BTC USD 84,703.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FT Kelayakan Olimpik (14 Mac 2012 Jam 7 PM) - Syria [3] [0] Harimau Muda

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836

Skuad olimpik negara sudah melepasi pusingan pertama kelayakan dengan menundukkan pakistan 2-0 secara agregat.
Sekarang masih menanti lagi pasukan mana yang menjadi halangan seterus nya bagi skuad olimpik negara.
Semoga Malaysia dapat mara ke pusingan seterus nya :)cgrock

Pasukan pasukan Asia yg da layak ke pusingan seterus nya

2011-03-29_193859.png


Undian telah selesai.
Perlawanan adalah timbal balik yg akn berlangsung pada 19 dan 23 Jun 2011.

2011-03-30_183146.png


Pusingan ke 2

Pasukan Asia yg layak ke peringkat kumpulan kelayakan Olimpik

Malaysia
Japan
South Korea
Australia
Uzbekistan
Saudi Arabia
Syria
Qatar
Iraq
Bahrain
United Arab Emirates
Oman


Jadual Penuh Perlawanan Malaysia:

21 September
Jepun vs MALAYSIA

23 November
MALAYSIA vs Syria

27 November
MALAYSIA vs Bahrain

5 February
Bahrain vs MALAYSIA

22 February
MALAYSIA vs Jepun

14 March
Syria vs MALAYSIA

Tertakluk kepada pindaan dan perubahan.

Pusingan Kalah Mati

3 naib juara kumpulan akn bermain kalah mati yg di jadual kan pada 25, 27, 29 Mac 2011.

Pemenang perlawanan tersebut akan menentang pasukan ke 4 CAF utk memburu slot terakhir asia ke sukan olimpik
 
Last edited:
Siapa 'jodoh' skuad Olimpik?

LAWAN skuad bola sepak Olimpik kebangsaan bimbingan jurulatih Ong Kim Swee bagi pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 pada 19 dan 23 Jun depan bakal diketahui petang esok.

Namun apa yang pasti, lawan skuad bawah 22 tahun negara itu bukanlah pasukan mudah berdasarkan ranking pasukan yang disusun mengikut prestasi pada pusingan kelayakan dan pusingan akhir Sukan Olimpik 2008.

Malaysia di ranking ke-19 daripada 24 pasukan akan di- letakkan dalam Kumpulan 2 bersama-sama Vietnam, Kuwait, Thailand, Oman, UAE, Iran, Yemen, Hong Kong, Jordan, India dan Turkmenistan (ranking 13 hingga 24).

Manakala 12 pasukan teratas (1 hingga 12) akan diletakkan dalam Kumpulan 1 iaitu Korea Selatan, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Korea Utara, Syria, Lebanon dan Uzbekistan.

Apa yang pasti, lawan Malaysia pada pusingan kedua itu hanyalah dari kala- ngan 12 pasukan Kumpulan 1 dengan kebarangkalian besar untuk berdepan negara Arab (Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Syria, Lebanon) atau negara Asia Timur (Korea Selatan, China, Jepun, Korea Utara).

Bagi Kim Swee, 41, perlawanan pertama pusingan kedua pada 19 Jun depan bakal menjadi detik paling penting bagi menentukan hala tuju skuad negara yang dibarisi majoriti pemain dari skuad Harimau Muda A.

“Mana-mana pasukan yang akan kita jumpa sudah tentu mempunyai kekuatan masing-masing. Tiada beza andai kita jumpa Korea Selatan, Jepun, Uzbekistan mahupun Qatar.

“Cuma pasukan-pasukan dalam Kumpulan 2 termasuk Malaysia akan beraksi di tempat lawan dahulu sebelum beraksi di tempat sendiri pada 23 Jun depan dan ini mahu saya jadikan satu kelebihan.

“Kita perlu atur strategi bagi memastikan perlawanan pertama berakhir dengan keputusan memihak kepada kita, tidak kiralah kita berjaya mengikat pasukan tuan rumah atau tewas dengan jaringan tipis.

“Ini kerana saya yakin para pemain kita mampu memberikan aksi dan keputusan lebih baik apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri pada perlawanan kedua,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Malaysia layak ke pusingan kedua setelah menyingkirkan Pakistan pada pusingan pertama bulan lalu dengan mencatat kemenangan 2-0 pada aksi pertama di Shah Alam sebelum seri 0-0 pada aksi kedua di Lahore.

Kim Swee yang turut mengemudi skuad Harimau Muda A bakal mengharungi aksi padat sembilan perlawanan Liga Super sepanjang April ini bermula pertemuan dengan Kelantan di Kota Bharu, Jumaat ini.
 
Leh listkan x skuad yg layak stage yg seterusnya..
 
xkisah sapa lawan kita....lawan kt malaysia,kitai je sapa2 pun..
 
Back
Top
Log in Register