Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Seram, Misteri, Hantu, Ngeri, Pelik

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 25,710
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 56,381
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 43,560
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 01-07-2010, 06:03 PM
hantukiller hantukiller is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2009
Posts: 892
Poster Rank: #3867
Thanked 0 Times
Active Level
Default Menangani masaalah saka

MENANGANI MASAALAH SAKA

Terlalu banyak permasaalahan akibat gangguan saka kepada manusia terutama dikalangan umat islam melayu. Bagaimanapun yang telah dipastikan permasaalahan tersebut sebenar benarnya akibat gangguan saka amat kurang kerana kurangnya teknoloji kita/manusia dalam mengesan keujudan entiti saka tersebut. Pengesahan tentang permasaalahan tersebut pula hanya dilakukan oleh golongan perawat tradisional yang berbagai ragam sumber keilmuannya. Ini menyebabkan ramainya terpedaya oleh perawat perawat haloba yang mengambil kesempatan atas permasaalahan tersebut.

Kerapkali timbulnya kepercayaan terhadap gangguan saka ini ialah apabila sesaorang telah mengalami permasaalahan seperti kesakitan, kemurungan, gangguan mental yang telah dirujuk kepada pakar pakar moden tetapi mereka tidak dapat mencari apakah penyakit yang sebenarnya dan puncanya seolah olah semuanya “ok” tetapi kesakitan dan gejala kesakitan makin bertambah dari hari ke hari.

Gegala penyakit atau permasaalahan yang disebabkan saka juga sukar dibezakan dengan permasaalahan akibat gangguan jin lain seperti sihir atau kesurupan oleh entiti jin luaran. Kerapkali bila sesaorang pesakit diberitahu bahawa penyakitnya berpunca dari permasaalahan saka, mereka terus menemplak siperawat sebagai pembohong besar kerana mereka lebih mengenali keluarga mereka sendiri seperti ibubapa atau atuknenek. Kepercayaan mereka juga memang amat berasas seperti ibubapa dan atuknenek mereka orang yg patuh beragama dan tak pernah melakukan perkara perkara yang mensyirikkan so mana mungkin mereka ada membela jin.

Memang benar, mungkin ibubapa dan atuk nenek kita semuanya ok, tak pernah mengambil ilmu salah dan dampingan jin, tapi kita kenal ke moyang kita, bapa pada moyang kita, bapa pada bapa moyang kita? Tak mungkin kita mengenali mereka dan tahu segala latar belakang mereka. So, bila kita tak berapa tau tentang susur galur keilmuan makbapak dan asal keturunan kita tu, jangan terus menemplak siperawat... biarkan siperawat dengan tugasnya sebagai perawat yang berusaha menyembuhkan kita. Lagipun sesaorang yg amat beragama dan sentiasa melakukan amal saleh pun kerap didampingi jin terutama jin islam atas alasan persahabatan dan bersaudara sesama islam. Ini juga mengundang saka pada keturunannya....

Kalau kita tak percayapun tak mengapa, tak payah berubat dengan mereka... ah kebanyakkan perawat pun bukan sekolah tinggi! Jauh sangat dari kelayakkan doktor tu..hehe, lagipun bukan ada sekolah khas tentang nak jadi perawat tradisional ni.. yg jadi perawat tu pun dapat ilmu entah dari mana..biasanya ilmu keturunan... eh betul ke apa aku kata ni... ampun pak kalo silap, harap dimaafin.. hehe
Teringat pula aku pada dialog aku pada sorang perawat dari Indon sekitar tahun 2006 dulu( dia menetap di JB le)... kira ramai juga lah yg berurusan dgn beliau..beliau bercerita tentang antara pengalaman beliau menuntut ilmu..antaranya dikuburkan selama 40 hari ditanah (tapi ada le makanan entah apa aku tak ingat) siap dia jumpa macam macam dialam ghaib tu... tapi yg peliknya dia macam marah dengan aku pasal aku kata jin boleh dibunuh.. hehe memang dia banyak pakai jin dlm proses rawatan.. Dia kata” Jin hanya boleh disakiti, tak mungkin bisa dibunuh, jika boleh, gue mau belajar tu” aku pun berkata, jin boleh dibunuh kalau tau.. kalau macam tu, aku mau belajar, katanya lagi... ok kamu cuba dulu berzikir Laillahaillauloh sebanyak 40,000 x sehari selama 40 hari berturut! Kataku....bersahaja... ah kalo macam gitu saya enggak bisa...haha .. sebenarnya aku acah aje..hehe nak tengok dia macamana.

Ok, berbalik pada kes saka..
Gejala @tanda saka telah aku huraikan pada penulisan terdahulu seperti ada permasaalahan emosi yg melampau, ada ahli keluarga yg berjinak dgn dadah akibat keboringan dll... ah bacalah lagi..hehe . Bagaimanapun permasaalahan seperti meracau dan kesurupan tidak semestinya disebabkan saka kerana persihiran dan jin luar yg berminat boleh juga mengakibatkan perkara tersebut.. bagaimanapun jika kes itu berlaku berulangkali oleh individu yang sama, besar kemungkinan sipesakit tersebut banyak sakanya yg memudahkan gangguan jin luaran..ah biarlah siperawat je yg declare..hehe yg penting kalau berobat sebab nak baik..peduli apa puncanya..saka ke, pendamping ke..hantu tepi jalan ke..ah lantak lah..biar perawat yg settlekan..

Oleh kerana punca saka adalah banyak seperti jin dampingan, bantuan menjaga rumah dan kebun, susuk dan seri muka, pelaris perniagaan, jin dari persihiran yg mengikut terus terusan, amalan amalan yg dengan sendiri mengundang jin (amalan tak ikhlas) dan lain lain..so ramailah manusia ni yang secara tak disedari meninggalkan kepada waris setelah kematian bukannya harta pusaka, tetapi jin jin saka... kesian tau anak cucu tak pasal pasal dapat bahana atas ke*****an kita....oleh itu sesiapa yang baca tulisan aku ni, berusahalan agar terhindar dari didampingi jin jin dan apa apapun yg berkaitan dengan jin tak kira apapun agama jin itu...cepat cepatlah buangkan mereka terutama jin jin saka dari keturunan atasan kita!!! Ingat tu, saka bukan seekor dua, malah kekadang sampai beribu ekor pada setiap waris...huhuhu

Membuang Saka
Adakah saka boleh dibuang sendiri? Atau adakah hanya perawat (islam atau alternatif) sahaja yg boleh membuang saka? Haha sebenarnya saka boleh dibuang sendiri oleh individu itu sendiri, itupun kalau tau kaedahnya..tapi paling senang putuskan je perhubungan dengan mereka, sebab nak buang saka secara efektif amat sukar kalau tak tau atau separuh tau.
Diantara kaedah yang kerap dilakukan oleh perawat dalam membuang saka ialah menangkap saka yang sudah mengganggu terutama yang berada dibadan pesakit, dimasukkan didalam bekas tertentu tak kira botol atau bekas khas mereka. Ada yg dihanyutkan ke air, ditanam dibumi atau yg ada bekas khas tu disimpan je dalam bekas tersebut..maka berhimpit himpitlah saka saka..kalau banyak pesakit tu, makin sempitlah bekas tu yg dibekalkan sedikit makanan berupa bau bauan pada jin itu.. aku tak buat kaedah ni..tak de masa nak jaga jin macam jaga anak la pulak hehehe..

Kenapa saka sukar dibuang? Jawabnya mudah, mereka mengganggap sipewaris adalah sebahagian dari ahli keluarganya, halau lah dia, bencilah dia, sumpahlah lah dia atau buatlah apa aje pada mereka... perginya mereka sebentar sahaja..tak merajuknya mereka tu.. macam kita halau kucing yang sedari kecilnya kita yang bela... jauh manapun dibuang, biasanya tau tau muncul kembali.. inikan pula jin yang daya pengesanannya fuh terlalu hebatnya! Sesaat je sampai kembali! Ialah dah biasa makan pun apa yang tuannya masak (bau/zatnye aje), tidur pun bersama, bergurau senda, bermain main...semuanya bersama..takkan mudah mereka kehilangan semua tu begitu sahaja... tu yang akan kembali dan kembali!!!

Ramai perawat terutama yang menggunakan jenama sebagai perawat islam menganggap pembacaan ayat ayat suci AlQuran oleh sipewaris saka mampu menghindarkan sipewaris saka tersebut dari saka. Adakah ini benar? Jawapannya ada yang benar bergantung jenis saka yang diwarisi. Katalah saka tersebut dari kalangan jin, dewa atau jenis jenis hantu seperti polong, pocong, langsuir, pontianak atau yang lebih kerap dari jenis hantulaut, bila sipewaris ini sentiasa membaca ayat suci AlQuran dirumahnya, maka rumah tersebut menjadi tidak selesa bagi hantu hantu dan jin jin kafir ini, mereka sentiasa kepanasan atau kesakitan.. jadi yang boleh mereka lakukan ialah beralih kepada waris lain (adik beradik dll siwaris saka) yang kurang menbaca ayat suci tadi atau kurang amal ibadahnya. Bagaimanapun perhubungan saka dengan pemiliknya tadi tidak terputus terus, dan jika mereka berhenti membaca atau beramal soleh spt berzikir, maka saka saka ini akan kembali mengganggu mereka. Jika tiada pewaris lain, saka yang kepanasan dan tidak selesa akibat pembacaan ayat suci AlQuran akan menjauh sebentar, tetapi akan kembali setelah pembacaan berhenti. So mudahnya ialah pembacaan AlQuran bukanlah kaedah paling berkesan menghalau saka.

Ada juga saka saka dari jenis jenis hantu atau jin kafir tadi tak heran lagi dengan bacaan ayat suci AlQuran kita, sebab utama mereka telah lebih lama dilahirkan kedunia dan sentiasa mendengar malah sama sama belajar mengaji AlQuran bersama kita(pewaris) walaupun tak juga mereka memeluk islam, bacaan AlQuran tersebut dah serasi dengan jiwa mereka(saka) so mana mungkin dengan kita membaca AlQuran tersebut mampu menghindarkan saka dari kita! Itu belum lagi aku kata jin islam yang memang tau membaca AlQuran bersama kita.
Adakah saka hanya dari kalangan dewa, hantu atau jin sahaja? Jawabnya tentulah tidak, bergantung nenek moyang kita berdamping dengan jin dari golongan apa, walau azazil atau iblis sekalipun, golongan ini banyak juga yang menjadi saka manusia...hehe pelik ke ulasan aku ini? Tak percaya? Bagus bagus! !!
So kesimpulannya ialah, kalau hanya dengan menbaca AlQuran demi menghindari saka... malam sikit laa saka tu nak hilang atau terhapus, lagi pula kalau mereka dari golongan azazil, iblis atau jin islam......hehe
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 01-07-2010, 06:06 PM
hantukiller hantukiller is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2009
Posts: 892
Poster Rank: #3867
Thanked 0 Times
Active Level
Default

Bagi perawat yang mampu membunuh jin terutama menggunakan kaedah jurus (zasst), biasanya mereka tidak membunuh jin yg mengacau pesakit dulu, sebaliknya mereka membunuh semua jin dalam rumah pesakit disetiap ceruk rumah dsb barulah dihapuskan saka yang menginap didalam badan pesakit. Bagaimanapun jika mereka (perawat tersebut) mahukan kesan yang jangkapanjang, mereka akan mengesan ahli keluarga pesakit tadi, pergi kesetiap rumah mereka dan guna kaedah yang sama iaitu membunuh dulu yang dirumah kemudian ditubuh ahli keluarga jika ada.. bayangkan jika ada adik beradik 12 orang, mereka kene pergi kerumah semua mereka, dan kalau saka tu pula berpunca dari beberapa lapis keturunan terdahulu, mereka terpaksa mencari segala saudara mara pesakit tersebut, barulah semua saka betul betul habis dan tak mungkin mengacau kembali. Kaedah itu adalah yang terbaik untuk menghapuskan gangguan saka secara optima.
Bagaimanapun tak mungkin siperawat mampu menyusuri saka keseluruh susurgalur keluarga pesakit..banyak kes sipesakit pun tak tau atau ingat lagi nama /alamat adik beradik mahupun sepupu sepapat dll..so saka tak mungkin habis..tu yang tak lama sipesakit boleh sakit kembali kecuali siperawat tadi setelah dihapuskan saka pada sipesakit, membuat kaedah pemutus hubungan dengan saka yang ada pada ahli keluarga yang lain. Ada beberapa kaedah memutus hubungan dengan saka yang jauh ini, tapi aku pun tak berapa tau sebab setiap perawat mempunyai kaedah pemutus mereka sendiri.. dan antara kaedah tersebut adalah beberapa jenis mandian...itu pun mengikut kepakaran siperawat.

Ada juga perawat yang mampu menghapuskan saka terutama yang diluar tubuh hanya dengan menggunakan makrifat! Dan boleh menghabiskan kesemua saka dalam masa yang singkat.. walau banyak mana dan berada dimanapun mereka... tapi perawat seperti ini amat sukar dicari..

So, kalau disyaki anda mempunyai saka, carilah perawat secepat mungkin sebelum saka itu memudharatkan anda dan keluarga, Cuma jangan mudah terpedaya.. kerana ramai perawat juga tamak haloba...rakus dan suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain...kalau boleh carilah perawat yang mampu membunuh saka saka itu... ramai juga mereka di Malaysia tercinta ini... jangan cari perawat yang hanya pandai berunding dengan saka, atau yang tau setakat baca baca.....atau yang menghalau saka dengan barangan/memagar rumah.....tak mungkin terlerai permasaalahan tersebut jika perawat tersebut yang menangani..malah bertambah tambah lagi!!!hehehe

Masaalahnya siapa mereka yang aku maksudkan itu?hehehe.. tak pe cari pelan pelan jangan gopoh! Hehe dan jangan lupa mohon petunjuk dari yang Esa...

Maaf jika ada yang membaca coretan aku ni tersinggung... ah biasalah..hanya coretan...tanpa pembuktian... tapi fikir fikirkan

Tom : 29hb Mei 2010
Diambil dari http://hantukiller.blogspot.com
Reply With Quote
  #3  
Old 01-07-2010, 06:08 PM
akusebenar akusebenar is offline
Super Active Member

akusebenar's Avatar
 
Trader Rating: (20)
Join Date: Jun 2010
Posts: 3,883
Poster Rank: #985
Thanked 63 Times
Active Level
Default

zass jgn x zass.. x abis2 ilmu zass..
__________________
saya biasa2 je
Reply With Quote
  #4  
Old 03-07-2010, 11:42 AM
mj12 mj12 is offline
Legendary Member

mj12's Avatar
 
Trader Rating: (8)
Join Date: Mar 2008
Posts: 11,789
Poster Rank: #209
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by hantukiller View Post
Bagi perawat yang mampu membunuh jin terutama menggunakan kaedah jurus (zasst), biasanya mereka tidak membunuh jin yg mengacau pesakit dulu, sebaliknya mereka membunuh semua jin dalam rumah pesakit disetiap ceruk rumah dsb barulah dihapuskan saka yang menginap didalam badan pesakit. Bagaimanapun jika mereka (perawat tersebut) mahukan kesan yang jangkapanjang, mereka akan mengesan ahli keluarga pesakit tadi, pergi kesetiap rumah mereka dan guna kaedah yang sama iaitu membunuh dulu yang dirumah kemudian ditubuh ahli keluarga jika ada.. bayangkan jika ada adik beradik 12 orang, mereka kene pergi kerumah semua mereka, dan kalau saka tu pula berpunca dari beberapa lapis keturunan terdahulu, mereka terpaksa mencari segala saudara mara pesakit tersebut, barulah semua saka betul betul habis dan tak mungkin mengacau kembali. Kaedah itu adalah yang terbaik untuk menghapuskan gangguan saka secara optima.
Bagaimanapun tak mungkin siperawat mampu menyusuri saka keseluruh susurgalur keluarga pesakit..banyak kes sipesakit pun tak tau atau ingat lagi nama /alamat adik beradik mahupun sepupu sepapat dll..so saka tak mungkin habis..tu yang tak lama sipesakit boleh sakit kembali kecuali siperawat tadi setelah dihapuskan saka pada sipesakit, membuat kaedah pemutus hubungan dengan saka yang ada pada ahli keluarga yang lain. Ada beberapa kaedah memutus hubungan dengan saka yang jauh ini, tapi aku pun tak berapa tau sebab setiap perawat mempunyai kaedah pemutus mereka sendiri.. dan antara kaedah tersebut adalah beberapa jenis mandian...itu pun mengikut kepakaran siperawat.

Ada juga perawat yang mampu menghapuskan saka terutama yang diluar tubuh hanya dengan menggunakan makrifat! Dan boleh menghabiskan kesemua saka dalam masa yang singkat.. walau banyak mana dan berada dimanapun mereka... tapi perawat seperti ini amat sukar dicari..

So, kalau disyaki anda mempunyai saka, carilah perawat secepat mungkin sebelum saka itu memudharatkan anda dan keluarga, Cuma jangan mudah terpedaya.. kerana ramai perawat juga tamak haloba...rakus dan suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain...kalau boleh carilah perawat yang mampu membunuh saka saka itu... ramai juga mereka di Malaysia tercinta ini... jangan cari perawat yang hanya pandai berunding dengan saka, atau yang tau setakat baca baca.....atau yang menghalau saka dengan barangan/memagar rumah.....tak mungkin terlerai permasaalahan tersebut jika perawat tersebut yang menangani..malah bertambah tambah lagi!!!hehehe

Masaalahnya siapa mereka yang aku maksudkan itu?hehehe.. tak pe cari pelan pelan jangan gopoh! Hehe dan jangan lupa mohon petunjuk dari yang Esa...

Maaf jika ada yang membaca coretan aku ni tersinggung... ah biasalah..hanya coretan...tanpa pembuktian... tapi fikir fikirkan

Tom : 29hb Mei 2010
Diambil dari http://hantukiller.blogspot.com
tuh dia...

mantOp siap bukak thread....

nie seyes nak tanya nie bro?...

makrifat tuh apa ke benda nya bro?...dan makrifat utk membuang saka erkk bro??...

p/s....dan SIAPA perawat yg bro maksud kan?...

__________________
p/s....kling....klong....kling.....klong..........
Reply With Quote
  #5  
Old 03-07-2010, 12:33 PM
ulam ulam is offline
CG Top Poster Club

ulam's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2008
Location: Say..I...say....p...say..O..say...h = IpOh
Posts: 22,037
Poster Rank: #77
Thanked 4,294,967,295 Times
Active Level
My Mood:
Default

Pagi tadi ada dibincangkan di tv9 pasal saka nie....
Esok pagi jam 7.00 pagi ada sambungannya...
Reply With Quote
  #6  
Old 03-07-2010, 05:37 PM
AILA2002 AILA2002 is offline
Well-Known
Member

AILA2002's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2008
Posts: 8,095
Poster Rank: #385
Thanked 316 Times
Active Level
My Mood:
Default

Aku pun ada tengok tv9 pagi tadi.

Dan berdasarkan pengalaman aku yg tak seberapa ni, ada pengamal perubatan yg benar2 berupaya mengubat dan mengusir saka, dan ianya tengok kepada keadaan pewaris.

Aku teringat lagi keluarga sebelah emak aku ada yang mengamalkan cara perubatan tradisi yang memang menggunakan pendamping. Orang dulu2 pekara ni memang jadi kebiasaan dan tak ada yang ganjilnya. Tapi aku kesian tengok nasib arwah opah sedara aku. Arwah mmg bomoh handal. Tapi arwah tau ilmu yang ada padanya tak sesuai dgn cucu cicitnya, langsung tak d perturunkan. Sudahnya 2 tahun juga arwah menderita sebelum meninggal sebab bertahan tak nak lepaskan ilmunya kepada sesiapa.

Jadi kepada yang bercita cita nak ambil atau nak menuntut ilmu saka ni, fikirlah sebaik baiknya kemudian hari.

Dan juga sekadar nak berkongsi pengalaman aku melihat orang melakukan perubatan Islam ni, komsep yang dorang ambil adalah mudah, api lawannya air, busuk lawan wangi.
__________________
.......dalam aku..ada Dia......

Dunia Yang Lebih Hijau

Tekan Untuk Download Gambar
Reply With Quote
  #7  
Old 03-07-2010, 05:58 PM
kraem kraem is offline
Active Member

kraem's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2008
Posts: 1,727
Poster Rank: #2241
Thanked 26 Times
Active Level
My Mood:
Default

harap tt jwb soalan2 di bwh..

mcmmane care sbnrnye Muhammad s.a.w. mengatasi masalah2 berkaitan jin ni?

makrifat tu ape sbnrnye?

kalo masalah berpunca drpd jin yg asalnye dari texas, u.s.a., adekah kaedah rawatan akan berbeza atau x?
__________________
Reply With Quote
  #8  
Old 03-07-2010, 06:01 PM
cikepong cikepong is offline
Super Active Member

cikepong's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2008
Posts: 4,284
Poster Rank: #878
Thanked 49 Times
Active Level
My Mood:
Default

saka kena rawat hingga akar umbi...kalau saka tu dah dibuang tapi umbinya masih ada selagi tu masih bersaka...
Reply With Quote
  #9  
Old 03-07-2010, 06:25 PM
Toshinoda Toshinoda is offline
Super Active Member

 
Trader Rating: (8)
Join Date: Apr 2010
Posts: 4,867
Poster Rank: #763
Thanked 23 Times
Active Level
My Mood:
Default

xtau apa2.. huhu.. apa2 pn bgus ilmu ni..
Reply With Quote
  #10  
Old 03-07-2010, 06:39 PM
rijal2009 rijal2009 is offline
Marked as Scammer
(until issue resolved)

rijal2009's Avatar
 
Trader Rating: (18)
Join Date: Jul 2009
Location: lalalalala....
Posts: 9,176
Poster Rank: #325
Thanked 287 Times
Active Level
My Mood:
Default

panjangnya...
mls nak baca la..
__________________
Cakap ler ape nak ckp..lalalala...
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 09:58 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE