BTC USD 85,423.9 Gold USD 4,323.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

40 tahun Rahsia Kecantikan Nasha Aziz

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
Nasha.jpeg


PELAKON dan model, Nasha Aziz punya cara sendiri untuk menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Sebagai figura awam, sudah semestinya mempunyai amalan tertentu yang menjadikannya dirinya begitu mempersona ketika di hadapan khalayak.

Heroin filem Kad Cinta ini memberitahu bahawa dia mempraktikkan lima perkara dalam memastikan dirinya selesa untuk berdepan dengan kerjaya harian.

1. Kesihatan mental

Super model nombor satu negara ini sentiasa berfikiran positif dalam memastikan dirinya sentiasa ke hadapan. Menjaga akal dari memikirkan perkara yang bukan-bukan atau yang memberi impak kepada mood sehariannya.

2. Fizikal yang menawan

Jujurnya, dia jarang membuat latihan jasmani yang lasak seperti joging atau berenang kerana masanya banyak di tempat kerja. Senaman ringannya seperti mengemas rumah dan berjalan-jalan.

Justeru, Nasha memastikan kesihatan tubuhnya dengan mendapatkan suplemen ginseng sebiji tablet yang dimakan setiap pagi. Amalan makan pertama di kala perut sedang kosong tersebut dapat membantu badannya sentiasa panas.

Selain itu, pelakon filem Hati Biru ini juga menelan sebiji tablet kunyit yang baik untuk sistem penghadaman.

Bijirin juga menjadi pilihan bagi mengelak dari kemasukan gas dalam badan kerana kerjanya kadang kala tidak tentu masa.

Nasha makan nasi setiap hari tetapi tidak mengambil minuman bergula. Air lemon pekat tanpa gula juga antara minuman kegemaran saya. Selain itu, saya juga makan coklat tanpa susu dan telur putih.

3. Naluri mesti bersih

Wanita berusia 40 tahun ini sentiasa menjadi keinginan nalurinya. Tidak mahu didesak dengan sebarang anasir yang menyebabkan dirinya terlibat dengan tabiat-tabiat yang boleh merosakkan hatinya. Tidak kisah dengan apa yang dikatakan orang sekeliling mengenai dirinya termasuk gosip yang mengatakan tentang perkahwinannya dalam masa terdekat.

4. Pergaulan yang sihat

Sebenarnya, pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-14 (FFM14) ini tidak punya kawan baik yang terdiri dari golongan artis dalam industri. Dia sangat memilih untuk mencari kawan yang benar-benar boleh dipercayai. Berdasarkan pengalaman lepas, Nasha semakin selektif ketika berkawan dan tidak mahu hidup dalam kepura-puraan.

5. Kawalan emosi

Pemilik nama sebenar Noraishah Abdul Aziz ini juga sentiasa menarik nafas panjang tatkala berdepan dengan masalah. Tidak suka marah-marah dan sentiasa tersenyum andai berdepan dengan konflik.:">:">
 
igt ke rahsia cantek sepanjang 40 tahun tu selalu amalkan ambil wuduk.. tapi tak der ceritarin.. wuhuuuuuuuhuu
 
dh umur 40 ke??rs cam bru smlm je tgk video nasha:eek::eek:
 
igt ke rahsia cantek sepanjang 40 tahun tu selalu amalkan ambil wuduk.. tapi tak der ceritarin.. wuhuuuuuuuhuu

x baik ckp camtu bro..dia xnk org ckp nnt dia menunjuk2 plak klu ckp camtu..tp kwn den ada ckp nasha slalu g blaja agama kat area KL..semoga dia berubah & peroleh hidayah..amin..:)cgrock
 
die dh kawen ke..klu x kawen lg..aku sanggup jd laki die
 
xsabar plak aku nk tgk umor dia 50 - 60 tahun.. agak2 sama lagi x nanti he
 
Back
Top
Log in Register