Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > TRADING ZONE, CLASSIFIEDS & MARKETPLACE > Classifieds & Advertisements > Insurance Offers, Agents

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 25,655
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 56,346
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 43,531
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 12-06-2007, 11:36 PM
kuhik kuhik is offline
CG Top Poster Club

kuhik's Avatar

 
Trader Rating: (14)
Join Date: Jun 2007
Location: Bumi Tuhan
Posts: 38,541
Poster Rank: #22
Thanked 1,069 Times
Active Level
My Mood:
Default Takaful IKHLAS - Skim Simpanan IKHLAS (IST)

IKHLAS SAVING TAKAFUL

http://www.takaful-ikhlas.com.my/mal...sicSavings.asp

I. DESKRIPSI PELAN

Ini merupakan pelan berbentuk pelaburan yang memberi perlindungan ke atas kematian dan kehilangan upaya kekal dan menyeluruh peserta sebelum tempoh matang sijil.

Manfaat matang adalah sumbangan terkumpul (setelah ditolak semua caj) di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA)


II. MANFAAT-MANFAAT

Skop Perlindungan :
Manfaat Kematian & Keilatan Kekal dan Menyeluruh
Sekiranya berlaku Kematian dan Keilatan Kekal dan Menyeluruh, yang mana dahulu terhadap peserta dalam tempoh sijil, Jumlah Perlindungan (SC) berserta dengan jumlah terkumpul di dalam PIA akan dibayar kepada waris peserta atau keluarga terdekat.

Ciri-ciri Istimewa:
Pengeluaran Sebahagian Wang Tunai
Pengeluaran boleh dilakukan daripada PIA setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas PIA bagi setiap pengeluaran

Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan boleh ditambah pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam PIA

Syarat-syarat:
Merujuk kepada kehilangan upaya kekal dan menyeluruh peserta, manfaat adalah dibayar tertakluk kepada tempoh menunggu selama enam (6) bulan, dengan syarat :-

(i) Tuntutan kehilangan upaya kekal dan menyeluruh telah disahkan.

(ii) Sumbangan tidak tertunggak.


III. SYARAT DAN HAD UMUR

Umur Penyertaan
30 hari - 70 Tahun, umur pada harijadi berikutnya.

Jumlah Perlindungan
Minimum - RM10,000.00
Maksimum - tertakluk kepada keputusan pengunderaitan

Tempoh Perlindungan
5-59 tahun


IV. PENGENDALIAN SUMBANGAN

Sumbangan akan diperuntukkan kepada PIA. Caj bulanan akan dikenakan daripada akaun PIA yang dibuat kepada Akaun Terkumpul Ta'awuni (TAP). TAP meliputi Dana Perbelanjaan, Dana Risiko dan Dana Khas Masing-masing untuk melindungi perbelanjaan, risiko dan rizab. Yuran komisyen dan perbelanjaan akan dibayar ke TAP pada setiap tarikh bayaran sumbangan manakala caj untuk Dana Khas akan dibayar secara bulanan ke dalam Akaun TAP daripada bulan pertama perlindungan.


V. PENGAGIHAN KEUNTUNGAN DAN LEBIHAN

Keuntungan

Syarikat akan mengenakan yuran pencapaian ke atas keuntungan pelaburan yang dihasilkan daripada PIA. Peratusan yuran pencapaian adalah sebanyak 10% daripada pendapatan pelaburan yang dihasilkan daripada PIA. Pendapatan pelaburan bersih akan diperuntukkan sepenuhnya (100%) kepada peserta.

Lebihan

Syarikat akan mengenakan Caj Pentabiran Lebihan (SAC) sebanyak 10% daripada jumlah lebihan kasar yang dihasilkan setiap bulan. Sebarang lebihan bersih yang dihasilkan (selepas ditolak SAC) daripada Dana Risiko akan dibahagi dengan kadar yang ditetapkan di antara peserta (menerusi PIA) dan Dana Penstabilan. Nisbah perkongsian lebihan (selepas ditolak) adalah 50:50 atau lebih baik bagi pihak peserta.

Sebarang pengurangan dalam Dana Risiko akan lebih dahulu dibayar daripada Dana Penstabilan dan jika perlu dari Dana Khas. Sekiranya masih tidak mencukupi, pinjaman tanpa faedah (Qardul Hasan) dariapda Pengendali Takafula akan dibuat. Pinjaman-pinjaman tersebut akan terlebih dahulu dicaj terhadap lebihan yang dihasilkan daripada Dana Risiko.

pada akhir tahun, Aktuari yang dilantik akan menilai kecukupan Dana Penstabilan. Aktuari yang dilantik juga akan menentukan samada jumlah Dana Penstabilan akan diagihkan semula kepada peserta (menerusi PIA sebagai pembahagian lebihan muktamad) dan/atau Dana Khas.


KESIMPULANNYA:

Dengan mengamalkan konsep MENABUNG SAMBIL BERLINDUNG, dan anda simpan RM5.00/sehari atau RM150/sebulan, di TAKAFUL IKHLAS SDN BHD melalui pelan IKHLAS SAVING TAKAFUL (IST), menyediakan 18 faedah kepada anda/peserta:

1. Manfaat Meninggal Dunia (Biasa atau Akibat Penyakit) = RM100,000 - RM157,000
(Manfaat Asas RM50,000 + Rider Bertempoh RM50,000)

2. Manfaat Hilang Upaya Kekal/Lumpuh Akibat Penyakit = RM100,000 - RM157,000 (Akan dibayar secara sekaligus)

3. Manfaat Meninggal Dunia Akibat Kemalangan = RM155,000 - RM200,000

4. Manfaat Hilang Upaya Kekal/Lumpuh Akibat Kemalangan = RM155,000 - RM200,000

5. Manfaat 40 Penyakit Kritikal = RM50,000

6. Pengecualian Bayaran Sumbangan Bulan, iaitu apabila peserta terkena salah satu daripada 40 Penyakit Kritikal (Rider Ikhlas Waiver Of Contribution)

7. Manfaat "Rider Ikhlas Family Income" akan memberi elaun sebanyak RM100.00/sebulan kepada Pewaris/Peserta sehingga polisi matang sekiranya berlaku Kematian, Hilang Upaya Kekal (TPD) dan jika terkena salah satu daripada 40 Penyakit Kritikal.

8. Manfaat Akibat Kemalangan = RM50,000
- Manfaat Meninggal Dunia akibat kemalangan
- Manfaat Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan
- Manfaat Hilang Anggota Badan (dibayar mengikut peratusan)

9. Elaun Harian Hospital = RM100.00/sehari
10. Manfaat Urusan Pengebumian = RM5,000.00
(Akan dibayar dalam tempoh 24 jam)

11. Keuntungan Tabung Simpanan dikira secara bulanan.

12. Nisbah Pulangan Keuntungan akan dikembalikan 100% kepada peserta

13. Nilai Tunai Wang Peserta sudah wujud pada Tahun Pertama lagi.

14. Peserta dapat membuat pahala dengan BERSEDEKAH melalui KONSEP TABARRU'

15. Zakat dilunaskan.

16. Pelepasan Cukai Pendapatan

17. Pelan ini telah diluluskan oleh Ahli Majlis Pengawasan Syariah (selaras dengan hukum syarak dan mempunyai akad yang jelas)

18. Bebas daripada unsur :-

a) RIBA (interest, faedah)

b) MAISIR (judi)

c) GHARAR (ketidaktentuan/ketidakpastian)

*segala manfaat di atas berdasarkan contoh ilustrasi bagi pelan IKHLAS SAVING TAKAFUL (IST) untuk lelaki yang berumur 25 tahun dan tempoh polisinya selama 25 tahun serta berdasarkan kadar keuntungan 6% setahun.


Yang Benar dan Ikhlas,

017-927 3667
kekuhikan@yahoo.com

Last edited by kuhik; 10-08-2007 at 05:29 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 12-06-2007, 11:52 PM
baller baller is offline
Active Member

baller's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Dec 2005
Location: 15200
Posts: 1,576
Poster Rank: #2426
Thanked 1 Time
Active Level
My Mood:
Default

hmmmmmm...pelepasan cukai pendapatan?...menarik nih...bro aku sms/call tanya detail lagi...orait
Reply With Quote
  #3  
Old 13-06-2007, 02:29 AM
metaaura metaaura is offline
Well-Known
Member

metaaura's Avatar
 
Trader Rating: (11)
Join Date: Feb 2007
Location: !!~~ Cheer Ask ~~!!
Posts: 6,722
Poster Rank: #529
Thanked 3 Times
Active Level
My Mood:
Default

owh... patut ko tanye aku perlindungan :P ekekek slamat bro good luck~!
Reply With Quote
  #4  
Old 13-06-2007, 11:04 AM
iqbaL86 iqbaL86 is offline
Junior Member

iqbaL86's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2007
Location: JoHOre BahrU
Posts: 53
Poster Rank: #18704
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

mat2 rempit bagus amek skim nih..lol
Reply With Quote
  #5  
Old 14-06-2007, 12:06 AM
Prunet Prunet is offline
Active Member

Prunet's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2007
Posts: 771
Poster Rank: #4286
Thanked 1 Time
Active Level
My Mood:
Default

boleh cover bil hospital ka?
__________________
Reply With Quote
  #6  
Old 14-06-2007, 09:27 AM
kuhik kuhik is offline
CG Top Poster Club

kuhik's Avatar

 
Trader Rating: (14)
Join Date: Jun 2007
Location: Bumi Tuhan
Posts: 38,541
Poster Rank: #22
Thanked 1,069 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Prunet View Post
boleh cover bil hospital ka?
elaun harian hospital sehingga RM100.00/sehari..
bersamaan dengan pakej Personal Accident, juga dapat claim jika terdapat kecederaan² atau bil-bil...
Reply With Quote
  #7  
Old 14-06-2007, 09:32 AM
Mr.DJ Mr.DJ is offline
Super Active Member

Mr.DJ's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2007
Posts: 2,744
Poster Rank: #1430
Thanked 1 Time
Active Level
Default

Aku baru plan nak amik Takaful insurance neh!!...setakat neh!! pelan Takaful ni ke yg terbaek or ade plan2 lain yg lebih menjanjikan ?...
Reply With Quote
  #8  
Old 14-06-2007, 10:18 AM
kuhik kuhik is offline
CG Top Poster Club

kuhik's Avatar

 
Trader Rating: (14)
Join Date: Jun 2007
Location: Bumi Tuhan
Posts: 38,541
Poster Rank: #22
Thanked 1,069 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Mr.DJ View Post
Aku baru plan nak amik Takaful insurance neh!!...setakat neh!! pelan Takaful ni ke yg terbaek or ade plan2 lain yg lebih menjanjikan ?...
kalau nak kata yang terbaik tu, semua kompeni mengaku diorang yang terbaik, biasaklah strategi pemasaran. Yang mengatakan bagus atau tidak tu, adalah peserta itu sendiri. aku hanya memberitahu apa yang terbaik.

tapi kalau nko nak amik Takaful, maka nko telah membuat satu keputusan yang tepat, kerana :-

1) Takaful Ikhlas merupakan salah satu daripada Pengurusan dan Perlindungan Risiko yang berteraskan Syariah.

2) Halal dan Terjamin Halalnya.

3) Pelannya adalah murah dan fleksibel, cover dier tinggi dan menepati citarasa orang melayu.

4) Tiada istilah BURN atau HANGUS. tidak seperti Insurans Konvesional yang lain, 3 tahun pertama adalah HANGUS dan tiada nilai tunai, sedangkan di Takaful Ikhlas, nilai tunai wang sudah wujud pada tahun pertama lagi.

5) Takaful Ikhlas cover 40 Penyakit Kritikal, Konvensional hanya cover 36 Penyakit Kritikal.

6) Jika peserta terkena penyakit kritikal, Takaful Ikhlas SATU-SATUNYA di Malaysia akan membayar sekaligus! Berbeza dengan kompeni lain yang hanya membuat bayaran secara berkala mengikut tahunan.

7) Sekiranya peserta terkena salah satu daripada 40 penyakit kritikal, peserta akan dikecualikan daripada membayar sumbangan. contoh, sekirnya peserta mengambil polisi 25 tahun, dan beliau terkena penyakit kritikal pada tahun ke-5 dan polisi berbaki 20 tahun, maka peserta akan dikecualikan membuat bayaran sumbangan selama 20 tahun. DAN LAGI, pihak Takaful Ikhlas akan membayar sumbangan kepada polisi peserta sehinggalah tamat tempoh. yang paling BEST ialah, nilai matang adalah PENUH walaupun peserta berhenti bayar pada tahun ke-5. Rider ini bernama "Waiver Of Contribution"

8) Di Takaful Ikhlas juga terdapat Rider yang bernama "Family Income Benefit". Ia berfungsi memberi elaun kepada waris atau keluarga terdekat peserta sekiranya berlaku musibah (mati, lumpuh atau penyakit kritikal) kepada peserta dalam tempoh polisi. contohnya Peserta mengambil satu polisi 25 tahun, dan beliau telah MATI pada tahun ke-5, Takaful Ikhlas akan membayar kepada waris peserta RM100.00/sebulan kepada waris peserta sehingga tamat tempoh polisi.

9) Belanja Pengurusan Jenazah atau Rider "Immidiate Death Expense" sehingga RM3000 akan diberi dalam tempoh 24 jam sekiranya berlaku kematian kepada peserta. Hanya perlukan salinan fotostat sijil mati atau pun surat permit kubur

Last edited by kuhik; 14-06-2007 at 11:51 AM..
Reply With Quote
  #9  
Old 14-06-2007, 10:27 AM
Mr.DJ Mr.DJ is offline
Super Active Member

Mr.DJ's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2007
Posts: 2,744
Poster Rank: #1430
Thanked 1 Time
Active Level
Default

Thanks for the info..
Reply With Quote
  #10  
Old 14-06-2007, 11:50 AM
kuhik kuhik is offline
CG Top Poster Club

kuhik's Avatar

 
Trader Rating: (14)
Join Date: Jun 2007
Location: Bumi Tuhan
Posts: 38,541
Poster Rank: #22
Thanked 1,069 Times
Active Level
My Mood:
Default Definisi 40 Penyakit Kritikal

40 PENYAKIT KRITIKAL
CRITICAL ILLNESS RIDER


1) ANGIN AHMAR (STROK)
2) SERANGAN SAKIT JANTUNG
3) PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
4) LAIN LAIN PENYAKIT ARTERI KORONARI YANG SERIUS
5) ARTHERECTOMY KORONARY
6) PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
7) PEMBEDAHAN AORTA
8) KOMA
9) TEKANAN DARAH TINGGI ARTERI PULMONARI PRIMER
10) KETUMBUHAN BENIGNA OTAK
11) RADANG OTAK (ENCEPHALITIS)
12) MENINGITIS BAKTERIA (radang pada membran otak & saraf tunjang akibat serangan bakteria)
13) KEROSAKAN BUAH PINGGANG
14) PENYAKIT SISTA MEDULLA
15) LUPUS ERYTHEMATOSUS (SLE) DENGAN LUPUS NEPHRITIS
16) PENYAKIT HATI YANG KRONIK
17) RADANG HATI FULMINANT akibat serangan virus
18) PENYAKIT PARU-PARU KRONIK
19) PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
20) KANSER
21) ANEMIA APLASTIK
22) PENYAKIT MOTOR NEURON
23) PENYAKIT PARKINSON
24) PENYAKIT ALZHEIMER/IRREVERSIBLE ORGANIC DEGENARTIV DISORDER
25) SINDROM APALLIC
26) MUSCULAR DYSTROPHY
27) MULTIPLE SCIEROSIS
28) POLIOMYELITIS
29) AIDS akibat pemindahan darah
30) PENYAKIT TERMINAL
31) HILANG UPAYA PENGLIHATAN / BUTA
32) KELECURAN UTAMA
33) HILANG UPAYA PERTUTURAN / BISU
34) HILANG UPAYA PENDENGARAN / PEKAK
35) HILANG UPAYA PERGERAKAN BEBAS
36) LUMPUH / PARAPLEGIA
37) TRAUMA KEPALA UTAMA
38) CARDIOMYOPATHY
39) PEMBEDAHAN OTAK
40) MANFAAT KEILATAN KEKAL DAN MENYELURUH
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 02:12 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE