Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > CRIMES, SCAMS, CONSUMERS, ILLEGAL ACTIVITES > Consumers > Consumer Info, Discussion

Consumer Info, Discussion Share useful information to other consumers. Discuss to get more clearer picture of some brand of products & services

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 24,114
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 54,739
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 42,088
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 10-11-2010, 10:51 PM
Cybersetan Cybersetan is offline
Junior Member

Cybersetan's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2010
Location: Bangalore, India
Posts: 95
Poster Rank: #14539
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Thumbs up [Berita] Pemilik Pusat Rawatan Keraton di TANGKAP (SCAM SURGERY) - Mac 2012

Update terbaru:

Dgn terhapusnya Akta Buang Negeri, Johari Mansor telah kembali ke Kg.Melayu Majidee, JB dan nampaknya masih bebas ke sana sini~!

Berhati2 dgn helah terbarunya - iaitu penubuhan "PERWARIS":



Awas dan Ambil Perhatian agar kita semua tidak DIPERDAYA olehnya dan kaum kerabatnya:

------------------->http://www.facebook.com/groups/275704995787003/ <-----------------------



Maklumat dari Sabah ->


PUSAT RAWATAN KELENTONG (KERATON) CAWANGAN TG.ARU, SABAH, DISERBU KEMENTERIAN KESIHATAN PADA AHAD 5/6/2011


Pewaris ilmu kelentong JOHARI MANSOR di Sabah:


Raden Azrul Amirullah bin Johari Mansor dan Raden Zulfadhli bin Johari Mansor






Link: http://www.carigold.com/portal/forum...=187788&page=9




Untuk makluman semua:




(thanks to anonymous for this picture)



Update terbaru (2/2/2011 - Rabu):
Quote:
Percubaan terbaru PUSAT RAWATAN KERATON (31/1/2011) utk 'membersihkan' namanya:

http://tahniahkepadapusatrawatankeraton.blogspot.com/

Teliti maklumat2 didalam website diatas dan beri pandangan anda~
(website ini akan saya bawa ke pengetahuan Kementerian Kesihatan Malaysia utk tindakan lanjut)
Update lagi, petikan dari blog (credit to the blogger):

Quote:
Saturday, January 22, 2011


PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL BERGELAR DATO DICEKUP POLIS.


Nama beliau jika disebut agak terkenal di selatan tanahair. Malah, ia turut disebut di laman forum seperti carigold, tranungkite dan banyak lagi.

Pelbagai persoalan di forum terbabit mempertikai gelaran yang diperolehi oleh lelaki ini yang turut menjalankan kelas mengajar ilmu persilatan.

Lelaki ini pernah ditahan pada tahun 80-an dan dihadapkan ke mahkamah kerana menipu.

Baru-baru ini, klinik perubatan tradisional yang dijalankan diserbu Kementerian Kesihatan kerana tidak mempunyai sijil pengamal perubatan sebagaimana dikehendaki undang-undang. Malah, dia juga tidak memiliki kelayakan untuk membuka klinik perubatan. Kalau klinik tayar tak payah sijil.

Rabu lalu, ketika hendak menaiki pesawat ke Sarawak, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor menahan lelaki ini untuk disiasat atas jenayah menipu.

Difahamkan, penipuan lelaki ini turut menarik perhatian Istana Johor. Ini berikutan dakwaan lelaki ini yang mengaitkan diri dengan salasilah kesultanan malah turut memanggil dirinya Beta dan memakai pakaian yang mirip seorang sultan.

...

Text lengkap:

http://www.hazrey.com/2011/01/pengam...-bergelar.html

http://www.hazrey.com/2011/01/dato-j...dah-palsu.html






Quote:
Pusat Rawatan Keraton hadapi tuduhan



JOHOR BAHRU 7 Okt. - Pemilik Pusat Rawatan Keraton yang melakukan rawatan 'pembedahan' secara tradisional atau batin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menjalankan operasi pusat jagaan kesihatan swasta tanpa lesen, Jun lalu.

Johari Mansor, 52, dan Rusnani Rahaman, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Norazlan Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menjalankan operasi pusat jagaan ambulatori swasta tanpa lesen mengikut perenggan 3(c) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di No. 34, Jalan Padi Emas 32, Bandar Baru Uda di sini kira-kira pukul 6.30 petang, 9 Jun lalu.

Dakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Subseksyen 5(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 5(1)(b)(i) akta sama.

Jika sabit kesalahan, pusat rawatan berkenaan boleh didenda maksimum RM500,000 dan pemiliknya boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya.

Norazlan menetapkan 29 November ini untuk perbicaraan kes tersebut.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amira Suriati Zainal manakala tertuduh diwakili peguam bela, Zamri Idrus.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pusat rawatan berkenaan diserbu pihak kementerian pada 6 Jun lalu kerana didakwa melakukan rawatan 'pembedahan' secara tradisional atau batin.

Beliau berkata, hasil serbuan yang dijalankan Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS) Johor dan Selangor, pihaknya merampas beberapa perkakas dan peralatan yang dipercayai digunakan dalam pembedahan batin tersebut.
...

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info...h&pg=ma_04.htm



(Added - 17/5/2011)

Quote:
Pemilik Pusat Rawatan Keraton didakwa

JOHOR BAHRU 14 Okt. - Pemilik Pusat Rawatan Keraton yang melakukan 'pembedahan' secara tradisional atau batin, Johari Mansor sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menjalankan operasi pusat jagaan kesihatan swasta tanpa lesen, Jun lalu.

Johari, 52, dan isteri, Rusnani Rahaman, 49, yang juga rakan kongsi pusat berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menjalankan operasi pusat jagaan ambulatori swasta tanpa lesen mengikut perenggan 3(c) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di No. 34, Jalan Padi Emas 32, Bandar Baru Uda di sini pada pukul 6.30 petang, 9 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(2) akta tersebut dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(2) (aa) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Anwar Raof sementara Johari diwakili peguam Bustaman Menon Abdul Hamid Menon.

Habibah menetapkan 29 November ini bagi perbicaraan kes tersebut....

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info...h&pg=ma_05.htm


Artikel dan berita2 yg lalu:

Quote:
From DEWAN MASYARAKAT, July 2009 -

Menyedari isu pembedahan batin yang semakin mendapat perhatian masyarakat, sidang editor Dewan Masyarakat mendapatkan pandangan Ketua Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Madya Dr. Razman Jarmin.

Menurut beliau terdapat dua kaedah perubatan yang diamalkan oleh kebanyakan pesakit - perubatan moden dan perubatan tradisional. Perubatan moden mempunyai prosedur ataupun ujian tertentu untuk mengesan penyakit, manakala rawatan batin berlandaskan kepercayaan semata-mata.

Terdapat pesakit yang percaya penyakit mereka semakin pulih setelah mendapatkan rawatan batin. Persoalannya, adakah sesuatu penyakit itu sembuh disebabkan rawatan tersebut? Dr. Razman juga tidak menolak kemungkinan penyembuhan penyakit berlaku secara kebetulan. Hal ini demikian kerana, beliau mendapati masih belum ada bukti empirikal yang dapat menyatakan keberkesanan pembedahan batin.

"Kami (pakar bedah) tidak menghalang pesakit mendapatkan rawatan alternatif kerana menjadi hak pesakit menentukan rawatan yang mereka mahukan. Namun terdapat banyak pesakit yang semakin teruk setelah membuat pembedahan batin." Jelas Dr. Razman

Menurut Dr Razman, faktor yang menyebabkan pembedahan batin begitu popular dalam kalangan pesakit adalah kerana perubatan tersebut lebih mudah dipercayai dan mudah tersebar dari mulut ke mulut.

"Saya cabar mereka kemukakan bukti. Jika benar mereka pakar dalam melakukan pembedahan tanpa meniggalkan kesan parut, saya berpendapat pengamal ini layak mendapat Anugerah Nobel," ujar Dr Razman yang mendakwa bahawa pakar perubatan moden juga sedang beusaha melakukan pembedahan tanpa kesan parut.

Pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Ramli Abdul Ghani, menjelaskan bahawa pembedahan batin bercanggah dengan konsep peubatan Islam dan perubatan moden. Oleh hal demikian, kerajaan tidak mengiktiraf sebarang bentuk pembedahan batin.

Ketika melakukan perbincangan bersama-sama dengan Penasihat Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia, Datuk Dr Harun Din, beliau menjelaskan bahawa pembedahan batin melibatkan penggunaan syaitan dan jin sebagai perantaraan.

"Kaedah tersebut semestinya membawa kepada khurafat dan syirik. Syirik merupakan dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah SWT. Banyak tokoh agama di Malaysia berpendapat bahawa mereka berasa waswas dengan pembedahan batin," ujar Dr Ramli.

Link2 berkaitan:

http://medicine.com.my/wp/?p=7371


Google "PUSAT RAWATAN KERATON"~

Selamat membaca~
__________________
Google - "Pusat Rawatan Keraton" and learn more about this scam~

Last edited by Cybersetan; 13-07-2012 at 09:18 PM.. Reason: updating thread
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 10-11-2010, 11:19 PM
Cybersetan Cybersetan is offline
Junior Member

Cybersetan's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2010
Location: Bangalore, India
Posts: 95
Poster Rank: #14539
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

AMARAN DARI KEMENTERIAN KESIHATAN (SILA TELITI GAMBAR2 BERIKUT):














Quote:
3 lelaki dijel guna nama MB Johor

JOHOR BAHRU - Tiga lelaki dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah dalam kes penipuan penjualan tanah bernilai RM9.3 juta dengan menggunakan nama Menteri Besar Johor, 15 tahun lalu.

Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap pengamal perubatan tradisional, Md. Jhomi Supian, 56, dan ahli perniagaan, Johari Mansor, 52, manakala tiga tahun penjara ke atas broker tanah, Yap You Jee, 61, kerana menipu Pengarah Syarikat Solid Estate (Sarawak) Sdn. Bhd., Datuk Ding Lian Cheon.

Mereka dituduh memperdaya mangsa dengan mendakwa telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Negeri Johor untuk pembelian lot tanah 21448 dan 1152 di Jalan Skudai, di sini dengan harga RM7.5 juta di antara 28 Jun 1995 dan 25 Julai 1995.

Berikutan itu mereka didakwa menerima cashier's order bernilai S$3.45 juta (RM6.14 juta) daripada Lian Cheon, yang ditunaikan dengan kad pengenalan palsu tertera nama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Md. Jhomi dan Johari juga didakwa menipu Lian Cheon dengan mendakwa telah mendapatkan pembatalan tuntutan premium keatas tanah tersebut daripada Majlis Mesyuarat Negeri Johor di Hotel Tanahmas di Sibu, Sarawak pada 10 September 1995.

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh telah mendapat bayaran sebanyak RM2 juta daripada Lian Cheon di Hotel Hyatt Regency di sini pada 23 September 1995.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_04.htm
Quote:
Trader fined for having scheduled poisons

Published on: Wednesday, October 03, 2007

Kota Kinabalu: A 45-year-old businessman was fined RM2,000 or a month jail by the Sessions Court here Tuesday for having scheduled poison for sale without a licence.

Muzafar Amil Hussin pleaded guilty before Judge Ravinthran Paramaguru to having nine medicines and beauty products, which among others contained Dexamethasone, Cyproheptadine and Hydroquinone, all listed as scheduled poison.

He had committed the offence at 9.30am on Feb 9, this year at his shop Siti Aluna Enterprise, Ground Floor, Bock M, Sinsuran Shopping Complex here.

Muzafar was charged under Section 13 (a) of the Poisons Act 1952 (revised 1989) and punishable under Section 32(2) of the same Act which provides for a fine of up to RM3,000 or up to one year jail or both on conviction.

Heng Tick Eu of the Health Department's pharmacy enforcement unit, prosecuting, told the court that Muzafar's premises was inspected by the enforcement team.

He said 19 products suspected to be containing poisons were seized when Muzafar failed to produce licence for keeping or selling them.

Investigation revealed that nine of the products were found containing scheduled poisons.

In another case, Johari Mansor, from Johore claimed trial to two counts of similar charge and another count of having unregistered products for the purpose of selling them.

Johari pleaded not guilty to having six items which among others containing Ampicilin, Levonorgestral, Betamethasone, Amoxycilin and Cimetidine, all listed in First Schedule of Poisons Act 1952.

He allegedly committed the offence at 10.45am on June 1, last year at Pusat Latihan dan Rawatan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan, Wisma PSSGK, Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru.

On the second count, he was accused of having 15 items, which were unregistered products at the same place and time.

The charge framed under Regulation 30(1) of the Cosmetics and Drugs Control Regulations 1984 and punishable under Section 12 (1) of the Drugs Sales Act (revised 2000) which provides for a maximum fine of RM25,000 or three years jail or both on conviction.

Johari was also alleged to have eight strips of Pontalon containing Metenamic acid, which is listed under the First Schedule of the Poisons Act, at the same premises at 2.45pm on Sept 19, last year.

Johari, who claimed to be a doctor and a Datuk, was offered bail at RM1,000 in one surety pending the hearing on Aug 18 to 22, 2008.

Heng told the court that the prosecution has 11 witnesses.
Sumber : http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=53096
__________________
Google - "Pusat Rawatan Keraton" and learn more about this scam~

Last edited by Cybersetan; 30-06-2011 at 11:20 AM..
Reply With Quote
  #3  
Old 26-11-2010, 11:08 PM
Cybersetan Cybersetan is offline
Junior Member

Cybersetan's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2010
Location: Bangalore, India
Posts: 95
Poster Rank: #14539
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Pengakuan dari mangsa penipuan PUSAT RAWATAN KERATON:

Quote:
Salam....

Maaf kerana saya lewat membalas msg ni...untuk pengetahuan semua, emak & nenek saya telah membuat rawatan di pusat rawatan keraton di bndr baru sentol,kl pada jan 08, itupun kerana desakan dari bapa saudara yang terlalu yakin akan rawatan ini.

Untuk pengetahuan semua mak saya mengidap penyakit kanser dan nenek saya ketumbuhan didalam otak...Sampai di sana, seperti pesakit lain kami d suruh utk mengisi borang dimana borang itu terdpt pantang larang & juga perjnjian jika berlaku apa2 kita tak boleh mengambil tindakan......

pandai betul si wak raden ni kan.......so...bila kite nak saman @ report polis pun kita tak bleh la nak menang coz kite dah sain surat perjanjian tu....so sampai la giliran mak saya untuk mendapatkan rawatan....dan saudara terdekat bolehlah merakam pembedahan secara ‘live’ tu...

bapa saudara saya yg merakam pembedahan tersebut, saya hanya memerhati di luar, di tingkap kecil..memang la masa kite tngok memang Nampak real sangat2 pembedahan tu...tapi bila mak saya selesai je pembedahan tersebut..hati mak saya rasa memang tak sedap.......mak saya kata macam kene tipu hidup-hidup..coz nak tau apa yg dia buat kat mak saya dlm bilik tu...mak saya disuruh baring....

lepas tu mengucap..& mak saya kata keliling tmpt dia baring tu ada macam2 bentuk keris ada ...lepas tu si raden ni akan sapu minyak panas di tmpt yg nak dibedah tu sambil mulut dia membaca sesuatu mentera...di leher dan diperut...dia buat ni dalam keadaan mak saya sedar..lepas tu dia akan letak satu sekeping kain tebal diatas badan mak saya...ITULAH DIA PENIPUAN YG DIA BUAT..KAIN TEBAL TU LA DIA LETAK PERUT PALSU YG ADA HATI KE JANTUNG KE DAN MACAM2 LA..KONONNYA DIA NAK BELAH SECARA LIVE PERUT KITA...PADA HAL DIA DAH CIPTA PERUT PALSU DAH...so bila dia dah siap letak PERUT PALSU TU...dia akan panggil org yg nak rakam pembedahan tu masuk...

masa tu kita yg tngok ni memang la rasa real sangat......konon la dia bedah guna pisau lepas tu keluar le segala benda yg kononnya dia kata toksid dalam badan....nampakla dia selak hati....selak jantung..........kononnya real sangat la.....tapi padahal kita di tipu hidup2.......selepas pembedahan selesai kami diminta membayar sebanyak RM6260!!

Termasuk ubat apa2 entah.... bayaran tu sebab buat 2 tmpt iaitu di leher dan di perut..........tu baru mak saya.........nenek saya pun serupa....tapi ni lagi real.........siap ketuk kepala nenek dgn tukul......hahahahahaha.........kelakar betul.....kene tipu betul....mak& nenek saya memang sedar masa dia buat tu....tapi tak dengar pun apa dia buat....si raden ni dah baca dah macam2 leee...nenek saya pulak kene bayar RM3000 lebih....satu pembedahan je...cuba korang bayangkan 1 org RM3000 sehari 30 orng....sebulan dah berapa si raden ni dapat duit....tu yg dia boleh pakai kete yg berapa juta harga dia tu.....

kalu la betul2 alim kan...untuk yg sesiapa penah pegi la kan...cuba korang tngok yg jaga kauter tu...pakai tudung macam nak tak nak je...kat belakang kluar ekor...yg lelaki ada yg rambut panjang.........lu pk la sendiri.......so nak jadi citer...mak saya memang tak puas hati....

Genap je sebulan lepas tu mak saya pegi balik ke tempat tu...tujuan utama nak mintak balik duit RM6000 lebih tu...bila sampai giliran mak saya...apalagi....mak saya sembur la dengan macam2 kata2 kesat...macam2 la mak saya ugut.....last2 sekali wak raden pun sain la cek balik.........dia takut mak saya bawa ke tengah kes ni..dia pun tengok mak saya dia macam berani semacam je so dpt le balik duit kami.....alhamdulillah berkat rezeki yang halal kami dapat balik duit kami.........."
Quote:
Originally Posted by mangsatipu,Aug 4 2010, 05:13 PM
Testimoni Pengalaman Benar Keluarga saya di kenakan bayaran RM10,000.00untuk pembedahan serupa dilakukan diatas yang sebenarnya tak ubah seperti sebuah SET-UP pembikinan drama.

Bila kami dipanggil masuk ke bilik pembedahan itu, segala permainannya sudah diatur untuk ditayangkan.
Kami tidak dibenarkan menyentuh apa-apa tapi saya yang was-was dgn pertunjukan itu sempat mengambil dan menyorokkan sampel cebisan daging yang dipotong, kami hanya dapat melihat separuh jalan sahaja,

kemudian kami diarah keluar dari bilik itu, dan apabila selesai kami membawa ahli keluarga kami(pesakit) keluar dari klinik tersebut dan semakin keliru apabila kami dapati cebisan daging itu tadi bukan daging tetapi sesuatu yang lain dan bukan daging, dan darah yang ada pada daging itu pula tidak menjadi kering tetapi masih melekit, berminyak dan bukan darah.

Saya percaya ramai yang terpegun dan sudah terpedaya dan menjadi mangsa penipuan dan kehabisan banyak wang kepadanya tetapi tidak mahu melaporkan kepada pihak polis kerana khuatir atau malu digelar "kalut" atau percaya kepada "tahyul" bomoh.

Johari Mansor ini sudah ditangkap polis dan dia sedang didakwa kerana menipu, mungkin dia boleh terlepas kerana banyak duit tapi yang penting dia tidak akan terlepas dari perhitungan akhirat nanti.

Sungguh memalukan orang seperti ini menggunakan nama Islam dan bangsa Melayu untuk mencari kekayaan, kemudian bagi anak2nya makan! Astaghfirullah!
Sumber: http://atisnuna.multiply.com/




Berhati-hatilah dgn penipuan sebegini - google PUSAT RAWATAN KERATON SCAM untuk maklumat lebih lanjut.
__________________
Google - "Pusat Rawatan Keraton" and learn more about this scam~
Reply With Quote
  #4  
Old 01-12-2010, 05:09 AM
Cybersetan Cybersetan is offline
Junior Member

Cybersetan's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2010
Location: Bangalore, India
Posts: 95
Poster Rank: #14539
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Dipetik dari forum lain, bacalah dan fahami:

[QUOTE]I've posted this in other sections of this forum, now I'll put it up here:

*New Update - 29/11/2010 (Monday)

...and the story continues...


Basically here is the story:


The female patient (Sweetalia) in the video and in the blog below is a teacher by occupation, had been diagnosed with kidney cancer on her left kidney about 1 year ago.

She was scheduled to be operated to remove the malignancy in a govt. hospital, but due to the influence and 'advice' by friends and family members - she opted to have the "scarless and painless surgery" done by JOHARI MANSOR in PUSAT RAWATAN KERATON instead.

I came across her uploaded "surgery" video in Youtube around september 2009 and commented about the fraud/deceit of such "surgery" to her... but instead of listening to my advice, she condemned me for it and banned me from making anymore comments about her video (see below for her comments - click spoilers)







Original video:




She was apparently healthy for awhile (psychological factor? placebo effect? who knows) but less than 1 year after the apparently "miraculous surgery" she was again re-admitted into the hospital (Selayang Hospital) because of her "apparently removed tumour" was still there and now has become even worse than before (progressed to stage 3 cancer). She had a REAL operation this time on 10/5/2010 - but even then, according the her doctors - her future is uncertain.

I have arranged the blog entries in chronological order for all of you medical students and doctors to read and learn something out of this:

http://sweetalia-blog.blogspot.com/2009/08...pital-lagi.html (Tuesday, August 11, 2009)

http://sweetalia-blog.blogspot.com/2009/08...rt-2episod.html (Monday, August 17, 2009)

http://sweetalia-blog.blogspot.com/2009/08...t-3episode.html (Friday, August 21, 2009)

and the "miracle surgery":

http://sweetalia-blog.blogspot.com/2009/09...kena-bedah.html (Sunday, September 13, 2009)

and NOW:

http://sweetalia-blog.blogspot.com/2010/08...t-berpuasa.html

http://sweetalia-blog.blogspot.com/2010/08...at-sepital.html (Tuesday, August 10, 2010)






Added on 6/6/2011 (See below):



Petikan blog terbaru (May 2011) dari famili mangsa penipuan JOHARI MANSOR:

Quote:
...ok, so aku nak share pgalaman family aku sendiri yg buat pmbedahan ni, nenek aku yg disahkan sakit buah pinggang buat lah pmbedahan ni dekat sape tu? datuk johari eh?

ok ape-ape jelah kan, katenye, dia bedah mcm real, ditutup dgn kain putih bahagian atas badan. then takda sorang pon boleh tgok!

pastu konon-konon dia tunjuk la buah pinggang nenek aku kat pakcik aku yg telah dikuarkan, tapi... buah pinggang tu atas kain putih tadi, dia nak bersih kan, hell no! nak percaye tak?


then, pas buat pmbedahan nenek aku pon still mcm biase and makin terukkk? kaki sume bengkak, sampai la pegi hosp.

dia kata nenek aku ni mcm takde prubahan. mean what? tipu kan? haishh 5 ribu wihh, bukan sikit! then 2 minggu sekali kena p, kos tok sekali pegi 2rat?....
Text lengkap: http://juitazain.blogspot.com/2011/0...95407441993623
Note - All credit goes to the Blogger.


Berilah komen dan pandangan anda
__________________
Google - "Pusat Rawatan Keraton" and learn more about this scam~

Last edited by Cybersetan; 07-06-2011 at 01:50 AM..
Reply With Quote
  #5  
Old 01-12-2010, 05:26 AM
fizzy86 fizzy86 is offline
Well-Known
Member

fizzy86's Avatar
 
Trader Rating: (26)
Join Date: Feb 2009
Location: otaiubatkuat.com
Posts: 7,318
Poster Rank: #447
Thanked 37 Times
Active Level
Default

heh....scam rupanya.....belagak pakai kereta duit haram rupanya
Reply With Quote
  #6  
Old 01-12-2010, 05:27 AM
dums dums is online now
Active Member

dums's Avatar
 
Trader Rating: (20)
Join Date: Feb 2008
Location: Optimis vs Pesimis(︶︿︶
Posts: 1,160
Poster Rank: #3135
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

em.. dia punya la marah kata scam kat youtube last last ke ospital jugak..
Reply With Quote
  #7  
Old 01-12-2010, 05:30 AM
ignorexx ignorexx is offline
Well-Known
Member

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jan 2008
Location: mane mane aje
Posts: 9,195
Poster Rank: #320
Thanked 7 Times
Active Level
My Mood:
Default

laaaa, scam jugak menda nih pom
__________________
DAFTAR LITEFOREX DISINI
Reply With Quote
  #8  
Old 01-12-2010, 05:43 AM
wokyoh fx wokyoh fx is offline
Well-Known
Member

wokyoh fx's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2010
Posts: 6,961
Poster Rank: #486
Thanked 42 Times
Active Level
My Mood:
Default

kat mana dia dapat title DATO DATIN PROF TU EK

Nama Terbaru Prof Mahagaru Scammer

Reply With Quote
  #9  
Old 01-12-2010, 06:53 AM
wak_handalan wak_handalan is offline
Well-Known
Member

wak_handalan's Avatar
 
Trader Rating: (11)
Join Date: Feb 2010
Location: BANTING-USM TRANSKRIAN
Posts: 5,453
Poster Rank: #660
Thanked 52 Times
Active Level
Thumbs down

mcm2 org menipu skrg ni
Reply With Quote
  #10  
Old 01-12-2010, 05:41 PM
ahadiat ahadiat is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2010
Posts: 1,016
Poster Rank: #3475
Thanked 0 Times
Active Level
Default

inilah melayu yang mencemarkan imej bangsa dan agama islam demi kepentingan duniawi sendiri.

macam mana bangsa asing nak hormat pada kita kalau bangsa kita sendiri buat hal.

macam mana bangsa asing nak yakin pada agama Islam bilamana orang islam sendiri menggunakan agama untuk bisnes menipu.

macam mana kita nak marah bangsa asing apabila dihina sedangkan orang melayu sendiri menipu orang melayu sebangsa.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 12:27 PM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE