Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Girls, Ladies Room > Beauty, Fashion, Style

Beauty, Fashion, Style Women are unique creature. Show your beauties & discuss how to becoming elegance with an updated fashion styles. To join this section, apply HERE

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 20,105
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 50,658
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 38,235
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 07-06-2007, 12:10 PM
someone_buddy someone_buddy is offline
Normal Member

someone_buddy's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2007
Posts: 117
Poster Rank: #12973
Thanked 3 Times
Active Level
Default Petua Kecantikan Untuk Wanita

Menghaluskan Kulit

- Buah tomato dikisar halus.
- Lumurkan pada muka seberapa ketika.
- Sebaiknya dilakukan pada waktu malam
kerana tiada gangguan.
- Setelah agak lama, cuci muka dgn air
suam.
- Amalkan selalu. Buah tomato ini juga
berfungsi utk membersihkan kulit.


Melentikkan Bulu Mata

- Ambil daun lidah buaya
- Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya
pada bulu mata
- Amalkan selalu hingga bulu mata semakin
lentik

Kulit Cerah dan Licin

- Ambil sebiji limau nipis dan dibelah
dua
- Semasa mandi, gosokkan pada muka dan
seluruh badan
- Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan
harum.

Rambut Lebat

-Setelah selesai makan, basuh tangan
dengan air sehingga bersih.
-Selawat 3 kali
-Tangan yg masih basah itu segera dilap
atas rambut

Mengempiskan Perut (1)

- Ambil air limau nipis dan campur dengan
kapur sirih .
- Sebatikan lalu disapu pada perut
kemudian ikat perut seperti perempuan
yang baru lepas bersalin (bengkung)
- Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau
sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap
malam.

Mengempiskan Perut (2)

- Asam jawa dan garam dibancuh dengan
segelas air panas.
- Embunkan semalaman.
- Esok paginya minum air tersebut sebelum
membasuh muka atau membuang air kecil.

Mengelak perut buncit

-Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.
-Minum air setelah selesai makan
-Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam
kemudiannya.
-Petua ini dapat mengelakkan perut
buncit.

Menyegarkan Mata

- Ambil timun yg telah dihiris
- Lekapkan pada kelopak mata
- Pejamkan mata utk berapa ketika.
- Anda akan berasa kesegarannya selepas
itu.

Mengelak Rambut Gugur

- Ambil beberapa helai daun bunga raya
dan lidah buaya.
- Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga
hancur.
- Perap ramuan di atas kepala selama
sejam.
- Lakukan 2 kali seminggu.
- Insyaallah anda akan memperolehi rambut
lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Sihat Tubuh Badan

-Setelah solat Subuh, lakukan senaman
ringan.
-Hirup udara segar di luar dan jalan
tanpa memakai kasut (Mandi embun)
-Geselkan kaki di atas rumput yg masih
berembun .

Melangsingkan Tubuh

- Dua biji lobak merah dan sebiji timun
diparut dan diperah airnya. Parutan
itu - - - Campur dgn sebiji air limau
nipis dan bancuh hingga sebati
- Minum dua kali sehari.
-Amalkan sehingga mencapai berat badan
ideal

Menghilangkan Parut di Kulit

- Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat
- Campurkan serbuk ini dengan sedikit air
- Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk
- Setelah sebati, sapu rata di bahagian
berparut
- Lakukan sekerap yg mungkin
- Lama-kelamaan, parut akan beransur
hilang.
- Petua ini juga sesuai untuk
menghilangkan bintik-bintik hitam dan
jerawat di wajah.


Menghilangkan bau ketiak

-Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di
atas kepala lutut.
-Selain itu, setiap kali lepas mandi,
sapu dengan belakang tapak tangan pada
bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur

- Perahkan air limau purut/ nipis di atas
kulit kepala
- Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa
jam
- Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda
diperapkan dgn tuala.
- Basuh dgn air suam.
- Selain itu, petua ini juga berguna utk
mengurangkan pening kepala.


Rambut Gugur

- Rendamkan kacang hijau semalaman.
- Tapis dan gunakan airnya bagi disapu
atas kulit kepala sambil dipicit
perlahan2.
- Amalkan selalu hingga rambut baru
kelihatan tumbuh.
- Di samping itu, elakkan mengikat rambut
dgn getah.

Menghilang ketumbit mata

- Gesel 2 batang sudu.
- Sapukan bahagian yg digesel di tempat
ditumbuhi ketumbit
- Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit
hilang.


Menurunkan Berat Badan (1)

-Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan
rendam dalam air.
- Tapis dan campurkan dengan air perahan
limau nipis.
-Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari
iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Menurunkan berat badan (2)

- Sediakan dua biji limau nipis atau
limau kasturi setiap hari.
-Perah airnya ke dalam gelas yg berisi
air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais.
-Amalkan minum selepas makan tengahari
atau selepas makan malam.


Awet Muda (1)

- Amalkan memotong kuku atau rambut pada
hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis
Reply With Quote
The Following 3 Users Say Thank You to someone_buddy For This Useful Post:
gempaq2001 (29-10-2010), nurmillionare (16-10-2008), shafika (30-12-2008)
Paid Advertisement
  #2  
Old 07-06-2007, 12:38 PM
someone_buddy someone_buddy is offline
Normal Member

someone_buddy's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2007
Posts: 117
Poster Rank: #12973
Thanked 3 Times
Active Level
Default Petua Kecantikan Untuk Wanita (Smbgn..)

Awet Muda (1)

- Amalkan memotong kuku atau rambut pada
hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis
dan Jumaat.
- Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut
yang dipotong atau gugur

Awet Muda (2)

- Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan
gosok gigi, amalkan petua ini.
- Urutkan wajah anda dgn air dari bawah
dagu hingga ke atas dahi diiringi
selawat nabi 3 kali.
- Amalkan setiap hari urutan ini.


Mudah Bangun Pagi

- Sebelum tidur,tepuk bantal tiga kali
sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w.
- Niat dalam hati utk bangun pagi
- Insya-Allah,esok terjaga dengan
sendirinya.

Menghilangkan Jerawat

- Campur bedak sejuk dan asam jawa.
- Selawat pada Nabi 3 kali.
- Sapukan di muka dan di tempat jerawat
- Insyaallah, jerawat akan beransur
hilang.


Meluruskan rambut Kerinting

- Perah sebiji kelapa dan ambil patinya
sahaja
- Campurkan dgn air limau nipis
- Simpan santan pekat ini di dalam peti
ais sehingga atasnya menyerupai krim.
- Gunakan krim ini utk disapukan pada
kulit kepala dan rambut keseluruhannya.
- Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam
barulah dibilas dgn bersih.
- Lakukan 3 kali seminggu
- Anda akan dapati rambut kerinting akan
lurus sedikit demi sedikit.

Memerahkan bibir

- Sapukan madu asli pada bibir tiap2
malam sebelum masuk tidur.
- Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda
akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan mengilatkan gigi

- Ambil beberapa helai daun kelapa
kering.
- Bakar hingga jadi abu.
- Gosokkan gigi anda dengan abu daun
kelapa tersebut.
- Lakukan berulang kali dan insyaallah
gigi anda putih berkilat.


Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit

- Beberapa keping asam gelugur dimasukkan
ke dalam baldi yg berisi air suam.
- Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam.
- Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh
semula.


Menguatkan Gigi

- Selepas membuang air besar, anda
berdiri seketika.
- Kemudian, duduk bertinggung sambil dua
tapak tangan mengetuk urat paha tiga
kali .
- Semasa mengetuk paha dengan dua tapak
tangan, cengkam gigi sekuat tenaga.
- Selepas itu, kumur air di mulut
hembuskan pada dua tapak tangan ke arah
muka.

Menghilangkan Lebam Mata

- Teh uncang yg telah digunakan jangan
buang.
- Lekap pada mata dan biarkan semalaman.
- Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak
masuk tidur.
Reply With Quote
  #3  
Old 07-06-2007, 02:11 PM
Robotix Robotix is offline
Active Member

Robotix's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Mar 2007
Location: KL - Selangor
Posts: 643
Poster Rank: #4832
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Untuk awet muda...
Amalkan pemakaian Ulan setiap hari dan pencuci muka anti kedut. Amalkan selama 7 minggu dan anda akan nampak perbezaannya.

p/s: sorry saja melawak jer
Reply With Quote
  #4  
Old 07-06-2007, 02:26 PM
someone_buddy someone_buddy is offline
Normal Member

someone_buddy's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2007
Posts: 117
Poster Rank: #12973
Thanked 3 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by Robotix View Post
Untuk awet muda...
Amalkan pemakaian Ulan setiap hari dan pencuci muka anti kedut. Amalkan selama 7 minggu dan anda akan nampak perbezaannya.

p/s: sorry saja melawak jer


btul ke?jd mcm pic tue ke?cntik jer..alang2, nak knal ngan org dlm pic tue bleh?hehe
Reply With Quote
  #5  
Old 07-06-2007, 02:45 PM
adamma adamma is offline
CG Top Poster Club

adamma's Avatar
 
Trader Rating: (71)
Join Date: Mar 2007
Location: SMS 0192278312
Posts: 23,086
Poster Rank: #63
Blog Entries: 2
Thanked 39 Times
Active Level
My Mood:
Default

alah satu sebab jerawat ialah tapak tangan kita.

Tahukah anda!elakkan tangan kita dari memegang muka,kerana ianya boleh menyebabkan jerawat.oleh itu,basuh tangan dahulu sebelum memegang muka.okey!!


hilangkan sedu


tarik nafas,pastu tahan jap sambil cpt2 minum air.. jgn lupe selawat yerk?


kalau melecur kena api ke ape2 jelah yg panas

kalau anda terkena api, minyak panas, air panas or what ever lah yg panas, cepat2 rendam dalam air garam sambil berselawat. insyaallah akan terasa lega. selamat mencuba.


hawa nafsu

untuk menjaga hawa nafsu elok anda berpuasa


terkena air panas

jika terkena air panas, sapukan saja ubat colgate ia serta merta sembuh


melegakan batuk

di sini ada satu lagi petua untuk menghilangkan batuk... ambil setengah sudu asam jawa dan rendamkan dalam air suam dicampurkan sedikit gula dan minum air tersebut


jika anak terjatuh atau kepala bengkak

ambil syiling 50sen tekan tempat terkena atau bengkak akibat jatuh selama beberapa minit secara berulang kali. insayallah tempat itu akan kecut dan tidak bengkak lagi.



kurangkan batuk

campurkan sedikit garam dlm air kemudian kumur beberapa kali....mudah2an batuk anda akan berkurangan....


BETIK MELANCARKAN NYAHTINJA

Jadikan makan betik masak bersama biji-bijinya sekali untuk melancarkan proses pembuangan air besar. selamat mencuba, pastinya tiada lagi masalah sembelit dan dapat merawat penyakit buasir.


kerinting nak lurus

amik 1oogram bijan dan campurkan dgn ais krim vanilla, kcau shigga sebati dan gnakan seperti biasa,amalkan sebelum main bola sepak....bola sepak aje..........


hilangkan gatal kulit


rendamkan kaki anda dalam besen yang dicampurkan dengan garam kasar,kemudian tuangkan air suam yang tidak terlalu sejuk,rendam selama 1\2 jam untuk mendapatkan hasilnya.selamat mencuba.



KURUSKAN BADAN

UNTUK KURUSKAN BADAN KITA MESTI SENTIASA BERSENAM DAN MENGAMALKAN DIET YANG TIDAK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.
Reply With Quote
The Following User Says Thank You to adamma For This Useful Post:
nurmillionare (16-10-2008)
  #6  
Old 07-06-2007, 02:46 PM
adamma adamma is offline
CG Top Poster Club

adamma's Avatar
 
Trader Rating: (71)
Join Date: Mar 2007
Location: SMS 0192278312
Posts: 23,086
Poster Rank: #63
Blog Entries: 2
Thanked 39 Times
Active Level
My Mood:
Default

HILANGKAN KETUAT @ "corn"

Ambil seulas bawang putih, tumbuk hingga halus kemudian tampalkan pada ketuat. seelok nya buat waktu nak tidur la. tampal dgn handyplas utk elak dr tertanggal. cuba la.....

Jerawat pada muka

banyakkan makan sayur kobis dan cuci muka sambil berselawat .Buat pagi petang dan malam .

cirit-birit

klu cirit-birit,senang je petuanya.. minum je air 100 plus.. sure hilang.. selamat mencuba..!!

kempiskan perut

Setiap pagi minum air teh tanpa gula bercampur sebiji limau nipis.Amalkan tiap-tiap pagi insyaallah mujarab.

kesihatan minda, elak strok, nyanyuk

biler bangun pagi je urut kedua-dua ibu jari kaki selama 5 ke 10 minit. jadikan amalan harian. Gunakan minyak rambut kerana apabila kita mangurut rambut dan ubun kepala minda kita akan bertambah cerdas. ini juga mengelak diri daripada penyakit yang lain.insyaallah


ingin mengurangkan tekanan darah tinggi

blender ulam pegaga n minum jus tersebut..insya allah tekanan darah tinggi akan berkurangan..selamat mencuba..DIHANTAR OLEH ELLAH,KELANTAN


penyakit kuning , bayi baru lahir.....

utk mengelakkan penyakit kuning bayi 0-14 hari: Elakkan dari memakan makanan yang panas seperti halia, jamu ..... seboleh-bolehnya bermula dari kandungan 8 1/2 bulan hingga bayi berusia 2-3 minggu...selamat mencuba dan take care u baby............



hilangkan batuk / sakit tekak

ambil beberapa biji limau nipis lalu diperahkan didlm gelas dan minum . jgn dicampurkan dgn apa2
Reply With Quote
  #7  
Old 07-06-2007, 02:48 PM
adamma adamma is offline
CG Top Poster Club

adamma's Avatar
 
Trader Rating: (71)
Join Date: Mar 2007
Location: SMS 0192278312
Posts: 23,086
Poster Rank: #63
Blog Entries: 2
Thanked 39 Times
Active Level
My Mood:
Default

macammana nak ubati gastrik???

cara cara nak ubati gastrik ni kan..senang je, gastrik dapat diubati dengancara meminum air parutan kunyit yang di campur dengan sedikit madu.jika suka,bolehlah campurkan sebiji kuning telor-cuba-cubalah mencuba k!


atasi masalah perut buncit?

dengan menggunakan perahan limau nipis dicampur dengan kapur sirih . sapu pada perut,biarkan semalaman dan bilas keesokkan harinya-harap mencuba!-



hilangkan kutu dikepala

ha...sape-sape ada kutu tu..bolehla cuba petua ni.. Ambil beberapa ulas bawang putih tengok keadaan rambut jika nipis rambut tu ambil la satu atau dua bawang tadi. kisar atau tumbuk biar lumat lepas tu lumurkn di kepala sambil balut dengan kain tuala kecil untuk menutupi kepala.biarkan lima hinga sepuluh minit lepas tu bilas. lakukan sehingga kutu hilang.insa'allah kutu tu akan hilanh


MELANGSINGKAN BADAN

AMALKAN SETIAP HARI MAKAN BUAH EPAL HIJAU SEKURANG-KURANGNYA 3 BIJI SETIAP HARI.


Kuruskan Badan bagi Pemain bola sepak!!

JAGA MAKANAN SEHARIAN:-=> MAKAN PAGI:makan paagi tu...jgn laaa lebih lebih...kalau makan roti canai...sebiji pun cukup...kalau nasik lemak....sebungkus..!! MAKAN TGHHARI:makan setengah pinggan nasik...atau roti!!kalau makan nasik tu...jgn amik lauk yang lemak...amik ikan..sayur...dah!! MAKAN MLM:malam jgn sentuh langsung nasik...!!!kalau lapar sangat...makan nasik pukul 7.30mlm...jgn makam lewat...!!tapi...malam wajib bagi yang nak kurus...makan buah banyak!!buah apple ke,lai ke..!! BERSENAM:buat larian anak setiap petang...5 pusingan bagi padang seluas 400m!!selepas lari...main bolasepak..!! UCAPAN: Harap anda semua mencuba!!



Mengurangkan Berat Badan

Jangan makan makanan berlemak selepas pukul 8.00pm. Makan buah-buahan atau minum jus jangan makan makanan yang berminyak.


segar di waktu pagi

lepas bangun dari tidur..pastikan terus minum air suam.5 minit lepas tu...mesti ke tandas...perut kita telah dibersihkan...otak pasti cerdas...
Reply With Quote
  #8  
Old 07-06-2007, 02:49 PM
adamma adamma is offline
CG Top Poster Club

adamma's Avatar
 
Trader Rating: (71)
Join Date: Mar 2007
Location: SMS 0192278312
Posts: 23,086
Poster Rank: #63
Blog Entries: 2
Thanked 39 Times
Active Level
My Mood:
Default

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.


4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Reply With Quote
  #9  
Old 07-06-2007, 02:51 PM
adamma adamma is offline
CG Top Poster Club

adamma's Avatar
 
Trader Rating: (71)
Join Date: Mar 2007
Location: SMS 0192278312
Posts: 23,086
Poster Rank: #63
Blog Entries: 2
Thanked 39 Times
Active Level
My Mood:
Default Petua Awet Mude...

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan diletakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi, baca doa dan amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air ke dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35-38 Surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat Subuh, bacalah Surah Yusuf. Kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur, mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat, insya allah.

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah 15-30 minit selepas makan.

Amalkan mandi menggunakan kain basahan.

Amalkan diri supaya sentiasa dalam keadaan berwudhu’.

Rajin-rajinlah membaca al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat Tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

Wallahu’alam
Reply With Quote
  #10  
Old 07-06-2007, 02:52 PM
adamma adamma is offline
CG Top Poster Club

adamma's Avatar
 
Trader Rating: (71)
Join Date: Mar 2007
Location: SMS 0192278312
Posts: 23,086
Poster Rank: #63
Blog Entries: 2
Thanked 39 Times
Active Level
My Mood:
Default

Bila anak anda mula menangis tak henti-henti, cuba periksa suhu badannya. Jika melebihi 38 darjah celcius, anak anda telah demam! Bagaimana menghadapi anak kecil yang demam? Cuba ikuti langkah-langkah ini.

1. Permudahkan aliran udara di dalam bilik anak anda. Pasangkan kipas untuk mengurangkan suhu bilik.
2. Longgarkan baju anak anda atau buka supaya pengaliran udara lebih mudah.
3. Beri anak anda minum air masak supaya suhu badannya dapat diturunkan dari dalam.
4. Lapkan badannya dengan tuala yang telah dilembabkan untuk menurunkan suhu badannya.
5. Letakkan satu tuala lembab di atas dahinya. Wap air yang keluar boleh menurunkan suhu badannya.
6. Anda juga boleh memandikan anak anda untuk menurunkan suhu badannya.
7. Jika anak anda terus menangis, pujuk anak anda dengan cuba menghiburkannya. Dukung anak anda juga boleh menunjukkan betapa kasihnya anda kepada anak anda.
8. Jika terdapat tanda-tanda lain di badannya seperti tompok-tompok kemerahan di kulit atau demam anak anda nampak melarat, sila bawanya berjumpa doktor.

Selamat menjalani tanggungjawab sebagai ibu bapa yang perihatin!
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 07:57 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE