BTC USD 76,519.1 Gold USD 4,357.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasukan Proton Unggul Dalam Kelas APRC

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
JOHOR BAHARU, 3 April -- Pasukan Proton Motorsports membuka tirai Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) 2011 dengan cemerlang apabila menguasai Rali Malaysia 2011 di Estet Tai Tak di Kota Tinggi Ahad.

Pelumba Chris Atkinson, yang memandu kereta Proton Satria Neo 2000, membuktikan kehandalannya dalam kelas APRC apabila meraih tempat pertama manakala rakan sepasukan Alistair McRae menduduki tempat ketiga.

Atkinson dari Australia bersama juru arah Stephane Prevot dari Belgium menamatkan saingan dua peringkat dengan jumlah catatan masa tiga jam 14 minit 49.3 saat.

Tempat kedua pula disandang oleh pemandu kereta Mitsubshi Lancer, Guarav Gill dari India dengan catatan masa 3'16:35.9s manakala McRae dan juru arahnya Bill Hayes mengumpul catatan masa 3'23:37.5s.

"Kami telah mengambil langkah besar ke hadapan dengan persembahan hari ini. Sistem suspensi dan kerja-kerja membangunkan enjin sudah berbaloi. Ini merupakan permulaan paling baik bagi tahun ini," kata Atkinson pada sidang media di sini.

Katanya rahsia kejayaan bagi dirinya dan McRae ialah kereta yang dipandu itu memberi respons kepada kehendak gaya pemanduan mereka.

Sementara itu, dalam kelas Rali Malaysia, pemandu China, Fan Fan, yang kembali semula ke arena rali selepas lima tahun, memenangi pusingan pertama dalam dua peringkat saingan.

Beliau, yang memandu kereta Mitsubshi Lancer Evo, mencatatkan masa 3'44:30.6s untuk mengatasi juara bertahan Muhammad Rafiq Udahaya yang memandu menduduki tempat kedua.

Muhammad Rafiq dengan kereta Subaru Impreza mencatatkan masa 3'47:20.6s manakala pemandu Jepun Aji Kim, yang memandu kereta Proton Satria Neo, menduduki tempat ketiga dengan masa 3'58:51.6s.

Bagaimanapun, dua pencabar tempatan, Karamjit Singh, atau dikenali 'Flying Singh' yang menjadi naib juara tahun lepas dan naib juara 2009, Saladin Mazlan, kedua-dua dari pasukan GSR Pennzoil gagal menamatkan perlumbaan selepas mengalami masalah mekanikal.

-- BERNAMA



proton-aprc-1-500x300.jpg


proton-aprc-2-500x266.jpg


proton-aprc-3-500x325.jpg


proton-aprc-4.jpg
 
Last edited:
syabas proton ..keta n pemandu pun kelas dunia punya...
 
yosshhhh...tahniah buat pasukan rali satria neo s2000 krn dpt tmpt pertama.
 
season lepas pon patut bule jadi champion
tapi ada problem radiator breakdown
mungkin season ni tak berulang lagi problem tu
 
kalau protone keluarkan enjin performance camni,.... agak2 berapa lah harga nye... 200 ribu kot
 
Back
Top
Log in Register