Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Health, Fitness

Health, Fitness Discuss, debate or share all info about health. Share knowledge of fitness and tips.

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 5,547
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 29,608
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 21,961
More...
  #1  
Old 16-10-2010, 12:43 AM
izudin izudin is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2010
Posts: 2,818
Poster Rank: #1318
Thanked 50 Times
Active Level
Default Tanda-Tanda Awal Penyakit kanser

1. Apa itu kanser?

Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.

Tumor tidak berguna kepada badan, sebaliknya ia mengganggu dan ‘mencuri’ zat daripada sel lain serta boleh membahayakan nyawa pesakit. Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

2. Apakah leukemia?

Leukemia ialah kanser sel darah putih. Ia dikategorikan ‘kanser luar biasa’ kerana tidak mempunyai tumor. Walaupun sel ini ada dalam darah, tetapi tidak bermakna pesakit yang menghidap kanser jenis lain akan mendapat leukemia.

3. Apa yang menyebabkan kanser?

Punca sebenar bagaimana dan mengapa pertumbuhan sel yang tidak terkawal berlaku masih tidak diketahui. Bagaimanapun, kajian mendapati ia ada kaitan dengan tabiat, gaya hidup, pemakanan dan faktor geografi, seperti kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok (ia sebenarnya boleh dielakkan).

4. Bagaimana kanser merebak?

Sel kanser akan membuat ‘laluan’ sendiri dan menjangkiti dari satu tisu ke tisu lain. Lama kelamaan sel kanser yang bertambah banyak akan merebak dari kawasan permulaan ke organ lain melalui saluran darah atau sistem limfa. Rawatan awal boleh mencegah masalah ini.

5. Bolehkah ia diwarisi?

Secara umumnya, kanser tidak boleh diwarisi. Bagaimanapun, individu yang ada sejarah keluarga mempunyai risiko, tetapi anak tidak semestinya mendapat kanser. Paling penting, sel kanser juga tidak akan menjangkiti orang lain, walaupun melalui pemindahan darah.

6. Adakah semua tumor itu akan menjadi kanser?

Tidak. Tumor ada dua jenis: benigna dan malignan. Tumor benigna bermakna ia tidak merebak dan jarang berbahaya seperti ketuat dan sista. Tumor malignan pula akan merebak ke organ lain dan membesar sendiri sehingga menjadi barah.

7. Adakah semua kanser sama?

Tidak. Ada banyak jenis kanser yang menyerang organ badan. Sesetengah jenis kanser tumbuh perlahan, tetapi ada yang merebak cepat. Berlainan jenis kanser memberi kadar tindak balas berbeza terhadap rawatan.

8. Bolehkah kanser diubati?

Ya. Ramai penduduk Malaysia sembuh daripada kanser. Peluangnya berbeza mengikut jenis kanser, tetapi lebih awal ia dirawat peluangnya untuk sembuh lebih tinggi.

9. Bolehkah ia dikesan awal dan dirawat?

Ya, jika pesakit tahu tanda awal dan menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik menyedarinya. Namun, kebanyakan orang mengabaikan tanda awal ini sehingga penyakit sudah merebak ke peringkat berbahaya.

10. Apakah tanda amaran kanser?

Senarai di bawah hanya tanda umum. Bagaimanapun, tanda ini juga boleh muncul bersama ketumbuhan benigna seperti ketulan pada payudara. Pun begitu, sebaik menyedari tanda ini, segera jalani pemeriksaan kesihatan.


- Kudis yang tidak sembuh selepas beberapa minggu.

- Pigmen atau ketuat yang semakin membesar, jadi hitam dan berdarah.

- Ketulan pada buah dada.

- Pendarahan vagina yang luar biasa (terutama di antara tempoh haid).

- Perubahan tabiat buang air atau najis berdarah.

- Air kencing berdarah.

- Masalah tidak hadam dan hilang selera makan.

- Sakit tekak dan batuk berpanjangan.

- Sukar menelan makanan.


11. Adakah kanser boleh menyerang tanpa tanda?

Ya. Dalam kebanyakan kes, kanser tidak menyebabkan sakit pada peringkat awal. Ia menyerang dalam diam. Sakit hanya dirasai apabila kanser sudah merebak dan inilah sebabnya segera berjumpa doktor sebaik tanda awal dikesan dan jangan tunggu hingga sakit.

12. Adakah wanita dan lelaki mempunyai risiko sama diserang kanser?

Tidak. Secara keseluruhannya, lelaki lebih ramai mendapat kanser.

13. Apakah jenis kanser yang kerap menyerang lelaki dan wanita?

a. Wanita: Kanser payudara, serviks, kolon, ovari, leukemia dan paru-paru. Kanser payu dara ialah insiden paling kerap membabitkan 30.4 peratus daripada semua jenis kanser di kalangan wanita.

b. Lelaki: Kanser paru-paru, prostat, nasofariks, usus, leukemia dan rektum. Kanser paru-paru menunjukkan insiden paling tinggi iaitu 13.9 peratus bagi semua jenis kanser yang menyerang lelaki.

14. Wujudkah ‘zon umur bahaya’ dan adakah kanser juga mempunyai ciri ini?

Secara amnya, kanser boleh menyerang sesiapa saja, tidak kira berapa umur mereka. Bagaimanapun, ia biasanya berlaku pada orang dewasa, terutama selepas 40 tahun. Jadi ketika ini, jika ada tanda awal kanser, segera berjumpa doktor.

Bagi wanita pula, buat pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan (beberapa hari selepas habis haid) dan ujian pap smear (jika mempunyai kehidupan seks aktif) sekurang-kurangnya tiga tahun sekali.

15. Bagaimana kanser dirawat?

Rawatan awal penting kerana kebanyakan kanser merebak cepat. Ada beberapa kaedah rawatan iaitu:

a. Pembedahan.

b. Radioterapi (menggunakan radiasi tinggi seperti sinar-X, sinar gamma, radium atau bahan radioaktif).

c. Ubat antikanser.

d. Hormon — kadangkala beberapa hormon digunakan serentak, bergantung kepada jenis kanser. Kemoterapi bermakna menyuntik atau memberi ubat yang akan memusnahkan sel kanser tertentu kerana sesetengah sel kanser boleh dikawal menggunakan hormon.

Secara amnya, pembedahan bertujuan membuang semua sel kanser di tempat terbabit dan disusuli radioterapi sinar X atau gamma untuk memusnahkan tumor yang boleh menjadi kanser.

16. Bolehkah kanser dielakkan?

Dalam sesetengah kes, kanser boleh dielakkan. Contohnya, 90 peratus kes kanser paru-paru boleh dielakkan jika tidak merokok. Kajian saintis menunjukkan peratus daripada semua jenis kanser disebabkan faktor luaran
__________________
[URL="http://www.lelakiidaman.com"][COLOR="Blue"][SIZE="3"]DAPATKAN KESIHATAN SEKSUAL TERHEBAT DAN PRODUK PEMIKAT SUAMI/ISTERI[/SIZE][/COLOR] [/URL]

[SIZE="3"][COLOR="Red"]Phero-x/Pherolins/Libido Gel/Mystique Swiss/Thanyaporn/Vimax[/COLOR][/SIZE]
Reply With Quote
The Following 5 Users Say Thank You to izudin For This Useful Post:
agen14 (16-10-2010), azlalchedin (19-12-2010), bob76 (19-12-2010), jkmguio (16-10-2010), kasmarol (16-10-2010)
Paid Advertisement
  #2  
Old 16-10-2010, 01:02 AM
agen14 agen14 is offline
Super Active Member

agen14's Avatar
 
Trader Rating: (8)
Join Date: Nov 2009
Posts: 4,232
Poster Rank: #847
Thanked 1 Time
Active Level
My Mood:
Default

terima kasih atas info ni.. mak aku baru je disahkan mengidap kanser paru2 khamis lepas.. dia tak merokok pun.. tanda2 yang aku dpt lihat sebelum ni:

- Masalah tidak hadam dan hilang selera makan.

- Sakit tekak dan batuk berpanjangan.

- Sukar menelan makanan.
- batuk berdarah.

sebelum bulan puasa dulu.. selalu berulang alik kat hospital awam.. buat x-ray sampai 3 kali tp diorang tak dapat nak kesan punca masalah ni.. Lepas tu kitaorang bawak ke hospital swasta dalam 2 minggu lepas.. sehari lepas tu kuar keputusan kemungkinan kanser paru2.. dan ditolak pula ke hospital umum sarawak (sebab kat hospital swasta ni takde doktor pakar) minggu lepas buat ujian air kencing, ambik darah dan khamis lepas baru kuar keputusan... mak aku tak nak buat pembedahan.. dia kata sakit.. umur dah tua.. TT ada tak info rawatan lain selain dari pembedahan dan kimo secara detail.. ?
Reply With Quote
  #3  
Old 16-10-2010, 01:12 AM
izudin izudin is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2010
Posts: 2,818
Poster Rank: #1318
Thanked 50 Times
Active Level
Default

saya x pasti.ini sebagai tips untuk mencegah daripada merebak penyakit kanser.ada pandangan lain dari warga cg tentang cara menyembuh kanser
__________________
[URL="http://www.lelakiidaman.com"][COLOR="Blue"][SIZE="3"]DAPATKAN KESIHATAN SEKSUAL TERHEBAT DAN PRODUK PEMIKAT SUAMI/ISTERI[/SIZE][/COLOR] [/URL]

[SIZE="3"][COLOR="Red"]Phero-x/Pherolins/Libido Gel/Mystique Swiss/Thanyaporn/Vimax[/COLOR][/SIZE]
Reply With Quote
  #4  
Old 19-12-2010, 03:24 PM
Ir22 Ir22 is offline
Junior Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2009
Posts: 71
Poster Rank: #15998
Thanked 0 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by agen14 View Post
terima kasih atas info ni.. mak aku baru je disahkan mengidap kanser paru2 khamis lepas.. dia tak merokok pun.. tanda2 yang aku dpt lihat sebelum ni:

- Masalah tidak hadam dan hilang selera makan.

- Sakit tekak dan batuk berpanjangan.

- Sukar menelan makanan.
- batuk berdarah.

sebelum bulan puasa dulu.. selalu berulang alik kat hospital awam.. buat x-ray sampai 3 kali tp diorang tak dapat nak kesan punca masalah ni.. Lepas tu kitaorang bawak ke hospital swasta dalam 2 minggu lepas.. sehari lepas tu kuar keputusan kemungkinan kanser paru2.. dan ditolak pula ke hospital umum sarawak (sebab kat hospital swasta ni takde doktor pakar) minggu lepas buat ujian air kencing, ambik darah dan khamis lepas baru kuar keputusan... mak aku tak nak buat pembedahan.. dia kata sakit.. umur dah tua.. TT ada tak info rawatan lain selain dari pembedahan dan kimo secara detail.. ?

Sila PM saya
Reply With Quote
  #5  
Old 19-12-2010, 03:57 PM
sepalola2008 sepalola2008 is offline
Super Active Member

sepalola2008's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2008
Posts: 3,198
Poster Rank: #1147
Thanked 5 Times
Active Level
My Mood:
Default

aku cadangkan untuk korang semua pergi lah ke ceragem centre untuk buat treatment,free tak payah bayor walaupun lima sen
__________________
Lc sentiasa dihaDaPan
Reply With Quote
  #6  
Old 20-12-2010, 02:17 AM
sirnick sirnick is offline
Junior Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2010
Posts: 58
Poster Rank: #17485
Thanked 0 Times
Active Level
Default

Monavie sudah memperkenalkan 1 produk yg sgt bagus utk melawan sel kanser..ramai yg pulih...R&D jusnye ratusan juta..boleh tengok testimonial pengguna monavie di youtube...

nk thu lebih lanjut n nk berbisnes bersama monavie, klik di link di bawah...
__________________
SYARIKAT MLM TOP DARI USA BARU MASUK MALAYSIA.
SYARIKAT, PELAN, PRODUK POWER.
LEADER & USAHAWAN DICARI..


--->KLIK DI SINI <---
Reply With Quote
  #7  
Old 28-12-2010, 09:11 AM
allisa allisa is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2008
Posts: 101
Poster Rank: #13655
Thanked 1 Time
Active Level
My Mood:
Default

takot nk bc la..huuhu
Reply With Quote
  #8  
Old 28-12-2010, 09:43 AM
copy left copy left is offline
Legendary Member

copy left's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2008
Location: Wp->PJ->KL->SILAGOR->Malaya-->Malaysia
Posts: 18,156
Poster Rank: #96
Thanked 65 Times
Active Level
My Mood:
Default

thnk TT info yg sgt berguna
__________________
Kalau nak tora2 jangan kat sini
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 03:37 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE