BTC USD 84,194.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
KUALA LUMPUR, 28 Mac -- Kementerian Pengajian Tinggi menerima 120,000 permohonan bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dan 69,606 Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf sehingga 23 Mac lepas.

Permohonan itu diterima sejak Aplikasi Dalam Talian untuk kedua-dua program itu dibuka mulai 10 Jan lepas dan akan berakhir 4 April ini.

"Mulai tahun 2011, Pusat Pengambilan Setempat bagi permohonan dan pemilihan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) akan diselaras oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi atau UPU, dan Kementerian Pengajian Tinggi," kata kementerian itu dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Kenyataan itu berkata calon boleh memohon program peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan di 350 institusi di seluruh negara.

Kelayakan pemohon ialah dari lulusan SPM atau lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau lulusan sekolah menengah.

"KPT menyasarkan 100 peratus daripada 467,970 calon lepasan SPM Tahun 2010 akan mengemukakan permohonan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), TEVT dan ILKA," kata kenyataan itu.

Calon wajib menyemak Syarat Khas Kelayakan Program Pengajian yang layak dimohon berdasarkan keputusan peperiksaan melalui i-MAS-C-U (Intelligence Management Admission System Checking To University) di http://imascu.upu.mohe.gov.my bagi memastikan mereka tidak memohon program pengajian yang tidak layak.

Menurut kenyataan itu, pemohon boleh mendapat khidmat runding cara tatacara permohonan dan peluang pengajian tinggi melalui bimbingan agensi yang berperanan sebagai pemudah cara di Karnival Pengajian Tinggi Negara kali ketujuh di Mines, Seri Kembangan, Selangor pada 2 hingga 3 April mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan syarat program boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-88835801 atau 03-88835802 atau e-mel ke [email protected].
 
bukan semua leh masuk IPTA..byk filter lg tu...
 
lepas tu da masuk UiTM senang2 jer extend sebab dpt masuk Akademi Fantasia 9... baik bg peluang kepada mereka2 yg betul2 berminat nak belajar :D namanya dirahsiakan tp mungkin dia antara peserta paling muda!!! opss... sorry terlepas
 
lepas tu da masuk UiTM senang2 jer extend sebab dpt masuk Akademi Fantasia 9... baik bg peluang kepada mereka2 yg betul2 berminat nak belajar :D namanya dirahsiakan tp mungkin dia antara peserta paling muda!!! opss... sorry terlepas

hahaha, sapa ni? jeng jeng jeng....
 
hahaha, sapa ni? jeng jeng jeng....

jeng jeng jeng~ peserta paling muda... Kesatria Negara 1 pon repeat... sygnya... da nak habis sem 2 (sebab dia sem 2) pegi extend... boleh pulak extend sebab masuk rancangan nonsense mcm ni... ada member yg register subjek probs... minta extend x dpt2... mcm la ha nat x UiTM? :)):)):))
 
Seronok kalau dapat kembali pada zaman mula2 masuk IPTA..

Persaingan pun dah makin sengit.
 
Back
Top
Log in Register