Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 20,071
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 50,620
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 38,196
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 16-05-2011, 11:27 PM
Bro_Izantie Bro_Izantie is offline
Legendary Member

Bro_Izantie's Avatar
 
Trader Rating: (90)
Join Date: Mar 2009
Location: Setiawangsa KL
Posts: 16,539
Poster Rank: #115
Thanked 918 Times
Active Level
My Mood:
Default Kenali Tokoh - Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat (SMR TD)


1079294 PEGAWAI WAREN I MUSA BIN HARON
BAT AMN BSD PJM PJK PPS usasma (USA)

Beliau dilahirkan pada 17 September 1968 di Kampung Seberang Prai, Masjid Tanah, Melaka. Telah memasuki perkhidmatan Tentera Darat Malaysia pada 23 Jun 1989 dan seterusnya berkhidmat di Batalion Ketigabelas Regimen Askar Melayu Diraja. Disepanjang perkhidmatan, beliau telah menunjukkan sikap dedikasi dan ketekunan kerja yang tinggi dan berusaha dengan gigih untuk meningkat maju dalam kerjaya ketenteraan. Hasil dari kesungguhan dan dedikasi yang telah beliau tunjukkan, dalam tempoh 19 tahun beliau telah berjaya menyandang jawatan sebagai Rejimen Sarjan Mejar Tentera Darat.

Pegawai Waren Satu Musa bin Haron telah memegang beberapa jawatan disepanjang tempoh perkhidmatan. Diantaranya adalah Lans Koperal/Koperal Tambor di 13 RAMD, Ketua Seksyen (BIS) di 13 RAMD, Penolong Ketua Platun di 13 RAMD, Penolong Jurulatih Pegawai Cawangan Ketua Platun di PULADA, Jurulatih Kawad di IPDA, Sarjan Mejar Rejimen Istiadat di 1 RAMD dan Sarjan Mejar Rejimen di PULADA. Pada tanggal 7 Julai 2008, beliau telah diberi kepercayaan dan mandat oleh pucuk pimpinan untuk menjawat jawatan Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat hinggalah sekarang.

Kursus-kursus yang beliau telah hadiri di sepanjang tempoh perkhidmatan adalah Kadar Pasukan (13 RAMD), Asas Brass Band (PUZIDA), Ketua Seksyen (PULADA), Kawad dan Pentadbiran Sarjan Platun (IPDA), Platun Sarjan Decentralized (3 RAMD), Senjata Kecil PTT (PULADA), Penataran Jurulatih (PULADA), Kawad dan Pentadbiran Sarjan Mejar Kompeni (IPDA), Kawad dan Pentadbiran Pegawai Waren (IPDA), American Language Course dan U.S Army Sergeant Major di Texas, USA. Kesemua kursus yang beliau telah hadiri memperolehi keputusan yang cemerlang dan membanggakan.

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Salina bt Ahmad. Sepanjang perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Di masa lapang hobi beliau adalah mendengar muzik dan melayari internet. Bagi aktiviti sukan pula beliau amat meminati badminton dan bola tampar.

Di dalam jawatan ini beliau bertindak sebagai penasihat kepada Panglima Tentera Darat di atas segala arahan dan polisi yang wujud ataupun cadangan yang melibatkan peraturan perkhidmatan anggota Lain Lain Pangkat. Beliau juga bertindak sebagai penasihat kepada susunan acara Istiadat Perbarisan Rasmi Tentera Darat seperti Penganugerahan, Pertukaran dan Mengarak Panji-Panji, Perbarisan Pentauliahan Pegawai-Pegawai Kadet di Kolej Tentera Darat dan PALAPES, Istiadat Pengkebumian Kebangsaan (National Funerals) dan Perbarisan Hari Kebangsaan. Sebagai Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat beliau juga bertanggungjawab sebagai penasihat istiadat dan penyelaras dalam semua perbarisan di semua formasi, pusat latihan dan pasukan.


Catatan: Pangkat Pegawai Waran 1 (PW I) di dalam ATM adalah pangkat yang tertinggi manakala pangkat Prebet (Pbt) adalah pangkat terendah bagi anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Jawatan Sarjan Mejar Rejimen diwujudkan di semua unit dalam ATM tetapi hanya satu jawatan paling penting diwujudkan yakni sebagai 'ketua' iaitu Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat, Pegawai Waran TLDM dan Pegawai Waran TUDM. Ketiga-tiga jawatan ini disandang oleh seorang anggota LLP masing-masing ialah wakil yang terdiri daripada setiap perkhidmatan Darat, Laut mahupun Udara. Hanya individu yang terbaik dan berketrampilan sahaja dipilih untuk mengisi perjawatan ini dengan melalui proses pemilihan yang ketat dan mendapat restu dan persetujuan daripada Panglima-Panglima Perkhidmatan. Sungguhpun tidak mendapat kelayakan untuk ditabik hormat, SMR-SMR ini wajar dihormati status kedudukannya tidak kira dari anggota bawahan mahupun di kalangan pegawai bertauliah sendiri.

p/s: Sayangnya, profil lengkap untuk dua lagi SMR dari TLDM dan TUDM tidak dapat diperolehi........
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 17-05-2011, 11:29 AM
ne0c0n ne0c0n is offline
Junior Member

ne0c0n's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2011
Posts: 69
Poster Rank: #16590
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Teringat aku mase pentauliahan palapes tahun lps,RSM ni la mengetuai proses mase latihan sampai ke hari jadi event tuh.garang tp pandai amik hati kadet..
Reply With Quote
  #3  
Old 17-05-2011, 01:38 PM
jimiee jimiee is offline
Normal Member

jimiee's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2011
Posts: 431
Poster Rank: #6254
Thanked 0 Times
Active Level
Default

ni bapak mertua kau ke
Reply With Quote
  #4  
Old 17-05-2011, 02:02 PM
adioz88 adioz88 is offline
Well-Known
Member

adioz88's Avatar
 
Trader Rating: (19)
Join Date: Jun 2008
Location: Alor Setar - Jitra - Kangar
Posts: 5,576
Poster Rank: #639
Thanked 10 Times
Active Level
My Mood:
Default

pegawai waren TUDM, ambik di website airforce pun ada.
Reply With Quote
  #5  
Old 17-05-2011, 02:25 PM
G-Trader G-Trader is offline
Super Active Member

G-Trader's Avatar
 
Trader Rating: (13)
Join Date: Apr 2010
Posts: 2,675
Poster Rank: #1446
Thanked 5 Times
Active Level
My Mood:
Default

misai lentik abis..
__________________
NEW TRADER
...Hidup ini hanya sementara..Redhailah HambaMU ini...
Reply With Quote
  #6  
Old 17-05-2011, 09:09 PM
Bro_Izantie Bro_Izantie is offline
Legendary Member

Bro_Izantie's Avatar
 
Trader Rating: (90)
Join Date: Mar 2009
Location: Setiawangsa KL
Posts: 16,539
Poster Rank: #115
Thanked 918 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by ne0c0n View Post
Teringat aku mase pentauliahan palapes tahun lps,RSM ni la mengetuai proses mase latihan sampai ke hari jadi event tuh.garang tp pandai amik hati kadet..
kena pandai main tarik tali bro...ada sesetengah jurulatih kawad kadang2 takde sifat ni...
Reply With Quote
  #7  
Old 17-05-2011, 09:10 PM
Bro_Izantie Bro_Izantie is offline
Legendary Member

Bro_Izantie's Avatar
 
Trader Rating: (90)
Join Date: Mar 2009
Location: Setiawangsa KL
Posts: 16,539
Poster Rank: #115
Thanked 918 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by adioz88 View Post
pegawai waren TUDM, ambik di website airforce pun ada.
serius tak jumpa profil dia...bro ada link?
Reply With Quote
  #8  
Old 17-05-2011, 09:40 PM
mattbee mattbee is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2010
Posts: 185
Poster Rank: #10142
Blog Entries: 1
Thanked 0 Times
Active Level
Default

Selamat malam Encik!itulah tegur sapa seorang berpangkat rendah bila bertemu Pegawai ataupun Pegawai Waren,rasa hormat tetap ada dalam jiwa seorang tentera kepada pegawainya,dulu Pegawai Waren ni pakai Jam Pekak kat tangan,sekarang dah pakai pangkat kat lengan baju,dulu kalau masuk kem tentera kita akan dengar Mat Terap (jolokan prebet)terjerit mengucapkan 'Selamat.....Encik' pada RSM yang setengah batu lalu,kini keadaan sudah berubah,saya pun dah terlalu lama tak masuk kem,agaknya ada lagi ke begitu...Semoga RSM TD cemerlang jua dunia awam nanti.
Reply With Quote
  #9  
Old 17-05-2011, 10:19 PM
Bro_Izantie Bro_Izantie is offline
Legendary Member

Bro_Izantie's Avatar
 
Trader Rating: (90)
Join Date: Mar 2009
Location: Setiawangsa KL
Posts: 16,539
Poster Rank: #115
Thanked 918 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by mattbee View Post
Selamat malam Encik!itulah tegur sapa seorang berpangkat rendah bila bertemu Pegawai ataupun Pegawai Waren,rasa hormat tetap ada dalam jiwa seorang tentera kepada pegawainya,dulu Pegawai Waren ni pakai Jam Pekak kat tangan,sekarang dah pakai pangkat kat lengan baju,dulu kalau masuk kem tentera kita akan dengar Mat Terap (jolokan prebet)terjerit mengucapkan 'Selamat.....Encik' pada RSM yang setengah batu lalu,kini keadaan sudah berubah,saya pun dah terlalu lama tak masuk kem,agaknya ada lagi ke begitu...Semoga RSM TD cemerlang jua dunia awam nanti.

rasa respek dah semakin kabur skrg ni bro...ornetasi blok pun dah takder..semakin pupus...camner...
Reply With Quote
  #10  
Old 19-05-2011, 06:58 PM
ne0c0n ne0c0n is offline
Junior Member

ne0c0n's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2011
Posts: 69
Poster Rank: #16590
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Bro_Izantie View Post
kena pandai main tarik tali bro...ada sesetengah jurulatih kawad kadang2 takde sifat ni...
betul2..aku ingat lagi ayat pemikat dia,

"ko nak keluar padang kawad tak kadet !?kalau ko nak rehat,ko buat betul2,jangan malas hentak kaki,cergas !!"

memang betul die kotakan ape yg die cakap,sat lps 15 minit dah keluar baris..haha
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 12:05 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE