Re: Yes ID belum diaktiftan


Terima kasih kepada pegawai advokasi En. Wan yang telah menghubungi saya dan berjanji akan mengaktifkan YES ID saya pada hari ini.
Diharap pihak YES menunaikan janji tersebut untuk mengaktifkan YES ID saya pada hari ini.

Jangan hanya sekadar berjanji.

jawapan

From: "[email protected]" <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Thursday, July 28, 2011 4:42 PM
Subject: Re: Re: Re: Re: Re: Re: Yes ID belum diaktiftan

Reference no. : SR 489250-214655942

Kepada Rizam,
Terima Kasih kerana menghubungi YesCare.
Merujuk kepada pertanyaan anda, sila harap maklum bahawa kami telah menerima maklum balas anda.
Sila hubungi Yes Care sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Sentiasa Sedia membantu,

Shalini N.
Pegawai Advokasi
[email protected]


----- email ke-7 -----
Sent: Sunday, July 31, 2011 9:45 AM
Subject: : Re: Re: Re: Re: Re: Re: Yes ID belum diaktiftan

Hi,

Bagaimana dengan status laporan saya? berapa lama lagi saya harus tunggu untuk pengaktifan yes ID?
hari ni dah cukup satu minggu saya tunggu, nak tunggu sehingga setahun ke?

jawapan

FROM:[email protected]
TO:[email protected]
Sunday, July 31, 2011 9:48 AM

Nombor Rujukan. : 489250-214655942

Pelanggan yang dihormati,
Terima kasih kerana menghubungi Yescare.
Merujuk kepada pertanyaan anda, kes anda masih lagi dalam siasatan.
Pihak kami akan menghubungi anda untuk memaklumkan status terkini berkaitan dengan isu anda.
Harap maaf atas segala kesulitan yang dialami.
Sila hubungi kami kembali jika masih ada sebarang pertanyaan.

Sentiasa sedia membantu,

Anis Affandi
Pegawai Advokasi,
[email protected]

terima kasih kpd siapa yg baca sampai abes
harap bleh beri cadangan kepada wak apa perlu wak buat lagi..



update terkini 04/08/2011

----- email ke-8 -----

Sent: Thursday, August 04, 2011 8:33 AM
Subject: : Re: Re: Re: Re: Re: Re: Re: Re: Yes ID belum diaktiftan

Hi yescare,

Untuk makluman ini adalah email terakhir saya, dan sekiranya dlm masa 24jam saya masih lagi tidak menerima ID saya, sukacita dimaklumkan yang saya akan tanpa ragu-ragu akan memfailkan kes ini kepada TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA dan juga membuat aduan kepada SKMM serta mengemukakan segala bukti termasuk email-email ini kepada pihak tersebut.

Diharap dapat tindakan pantas dari anda.

Sekian dari pengguna kecewa


jawapan

FROM:[email protected]
TO:[email protected]
Thursday, August 4, 2011 9:55 AM

Nombor Rujukan. : 489250-214655942

Pelanggan yang dihormati,
Terima kasih kerana menghubungi Yescare.
Merujuk kepada pertanyaan anda, kes anda masih lagi dalam siasatan. Kami akan mempercepatkan siasatan dan menghubungi anda secepat yang mungkin.
Pihak kami akan menghubungi anda untuk memaklumkan status terkini berkaitan dengan isu anda.
Harap maaf atas segala kesulitan yang dialami.
Sila hubungi kami kembali jika masih ada sebarang pertanyaan.

Sentiasa sedia membantu,

Lina A.
Pegawai Advokasi,
[email protected]
 
Last edited:
Reply bende yang sama je. x membantu langsong..
 
tribunal....tribunal. ini penjenayah komersil.
 
lapor kt aduan pengguna:)paid:)cgrock:)cgrock
 
die guna auto reply ni hahaha
 
fuhhh..letih gak membaca dan menunggu nih..kesian wak.
nape begitu susah sgt utk aktifkan id wak nihh..
sepatutnya dlm 24hours sj.something wrong dgn servis yes nih.
 
servis hampeh dri YES..
iklan bagai nak rak..
 
fuhhh..letih gak membaca dan menunggu nih..kesian wak.
nape begitu susah sgt utk aktifkan id wak nihh..
sepatutnya dlm 24hours sj.something wrong dgn servis yes nih.

mau xletihnya..
ditambah pose nie
mmg kena tebal la tahap sabar wak#:-S
 
sape ada pengalaman nie kasi share cara kat wak ye

Wak..dulu sya pernah buat tapi cara manual jer...tulis surat pada kampeni mangkuk YES ni dulu..CC pada Consumer Tribual...bagi masa 7 hari reply atau kembalikn deposit atau apa2 caj yang dikenakan..klu xde jawapan jugak...pergi la Tribunal Cosumer Office yg berdekatan dengan wak..kena isi Form dekat sana nanti...COnsumer Tribunal yang akan proceed semua..cuma kena follow up jer....dulu sya pernah buat....da dpt uit balik...

ni jer wak yg blh sya bantu...selamat bposa

P/S dkt 1M'sia masih menggnakan cara manual tulis surat formal...email x lyn dia org ni
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register