Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 23-01-2011, 04:40 AM
kenzo_808 kenzo_808 is offline
Newbie

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2010
Posts: 47
Thanks (Received): 13
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Thumbs up Bruce Lee mati kerana tewas dengan Silat Melayu?

Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.



Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.

Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya.



Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.


Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee.

Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.

Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut.

Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak.

Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.

Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.

Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.



Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.

Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jee Kune Do nya.)

Dia bertarung dgn Dicky Zulkarnaen (pelakon Indonesia yg top sekitar awal 80-an). Dicky ni bertarung dgn Bruce Lee atas alasan sama-sama artis dalam seni bela diri.. Ketika bertarungan Bruce Lee menggunakan 100% kekuatan tendangannya kepada rusuk Dicky. Akibatnya Dicky secara tak sengaja melepaskan tenaga cakranya ke dada Bruce Lee, lalu Bruce Lee jatuh.

BEBERAPA HARI SEBELUM KEMATIAN

Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita - berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat 'dubbing' untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.

BEBERAPA JAM SEBELUM KEMATIAN
Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yang popular pada masa itu.

BEBERAPA MINIT SEBELUM KEMATIAN


Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yg mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Jadi, lebih kurang pukul 7.30 pm, dia pun berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkan Lee tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital. Tetapi, Lee sudah pon meninggal sebelum sampai di hospital. Jadi, itu adalah 'cerita rasmi' tentang kematian Bruce Lee

Last edited by kenzo_808; 23-01-2011 at 04:44 AM.. Reason: Correction
Reply With Quote
Thanks yussys, Fixaro, armins_eye, malrockstar, amins33 and 8 others thanked for this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 23-01-2011, 04:43 AM
-pojie- -pojie- is offline
Well-Known
Member
XM Official
Representative

-pojie-'s Avatar
 
Trader Rating: (77)
Join Date: Oct 2008
Location: dlm rumah~~~
Posts: 20,952
Thanks (Received): 47
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

rasenye dh ade thread psl nie..
Reply With Quote
  #3  
Old 23-01-2011, 04:46 AM
kenzo_808 kenzo_808 is offline
Newbie

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2010
Posts: 47
Thanks (Received): 13
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

yeke.. klu ade sorryla.. ignore jela
Reply With Quote
  #4  
Old 23-01-2011, 05:02 AM
Y.O.N Y.O.N is offline
Active Plus

Y.O.N's Avatar
 
Trader Rating: (21)
Join Date: Jan 2011
Location: KL-FRANCE-JAPAN
Posts: 3,745
Thanks (Received): 6
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Takper la.. aku baru dapat baca...
Reply With Quote
  #5  
Old 23-01-2011, 08:34 AM
haniefmunchkien haniefmunchkien is offline
Active Member

haniefmunchkien's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2010
Posts: 1,372
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

sekadar mengenang sejarah.. org kenang arwah tok meor bleh patahkan siling 50 sen ngan jari, bleh angkat meriam sebelah tangan n etc.. tp skang apa dah jd ngan gayong? retak seribu.. dari yg dipertua, khalifah besar sampai ke khalifah muda dok perkuda gayong utk cari duit cari pengaruh... apa nak jd ngan melayu...
Reply With Quote
  #6  
Old 23-01-2011, 08:37 AM
jejantas jejantas is offline
CG Top Poster Club

jejantas's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Sep 2007
Posts: 24,538
Thanks (Received): 916
Likes (Received): 3
Active Level
Default

Renti2 ler ceta donggeng nih .... dari zamandulu saya dok dengar ceta x munasabah nih...
Reply With Quote
Thanks Overclock thanked for this post
  #7  
Old 23-01-2011, 08:40 AM
mybasah mybasah is offline
Newbie

mybasah's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2010
Posts: 35
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
Default

dah ajal la tu...nak wat camne kan
__________________
“Dan, jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.” QS.Ibrahim:34
Reply With Quote
  #8  
Old 23-01-2011, 08:43 AM
rebellion rebellion is offline
Legendary Member

rebellion's Avatar
 
Trader Rating: (42)
Join Date: May 2010
Location: Steam/DoTa2
Posts: 15,958
Thanks (Received): 32
Likes (Received): 6
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

tanaga cakra yang aku paling suka sekali...haha..kuasa dalaman tu...kamekameha
Reply With Quote
  #9  
Old 23-01-2011, 08:43 AM
rebellion rebellion is offline
Legendary Member

rebellion's Avatar
 
Trader Rating: (42)
Join Date: May 2010
Location: Steam/DoTa2
Posts: 15,958
Thanks (Received): 32
Likes (Received): 6
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by jejantas View Post
Renti2 ler ceta donggeng nih .... dari zamandulu saya dok dengar ceta x munasabah nih...
memang tu lah kisahnye...xde yang tak logiknye
Reply With Quote
  #10  
Old 23-01-2011, 08:45 AM
jejantas jejantas is offline
CG Top Poster Club

jejantas's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Sep 2007
Posts: 24,538
Thanks (Received): 916
Likes (Received): 3
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by rebellion View Post
memang tu lah kisahnye...xde yang tak logiknye
Org Indon Declare Hero Filem mereka yang kalahkan Bruce Lee (Iskandar Zulkarnain) ... Org Mesia kata lak Gayong ... ...


Takdok bukti pun tuan ... yang ada hanya cakap2 mulut sahaja...
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply Share This Thread

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold