BTC USD 84,024.3 Gold USD 4,279.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penganggur Dipenjara Dua Tahun Kerana Curi Syampu

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
JOHOR BHARU 25/05/2011 : Seorang penganggur menghadapi hukuman dua tahun penjara selepas mengaku bersalah mencuri enam botol syampu di sebuah pasaraya, di sini.

Nor Azmi Mohd Amin melakukan kesalahan tersebut di sebuah pasaraya di Taman Kota Masai sekitar pukul 12 tengahari pada 20 Mei lalu.

Dia disiasat di bawah Sekyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda di atas kesalahan mencuri barang barang-barang yang bernilai RM107.40.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Tan Poh Vun manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret, Mazana Sinn menjatuhkan hukuman 24 bulan penjara kepada tertuduh.

Sementara itu di sebuah perbicaraan yang lain, seorang pekebun berusia 43 tahun dijatuhkan hukuman penjara lima bulan di atas kesalahan memiliki dadah.

Zulkifli Kalleh mengaku bersalah memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.33 gram di sebuah rumah di Felda Ulu Tebrau sekitar pukul 9.20 pagi pada 16 Mac.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum sebanyak RM100,000, hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

DPP Nor Iffa Zarilla Abd Rahman menjalankan pendakwaan tersebut di hadapan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor.

Pada masa yang sama seorang pekerja majlis perbandaran terlepas hukuman tali gantung selepas mengaku bersalah ke atas dua tuduhan berasingan memiliki dadah.

Mohd Redzuan Mohd Daud yang bekerja sebagai pembantu kerani di Majlis Bandaraya Johor Bharu melakukan kesalahan tersebut di Kampung Melayu Majidee sekitar pukul 6.25 petang pada Disember 2009.

Dia dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki 10.2kg dadah jenis kanabis.

Bagi kesalahan kedua, dia didakwa memiliki 127gram dadah jenis methamphetamine di tempat yang sama dan dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia pada awalnya didakwa di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menyeludup dadah yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, isterinya, Noor Amalina Hamid, 24 yang didakwa di bawah pertuduhan yang sama dibebaskan oleh mahkamah.

Hakim Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan sepuluh sebatan untuk setiap pertuduhan kepada Mohd Redzuan.

Hukuman akan dijalankan serentak.
 
adeh syampu pon nak curik ke?
kan dah kena 2 thn
 
takat shampoo pon kne 2 tahun..bg jelah kt org tu..mne tau dia nk bg shampoo kat family dier dh lme x bershampoo..klu die ade duit xknlh nk mncuri shampoo tu
 
kalo curik brg keperluan aku phm ler kesempitan hidup tp curik syampoo nih aku paham jugak ler aper nak dibuatnyer tuh..mahcham2 hal
 
xmemasal kena penjara 2 tahun...
 
taraf hidup makin tinggi, rakyat makin miskin...shampoo pn jual balik dpt gaks duit..shampoo kan mahal, especially sunsilk :)):))
 
taraf hidup makin tinggi, rakyat makin miskin...shampoo pn jual balik dpt gaks duit..shampoo kan mahal, especially sunsilk :)):))

nama pun penganggur,dasar malas keje..org miskin pun xmencuri..
 
K.Toyo...Leong Sik...Osu SUkam...juta2..
pun relaks aje...
 
La ish...shampoo jugak yg nk di rembat nye...kantoi plak tu...kesian...
 
Back
Top
Log in Register