BTC USD 84,024.3 Gold USD 4,279.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan Percaya SMS Mengenai Kesan Radiasi Di Malaysia - Muhyiddin

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
PUTRAJAYA, 15 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun.

Menyifatkan penyebaran sms itu sebagai tidak bertanggungjawab, Muhyiddin berkata Malaysia selamat daripada sebarang ancaman dengan agensi terbabit sentiasa memantau perkembangan di Jepun dan di negara ini.

Justeru beliau meminta orang ramai supaya tidak terpedaya atau panik sebelum meneliti kesahihan maklumat tersebut.

"SMS itu dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita mudah menerima apa sahaja yang dilaporkan itu dengan tidak menyemak.

"Jangan kita timbulkan kebimbangan yang agak luar biasa, walaupun berlaku di Jepun tetapi sehingga orang ramai rasa takut untuk mengurus atau buat kerja seperti biasa," katanya.

Muhyiddin bercakap kepada pemberita selepas majlis Perasmian Penutupan Program Keluarga 1Malaysia, anjuran Kementerian Pelajaran, di sini Selasa.

"Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun. Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya.

Semalam Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) akan memberi penjelasan dalam tempoh terdekat mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji di Jepun itu.

Gempa bumi dan tsunami itu mengorbankan lebih 1,000 penduduk di Jepun.
 
yor la 2.. jgn beli payung tgh hujan lebat dah leeerrrr
 
ko ckp senang la TPM oit... kalo ko n the gangs kne virus pon kt malaysia ni korg leh dapat servis perubatan tip top.. rakyat cam kami ni. pe cite plak??
 
menteri sng la ckp...
yg nk mampus ni rakyat...
 
Back
Top
Log in Register