First time saya menulis di CG. Saya sebenarnya
amat seronok sekali nak mula berkongsi sedikit sebanyak pasal
SILVER sebab nampaknya ramai otai-otai emas & silver kat sini.
Untuk faedah bersama, saya nak kongsi pengalaman
keuntungan SEMASA membeli SILVER.
(Eh, untung masa beli? Bukan untung masa jual ke?)
Persepsi ni kita kena tukar: KITA BUAT DUIT MASA MEMBELI, BUKAN MASA MENJUAL.
Saya akan terangkan lagi lanjut statement di atas.
Elok saya perkenalkan diri dulu, nama saya
IKRAM ADI.
Sebelum ini, saya banyak buat perbincangan dan
berkongsi pasal silver di Fan Page Dekad Silver @ Facebook.
Dengan Bismillah, saya mulakan cerita SILVER kita:
Saya balik kepada statement awal saya:
1 - Harga
Sebab no. 1 saya mula kaji tentang silver ialah apabila saya
mula membuat perbandingan harga silver dengan emas.
Jom kita tengok prestasi harga 10 tahun silver vs emas
Rajah 10 tahun harga SILVER
Rajah 10 tahun harga emas
Dari tahun 2002 sehingga 2011 harga emas sudah mengalami
kenaikan sebanyak 500% tetapi silver lagi hebat!
Silver naik 850%!!!
Kenapa harga silver naik macam roket?
Kenapa harga silver jauh lagi murah dari emas?
Macamana nak tau harga silver mahal ke murah?
Ini saya tunjuk contoh simple macamana nak buat perbandingan harga silver bullion kalau nak tau mana murah.
Contoh:
Silvertowne 1 oz. = RM150
Pamp Suisse 1 kg = RM4000
Sekilas pandang nampak macam Pamp Suisse mahal kan?
Walaubagaimanapun, ini sekadar contoh. Anda kena selalu
buat perbandingan harga sebelum membuat keputusan membeli.
Untuk kes di atas, kalau anda buat keputusan membeli
dengan bijak, anda dah sudah buat untung RM82.
Inilah maknanya:
KITA BUAT DUIT MASA MEMBELI, BUKAN MASA MENJUAL.
Pada saat membelilah anda menghalakan diri untuk
keuntungan masa depan. Namun potensi keuntungan
yang anda kawal adalah 100% berkaitan dengan
keputusan pembelian anda.
silver ni bg sy utk simpan,mmg xdpt nk pajak..ambil untung ms harga naik..mcm kenaikan aritu,48usd..sape2 beli ms 27usd bli lak dlm beribu2 kilo..dh leh mandi duit dh...
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE