BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Scalping 5 minit Folow Trend - Layannnnnnz

sedinho

Super Active Member
Messages
5,423
Joined
Dec 22, 2006
Messages
5,423
Reaction score
252
Points
81
Salam 1Malaysia warga Carigold.
saya nak kongsi 1 teknik simple scalping.Sclping dengan menggunakan anak panah.
Sesuai bagi newbie.

Penting!!!!
Upload baru.Ada yg tak dapat download guna link lama (14/9/2011)
Download DIsini

Penting!!!!
Template yang saya pakai as of 24 May 2011
Download DIsini

Tema : Scalping
Timeframe : 5minit
Pair : EU & EJ --- pemilihan pair base on spread kecik yg bagus,dan range movement besar (cam ej)dan juga pair yang stabil.
(pair lain saya tk trade,so rase2nye bleh gak kot)

Indicator :
1)MA Cross OC (MA cross OC ialah indikator hasil daripada persilangan 2ma)
2)Multitimeframe moving average simple 10 (tf1H)
3)Rsi value 3 (level 30 & 70)



Buy Bila : Wajib bila price atas MTF MA 10
1)RSI 3 naik dari level 30
2)Anak panah buy keluar
3)Open post bila candle anak panah close

Sell Bila : Wajib bila price bawah MTF MA 10
1)RSI 3 turun dari level 70
2)Anak panah sell keluar
3)Open post bila candle anak panah close

Take profit :
5-10pips (utk pair EU)
8-15pips (utk par EJ)
ataupn secukup rase :D (subjektif,atas individu nak brape)

Stop loss :
Saya selalu trade dengan meletakkan stop loss antara 40-50pips.
boleh letak brape stop loss yang anda semua nak,berdasarkan kesesuaian pair,timeframe dan juga current market.

original template
Download Template & Indikator Here

Update as of 19 April 2010
New improved template (arrow dan anak panah kuar alert dan bunyi)
Download Here
Contoh Gambar
Credit to masta Azam
gantikan indi lama kepada yng baru jika nak ada kuar signal yg bunyi2

Contoh Chart BUY
SEDIBUY.jpg


No Trade
Terdpat keadaan dimana,anda tak perlu masuk trade.
1)Anak panah buy keluar,tapi RSI tidak naik dari level 30
2)RSI naik dari level 30,tapi anak panah buy tak keluar.

sila lihat contoh dibawah.
Kenapa takyah masuk trade?Bukan ke trend tengah naik je skang.So Buy je la. <----------Saya tak rekemen
Kenapa sy cakap camtu?
a)mungkin anda tengah beli time price kt atas sangat atau price tk habis turun lagi.
b)ni yg penting,kita nak Precise Entry & Quality Pips.
SEDINOTRADE.jpg


SELL
Sell pula adalah sebaliknye.


TREND
Bagaimana nak tentukan Trend?
Trend ditentukan oleh multitimeframe movinge average 1jam.
trendbasic.jpg


RANGING MODE
Gambar tengah trending mmg la senang cakap ye tak?
Kalau time ranging price dok atas bawah multitimeframe MA tu camne lak?...sambung lagi..zzzzzzzzzzzzzzzzzz
Sila lihat chart dibawah.Walaupun price naik ke atas MTF MA,tapi step masih lagi menurun ke bawah.
STEP menurun kebawah,walaupun jarak STEP dia tu sikit sangat.(kenkadang ada yang hampir2 tak nmpak,boleh backtest)

Peringatan,disebabkan MTF MA ada lah mewakili tf1jam,maka 1 jam diperlukan
untuk buat confirmation samaada STEP still menurun atau sudah menaik.
ranginggile.jpg


Ada masanye korang akan jumpe MTF MA yang mendatar.Time ni jangan trade.Price tade minum tongkat Ali time ni..
Selalunya keadaan terjadi bile hujung movement da,market da layu dan juga bile pertukaran trend da nk berlaku.
slalunye,elakkan trade pada 3-7pagi waktu malaysia.Time seeloknya kita tidor je.
stepmendatar.jpg


contoh yang lain boleh rujuk disini
post 1

Sekian buat masa ni dari saya.
Jika ada warga2 CG nak tambah n tolak apa yg ada,silalah bagitau yek.Same2 la kita amik yg mane bagus n tinggalkan yg mane tk bagus kt sini.

Camne nak trade cara sya trade.sambungannye dibawah.......
 
Last edited:
Salam.ni cara saya trade.
setelah hari ni bukak market,rase2 ramai yang perasan satu bende yg agak hampeh.Sebab arrow tu repaint.ye tak?:)):))
dia repaint sebab persilangan tak menjadi :)Tapi bukan semua anak panah repaint tau.sila lihat posting sy kt bawah nun.

howtotrade3.jpg


So ,takley la nak trade pakai sistem ni?hehe boley la...ape yg tkleh lak.
itu sebab apa,saya letak arrow tu kepentingan dia adalah no 3 dalam sistem ini.
sepertimana saya katakan diatas

Buy Bila : Wajib bila price atas MTF MA 10
1)RSI 3 naik dari level 30
2)Anak panah buy keluar
3)Open post bila candle anak panah close



So sekarang masing2 da tau indi ni repaint,so camne nak trade?

katakanlah sekarang ni downtrend dan kita tunggu SELL position.
1)MTF MA masih lagi downtrend(ni yang penting.kita still dalam trend)
2)Cara untuk entry masih lagi berpandukan syarat RSI3.
3)Follow je entry ikut arrow jika syarat 2 diatas cukup syarat.


1)kita bukak post pertama setelah cukup 3 syarat diatas.
tetapi,price naik semula.arrow akan hilang kalau refresh.
tp better jgn refresh,kita nk kekalkan history.

2)klau price naik lg,kita tunggu next signal.Biar cukup 3 syarat di atas juga.Bila cukup 3 syarat diatas,kita masuk lagi sell 1 post.

3)pastikan jarak antara post 1 n post 2 mempunyai jarak yg besar.
contoh 15-20pips.Sbb ape,jikalau jarak antara signal pertama dan signal kedua adalah sikit aje,contoh 5-8pips,rasenye,adalah tidak perlu buka untuk post ke dua.

4)ulang langkah 2 dan 3 jika price masih lg menaik.Saya cadangkan hanya buka maksimum 3 post sahaja.

Diatas ini hanyalah contoh cara trading sahaja.

Nasihat saya,bile kita da cukup target hari tu,boley la stop trading.nanti overttrade,rugi plak jadinya.
Takut2,bile da overtrading,kita baru sedar,yg trend sudah mula berubah balik.

sambung lagi..

Jom kita bandingkan antara anak panah asli ngan yang repaint

jika kita tengok graf dibawah,saya telah buat perbandingan diantara chart asal dan juga chart yg telah sy refresh,buangkan repaint anak panah.Tak semua anak panah yg keluar pada graf disebelah kiri adalah tidak boleh digunapakai(not valid).
Maksud saya,TIDAK SEMUA ANAK PANAH YANG KELUAR ADALAH 100% repaint
so,kita leh trade cam biase.folow rules seperti yg saya bagitau di post 1

perbandingan.jpg


contoh2 soalan yg bernas ,kreatif dan inovatif hehe
1)kalau nak folow syarat 1 ngan 2 je boleh tak untuk open trade?
Jawapan saya
2)klo sy tertinggal signal,then nak masuk gak pada candle no 3 lepas anak panah kuar boleh ke tak?
Jawapan saya
 
Last edited:
akhirnye masta sedinho da bukak gelanggang,,aku reserve seat sebelah sifu..
 
saya pun nak amek kerusi gak...aritu bro sedinho ada suruh wat ea kan based on this indi...
 
wah tahniah sedi...dah bukak table ni :D
 
gua follow masta...ea dah backtest..kene mc..huhuh
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14772
USD / JPY
156.001
GBP / USD
1.33527
USD / CHF
0.82477
USD / CAD
1.39870
EUR / JPY
179.045
AUD / USD
0.71097
Back
Top
Log in Register