Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > MAKE MONEY DISCUSSION > Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) > Stock Counters

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #11  
Old 28-07-2011, 10:59 PM
merzmerzmerz merzmerzmerz is offline
Regular

merzmerzmerz's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2011
Posts: 506
Thanks (Received): 119
Likes (Received): 1
Active Level
Default

KLCI turun 6.26 mata RMO bearish/selling signal sudah 2 dari 3 keluar dan RMO value semakin menurun tapi STI naik 6.97 mata & semakin sihat.

1. STAR - harga turun 2 sen. malang red arrow sell signal keluar. tak ada harapan. sorry babe, terkeluar.
2. MISC - harga turun 9 sen dan red arrow sell signal keluar. terkeluar.
4. BOXPAK - RMO masih -ve, tak payah monitor, terkeluar dgn sendirinya.
5. DAIBOCI - walaupun semua signal baik, masih terkeluar. company dok busy beli balik saham bukan nak pikir macam mana nak guna duit yg ada untuk kembangkan business. saya pantang business partner yg macam ini.

rule baru. cari yg much better rating. harga tertinggi atau dekat2 tinggi dalam 52 minggu terakhir tidak menjadi masalah. boleh consider sekarang atas sebab KLCI semakin menghampiri RMO zon beruang (bearish zone). bila beruang sudah bermaharajalela nanti saya akan bagitau. jadi ada 2 pilihan:-

1. simpan cash yg ada, tunggu stock yg tgh high time ni merudum, mungkin ada stock yg merundum cepat dan ada turun memakan masa. tunggu dia merudum sampai dia flat dan ada buying signal yg baru, baru take action. ini kira macam bercuti tanpa gaji OR
2. pencen sekejap sebagai trader, tukar jadi investor, beli stock yg sentiasa naik, slow macam kura2, tapi tetap naik walaupun ditimpa krisis ekonomi seperti 1999/00 & 2007/08. ini kira macam ambik cuti tahunan tapi gaji masih jalan, walaupun kemungkinan kena potong gaji, janji ada masyuk dari parking duit kat tempat lain atau lebih teruk menggunakan masa untuk pikir tukar kereta ke, dll aktiviti yg menghabiskan duit. option 2 ni lebih baik kerena masih dapat aktif utk buat duit dan mengasah minda dan kemahiran memburu mencari makan walaupun keadaan di hutan agak bahaya dgn kehadiran beruang2 yg bermaharajalela.

panjang pulak cerita. ok stocks2 yg boleh di consider. semua RMO buying signal valid, a. RMO value +ve b. last signal - blue buying arrow c. daily price bar terakhir biru. Berikut tidak mengikut preference:-

1. CBIP - jangan beli terus, tgk perkembangan KLCI 2, 3 hari ni dan minggu depan kerana RMO value slightly above zero dan stock ni pernah merudum masa 2008. kalau merundum nanti, jangan lupa beli!
2. DIGI - harga tetap turun tapi yg penting tak merudum masa bad time tapi stocks ni 'tatap di hati'. Dividen Yield pun sekitar 6-7% dan dgn harga yg trendnya menaik macam kura2 bertahun2, sesuai sangat utk di beli oleh org2 yg nak jadi macam Warren Buffett. nak beli esok belilah. tak payah risau turun ke naik. tidoq lena. Org tidoq lena selalu org kaya jadi stock ni saya panggil stock org kaya sebab harga dia nah $30.24. harga hari ni tidak berubah walaupun turunnya KLCI hari ni. Apa kaya2? Siapa nak beli, beli sajalah 100 unit @30.24 = $3,024 + charges Maybank online = $3,039.91
3. DLADY - macam DIGI. buy and forget punya stocks. Nak beli? 100 @ $19.20 + charges = $1,935.58
4. F&N - harga turun 34 sen hari ni. bagus juga beli. 100 @ 19.24 + charges = $1,939.58
5. KFC - walaupun semua signal ok, saya tak rekomen stocks ini kerana harga terlampau mendatar terlalu lama utk tahun ni. tak tau nak cerita apa sebab dia. Saya dah beli dan jual balik setelah 3 bulan tak membuahkan hasil awal tahun ini. tapi kalau nak beli juga atas alasan KFC tak pernah lengang, itu pilihan sendiri.
6. NESTLE - signal semua ok tapi lagi teruk dari KFC sebab weekly chart terang nampak harga menurun. toksah consider.tapi bila dia betul2 turun habis, beli jangan tak beli.
7. PTARAS - ikut strategi macam CBIP. tak boleh caya sangat punya stocks time2 KLCI turun. weekly chart nampak trend menurun. kalau nak tidoq lena toksah consider.

Pilihan saya, dari yg most preferred:-
1. DIGI
2. DLADY
3. F&N

utk masa2 nak cuti sekejap dari jadi trader, yg tiga diatas, boleh diconsider kerana very low risk. utk melepaskan ketagih tak dapat trading selalu, jadi gunalah apa yg ada utk stocks yg macam ni. tak payah monitor tiap2 hari. seminggu sekali pun dah cukup.

OK, InsyaAllah saya akan proceed with DIGI esok pada harga $30.04ikut maybank online stock best buying price.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #12  
Old 28-07-2011, 11:11 PM
alkhawarizmi alkhawarizmi is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Mar 2009
Posts: 3,039
Thanks (Received): 18
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Knp suggest yg mahal2?
__________________
Islam Way of Life
Reply With Quote
  #13  
Old 28-07-2011, 11:19 PM
merzmerzmerz merzmerzmerz is offline
Regular

merzmerzmerz's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2011
Posts: 506
Thanks (Received): 119
Likes (Received): 1
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by alkhawarizmi View Post
Knp suggest yg mahal2?
sebab yg murah2 risk dia tinggi2

pilihan saya yg mahal2 sebab risk dia rendah2

terserah kepada potfolio masing2

tapi dalam masa yg beruang tgh mengaum2 nak keluar kandang eloklah pakai low risk approach...

kalau confirm beruang tak jadi keluar sampai hujung minggu depan, saya janji rekomen yg murah2..
Reply With Quote
  #14  
Old 29-07-2011, 07:57 AM
alkhawarizmi alkhawarizmi is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Mar 2009
Posts: 3,039
Thanks (Received): 18
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

yg bawah 50sen la
__________________
Islam Way of Life
Reply With Quote
  #15  
Old 29-07-2011, 10:06 AM
repasi repasi is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2011
Posts: 630
Thanks (Received): 46
Likes (Received): 0
Active Level
Default

bagus lu buka thread ni bro...bagus untuk beginner kaji dan beli saham ikutn fundamental atau technical analisis masing2
Reply With Quote
Thanks merzmerzmerz thanked for this post
  #16  
Old 29-07-2011, 08:37 PM
merzmerzmerz merzmerzmerz is offline
Regular

merzmerzmerz's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2011
Posts: 506
Thanks (Received): 119
Likes (Received): 1
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by alkhawarizmi View Post
yg bawah 50sen la
InsyaAllah kalau ada buying signal trigger plus good rating companies, saya akan share. bagi saya harga murah atau mahal tak jadi masalah, janji fundamental strong, saya rekomen. Tapi penny stocks atau company2 baru saya tak akan rekomen pasal risk tinggi atau tak ada track record.
Reply With Quote
  #17  
Old 29-07-2011, 08:40 PM
merzmerzmerz merzmerzmerz is offline
Regular

merzmerzmerz's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2011
Posts: 506
Thanks (Received): 119
Likes (Received): 1
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by repasi View Post
bagus lu buka thread ni bro...bagus untuk beginner kaji dan beli saham ikutn fundamental atau technical analisis masing2
saya ni bukan remisier, hanyalah engineer, yg ikut pasaran lepas kerja, bukan masa kerja. InsyaAllah kalau masa mengizinkan, saya akan share tip2 utk mencebur dalam pasaran saham.
Reply With Quote
Thanks diden, tyro982 thanked for this post
  #18  
Old 29-07-2011, 09:43 PM
merzmerzmerz merzmerzmerz is offline
Regular

merzmerzmerz's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2011
Posts: 506
Thanks (Received): 119
Likes (Received): 1
Active Level
Default

Saya terlepas dari dapat membeli DIGI hari ni kerana silap saya sendiri. Tersilap mengikut harga 'Best buying price' dari Maybank Online Stocks. Dah dua kali macam ni, masa beli AIRASIA baru2 ni pun sama. Mungkin terlalu 'defensive' kerana tak pasti dgn keadaan pasaran yg terumbang ambing dalam minggu ini. Almaklum saya letak order online semalam atau sebelum pergi kerja. Tak ada access dari office sebab computer company tak boleh install apa2 pun termasuk ActiveX Control, jadi kalau terlepas nak beli, beli the next day sajalah dan saya pun rasa tak berkat kalau jual beli saham masa kerja. Ada kelebihan, ada keburukan beli online semasa Close Market Time ni . Kelebihan katakanlah DIGI hari ni betul turun ke paras $30.04 atau lagi kebawah, terus 'All Matched" tapi kalau dia terus keatas, tak ada harapan ler.

Cara yg betul nak beli, kena letak harga sendiri sekurang-kurangnya 1 sen lebih tinggi dari harga tertinggi semalam (provided semua RMO buying signal cantik).

Cth:-
28/07/2011
Open: $30.24
High: $30.30
Low: $29.86
Close: $30.24
Volume: 232,700

29/07/2011
Open: $30.48
High: $30.48
Low: $30.20
Close: $30.24
Volume: 568,600

Jadi "best buying price" Maybank tu $30.04 miss terus Low hari ni $30.20
Kalau letak harga sendiri yg direkomenkan oleh MetaStock, "beli lagi tinggi dari harga tertinggi semalam", $30.30 + 1 sen = $30.31 terus "All Matched". Keburukan disini, hari pertama, dah rugi &30.31 - $30.24 = 7 sen (-0.23%) tapi bagi saya tak kisah sangat masih kecil. kalau -1% rasa rugi ler jugak. Tak apa, tunggu next week sajalah. Bukan Isnin, hari Rabu keatas.
Reply With Quote
  #19  
Old 30-07-2011, 04:48 PM
merzmerzmerz merzmerzmerz is offline
Regular

merzmerzmerz's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2011
Posts: 506
Thanks (Received): 119
Likes (Received): 1
Active Level
Default

Untuk buruan minggu depan

Above 7* rating (low risk)
1. DIGI
2. CBIP
3. KFC
4. PANAMY
5. PTARAS


Above 6* below 7* rating (medium risk)
1. AJI
2. APM
3. CRESNDO
4. ENG
5. HUPSENG
6. KKB
7. QSR
8. SCIENTX
9. TASEK

Above 5.5* below 6* rating (high risk)
1. AIRASIA
2. CIHLDG
3. CSCSTEL
4. FITTERS
5. FREIGHT
6. KENCANA
7. METROD
8. PRTASCO
9. SCICOM
10. TM
11. ULICORP
12. UMCCA


nota: Ketiga-tiga RMO buying signal semua positif. Diatas tidak mengambil kira trend yg menurun, mendatar atau linkungan harga yg tertinggi dalam 52 minggu. sila rujuk graph individu untuk membuat pilihan. risk rating atas nilaian saya sendiri. tunggu apa jadi selepas 2Aug2011 US time.

5 Day Surge Volume Analysis

Yakni "5-day moving average of volume divided by 200-day moving average of volume". Sudah di sort dari yg paling tinggi ke volume yg paling rendah.

Security Name 5 Surge Close Vol Ticker Symbol Location
CI HOLDINGS ORD 8.7636 4.2000 267100.0000 CIHB.KL Reuters DataLink
ENG TEKNOLOGI HOLDINGS ORD 6.5775 2.2000 594100.0000 ETHB.KL Reuters DataLink
QSR BRANDS BHD ORD 3.0060 6.4300 3798900.0000 QSRB.KL Reuters DataLink
UNITED U-LI ORD 1.8235 1.2400 720100.0000 UULI.KL Reuters DataLink
TELEKOM MALAYSIA ORD 1.6174 4.0500 18487500.0000 TLMM.KL Reuters DataLink
CRESCENDO CORP ORD 1.0522 1.6900 205700.0000 CREC.KL Reuters DataLink
DIGI.COM ORD 1.0211 30.2400 568600.0000 DSOM.KL Reuters DataLink
CSC STEEL HOLDINGS ORD 0.9869 1.6700 237800.0000 CSTH.KL Reuters DataLink
AIRASIA BHD ORD 0.9415 3.9300 7123300.0000 AIRA.KL Reuters DataLink
METROD ORD 0.9120 3.6000 8900.0000 MROD.KL Reuters DataLink
CB INDUSTRIAL PRODUCT HOLDINGS ORD 0.8623 4.0700 689300.0000 CBIP.KL Reuters DataLink
HUP SENG INDUSTRIES ORD 0.7922 1.8200 8600.0000 HSIB.KL Reuters DataLink
KENCANA PETROLEU ORDINARY 0.6396 2.9500 3897800.0000 KENP.KL Reuters DataLink
APM AUTOMOTIVE HOLDINGS ORD 0.6016 5.0000 33700.0000 APMA.KL Reuters DataLink
KKB ENGINEERING ORD 0.5454 1.9400 335300.0000 KKBE.KL Reuters DataLink
KFC HOLDINGS ORD 0.4449 3.9400 162500.0000 KFCK.KL Reuters DataLink
PINTARAS JAYA ORD 0.4024 2.3500 21000.0000 PINT.KL Reuters DataLink
SCICOM (MSC) BHD ORD 0.3999 0.4200 19000.0000 SCCM.KL Reuters DataLink
PANASONIC MANUFACTURING MALAYSIA ORD 0.3355 24.4000 1800.0000 PMMY.KL Reuters DataLink
AJINOMOTO MALAYSIA ORD 0.2931 4.2500 7200.0000 AJIN.KL Reuters DataLink
PROTASCO BHD ORD 0.2403 1.0100 17000.0000 PRTO.KL Reuters DataLink
FREIGHT MANAGEMENT HOLDINGS ORD 0.1925 1.0700 7500.0000 FMHB.KL Reuters DataLink
SCIENTEX ORD 0.1520 2.5800 98200.0000 STIK.KL Reuters DataLink
FITTERS DIVERSIF ORD 0.1132 0.9950 26000.0000 FITT.KL Reuters DataLink
UNITED MALACCA ORD 0.1058 7.0300 9300.0000 UMRS.KL Reuters DataLink
TASEK CORP ORD 0.0927 8.0000 4500.0000 TKCS.KL Reuters DataLink

My hunted animal this week: DIGI @ $30.20

Ramadhan Kareem.

Last edited by merzmerzmerz; 01-08-2011 at 07:27 AM..
Reply With Quote
  #20  
Old 30-07-2011, 10:04 PM
merzmerzmerz merzmerzmerz is offline
Regular

merzmerzmerz's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2011
Posts: 506
Thanks (Received): 119
Likes (Received): 1
Active Level
Default

Sedikit info sharing mengenai teknik pemburuan, pembelian & penjualan saham di Bursa Malaysia yang saya gunakan:-

Technical Analysis - RMO (Rahul Mohindar Oscillator)
Rahul Mohindar Oscillator (RMO) adalah salah satu kaedah dari banyak lagi kaedah dalam analisis teknikal (Technical Analysis). Ia dikenalkan oleh Rahul Mohindar di syarikat Viratech di India. Teknik ini digunakan untuk menganalisa pergerakan harga di pasaran saham yg mempunyai data bersifat "Open-High-Low-Close" sesuai untuk mengkaji bermacam-macam jenis carta sekuriti termasuk saham, komoditi dan forex trading.

Metastock pula adalah program yang dikeluarkan oleh Equis International untuk menghasilkan carta-carta dalam menganalisa pergerakan harga saham secara teknikal secara 'Real-Time' atau 'End-of-day'.

Dalam versi 10 dan keatas, Metastock telah memperkenalkan penggunaan RMO di dalam program mereka.

utk maklumat lebih lanjut mengenai RMO di Metastock
http://www.itservice.net/MSpro/RMOguide.pdf

Trading secara On-line

Banyak bank yg menawarkan. Saya pilih Maybank Investment Bank kerana cajnya yg murah, banyak branch dan transaksinya dan akaunnya dijalankan secara Islamic, syariah approved. Jangan lupa apply for islamic account kerana kalau conventional, saham2 seperti GAB, BAT, GENTING, BJTOTO, dll boleh dibeli. Kalau islamic account, hanya saham yg disertai oleh 'bubble' (syariah compliant) boleh dibeli. Untuk keterangan lanjut termasuk maybank branch yg mempunyai investment bank, sila rujuk di website link yg diberi.

Fundamental Analysis

Untuk menguatkan lagi pemburuan, syarikat yang dipilih harus kukuh bukan berdasarkan pergerakan harga semata-mata kerana harga boleh bergerak atas sebab spekulasi yang melampau tanpa mengira untung rugi sesuatu syarikat. Ia seumpama pergi memancing ke tempat yang tiba2 menjadi popular tanpa mengetahui banyaknya ikan atau tidak. Saya menggunakan Dynaquest's Rating dari Dynaquest Stock Performance Guide untuk mengetahui rekod 10 tahun yg lepas kerana sejarah dan asal usul yg baik, walaupun tidak semestinya berkekalan, sedikit sebanyak dapat memberi hala tuju, berkembang kempis sesuatu syarikat itu. PPB sebagai contoh - bukan syariah compliant.

Teknik Buruan Asas & Tambahan

Pada asasnya buruan dibuat kepada syarikat2 yang menepati ketiga-tiga RMO buying signal iaitu:-

1. Swing Trade : BUY Arrow (blue)
2. Sentiment : BLUE Bars
3. RMO : Positive (Above 0)

Teknik diatas dikatakan "Trade with the Trend" yakni lebih berjaga-jaga. Ada juga teknik agresif yg hanya menunggu 1 & 2 dan terus membeli saham walaupun RMO ditahap negative. Saya ni kurang agresif bab2 duit ni, jadi pakai teknik membeli bila ada trend yg memberitahu saya "sekarang trendnya orang lebih banyak membeli dari banyak menjual".

Selalunya akan terdapat lebih dari satu syarikat pada satu masa yg menepati ketiga-tiga kiteria diatas. Dan saya bukan fund manager yang mampu membeli dan menjaga semua saham2 seperti yang saya senaraikan pada 30Jul2011. Jadi pilihan perlu dibuat. Kaedah 'Lat ta li lat tamplong' boleh juga diguna pakai kalau sudah tak larat lagi memilih. Namun, jangan malas, ada lagi yg boleh ditapis. Kriteria tambahan saya bagi memilih satu dari berbelas-belas, yg teratas lagi dititik beratkan:-

1. Tiada Bursa Malaysia Current Announcements yang membimbangkan terhadap company yg tgh diburu.
2. Dynaquest company rating - lagi tinggi rating lagi baguih kata org Kedah. Reason - Fundamental!
3. Harga terkini bukan paling tinggi dari 52 minggu sebelumnya - reason - ada chance nak naik ke tahap paling tinggi macam sebelumnya berbanding dgn mengharap harga yg sudah tinggi naik lagi. silap2 ia mungkin mendatar ataupun menurun - reason - teknikal.
4. Trend yg menaik - pakai weekly chart - tengok ada kenaikan sekurang-kurangnya 2 bar yg akhir - reason - teknikal.
5. Recent quarter EPS %growth tinggi dari quarter yg sama pada tahun sebelumnya. Reason - company buat profit - balik ke fundamental.
6. 5 day surge volume yg tinggi yakni terdapat peningkatan jumlah saham yg dijual/beli sejak 5 hari terkahir. pakai explorer function di Metastock - teknikal.


akan disambung lagi InsyaAllah....

- Teknik belian
- Teknik monitoring
- Teknik jualan
- Lain2 topik

Last edited by merzmerzmerz; 31-07-2011 at 08:22 AM..
Reply With Quote
Thanks azam575, diden, ridzuansv, katani17, zam4ever and 4 others thanked for this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump