BTC USD 85,694.7 Gold USD 4,341.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Satria Neo S2000 kembali beraksi dalam Kejuaraan Rali Asia Pasifik

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
satrianeos.jpg
Proton Satria Neo S2000 sekali lagi bakal memberikan saingan sengit dalam kempen Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) musim 2011, kali ini Proton Holdings Berhad melalui divisyen perlumbaan Proton Motorsports, berazam untuk mencatatkan kemenangan bagi mengulangi pencapaian cemerlang mereka pada tahun lepas (tempat kedua kategori pengeluar). Sehubungan dengan itu bertempat di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya kelmarin pada majlis pelancaran rasmi APRC 2011, Proton telah melancarkan jentera S2000 mereka dengan kehadiran bersama pemandu Alister McRae dan Chris Atkinson.

Rali pertama yang akan diadakan ialah Rali Malaysia di Johor yang akan bermula dari 1 hingga 3 April ini, di mana pasukan Proton Motorsports berazam untuk meraih kedudukan terbaik pada pusingan pembukaan itu. Selain mempersembahkan Proton Satria Neo S2000, Satria Neo yang dibangunkan bersama penala terkenal Cusco dari Jepun turut dilancarkan dalam majlis tersebut. Diletakkan dalam kategori Group N iaitu kereta keluaran standard dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh FIA, dua buah jentera itu akan turut beraksi dan akan dipandu oleh pemandu dari Jepun, Kosuke Takashino dan Akira Bamba


satrianeoc.jpg

Dengan penampilan dalam sukan rali yang mendapat perhatian meluas dari penonton di seluruh dunia di lebih 129 negara, Proton bukan saja mendapat pendedahan dan input berguna dalam membangunkan setiap model kenderaan mereka, malah sukan rali itu sendiri merupakan salah satu cara mempromosikan jenama Proton ke peringkat global. Kejayaan Proton dalam sukan rali akan mengukuhkan nama syarikat itu sebagai pengeluar automotif terkemuka di dunia setanding dengan syarikat terkenal lain.

Selepas Rali Malaysia, APRC 2011 akan diteruskan di Rali Australia pada 13 sehingga 15 Mei 2011


Asia Pacific Rally Championship (APRC) 2011

1 – 3 April Malaysia
13 – 15 May Australia
17 -19 June Nouvelle Caledonie
15 – 17 July New Zealand
30 Sep – 2 Oct Japan
4 – 6 Nov China
 
Berita menggembirakan buat peminat Proton, khususnya peminat pasukan Proton Motorsports apabila pemandu mereka Chris Atkinson menduduki tempat pertama manakala Alister McRae di tempat ketiga dalam Rali Malaysia APRC 2011. Tempat kedua dimenangi pasukan MRF bersama pemandunya Gaurav Gill. Hari ketiga perlumbaan di Tai Tak Estate, Kota Tinggi, Johor hari ini memperlihatkan kereta Satria Neo S2000 berjaya membuktikan ketahanan dan prestasi cemerlang walaupun pada tahun lepas masalah mekanikal telah menyebabkan kedua-dua buah kereta terkeluar awal dari saingan.

Segala keraguan akan kemampuan pasukan Proton Motorsports dalam menangani keadaan di litar yang sukar dan mencabar kali ini telah terjawab dengan kemenangan 1-3. Chris Atkinson dan pembantu pemandu Stephane Prevot dari Belgium menamatkan dua tahap perlumbaan dalam jumlah masa 3 jam:14:49.3 saat dengan pemandu India Guarav Gill dan kereta Mitsubishi Lancer Evo X miliknya berada di tempat kedua dengan tempoh masa 3 jam:16:35.9 saat. Tempat ketiga berjaya dimonopoli oleh Alister McRae dan pembantu pemandu Bill Hayes dalam tempoh 3 jam:23:37.5 saat.

Perancangan rapi buat pasukan Proton Motorsports berjalan lancar pada akhirnya dan Atkinson memberikan pujian sepenuhnya kepada jentera Neo S2000 pada sidang media yang diadakan untuk pemenang. Menurut Atkinson, mereka telah mengambil langkah yang cukup besar hari ini merujuk kepada kemampuan prestasi kereta yang ditunjukkan sewaktu perlumbaan berlangsung. Sistem suspensi baru dan kerja-kerja pembangunan jentera melibatkan bahagian enjin telah terbayar. Tambahnya lagi, ianya merupakan permulaan yang sangat bagus tahun ini apabila melihat kepada pusingan seterusnya dalam perlumbaan Asia Pacific Rally Championship.

“Rahsia kepada kejayaan kami di sini untuk Alister (McRae) dan saya ialah cara bagaimana kereta memberikan respon (tindakbalas). Itulah sebabnya kenapa kami menang di sini dalam jumlah margin yang besar,” kata Atkinson. Sementara itu tidak dilupakan pasukan Proton Cusco Rally Team yang menampilkan dua buah Proton Satria Neo 1600c khusus untuk rali dalam Group N, telah berjaya menduduki tempat kelapan dan kesembilan. Kedua-dua kereta itu dipandu pemandu Jepun, Akira Bamba dan Kosuke Takashino.

Buat pasukan Proton Motorsports yang telah mengharumkan nama negara di tempat sendiri dalam perlumbaan pembukaan APRC 2011 musim ini, ucapan sekalung tahniah diberikan. Teruskan menghadapi cabaran dalam perlumbaan seterusnya di Australia pada 13-15 Mei depan.


http://www.youtube.com/watch?v=09RbT_apIfk&feature=player_embedded
http://www.youtube.com/watch?v=fUbTm0KEPTA&feature=player_embedded
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register