Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Entertainments, Interests, Lifestyle > Others Interest

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 21,786
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 52,411
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 39,894
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 23-04-2011, 04:51 PM
ZenPiper ZenPiper is offline
Normal Member

ZenPiper's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Feb 2011
Posts: 456
Poster Rank: #6055
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default Jom belajar 'Buah Pukul' LianPadukan.

Assalamualaikum..
Kepada sapa-sapa yang berminat nak belajar seni mempertahankan diri , jom belajar Seni LianPadukan..
Lianpadukan adalah sejenis seni mempertahankan diri yg senang nak belajar, effective & praktikal..ianya merupakan sejenis permainan 'Buah Pukul'..yang mana asasnye adalah dari permainan 'Buah Pukul Mersing', jadi LianPadukan ni tak guling2,lompat2 atau mengunci seperti mana silat2 lain..hanya permainan 'Buah Pukul' semata2..permainannye pun ada ala2 Wing Chun (Ipman) pasal asal sebenar2 'Buah Pukul' ni dari Yunan, China..Tapi Silat LianPadukan ni dah dipadukan dengan lain2 permainan dari Silat Sendeng, Silat Sunting, Muay Thai dan beberapa lain lagi seni mempertahankan diri..

Sedikit info tentang Seni Silat LianPadukan :-

1) Sejarah LianPadukan -

Lian Padukan adalah sejenis seni beladiri yang berasal dari Yunan, China. Maka, ianya bukanlah seratus peratus silat Melayu. Ia dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul yang kini masyhur di selatan Semenanjung Malaysia. Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka.

Berita itu sampai ke pengetahuan istana Johor ketika itu, lalu pengawal peribadi baginda, Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) menyiasat kehebatan Syed Abdul Rahman. Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu untuk bersama-sama menguji kehebatan Syed Abdul Rahman.

Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, akhirnya Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka dan kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka, kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani.

Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu.

Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut. Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing.

Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik (Pak Mat Kedidi).

2) Pengasas LianPadukan -

Mohamed bin Chik atau lebih dikenali sebagai Pak Mat Kedidi mula menuntut Buah Pukul dari ayahnya sendiri. Pada umur 9 tahun, beliau ke Kelantan untuk menambahkan ilmunya. Ketika berumur 19 tahun pula, beliau berguru dengan Awang bin Idris, iaitu abang iparnya. Pada tahun 1939, sewaktu berumur 27 tahun, beliau menyertai pasukan polis dan ditugaskan di sempadan Siam. Di sana, beliau sempat berguru Tomoi dengan Tok Chah, seorang guru yang masyhur di Padang Besar. Berkat kegigihan Pak Mat Kedidi, beliau menjadi juara Tomoi di Padang Besar dengan gelaran Black Beetle (Kumbang Hitam). Selepas itu, beliau berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Kuala Sungai Baru, Melaka untuk berguru dengan Long Aman bin Ujan dalam aliran Sendeng Asli Muar, di mana Pak Mat Kedidi turut mendalami seni Tekpi.

Pak Mat Kedidi yang turut menuntut Buah Pukul dari Cu Aman akhirnya menerima Nukil (Catatan Salasilah Perguruan) daripada gurunya itu pada tahun 1961 di samping disuruh berguru dengan Kadi daerah Mersing ketika itu iaitu Sani Abu Samah. Pada 1972, sebelum bersara, beliau bersahabat dengan Pak Manas, guru Sunting Johor dan berjumpa dengan abang sepupunya, Haji Ahmad Awang, mufti kerajaan negeri Johor ketika itu. Hasil perbincangan dengan beliau, maka lahirlah Lian Padukan, yang pada asalnya dikenali sebagai Lian Paduka kerana pernah diajar kepada Sultan Ibrahim. Setelah bersara, Pak Mat Kedidi mengembangkan seni ini yang menggabungkan Sendeng, Sunting, Buah Pukul Mersing dan Tomoi di dalam satu permainan yang kukuh dan mengekalkan identiti dan konsep asas buah pukul iaitu, “Tak nak kena tapi Nak Mengena”

3) Intisari LianPadukan -

Di dalam Lianpadukan, tiada istilah guling-mengguling, lenting-melenting, menari-nari, baring, berpusing-pusing dan berlari-lari. Di dalam Lianpadukan penumbuk itu bermaksud buah, perisai (tapak tangan) itu pukul. Bila kita menumbuk, musuh menepis, kita melapis ataupun musuh menumbuk, kita melapis. Lianpadukan lebih banyak menekankan corak mendahului serangan daripada menanti serangan. Konsep inilah yang menjadi matapelajaran teras dalam Lianpadukan.

Konsep Lianpadukan tidak jauh berbeza daripada konsep Buah Pukul yang asal.

Secara asasnya, Lianpadukan mengajar cara serangan yang terus dan agresif. Intisari Lianpadukan terletak pada kebolehan pengamalnya untuk melancarkan teknik makan gerak kepada lawannya di mana itu akan menyebabkan lawannya gagal melancarkan sebarang bentuk serangan atau menahan.

Sekali pengamal Lianpadukan bergerak mara dan menyerang dalam jarak rapat, ia akan berterusan memberi tekanan melalui rangkaian serangan yang akan memusnahkan pertahanan lawan sehingga betul-betul menguasai keadaan.

Pengamal Lianpadukan hanya akan berhenti menyerang setelah lawannya benar-benar telah dikalahkan iaitu sehingga jatuh.

Oleh itu, Lianpadukan bukanlah satu seni yang pasif atau bertahan, tetapi lebih kepada pro-aktif, agresif dan berbahaya.

4) Gelanggang Seni Silat LianPadukan -

A. Gelanggang Induk Persatuan Lian Padukan Malaysia:
No. 4, Jalan Ros Merah 4/3
Taman Johor Jaya
81100 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Jadual latihan: Setiap Rabu (9.30 malam)
Hubungi:
Cikgu Sulaiman Ahad – 012-7248197 (Ketua Gelanggang)
Cikgu Wan Nilai – 019-2162190 (Pen. Ketua Gelanggang)
Cikgu Zaharuddin Elias – 013-7366833
Cikgu Jefri Md Yusof – 019-7442641
————————————————————————————————
B. Gelanggang Masjid Laksamana, Taman Tun Aminah:
Perkarangan Masjid Laksamana
Jalan Laksmana 11
Taman Tun Aminah
Johor Bahru, Johor

Hubungi:
Cikgu Zaharuddin Elias – 013-7366833
——————————————————————-
C. Gelanggang Induk LianPadukan Martial Arts Academy:

No.6-3A, Tingkat 3, Jalan GJ2,
Taman Gombak Jaya,
Batu 5 1/2 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Selangor Darul Ehsan
Jadual latihan: Setiap Rabu (9.30 malam)
Hubungi:
Cikgu Hisham Giant – 016-7027449 (sambicep@hotmail.com)
————————————————————————————————
D. Gelanggang Selayang:
Surau Ad-Diniyyah
Tmn. Bdr. Baru Selayang Fasa 2A
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

dan

Sekolah Agama Rakyat Al-Furqan
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
(Berhampiran Stadium Selayang)
Jadual latihan: Setiap Sabtu (10.00 malam)
Hubungi:
Cikgu Din Misai – 012-327 2180
————————————————————————————————
E.Gelanggang Kelana Jaya:
Surau al-Aqidah,
No.1, Jalan SS 7/28,
Taman Kelana Indah
Kelana Jaya, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Jadual latihan: Setiap Jumaat (10.00 malam)
Hubungi:
Cikgu Din Misai – 012-327 2180
————————————————————————————————
F.Gelanggang Kajang:
Pangsapuri Prima Cempaka,
Jalan Kajang Prima 5,
Kajang Prima
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Hubungi:
Cikgu Aimi – 012-970 0137
————————————————————————————————
G.Gelanggang Kapar, Klang:
Taman Seri Perepat,
Batu 8, Jalan Kapar,
42200 Kapar Klang
Selangor Darul Ehsan
Jadual latihan: Setiap Sabtu (10.00 malam)
Hubungi:
Cikgu Azhar – 012-633 6648
————————————————————————————————
H.Gelanggang Kuala Terengganu:
E-336, Lorong Merpati,
Kampung Durian Burung,
20050 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Hubungi:
Cikgu Aimi – 012-970 0137
————————————————————————————————
I. Gelanggang Semabok:

No 5731C,
Jalan Bukit Katil,
Semabok,
Melaka
Hubungi:
Cikgu Boy – 017 6588107
————————————————————————————————
J. Gelanggang HELP Damansara:
Level P5, Blok I,
Pusat Bandar Damansara,
50490 Kuala Lumpur
(Bersebelahan HELP University College)
Jadual latihan: Setiap Isnin (8.30 malam)
Hubungi:
Cikgu Nasrul – 013 397 4849
————————————————————————————————
K. Gelanggang Muadzam Shah:

Dewan Al-Ghazali, SMK Chanis,
LKTP Keratong 6,
26700 Muadzam Shah,
Pahang
Hubungi:
Cikgu Kamal – 013 648 9245
————————————————————————————————
L. Gelanggang Bukit Beruntung/Sentosa:
Sentosa Martial Arts School,
No 1-17 Jalan Bunga Kertas 1B/2,
Bukit Sentosa, Rawang,
Selangor
Hubungi:
Cikgu Ariffin Suratman (tokpin) – 012 227 1579
————————————————————————————————
M. Gelanggang Seri Kembangan:
Dewan Masyarakat,
Casa Riana Condo,
Persiaran Puncak Jalil,
Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan,
Selangor
Jadual latihan: Setiap Jumaat (9.30 malam)
Hubungi:
Cikgu Faizal – 012-2776578
<<Peta Jalan>>

————————————————————————————————
N. Gelanggang Rawang:
Gelanggang Futsal

Maple Court,
Bandar Tasik Puteri,
Rawang.
Selangor
Jadual latihan: Setiap Sabtu (8.00 malam)
Hubungi:
Cikgu Nasrul – 013 397 4849
En. Azmi 012 313 7559

————————————————————————————————
O. Gelanggang Larkin:
Jalan Serindit,
Larkin, Johor Bahru.
Johor.
Jadual latihan: Setiap Sabtu (9.00 malam)
Hubungi:
Cikgu Ayeen – 012 7535142










Last edited by ZenPiper; 30-03-2013 at 08:33 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 23-04-2011, 05:04 PM
mimie813 mimie813 is offline
Well-Known
Member

mimie813's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Nov 2009
Posts: 6,544
Poster Rank: #543
Thanked 291 Times
Active Level
My Mood:
Default

sy mmg lebih ske nk ajar ank sy silat dari tekwando....
tp jarang ada klas2 silat la..lbh2 lagi tuk bdk2....
__________________
Tak pikir lagi...
Reply With Quote
  #3  
Old 23-04-2011, 05:16 PM
ZenPiper ZenPiper is offline
Normal Member

ZenPiper's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Feb 2011
Posts: 456
Poster Rank: #6055
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by mimie813 View Post
sy mmg lebih ske nk ajar ank sy silat dari tekwando....
tp jarang ada klas2 silat la..lbh2 lagi tuk bdk2....
Puan mimie..bolehlah hantar anak puan belajar silat LianPadukan..Zaman sekarang ni bagus kalau anak2 ada asas mempertahankan diri..boleh contact mana2 cikgu LianPadukan yg ada gelanggang dekat ngan kawasan puan..

Last edited by ZenPiper; 23-04-2011 at 08:19 PM..
Reply With Quote
  #4  
Old 23-04-2011, 08:13 PM
ZenPiper ZenPiper is offline
Normal Member

ZenPiper's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Feb 2011
Posts: 456
Poster Rank: #6055
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Sedikit info tentang Persatuan Seni Silat LianPadukan -

* Guru Utama - Ayahanda Haji Muhammand Hashim bin Haji Muhammad Salleh.

Haji Muhammad Hasyim b Haji Muhammad Salleh merupakan Guru Utama dan pewaris nukil dan Perguruan Lianpadukan setelah ianya diserahkan oleh Pak Mat Kedidi kepada beliau pada tarikh 11 Mei 1997, hari Ahad, jam 9 pagi.


Beliau dilahirkan pada 18 September 1962 di Batu 16 1/4, Kg. Solok Duku, Mesjid Tanah, Melaka. Beliau berketurunan pendekar dari kesultanan Pagar Ruyung yang akhirnya bermastautin di Selangor dan Negeri Sembilan. Ayahanda beliau adalah dari keturunan Al-Masyur, Yaman.

Minatnya mempelajari seni beladiri terserlah kerana sejak waktu mudanya beliau telah mempelajari silat pulut, di samping mengaji bab Usuluddin dengan saudara beliau Tok Alang Jalil dan kemudiannya dengan Tok Arif pula. Pada ketika umur 8 tahun beliau mempelajari Silat Sendeng Buah Melaka Pukulan Kaedah dengan Cikgu Hj. Kassim bin Md. Noh di Melaka.

Setelah berpindah ke Johor, pada tahun 1975-1976 beliau telah mempelajari Silat Kalimah Sakti dengan arwah Cikgu Ahmad Bin Kahar di Kg. Kastam dan Cikgu Hj. Aziz Osman (Pak Aziz Telekom) di Kg. Bendahara Johor.

Pada sekitar tahun 1977-1980 Ayahanda mempelajari Tae Kwon Do dengan master-master sekitar Negeri Johor dan Singapura sehinggalah memperolehi anugerah talipinggang hitam (Black Belt). Di samping itu, Ayahanda juga mempelajari Silat Kuning-kuningan dengan Arwah Hj. Husin di Plentong.

Kemudian, pada tahun 1978-1979 giliran Silat Cimande pula dipelajari oleh Ayahanda . Silat ini Ayahanda pelajari dengan Arwah Wak Saripan.

Kemudian Silat Membujur Lalu Melintang Patah dengan Arwah Yusuf Bin Osman @ Atan bin Osman(Gelaran Atan Sembilang @ Atan Bomoh) sehingga Khatam selama 3 bulan 10 hari. Silat ini adalah gabungan dari silat sendeng, sunting dan silat pulut yang telah diasaskan di Jasin Melaka oleh Dollah Sendo.

Oleh kerana minat Ayahanda yang amat mendalam terhadap Seni Beladiri Diri, bapa Ayahanda telah memperkenalkan Ayahanda dengan Syed Ahmad Syed Hussin Al-Idrus (Pak Mat Singa) iaitu adik saudara kepada bapanya.

Ayahanda telah dicabar oleh Pak Mat Singa maka belaku lah pergelutan antar Ayahanda dan Pak Mat Singa yang mana Ayahanda telah kalah walaupun Ayahanda mendulu mahupun menunggu. Pergelutan itu berlaku di dalam bas.

Maka di sinilah bermulanya penglibatan Ayahanda Guru Hj. Hasyim Bin Hj. Salleh dalam Buah Pukul Mersing. Dalam masa 1 hari saja Ayahanda telah dapat menguasai Lian 1-4.

Selepas itu Pak Mat Singa memperkenalkan pula Ayahanda dengan gurunya sendiri iaitu (Allahyarham) Mohamad b Chik atau lebih dikenali sebagai Pak Mat Kedidi. Kemudian Allahyarham Pak Mat Kedidi telah mengarahkan Ayahanda belajar ilmu buah pukul ini dengan menantunya iaitu (Allahyarham) Razak Sharif (Razak Yahudi)di No.47, Jalan Serampang, Taman Pelangi. Pak Mat Singa sendiri pernah belajar dengan Pak Mat Belantik dan selepas itu dengan Allahyarham Pak Mat Kedidi dan Allahyarham Razak Yahudi.

Dari tahun 1982-1987, Ayahanda mempelajari ilmu buah pukul dengan Allahyarham Razak Sharif. Allahyarham Pak Mat kedidi ketika itu bertugas sebagai Sarjan Mejar Polis Special Branch dan tinggal di berek polis di Jln. Pahlawan, Yahya Awal yang mana sekarang ini menjadi Saujana Condominium dan tidak berapa lama kemudian berpindah ke Taman Sri Skudai.

Pada 1982 juga Ayahanda telah mempelajari buah pukul dengan Pak Mat Samurai di Mersing dan ada ketikanya Pak Mat sendiri berkunjung ke rumah Hj. Hasyim untuk mengajar ilmu buah pukul.

Antara tahun 1982-1987 antara guru-guru yang telah Ayahanda telah pelajari atas saranan Allahyarham Razak Sharif untuk tujuan mendalami, memantapkan, membuat kajian dan membaik pulih ialah:

A. Pak Andak Wahab – Larkin Jaya

Ketika Pak Andak tinggal di rumah saudaranya di Jln. Ketitir iaitu Datuk Hj. Md. Awang Mufti Johor ketika itu yang juga pengamal Buah Pukul Mersing. Beliau juga adalah orang yang bertanggungjawab memberi nama Lianpadukan iaitu “Lian Padukan: Pada Tuhan Diserahkan Keselamatan Anda”. Ayahanda juga pernah berguru dengan Arwah Datuk dalam bab-bab agama dan Usuluddin.

B. Pak Atan Air Batu – Kluang

Ayahanda menuntut dengan Pak Atan di Malay Club House Kluang ketika pergi dengan Allahyarham Razak Sharif.

C. Pak Talib Nik – Larkin Jaya

Ketika Ayahanda berkawan baik dengan Yahya Endau yang berkerja sebagai pembantu makmal di Sekolah Saint Joseph Private, Yahya telah memperkenalkan Ayahanda dengan Pak Talib Nik di Jln Punggok Larkin Jaya. Ayahanda hanya sempat mempelajari Lian 1-8 sahaja kerana arwah Pak Talib Nik meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan.

D. Pak Raja Ali b Raja Salleh – Batu Pahat

Pada tahun 1985 pula, Ayahanda berguru pula dengan Pak Raja Ali Bin Raja Salleh (Pak Raja Gayang 5). Ketika itu, Pak Raja tinggal di Peserai bertugas sebagai Post Master. Bersama-sama Ayahanda yang pergi berguru ialah Guru Besar Batu Pahat High School iaitu arwah Cikgu Dollah Bin Jaip dan Post Master Batu Pahat En. Faisal.

E. Pak Majid Klinik – Kg. Melayu

Pada Tahun 1985-1987 Ayahanda telah berguru dengan Pak Majid Klinik di Jalan Budiman Kg. Melayu. Ketika itu Pak Majid bertugas sebagai Pengawal di Sekolah Convent JB.

Pada September 1987 Ayahanda dikhatamkan oleh Arwah Pak Mat Kedidi. Sebelum itu seramai 5 orang telah dikhatamkan iaitu Mastam (Tanjung Resam), Omar Bank UMBC (Singapura), Hj. Yusuf Idrus adik lawyer Idris(Taman Sri Amar) dan Pak Mat Singa.

Pada Disember 1987 Ayahanda berkahwin dengan Hajjah Fifi dan menumpukan perhatian kepada perniagaan Ayahanda iaitu Syarikat Pengakutan Pasir Gudang Bus Service (PGBS). Ayahanda merupakan Managing Director di Syarikat tersebut yang mempunyai 85 buah bas dan pekerja lebih dari 200 orang.

Pada tahun 1995 Menteri Besar Johor dan MPJB mengarahkan semua syarikat bas bergabung dan Ayahanda membuat keputusan melepaskan syarikatnya kepada Konsortium Transit Link.

Allahyarham Pak Mat Kedidi telah menyedari kisah ini lalu memanggil Ayahanda dengan bantuan Hj. Yusof Idrus yang menjadi orang tengahnya. Mereka telah dipertemukan pada hari jadi Allahyarham Pak Mat.

Pada hari Ahad 11.5.1997 jam 9 pagi, Allahyarham Pak Mat Kedidi telah menyerahkan Nukil Buah Pukul di hari perasmian Gelanggang Kangkar Pulai. Untuk kenang-kenangan Allahyarham Pak Mat telah mengajak Ayahanda ke Rompin untuk berjumpa dengan Allahyarham Anjang Ibrahim. Allahyarham Anjang Ibrahim telah bersetuju dan merestui untuk menjadi saksi peristiwa serahan Nukil tersebut sebelum meninggal dunia pada Maghrib. Allahyarham Anjang Ibrahim adalah pengamal Buah Pukol sezaman Allahyarham Chu Aman. Selepas itu mereka menziarahi pula Arwah Pak Jusoh Bin Buyong, Kaka Buah Pukul Mersing kepada Allahyarham Anjang Ibrahim.

Pada 20 Julai 1999 arwah Pak Mat Kedidi telah mengangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah Haji Hamid Bin Haji Hassan sebagai tanda penyerahan nukil tersebut yang juga disaksikan oleh Dato’ Azmee Haji Ismail.


Last edited by ZenPiper; 18-11-2012 at 05:19 PM..
Reply With Quote
  #5  
Old 23-04-2011, 08:15 PM
Photofast Photofast is offline
Super Active Member

Photofast's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jul 2010
Posts: 3,973
Poster Rank: #946
Thanked 23 Times
Active Level
Default

boleh saya jadi murid tok guru?
__________________

-
Reply With Quote
  #6  
Old 23-04-2011, 08:15 PM
ZenPiper ZenPiper is offline
Normal Member

ZenPiper's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Feb 2011
Posts: 456
Poster Rank: #6055
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

* Silibus Seni Silat LianPadukan -

Lian Padukan mengandungi empat pergerakan asas yang dipanggil Jurus yang mengajar teknik-teknik menggunakan perisai, penumbuk, siku, lutut dan kaki. Perisai adalah teknik yang dikembangkan oleh Pak Mat dalam bentuk yang tidak terdapat dalam Buah Pukul asal.

Perisai adalah penggunaan tangan pepisau dalam kedua-kedua pergerakan menyerang dan menangkis untuk menyekat pergerakan lawan secara berkesan dan kebolehan menahan sama ada dalam keadaan pergerakan terus kehadapan ataupun pergerakan menyamping dalam atau luar. Perisai adalah salah satu daripada teknik yang paling penting dalam Lian Padukan dan digunakan pada semua peringkat pelajaran dan kemahiran.

Setelah selesai peringkat Jurus, penuntut akan naik ke peringkat Lian. Dalam Buah Pukul, Lian bermaksud pergerakan atau pattern, sama seperti konsep ‘kata’ dalam karate atau gaya dalam seni beladiri Cina.

Terdapat empat peringkat Lian dengan setiap peringkat mengandungi empat Lian untuk dikuasai. Pada peringkat Lian, penuntut diperkenalkan kepada teknik-teknik dan aplikasi-aplikasi tertentu yang berkaitan dengan setiap Lian. Tahap kemahiran penuntut akan meningkat sewaktu memahirkan diri dengan Lian.

Dalam Lian, penuntut mempelajari teknik-teknik dan taktik-taktik seperti Rebut (mematahkan pertahanan lawan), Reju (tekanan berterusan ke atas lawan), Turut (mengikut arah pergerakan lawan), Titik (mematahkan serangan tangan lawan) dan Makan Gerak (serangan memotong gerak lawan).

A. Silibus Lianpadukan

- Peringkat Jurus
1. Jurus Satu (Tumbuk)
2. Jurus Dua (Siku)
3. Jurus Tiga (Lutut)
4. Jurus Empat (Kaki)
5. Jurus Perdana (gabungan kesemua Jurus)

- Lian Peringkat 1 – Lian Gelek 2 belah
1. Lian Selak Panjang
2. Lian Siku
3. Lian Singkap
4. Lian Selak Pendek

- Lian Peringkat 2 – Lian Reju
5. Lian Reju
6. Lian Tangkap Tembung
7. Lian Badik
8. Lian Cangkul

- Lian Peringkat 3 – Lian Tumbuk Mengambil
9. Lian Lintang
10. Lian Sepak Yim
11. Lian Kwantung
12. Lian Kopak

- Lian Peringkat 4 – Lian Pagar
13. Lian Pagar Simbuh
14. Lian Pagar Tedung Berlipat
15. Lian Pagar Semutar
16. Lian Gulung

B. Sistem Tali Pinggang

1. Hitam:-
– Penuntut baru

2. Merah/Hitam:-
– Lulus grading Peringkat Jurus

3. Merah:-
– Lulus grading Peringkat Lian 1

4. Hijau:-
– Lulus grading Peringkat Lian 2

5. Kuning:-
– Lulus grading Peringkat Lian 3

6. Putih:-
– Lulus grading Peringkat Lian 4

7. Hitam Calit Merah/Hijau/Kuning/Putih dan Balutan Putih di Pangkal:-
– Lulus Khatam Istiadat (Membawa gelaran ‘Cikgu’)


Last edited by ZenPiper; 18-11-2012 at 05:20 PM..
Reply With Quote
  #7  
Old 23-04-2011, 08:18 PM
ZenPiper ZenPiper is offline
Normal Member

ZenPiper's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Feb 2011
Posts: 456
Poster Rank: #6055
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Photofast View Post
boleh saya jadi murid tok guru?
Saudara boleh contact gelanggang yang berdekatan ngan tempat saudara..boleh hubungi cikgu2 yang mengendali gelanggang2 tersebut untuk info selebihnye..
Reply With Quote
  #8  
Old 23-04-2011, 08:24 PM
graynicolls graynicolls is offline
Super Active Member

graynicolls's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jan 2009
Posts: 3,360
Poster Rank: #1127
Thanked 30 Times
Active Level
Default

kalau xtau langsung pasal silat tp nk join blh?
__________________
Quote:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya.
Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.”

(HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234).
Reply With Quote
  #9  
Old 23-04-2011, 08:27 PM
amuk293 amuk293 is offline
Super Active Member

amuk293's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jan 2008
Posts: 3,196
Poster Rank: #1193
Thanked 7 Times
Active Level
My Mood:
Default

wah...silat lian ni bagus ooo..sape2 minat citer Ipman,leh laa belajo silat ni...ala2 wingchun nih...bg aku,lg baik belajo lian dr belajo taekwando...
__________________
Jom Ke Open House Rumah Saya Di Sini: SHAIN'S HOUSE
Reply With Quote
  #10  
Old 23-04-2011, 08:33 PM
ZenPiper ZenPiper is offline
Normal Member

ZenPiper's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Feb 2011
Posts: 456
Poster Rank: #6055
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by graynicolls View Post
kalau xtau langsung pasal silat tp nk join blh?
Boleh,tak ada masalah..saudara akan diajar dari asas..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 12:34 PM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE