BTC USD 84,253.9 Gold USD 4,157.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Journal Forex Samurai saya...

B Happy

Fun Poster
Messages
182
Joined
Jun 29, 2008
Messages
182
Reaction score
2
Points
15
Assalamulaikum warga CG semua...

Tujuan saya buka thread ini adalah untuk berkongsi result trade yang di lakukan oleh Forex Samurai terhadap akaun saya kelak, supaya kita sama-sama boleh menilai dan memberi pendapat adakah berbaloi untuk terus melanggannya.

Tempoh percubaan yang saya harap saya boleh bertahan adalah 60 hari, iaitu tempoh yang dijanjikan untuk mendapatkan kembali refund (sekiranya saya tak happy dengan performancenya). Saya tak tahu nak meletak target untuk EA ini, mungkin sekitar 60% ~ 70% (winning percentage) atau setidak-tidaknya boleh cover monthly subscription plus sedikit untung.

Oleh kerana saya baru berkecimpong dalam dunia forex ini, saya berharap benar jika ada otai-otai yang sudi memberikan pandangan untuk faedah bersama.

Terima kasih saya dahulukan kepada semua pandangan yang bakal diberikan.

Wassalam...
 
gudluck tt..mudahan murah rejeki..:D
 
Saya tergoda...

{Sebelum tu terima kasih di atas sokongan yang diberi}

Ceritanya bermula bila hampir setiap hari saya terima email mempromosikan Forex Samurai ni. Mula2 buat tak kisah je, tapi lama-lama cair jugak...

Antara ayat2 godaan yang menusuk kalbu...

>> "selepas 17 bulan, average profit dia 100%" - Yang ni mati hidup balik pun saya tak percaya, walaupun dah di tunjukkan testimoni beserta screenshot statement! Itu hanya graphic presentation, sapa-sapa pun kalau terror design bole buat, betul tak? Tapi dalam tak percaya tu, hati kecik ni bergetik jugak... "kalau betul amacam?... kalau betul amacam?... kalau betul amacam?" Ok la nak sedapkan hati, saya kata sendiri jangan set tinggi melambung, dapat 60% ~ 70% pun dah kira Alhamdulillah... ataupun at least balik modal subscription. So, saya terus baca...​

>> "100% automated tapi bukan robot" - Kalau robot saya pernah kena dulu, so rasanya tak nak lagi dah. Tapi ni katanya Professional Traders yang issue signal, EA dia hanya execute trade bila signal diberi, i.e. bukan EA tu sendiri yang buat trade mengikut 'some preset indicators'. Ni macam sesuatu yang baru bagi saya, mula rasa nak try ni...​

>> "Signal tak semestinya diberi setiap hari" - Wah! ni macam real je bunyinye, bukan robot punya kerja nanti. Harap-harap betullah mamat yang issue signal tu professional trader. Nafsu dah mula cucuk jarum ni...​

>> "Tak perlu duduk depan komputer 24 jam, tapi kalau nak dapat maksimum trade, platform dan EA ni kena on sentiasa" - Kebetulan saya ada live akaun kat Gallant FX (yang dah lama tak guna tak aktif!) sebab Gallant FX ada bagi free VPS (Virtual Private Server), so bolehlah saya hostkan EA ni di platform sana dan tak perlu saya on komputer rumah saya 24 jam. Check balance dalam akaun masih ada lebihkurang USD200 lagi. Dari buat tukun duit tu baik gunakan, manalah tau untung sabut! Lagipun setiap trading saya akan dapat rebate dari CashBack sebanyak 0.25 pip. Naik kepala dah ni...​

>> "60-Day Money Back Guarantee No Question Asked!" - That's it! Tak boleh nak hold back lagi, klimaks dah ni...!!!
​
Dalam tengah klimaks tu sempat juga check dalam CG tengok kalau2 ada feedback dari member yang dah beli, tapi tak jumpa pulak. So saya gohead dan belii untuk test 2 bulan, dan juga cuba kongsi pengalaman untuk sama-sama dapat iktibar. Kalau happy boleh terus langgan... kalau tak mintak refund. Betul tak?​

So saya beli tapi tak guna link promotion yang email saya dapat tu... sebab harga depa USD147.00. Sebenarnya Forex Samurai bagi kita 30% diskaun (jadi harganya USD99.00) dan sebagai ahli percuma CashBack, saya boleh dapat rebate lagi USD50.00, end-up saya kena bayar hanya USD49.00 (kalau saya decide nak terus langgan).

Doakan saya...
 
Last edited:

TT, jangan lupa share mt4 statement.. :D nak tengok gak perjalanan account tt..
 
moga berjaya....nanti boleh share2 kt sini....
 
TT, jangan lupa share mt4 statement.. :D nak tengok gak perjalanan account tt..

InsyaAllah saya akan updatekan. Ni statement Gallant FX saya sekarang, masih belum ada apa-apa trade lagi, mungkin hari ni US cuti independent day 4th July jagi market movement agak perlahan...

01statement2010-07-04.jpg

Saya baru siap install EA copier tu, tapi masih di computer saya. Saya try nak upload kat VPS Gallant FX, masih belum berjaya. Tengah tunggu jawapan dari support depa, Nanti saya updatekan.
 
Last edited:
Broker yang dicadang kan...

{Sebelum tu terima kasih di atas sokongan yang diberi}

"Untuk mendapatkan keputusan yang sama, tolong gunakan broker yang membenarkan Hedging, sila tanya broker anda."

"Platform broker yang anda gunakan hendaklah dihidupkan semaksima yang mungkin supaya EA copier anda boleh mendapat semua signal yang di keluarkan. Untuk ini, dicadangkan supaya anda menggunakan perkhidmatan VPS (Virtual Private Server) dan hostkan platform anda di sana. Walaupun ini tidak dimestikan, tetapi adalah baik untuk mendapat keputusan yang maksima."

Itulah diantara keperluan broker yang diberitahu oleh Forex Samurai untuk mendapatkan keputusan yang sama dengan trade yang mereka lakukan nanti. Broker yang mereka cadangkan adalah AVAFX dan Iam FX.

Saya check website AVAFX, hedging dibenarkan, minimum trade size 0.01 lot, tapi tak offer free VPS. {tambahan - sebagai ahli percuma CashBack, kita akan mendapat rebate 0.60 pip bagi setiap trade yang kita lakukan}

Saya check webdite Iam FX, hedging dibenarkan, minimum trade size 0.05 lot dan ada VPS percuma. {tambahan - sebagai ahli percuma CashBack, kita akan mendapat rebate 0.20 pip bagi setiap trade yang kita lakukan}

Oleh kerana saya dah ada akaun di Gallant FX (yang juga menawarkan hedging, minimum trade size 0.05 lot dan free VPS), saya akan terus gunakannya. {tambahan - sebagai ahli percuma CashBack, kita akan dapat rebate 0.25 pip bagi setiap trade yang kita dilakukan}

Ok, saya telah pun berjaya install EA copier tu, cuma setakat ini di komputer saya. Saya masih menunggu jawapan dari pihak Gallant FX bagaimana cara nak upload EA copier to di VPS nya. InsyaAllah saya akan updatekan nanti.
 
Setting EA Forex Samurai...

Ini adalah default setting EA yang saya attached setelah install EA tesebut ke direktori Gallant FX saya. Sebenarnya buat masa ini saya hanya ubah mutiplier dari 1.0 ke 5.0 sementara yang lain saya biarkan default saja. Nak ubah banyak sangat takut lain pulak jadinya sebab belum begitu faham lagi.

02EAsetting.jpg

Tentang 'Common' tu saya rasa agak straight forward, saya hanya ikut sebijik macam dalam manual dia.

Yang saya risau adalah setting untuk 'Inputs' tu, takut kalau2 silap lain pulak jadinya nanti. Lagi parah kalau patut untung jadi rugi lak trade nanti.

Bawah ni adalah apa yang saya faham, kalau silap harap dapat betulkan...

>> Multiplier: Setting ini untuk control risiko yang saya sanggup ambil. Dia recommend biar 1. Contoh yang dia beri kalau 1.0, maknanya jika akaun dia 10k dan dia buka 0.5 lot, maka bagi yang akaun 1K, EA Forex Samurai akan buka 0.05 lot.

Kalau betul yang saya faham, maka akaun EA di kaun saya tak akan trigger trade sebab minimum trade size di Gallant FX ialah 0.05 (baki saya ada USD200 sepatutnya 0.01 lot dibuka). Jadi buat masa ini saya kena tinggikan risiko ke 5.0 (5 kali ganda).

>> EmergencyStop: Ini adalah nilai pips yang kita sanggup rugi dalam satu trade sekirany Forex Samurai tidak meletakkan Stop Lost ataupun jika terputus internet. Default 100 pips. So kalau lot size saya 0.05 x 100 = US5 (2.5% risk).

>> MaxPriceDifference: Ini adalah maximum nilai pips yang saya benarkan sekiranya berlaku slippage. Kalau slippage lebih dari 5 pips, maka EA tidak akan trigger trade. Yang ni saya biarkan default dia 5 pip dulu.
Input yang lain tu saya biarkan default aje sebab rasanya ok.

Lain-lain perkara yang diberitahu adalah:

- Saya hanya perlu attach EA ini pada SATU chart saja, tak kira pair apa atau TF apa. EA ini akan ikut sahaja signal pair apa yang diber oleh Forex Samurai. Jika attach pada lebih dari satu chart, masalah akan timnul kepada EA ini.

- Setelah EA di attach, JANGAN tukar-tukar time frame. Adalah dicadangkan EA ini di letakkan pada chart yang pairnya tidak akan digunakan sama sekali bagi mengelakkan tertukar TF.

- Setelah EA ini di attach dan jika kita perlu buat perubahan, remove dan attach semula EA ini dan buat perubahan yang kita mahu.

- Dinasihatkan supaya periksa platform VPS kita setiap hujung minggu sebelum market dibuka. Remove dan attach semula EA bagi memastikan ianya aktif kerana kebiasaannya Forex Samurai buat maintenance pada server mereka waktu hujung minggui.

Harap dapat beri tunjuk ajar jika apa yang saya faham tentang setting itu salah...
 
Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13407
USD / JPY
157.347
GBP / USD
1.32242
USD / CHF
0.83377
USD / CAD
1.41828
EUR / JPY
178.590
AUD / USD
0.69900
Back
Top
Log in Register